SYAHDU KALBUKU!
by Rabeah Mohd Ali on Thursday, September 8, 2011 at 9:26am
Terima kasih rakan-rakan seperjuanganaku...
Sokongan dari rakan-rakan menguatkan urat saraf semangatku
Untuk terus menulis dan menulis biarpun air mataku tak henti menangis!
Ku tahu biarpun kalian jauh dari pandangan mataku namun
hatiku hatimu dekat sentiasa , terdengar kalian memujukku,
"Sabarlah duhai sahabatku...teruslah menulis kerana kami pun sepertimu
menulis terus menulis hingga terhenti nafas,"
Suara-suara kalian kirimkan di hembusan bayu dengan izinNya
ku dengar dengan jelas ...berulang-ulang kali....menyatakan
rakan seperjuanganmu sentiasa menyokongmu usahlah sedih
duhai rakan penaku....aduhai! Rasa aku dibuai mimpi hingga tidurku
dalam senyum...air mata yang mengalir deras terhenti tak mahu menangis lagi...
indahnya saat itu ....syahdu kalbuku!
Karya Rha NS
8 September 2011
10 Syawal 1432H
Like · · Unsubscribe · a few seconds ago near Kuala Lumpur
(Disiarkan Di Youth One Stop Centre
Disiarkan Di Dialog Rumah Sastra Borneo)
8 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment