Saturday, 3 September 2011

AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL (PANDANGAN RAKAN YOSC)

AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL

Anak kecil...
Apa yang kau takutkan?
Adakah kau takut digugurkan bom-bom peperangan?
Jangan takut anak kecil...
Allah sentiasa bersamamu

Biarpun kau tak punya ibu dan ayah....
Tapi kamu dikelilingi keluarga angkat yang sentiasa menyayangimu...
Sudah jangan menangis lagi...
Mari kudendangkan lagu,'Aku Sayang Kamu Anak Kecil.'

Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

Like · · Unsubscribe · 4 hours ago near Kuala Lumpur

Datuk Mohd Jeffry Rosman and Princess Adeq Que like this.

Caesario D Kriiss nie post ka ni atau pantun...

3 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ini bukan pantun...ini puisi...

Pantun kena ada rhima
Puisi luahan rasa kalbu penulis

Selalu baca lama-lama faham sayang hihihi

Dengar pantun kucipta untukmu:

Terima kasih Caesario D Kriiss,
Kerana menyokong karyaku;
Persahabatan terjalin akan kubalas,
Terpatri persahabatan kau dan aku.

3 hours ago · Like

Caesario D Kriiss ehm maaf ye....bukan saya sokong karya awak,
kerana tak berminat langsung  post atau puisi macam awak maksudkan
tu.....

2 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman. Sokonganmu, Datuk Jem dan
Dato Seri' Zaleey Jazz pada karyaku membuatkan aku terharu sehingga
terbawa ke alam mimpi. Sekarang ni kucuba ingat apa yang kukarang
dalam mimpi tersebut.

SOKONGAN 3 SAHABAT SETIA PADA KARYAKU BUAT KU TERHARU

Terima kasih duhai 3 sahabat di sana
Biarpun ku tak mengenali kalian
Dan kalian tak mengenaliku di sini
Alam maya telah menyatukan hati-hati kita

Biarpun perjuangan kalian berbeda
Kerjaya kalian berbeda
Bertaraf VIP
Berkelayakan tinggi
Melalui karyaku
Hilang segala prasangka ku pada kalian
Yang selama ini beranggapan golongan atasan
Hidupnya adalah kebanggaan dirinya
Tapi setelah mengenali kalian
Aku menangis dalam sendu
Bersyukur pada Allah
Kerana biarpun siapa dirimu
Kau tetap menganggap hamba Allah
Allahu Akhbar

Semoga Allah membalas segala budi baikmu
Kepada semua hambaNya yang telah kau berbuat baik.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau tak minat tak apa...kerana ada orang lain yang minat ye...
dan kalau orang lain tak minat pun tak apa...takkan berkecil hati...
kerana aku menulis bukan kerana untuk mencipta nama tapi kerana
kasih sayangku pada semua manusia yang hidup di muka bumi ini.

2 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca kasih sayang terbalas.

2 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;