Thursday, 8 September 2011

KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN ADALAH MULIA DAN TERPUJI

Riona Fyy Iman:

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji

Unlike · · Unsubscribe · 6 hours ago

You, Dato Seri Zaleey Jazz and 6 others like this.

Rabeah Mohd Ali

Ku selalu berkata pada puteriku...

"Anakku...ibu sukakan tempat yang aman damai yang manusianya
sukakan kebaikan dan bercakap pun yang baik-baik hadir kita disayangi
dan dihargai dan saling hormat menghormati..."

"Ibu...tempat yang ibu suka tu...hanya ada di Syurga saja ibu..."

"Anakku....mustahil di dunia ini tak ada tempat yang begitu aman...
ibu yakin akan ada anakku asalkan kita sentiasa berbaik sangka
dengan Allah. Anggap orang yang hadir dalam hidup kita semuanya
baik-baik belaka kerana asal kejadian dilahirkan seperti kain putih.
Semua manusia tidak sempurna...kerana itu ada neraka dan Syurga...
kerana sifat Allah Maha Pengasih Dan Penyayang Diberikan Pengampunan
kepada yang mahu pulang ke pangkal jalan hadirnya seperti kain putih."

"Betul kata ibu tu...kita sama-sama muhasabah diri agar menjadi
hamba Allah yang diredhai di kala hidup dan mati."

Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Kami berdoa bersama-sama serentak.

5 hours ago · Like · 2 people

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
8 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;