Sunday, 4 September 2011

LIRIK LAGU AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL

Aku sayang kamu anak kecil
usah kau menangis lagi
tangisanmu telah menghiris-hiris hatiku
hati ku berkeceramuk bercampur dendam
pada mereka yang telah buat kau sendu-sendan

Siapa mereka itu anak kecil
bilang sama aku siapa mereka
hinggakan kau tak lalu makan dan tidur
menangis..menangis....terus menangis
hinggakan air matamu kering ... tenggelam esakan tangismu

Aduh! Bisa mati aku  lihat kau terusan begini
Kalau aku di tempatmu aku juga sepertimu
Keluarga bahagiamu hilang dimamah bom-bom peperangan
Tika itu keluargamu sedang mahu berbuka puasa
 
Belum sempat menjamah kurma habis semuanya ranap
Cuma kau terselamat kerana kau tika itu pergi
ke perigi mengambil air

Pabila pulang semua yang dikasihi telah tiada
Mana bisa mungkin anak sekecilmu boleh terima hakikat ini?
Kalau kau tahu begini jadinya  mahu kau tidak keluar di kala itu
Biarlah dimarahi ibumu ...asalkan dapat mati  bersama keluarga kesayanganmu

Takdir telah tersurat anak kecil...
Mahu tak mahu kau mesti terima hakikat keluargamu telah tiada

Sabarlah anak kecil
Derita yang kau tanggung saat ini....
Telah merobek-robek hatiku
Mahu aku mencari mereka hingga ke lubang cacing
Membalas dendam bagi pihakmu
Kerna kau tak bersalah pada mereka
Napa kau dihukum begini hebat?

Di luar sana ramai yang berkongsi dukamu
Sabarlah anak kecil Tuhan sentiasa bersamamu
Hentikan tangisanmu
Mari ku dendangkan lagu, "Aku Sayang Kamu anak Kecil"

Walaupun akan menambah
deritamu deritaku
kita akan sama-sama menangis
dan yang mendengarpun menangis
membuatkan hati bercelaru dan haru-biru

Kukesat air matamu dengan sapu tangan kasih sayang
kujahit lukamu dengan benang cintaku

Biarpun kau tidak mengenaliku
Tapi aku mengenalimu
Kerna aku sayang kamu anak kecil!


Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

RAKAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI
RAKAN DIOLOG RUMAH SASTRA BORNEO
YOUTH ONE STOP CENTRE
SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI

Dengan harapan mendapat maklum balas tentang lirik lagu
Aku Sayang Kamu Anak Kecil

UNTUK DISIARKAN DI BLOG: sasterakuduniaku.blogspot.com

Sekalung Penghargaan Kepada Teman Facebook Rabeah Mohd Ali
BAHRAM MIKAEL dari negara Iran kerana foto-foto yang disiarkan
telah mencetuskan ilhamku untuk berkarya, tajuk-tajuk ilham yang tercetus:

1)  Lirik Lagu Aku Sayang Kamu Anak Kecil
2)  Aku Sayang Kamu Anak Kecil
3)  Cintaku Bersemi Di Ufuk Senja
4)  Mimpi Tentang Awan Biru
5)  Cahaya Menuju Ke Petala Langit Dan Bumi


  

0 comments:

Post a Comment

 
;