WEERDAA BEY: Mungkin kita bincangkan lagi perkara ini sebab saya rasa
dia menarik kalau di pentaskan di Sabah.
(28 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Demi menyokong sama-sama sokong apa salahnya.
Mana tahu sama-sama mendapat hasil darinya. Kita buktikan pada mereka
bahawa insan seni seperti kita yang dipandang sepi boleh berjaya, Insya-Allah,
kita lakukan atas dasar minat yang ada dalam diri hasilnya nanti akan datang
kemudia. Andaipun tak ada itu bukan matlamat kita betul tak. Hanya orang
seni saja yang faham ini kan?
(28 April 2011)
Mana tahu hasil kesepakatan nanti, boleh menghasilkan dana di antara
persatuan seni dengan saya. Apabila persatuan sudah ada dana yang dicari
sendiri barulah ahli akan bersemangat untuk dunia seni mereka yang boleh
mendatangkan hasil. Kita padamkan pada pandangan mata masyarakat
bahawa masuk persatuan kerana hendak habuan dan hasil. Tapi mereka
tiadalah mahu menyumbang malah menghukum. Macam mana hendak
berjuang kalau tak ada hasil betul tak? Apa pun terpulang kepada Persatuan
Seni Sabah, ini hanya pandangan saya saja.
(28 April 2011).
WEERDAA BEY: Owh saya suka cadangan akak tu, Insya-Allah nanti, saya
akan bincangkan dengan kawan-kawan saya di Persatuan. Boleh
berkerjasama dengan Persatuan filem Kreatif Sabah juga. Kita buat teater
kan kak… wahh…mesti best tu… nanti saya cadang dengan dia orang dan
pas tu kalau dah ok semua kami akan bincang dengan akak sebab cerita dan
skripkan akak punya so kena bincang banyak perkara sebelum kita buat.
(29 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Akak amat alu-alukan jika karya akak hendak dijadikan
teater muzikal atau apapun. Kalau berjaya masih ada lagi karya yang lain
kalau berminat untuk dibincangkan. Secara tidak langsung jika berjaya
akak dapat menyumbang idea, dana, kudrat pemikiran selagi larat, sokongan
demi warga Seni Sabah, biarpun jauh, alam maya menyatukan kita berkarya
mana tahu Weerdaa sudah terkenal nanti bolehlah jumpa akak di sini.
(20 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Assalamualaikaum, Weerdaa apa kabar? Sibuk ke
sampai lupakan akak di sini ya. Akak dah carikan seorang insan seni
yang bergelar guru untuk Persatuan Seni Sabah, Insya-Allah dia hendak
memberi kerjasama jika Persatuan Seni Sabah sudi. Kalau setuju bolehlah
beri nombor telefon senang nanti akak nak beri pada guru tersebut. Dia
orang Sabah. Namanya Awang Karim Kadir.
(2. Mei 2011)
WEERDAA BEY: Waalaikummussalam kak, sory2 saya sibuk kak hihihi…Oh!
ye ke? Senanglah kalau begitu. Ni no tel saya nanti akak pun bagilah nombor
telefon…banyak saya nak cerita dengan akak.
(4 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih kerana sudia nak kenal akak, akak ingat
tak ada orang sudi nak kenal kerana perbezaan umur antara kita. Tapi
ada satu syarat kalau nak jadi sahabat setia akak. Dah habis ke baca
semua karya akak di blog?(Bukan nak ugut tapi lambang kasih sayang)
Akak nak dengar pendapat Weerdaa generasi muda Sabah ye. Terima
kasih untuk segalanya.
(10 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Ala…akak ni janganlah cakap begitu… saya tak kisah pasal
umur…orang apa pun, saya ikhlas nak kenal dengan akak. Saya dah baca
semuanya karya akak di blog tu best! (Merangkumi semua perasaan suka)
(11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih kerana memberi sokongan pada akak.
boleh membaca minda akak apabila berkarya. Apapun dengarkan pantun
ini teristimewa untuk Weerdaa:
Kita punyai minat yang sama,
Sokong menyokong perlu ada antara kita,
Karyamu karyaku berirama seni bersama,
Insya-Allah menghasilkan produk seni legenda milik semua.
(11 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Wah kak! Hebat sangat pantunnya. Terima kasih ya.
(11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Kejayaanmu Kejayaanku! (11 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Amin (11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Kalau ada masa bacalah karya baru akak di
blog sempena Hari Ibu dan Hari Pekerja. Akak tunggu komen
daripada Weerdaa ye. (11 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Insya-Allah, dah habis baca nanti saya beri komen
ye. (11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Ok… terima kasih atas sokongan, sayang
Weerdaa.
(11 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Ya kak…o ya nanti saya akan try tanya dengan
mana-mana produksi kalau2 diorang berminat mahu ambil karya
akak…ok…
(11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Sejuta terima kasih dan kasih sayang atas
usahamu itu, moga Allah saja yang membalasNya, Amin.
(11 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Akak apa perkembangan sekarang?
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Dalam persiapan blog baru akak
istimewa untuk rakan seperjuangan, dah siap nanti akan
beritahu Weerda ya. Dari itu Weerdaa boleh kutip
ilmu. Weerda kenal Haibara ke?
(14 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Tak kenal…dia orang seni juga ke?
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Dengan saudara Awang Karim
Kadir kenal juga ke?
(14 Mei 2011)
WEERDAA BEY : Itu pun Weerdaa tak kenal..
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Hai orang Semenanjung kenal…
macam mana ni hehehe…
(14 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Apa facebook dia?
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Ai Haibara
(14 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Ramai yang nama Haibara.
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Akak pun baru kenal dia..
Dia masih belajar lagi kot, cubalah tengok facebook
dia. Nanti beritahu akak ye.
(14 Mei 2011)
WEERDAA BEY: Ok…kak…jap ya…. Dah dapat
dah…he…he…
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Ha…kalau dah jumpa dia
nanti kirimkan salam akak pada dia ye…
(14 Mei 2011)
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment