Tuesday, 17 May 2011

SASTERA DAN FITRAH MANUSIA

AWANG KARIM KADIR :

Menghasilkan sebuah karya sastera memerlukan daya
kretiviti yang cukup optimum kerana ia merupakan satu
 bentuk Sains berfikir.  Membuat eksprementasi tentang
pemikiran,perasan, naluri, sikap , tarbiyah, jiwa, falsafah
dan sahsiah diri kehidupan manusia, alam dan jagatraya
dalam karya yang dihasilkan. Justeru sastera pada zaman
Tamaddun Greek dan zaman Arab Jahilliah pernah menjadi
semacam satu pekerjaan atau amalan rutial yang sangat
dihormati dan dihargai. Kedudukan para sasterawan atau
penyair pada suatu waktu setanding dengan para pendekar
panglima perang dan para ulama. Tetapi bagaimana pula
kedudukan para sasterawan kita pada hari  pada kaca mata
 masyarakat kita dan golongan para pemimpin Negara.
Walaupun tugas penulis atau para sasterawan pada fitrah
nya adalh melahirkan karya yang menampakkan di mana
saja sebagai tatapan masyarakat sejagat bagi meyampaikan
walaupun hanya satu ayat kepada manusia lain.
Maka yang selebihnya bukan lagi  tugas kita untuk
mempersoalnya.
(26  April  2011)

RABEAH MOHD ALI: Hanya yang tahu menilai sebuah karya
sastera saja akan menghargai tapi bagaimana pula kalau
orang sastera sendiri memandang rendah di matanya
tentang karya yang dihasilkan, ini boleh mematikan
segala kreativiti.
(26 April 2011)

MARLINI MANJA:  RMA kegiatan seni di Sabah ni tidak
agresif seperti era 70an & 80an dulu, kini ia bagaikan
 sekadar memenuhi kepuasan pencintanya saja.
 Mungkinkah kerana sokongan pihak pihak tertentu/
berwajib, masyarakat…membuatnya jadi seakan hambar?
(26 April 2011)

RABEAH MOHD ALI: MM sebenarnya jika setiap warga seni
menghargai karya setiap warganya, bergabung idea dan
mentranformasikan sastera yang boleh  diterima rakyat
dan kerajaan, Insya-Allah tidak akan menjadi hambar.
(26 April 2011)

MARLINI MANJA: Masalahnya sambutan masyarakat agak
dingin, tak seperti era kegemilangan Badan Bebas Sabah
(Bahasa) dahulu hampir  saban minggu ada pertemuan/
majlis diskusi bahkan hingga wujud pertemuan besar-besaran
 golongan penulis yang berkampung di Pantai Manis, Papar
 membincangkan Antologi “Cara Membelah Cara” dan
di hari perhimpunan di Pulau Labuan… setelah itu senyap,
 begitu juga kegemilangan teater apaibla Marzuki Ali
 yang popular dengan Siri ‘Improvisasi’nya menyepi…
dunia teater di sini juga turut menyepi walau sesekali
 mereka muncul tapi kemudian menyepi terus.
(26 April 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Itu sebabnya orang seperti MM &
AKK mesti bangun menghidupkan semula kegemilangan
seni dan memberi sokongan 100% kepada mana-mana
Pertubuhan Seni yang ada di Sabah. Gabungan idea,
ilmu, pengalaman yang ada dan strategi kepada
generasi muda Sabah.  Insya-Allah berjaya. Percayalah
mereka mengalu-alukan kehadiran saudara berdua kerana
mereka adalah penyambung warisan Negara.
(26 April 2011)

MARLINI MANJA:  RMA Golongan Pecinta Seni
dahulunya berkarya demi kepuasan minat, masyarakat
kini nak bergiat dia fikirkan , “Habuan & Hasil” terlebih
dahulu. Inilah salah satu punca utama yang dikenal pasti.
(26 April 2011)

RABEAH MOHD ALI: Kalau kita asyik menghukum
kepada generasi muda seni yang baru ingin mengembangkan
bakat mereka susahlah.  Kerana setahu saya hanya jauhari
yang mengenal manikam. Cuba-cubalah bergabung dengan
mereka, mereka mesti alu-alukan.  Habuan  & Hasil akan
datang kemudian jika mereka memahami erti seni sebenar.
Saya percaya silap-silap haribulan merekalah akan
mempertabatkan seni dan mendatangkan hasil yang
lumayan untuk mereka dan industri seni juga.
Barulah industri seni diterima  semua golongan masyarakat
di Negara ini.  Apapun terpulang kepada MM untuk menilai
apa yang dikatakan ini.  Siapalah saya untuk mengatakan ini
kerana saya hanya insan seni yang tak punyai apa-apa.
(26 April 2011)

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)

0 comments:

Post a Comment

 
;