Wednesday, 7 September 2011

GROUP SEMBANG-SEMBANG POLITIK TIDAK SESUAI POS SAJAK (II)

Rabeah Mohd Ali:
Assalamualaikum...terlebih dahulu saya minta maaf jika selama ini
post yang dihantar tidak bertepatan dengan kehendak sembang-sembang
politik. Bagi saya politik adalah kehidupan masyarakat dan kehidupan
masyarakat adalah politik. Jika sekiranya politik tidak berminat
dengan kehidupan masyarakat dan masyarakat tidak berminat politik
makanya sampai bila pun politik dengan urusan politiknya dan masyarakat
pun tidak sama sekali menyukai politik. Di group yang lain saya juga
masukkan bab politik mereka mengatakan TIDAK BERMINAT. Maknanya politk
tidak boleh dicampur adukkan dengan masyarakat dan masyarakat tidak
boleh dicampur adukkan dengan politik? Sedangkan politik yang ingin
disampaikan tidak pun mengutuk mana-mana parti. Kalau begitu mulai
detik ini dan saat ini diminta pihak pengurusan group ini menggugurkan
nama saya dalam group sembang-sembang politik. Harap maklum dan maaf
untuk segalanya.

Like · · Unsubscribe · 17 hours ago near Kuala Lumpur

Adie Adnan likes this.

Md Yussof Mattaim Wa alaikum salam, RMA mungkin boleh ubah cara sumbangan
agar diminati oleh responden sebab dek kerana artikal agak panjang dan
masa membaca juga mungkin terhad - apa kata dipendekkan persembahan RMA
cukup untuk serangkap dua sahaja. Saya sendiri minat membaca tetapi kadang
masa tak mencukupi tak sempat membaca semua. Bagaimana ? diharap RMA akan
terus bertahan dan menerima cadangan ini.

15 hours ago via · Like

Hasidy Harun Bidang politik amat luas. Seperti yang dikatakan oleh
Puan Rabeah Mohd Ali. Saya setuju. Tapi mungkin pada realiti hari ini,
kebanyakkan masyarakat kita pada hari ini lebih fokus kepada POLITIK
PILIHANRAYA atau POLITIK KEPIMPINAN. Mungkin tidak salah dari segi makna
tetapi itulah realiti masyarakat pada hari ini. :)

14 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali Assalamualaikum...kepada semua ahli group Youth One Stop
Centre. Saya ingin bertanya adakah karya saya sesuai disiarkan di group
ini atau dihentikan?Jika tidak bertepatan dengan kehendak group ini saya
minta nama saya digugurkan dalam group ini.

Like · · Unsubscribe · 7 hours ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace and 3 others like this.

Zullsuarezs Luis Amin aik napa pagi-pagi ni merajuk,sabar ya..jangan sampai
mau keluar group ni,tak baik

4 hours ago via mobile · Like

Zullsuarezs Luis Amin rabeah pedulikkan orang mau kata apa,yang penting
kita luahkan bakat kita,zul sentiasa sokong rabeah..jangan putus asa ya

4 hours ago via mobile · Like · 1 person

Caesario D Kriiss tepuk dada tanya selera..,

4 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Assalamualaikum...terlebih dahulu saya minta maaf jika
selama ini post yang dihantar tidak bertepatan dengan kehendak sembang-sembang
politik. Bagi saya politik adalah kehidupan masyarakat dan kehidupan masyarakat
adalah politik. Jika sekiranya politik tidak berminat dengan kehidupan masyarakat
dan masyarakat tidak berminat politik makanya sampai bila pun politik dengan urusan
politiknya dan masyarakat pun tidak sama sekali menyukai politik. Di group yang
lain saya juga masukkan bab politik mereka mengatakan TIDAK BERMINAT. Maknanya
politik tidak boleh dicampur adukkan dengan masyarakat dan masyarakat tidak boleh
dicampur adukkan dengan politik? Sedangkan politik yang ingin disampaikan tidak
pun mengutuk mana-mana parti. Kalau begitu mulai detik ini dan saat ini diminta
pihak pengurusan group ini menggugurkan nama saya dalam group sembang-sembang politik.
Harap maklum dan maaf untuk segalanya.

Like · · Unsubscribe · 4 hours ago near Kuala Lumpur

Md Yussof Mattaim Wa alaikum salam, RMA mungkin boleh ubah cara sumbangan agar
diminati oleh responden sebab dek kerana artikal agak panjang dan masa membaca
juga mungkin terhad - apa kata dipendekkan persembahan RMA cukup untuk serangkap
dua sahaja. Saya sendiri minat membaca tetapi kadang masa tak mencukupi tak sempat
membaca semua. Bagaimana ? diharap RMA akan terus bertahan dan menerima cadangan ini.

2 hours ago via · Like

Hasidy Harun Bidang politik amat luas. Seperti yang dikatakan oleh Puan Rabeah
Mohd Ali. Saya setuju. Tapi mungkin pada realiti hari ini, kebanyakkan masyarakat
kita pada hari ini lebih fokus kepada POLITIK PILIHANRAYA atau POLITIK KEPIMPINAN.
Mungkin tidak salah dari segi makna tetapi itulah realiti masyarakat pada hari ini. :)

(PETIKAN DARIPADA SEMBANG-SEMBANG POLITK)
7 September 2011

3 hours ago · Like

Rush Cash Salam Syawal Al-Mubarak. Mohon Maaf Zahir & Batin.
Buat Rabeah Mohd Ali yang dihormati. Berkarya dengan pandangan
melalui cara puan di YOSC ini tidaklah mejadi satu kesalahan
apalagi masalah bagi seluruh warga YOSC. Saya juga adalah Karyawan seni dalam
bidang teater, puisi & yang menjurus kepada kebudayaan. Saya sependapat
dengan saudara MD Yussof Mattam & Saudara Hasidy Harun. Silakan terus berkarya
di YOSC tapi post yang puan buat sudah pastinya puan ingin warga YOSC membacanya
bukan? Jika tiada respon, tentu puan faham maksudnya. MESEJ TIDAK SAMPAI.
Jadi syor saya, postkanlah sesuatu yg mungkin simple, bersahaja tapi dapat
menarik warga YOSC yang lain untuk memberikan respon. Memang benar kenyataan
puan bahawa POLITIK & MASYARAKT tidak dapat dipisahkan. Dalam sudut agama,
politik ini juga disebut sebagai SIASAH. Setiap hari manusia bersiasah secara
tidak langsung tanpa sedar untuk kesinambungan keperluan hidup seharian dalam
menjana rezeki. Wallahu'alam. Jazakumullah khuhairan.....

2 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Rush Cash kerana sudi memberi sokongan padaku...
bertahun lamanya aku menulis dari muda hingga ke usia begini...
ketika di usia belia aku seorang belia yang aktif suka sangat pergi menghadiri
kursus penulisan anjuran mana-mana persatuan penulis, yang lucunya sepanjang
berbengkel tiada karya pun yang aku hasilkan. Aku tak tahu kenapa aku suka
sangat belajar ilmu-ilmu penulisan hinggakan aku menjadi pelajar dikenali kerana
banyak sangat soalan dikemukakan.

Lama sudah aku bersara dari berbengkel penulisan kerana faktor usia barangkali...
kalau dulunya aku membawa karya-karyaku pada masyarakat untuk mendapat maklum
balas mengenai karya-karyaku agar tulisan yang kuhasilkan boleh diterima masyarakat
atau tidak... ternyata di luar kotak pemikiranku rata-rata mereka mengatakan
karya-karyaku menepati citarasa masyarakat dan mendoakan suatu hari nanti
aku berjaya....bukan seorang dua kata begitu tapi ribuan yang kata begitu
buatkan aku benar-benar terharu! Ku pergi sekolah-sekolah minta pendapat
anak-anak murid sekolah, pendapat guru-guru besar, pelajar universiti IPTA/IPTS,
pakar akademik ,pelbagai kerjaya yang disandang...waima yang bergelar pemimpin
pun...mengatakan karyaku bagus!Inilah yang membuatkan aku menulis hingga sampai
saat ini....kalaulah semua mereka katakan aku ni penulis syok sendiri dah lama
aku menyepi diri....Aku menulis bukan kerana mencipta nama ....orang tak kenal
aku pun tak mengapa...bagiku inilah sumbanganku setelah ku tiada nanti...
menandakan aku pernah berhidup di muka bumi ini...biarlah mereka tahu yang
aku di kala hidup sayangkankan mereka semua!

2 hours ago · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman salam rabeah..sahabatku yang sejati..pusi dan
gurindam itu adalah seni dan bunga hiasan dalam kata kata..bagiku teruskan
berkarya kerana itu adalah satu ciptaan kehidupan yang harus wujud dalam
sanubari setiap insan..jangan berhenti..

2 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabat sejatiku yang tak henti menyokong minat
seniku...itu katamu tapi rakan-rakan group YOSC ada yang kurang suka...
tengok nanti ramai yang menyokong atau ramai yang menghendaki aku hentikan...
kalau undian kata aku teruskan...Insya-Allah aku teruskan....
ini masuk juga bab politikkan...hihihi

2 hours ago · Like

Rush Cash Rabeah Mohd Ali : Info ttg rentetan penulisan puan amat saya
kagumi. Sy syorkan agar hasil karya puan yg bermutu itu puan salurkan
dengan DEWAN BAHASA & PUSTAKA NEGERI SABAH dengan menjilidkan semua hasil
karya itu dan hantar kepada mereka untuk mjadi khazanah budaya Negeri Sabah.
Saya pasti, mereka berminat kerana saya mempunyai rakan yang sering meminta
jikalau ada karya-karya tempatan dari Tawau ini boleh diketengahkan dari
kalangan penulis-penulis baru. Setakat ini, Tokoh penulisan yang telah
medapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dari Tawau Sabah adalah
saudara HASSAN SAPRIN yang bergiat cergas dalam penulisan skrip lakon
pentas & TV. Saya pasti puan ada potensi menjadi salah seorang dari
pengkarya yang boleh diketengahkan. Jangan lepaskan peluang.
InsyaAllah, keikhlasan puan pasti akan nampak hasilnya kelak.Terima kasih.

2 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Rush Cash... tiada apa yang dapat kukatakan
melainkan Syukur Alhamdulillah jika itu lahir dari hati mu nan suci...
jika ku amanahkan karya-karyaku untuk RC menguruskan boleh ke...
selain dalam simpanan Galeriku sebagai gudang karyaku ada juga kusiarkan
di blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com
bukukreatifpatriotik.blogspot.com
mogaallahredha.blogspot.com
Apapun pandanganmu dan cadanganmu amat tersanjung di hatiku!

about an hour ago · Like · 1 person

Rush Cash Rabeah Mohd Ali : Jilidkan @ Compiled karya puisi & sajak puan.
Nanti kita ajukan dengan DBP. Tersiar & di bukukan, adalah juga
RM$$ buat KITA kan? Hahaha.....

about an hour ago · Like · 1 person

Sentuhan Kecundang DBP (Den bisa pr0duction) taupun Dewan Bahasa dan
Pusataka 2 tn hahaha...

about an hour ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih RC kerana memahami hihihi bolehlah membiayai
kewangan Galeriku yang sudah lama terbiar sepi dan membiayai kerja-kerja
seniku yang udah lama terbengkalai disebabkan masalah itu...hihihi...
nanti kita mahu berunding di mana ya... sekejap lagi kusiarkan sebuah cerita...
istimewa untuk mereka yang sudi mendengar dan menghayatinya...hihihi

about an hour ago · Like

Rush Cash Rabeah Mohd Ali : Buat sementara ni. nukilan itu elok jangan
disiarkan dimana2 terlebih dahulu untuk HAKCIPTA TERPELIHARA.

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali Walaupun di YOSC ini?

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, September 7, 2011 at 9:46am

Your note has been created.

Terima kasih Rush Cash kerana sudi memberi sokongan padaku...
bertahun lamanya aku menulis dari muda hingga ke usia begini. ..
ketika di usia belia aku seorang belia yang aktif suka sangat
pergi menghadiri kursus penulisan anjuran mana-mana persatuan
penulis, yang lucunya sepanjang berbengkel tiada karya pun yang
aku hasilkan. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat belajar
ilmu-ilmu penulisan hinggakan aku menjadi pelajar dikenali
kerana banyak sangat soalan dikemukakan.

Lama sudah aku bersara dari berbengkel penulisan kerana faktor
usia barangkali...kalau dulunya aku membawa karya-karyaku pada
masyarakat untuk mendapat maklum balas mengenai karya-karyaku
agar tulisan yang kuhasilkan boleh diterima masyarakat atau tidak...
ternyata di luar kotak pemikiranku rata-rata mereka mengatakan
karya-karyaku menepati citarasa masyarakat dan mendoakan suatu
hari nanti aku berjaya....bukan seorang dua kata begitu tapi
ribuan yang kata begitu buatkan aku benar-benar terharu!
Ku pergi sekolah-sekolah minta pendapat anak-anak murid sekolah,
pendapat guru-guru besar, pelajar universiti IPTA/IPTS pakar akademik ,
pelbagai kerjaya yang disandang...waima yang bergelar pemimpin pun...
mengatakan karyaku bagus!Inilah yang membuatkan aku menulis hingga
sampai saat ini....kalaulah semua mereka katakan aku ni penulis syok
sendiri dah lama aku menyepi diri....
Aku menulis bukan kerana mencipta nama ....
orang tak kenal aku pun tak mengapa...
bagiku inilah sumbanganku setelah ku tiada nanti...
menandakan aku pernah berhidup di muka bumi ini...
biarlah mereka tahu yang aku di kala hidup sayangkankan mereka semua!

Karya Rha NS
7 September 2011
9 Ramadhan 1432H

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)

Disiarkan Istimewa Untuk DIOLOG Rumah Sastra Borneo!

Like · · Unsubscribe · about an hour ago near Kuala Lumpur

Marina Mustaffa, Mahabbah El-ahMead and Embun Mahakam like this.

Mahabbah El-ahMead tetap semangan mb...walau usia kita semangkin tua..
ayo perbanyakilah karyamu...semoga saya bisa menirunya...

about an hour ago · Like

Embun Mahakam sangat menyukai ini.

about an hour ago via mobile · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Mahabbah El-ahMead .
Terima kasih Embun Mahakam...
Kerana sudi memahami apa yang tersirat di kalbuku.
Tenang aku kini...terpujuk hatiku yang dilanda gerhana
pabila datang guruh di langit...lalu kilat sambung-menyambung ...
mengeruhkan karya-karya yang niat asalnya untuk berbakti
demi kasih sayang...terpukul aku dengan kata-kata sinis itu...ah!
Ku pekakkan telinga ...kupujuk kalbuku biar bertahan agar tetap teguh
dengan pendirian yang aku menulis bukan kerana nama tapi demi kasih
sayang pada semua makhluk ciptaan Tuhanku!

about an hour ago · Like · 1 person

Haderi Idmukha Terus, lanjut, semangat berbagi kasih dengan menulis

about an hour ago · Like

Embun Mahakam (kutipan dari film dibawah lindungan ka'bah)
cara menghadapi badai bukanlah berdiam ditempat badai itu
melainkan melangkah kedepan melewatinya. :) keep faith to write

about an hour ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Haderi Idmukha..kasih sayang
berkarya menyatukan karya-karya kita semua.

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)

Disiarkan Istimewa Untuk YOUTH ONE STOP CENTRE
7 September 2011
9 Syawal 1432H

2 minutes ago · Like

(DISIARKAN UNTUK SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI)
Menjawab segala persoalan di pemikiran.
7 September 2011
9 Syawal 1432H

10 hours ago · Like

Gan Chee Chan Teruskan.............Jgn mengalah.

10 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali Ya diteruskan...biar hati hancur berkecai..
biar jasad dihujani peluru..demi rakyat dan negaraku tercinta
dan demi bumi ini tempat ku berteduh dari hujan dan panas
untuk menyambung kehidupan sebelum pergi ke negeri abadi!
Berbuat baik dengan manusia berbuat baik dengan Tuhanku
biarpun banyak halangan yang harus kutempuhi.
Terima kasih duhai sahabatku Gan Chee Chan.

9 hours ago · Like · 1 person

Gan Chee Chan Dalam penulisan Sastera juga bisa menaikkan atau
bisa menghancurkan sesebuah kerajaan.

9 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Duhai sahabatku...yang kumahu menaikkan sesebuah
kerajaan dengan cara yang harmonis tanpa saling jatuh menjatuh...
menang sesebuah parti berdasarkan naluri rakyat yang ingin dibela
penghidupannya oleh yang dipertanggungjawabkan. Tanpa rakyat siapalah
pemimpin dan tanpa pemimpin kerajaan tak terbina. Rakyat mahukan
kerajaan yang memahami denyut nadi rakyat kata PM kita ye...

9 hours ago · Like

Gan Chee Chan Jika kerajaan zalim apa Macam?

9 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Zalim atau tak biar rakyat yang menilaikannya nanti.
Kita tunggulah jawapan di pilihanraya nanti baru kita tahu apa yang
dimahukan rakyat kepada pemimpinnya. Cumanya yang kuharapkankan
berkempenlah secara bijaksana tanpa melukakan hati-hati mana-mana
pihak parti atau lawan....jika mereka berkempen penuh hikmah....
rakyatpun tidak bercelaru fikiran...mana satu nak pangkah...hihihi...

9 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali NALURI SEORANG RAKYAT KEPADA PEMIMPIN

Duhai para pemimpin
tidak kira apa saja
jawatan yang disandang
tika ini, tak kira dari parti mana
yang penting ikhlas memikul
tanggungjawab yang
dipertanggungjawabkan.

Di Parlimen
Dewan Yang Mulia
rakyat memperhatikan
para pemimpin yang bijaksana
lagi arif membicarakan nasib
rakyat yang ingin dibela.

Kenapa mesti ada
perbalahan di Dewan
Yang Mulia?
Adakah perbalahan itu
penting untuk rakyat dan
Negara?
Kalau penting kenapa
diperdebatkan dengan
cara rakyat sendiri pun
tidak faham?

Duhai para pemimpin
jangan perkecilkan
suara-suara rakyat
tidak kira siapa pun
dia perlu diambil
perhatian.

Biarpun rakyat tidak pandai
bersuara kerana siapalah
dia… jangan sekali
dipandang sepi
kerana rakyat
memperhatikan,
mengamati,
memahami siapa pemimpin
sebenar yang mereka perlukan.

Nanti pasti bila
tiba masanya
waktu mengundi
kuasa rakyatlah
yang menentukan
siapakah pemimpin
yang layak memimpin mereka.

Suara rakyat...
kehendak rakyat...
pembelaan kehidupan...
kemiskinannya...
Jerih payahnya
telah dipertaruhkan
kepada pemimpin
yang benar-benar
memahami kehendak
sebenar seorang rakyat
kerana di tanah air yang bertuah ini
dia dilahirkan dan
dikebumikan di sini.

Tiada harta yang hendak
diwariskan kepada
pewarisnya nanti kecuali
tanah air yang bertuah ini
Malaysia Negaraku yang tercinta!

Karya Rha NS
5 Febuari 2011

(DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI)

9 hours ago · Like · 1 person

0 comments:

Post a Comment

 
;