AWANG KARIM KADIR: Selamat datang ke negeri batin
di sini tiada peraturan hidup kerana ini negeri batin, semuanya
gentayangan mengikut maunya masing-masing kerana negeri
batin ini hidup dalam keredhaan selamanya, makanlah apa
saja yang kau suka, buatlah apa yang kau mahu, di sini semua
nya berdasarkan apa yang kau inginkan, tak ada halal haram
di sini semuanya halal belaka kerana ini negeri batin, hidup
dan keredhaan untuk mereka yang mendapat keredhaanNya.
Selamat datang ke negeri batin, di sini tidak ada lagi perbezaan
antara makhluk kecuali amalnya. Hanya kekayaan amal yang
dilihat di sini. Tetapi negeri batin ini hanya ada dua rumah
yang namanya Syurga dan neraka. Maka bersiaplah tuan
untuk ke sana mengikut perintah dan keredhaanNya. Begitu
suara yang telah menggambarkan suaranya ke dalam suara
batinku: Saudara…
(14 Mei 2011)
ADA JIWA: Bagaimana jika diberi pilihan tidak mahu Syurga
atau neraka dan pilihan ini mahu kekal dalam menatap wajah
pemilik negeri batin? Apa kata hatimu? (14 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Saya memilih untuk menjadi wajah
pemilik negeri batin itu. (14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Kalau aku memilih untuk menatap wajah
Pemilik Negeri Batin yang menempatkan Syurga untuk hambaNya
yang mencintaiNya tika hidup di alam jasad dan roh. Hendaknya
menjadi realiti tika berada di negeri batin nanti bersama-sama
mereka yang ingin keredhaanNya setiap masa. Amin. (14 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Di tahap makam ilmu rahsia batin, akan
sirnalah segala sekutu, tak ada lagi negeri batin ini tak rumah
Syurga atau neraka tak ada keinginan, yang ada hanyalah
keredhaanNya. Semuanya dalam rahsiaNya. (14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Moga kita semua tergolong dalam
hambaNya yang sentiasa mendapat hidayah dan keredhaaNya
dunia akhirat. Amin. (14 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Insya-Allah.
RABEAH MOHD ALI: Saudara Awang Karim, semalam dapat ilham
puisi tajuk, ‘Hati Memiliki’ boleh tolong ciptakan lirik lagu untuk
puisi tersebut , kalau boleh saya emelkan puisi tersebut. Dengar
cerita saudara Awang ni minat menyanyi bolehlah nyanyikan
sekali. (14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Insya-Allah, cuba hantar dulu, saya cuba.
(14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Ok…terima kasih, mana yang kurang tu
faham-faham ajelah baru belajar menulis lirik …katakan…
(14 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Insya-Allah kita sama-sama mempelajari.
kalau nak dengar dan lihat VCD lagu puisi saya ada di You Tube,
jodolnya .’Pamplet Perjalanan Panjang’. (14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI : Terima kasih , saya cuba hayati lagu puisi
tersebut. ( 14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Tak sangka saudara Awang seorang penyanyi
juga ya…suaranya mantap! (14 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Sekadar hobby untuk saluran puisi.
Terima kasih Beah. (14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Macam mana dengan puisi yang diemelkan
tu…ok tak? Dapat idea ke nak nyanyikan… nanti boleh Beah
dengar… (14 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Saya akan tengok nanti…belum buka emel.
Insya-Allah. (14 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Ok…tak apa faham dengan kesibukan saudara
Awang…jangan risau teramat faham… Apa pun terima kasih untuk
segalanya. (14 Mei 2011)
MARLINI MANJA: RMA nak dengar AKK menyanyi, sedap tak sedap
sila ke You Tube banyak lagu dia kat sana. (15 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Tq MM kau tu idolaku dalam puisi 79an
dulu …sikit-sikit puisi. Cemburu aku dengar kita baca puisi-puisi
spontan waktu itu. (15 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Saudara Marlini Manja…memang mantap…
AKK memang serba boleh, kalau ramailah orang seni macam
AKK boleh menyanyi lagu puisi…ramailah peminat puisi nanti…
menanti karya AKK & MM untuk diperdengarkan.
AWANG KARIM KADIR: Alhamdulillah, terima kasih.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment