Friday 2 September 2011

USAHAWAN BERHATI TABAH ADIE ADNAN & RAKANNYA

Tersebutlah kisah rakyat Sabah,
Adie Adnan yang empunya cerita;
Seorang usahawan yang berhati tabah,
Menempuh dugaan pelbagai rupa.

Sesama rakan perniagaan tiada mendengki,
Kerja berpasukan digalakkan pada kakitangannya;
Ke mana pergi sentiasa dihormati,
Dipercayai kerana kejujuran dan kegigihannya.

Orangnya berkacamata,
Bila berkata orang percaya;
Ke mana pergi tak suka mengata,
Hanya difikirkan syarikatnya berjaya.

Moga perniagaanmu terus berjaya,
Allah mudahkan segala urusan;
Dah berjaya syukurlah padaNya,
Agar hidupmu sentiasa dalam keberkatan.

Karya: Rha Ns
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Diilhamkan Istimewa Untuk Sahabatku Adie Adnan Moga
Gembira Menerima Karya Ciptaanku Ini Ye)
11 hours ago · Like · · Unsubscribe

prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn, Adie Adnan and 6 others like this.

Adie Adnan salam sahabat ku selamat beribadah..terima kasih
kerana karya yang di cipta...

11 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Setiap sahabat yang hadir di hatiku adalah permata
yang amat berharga dan ingin dikongsi nilai permata sahabatku itu
dengan semua yang sudi membacanya. Moga kau terus berjaya dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

11 hours ago · Like · 1 person

Adie Adnan amin....

11 hours ago · Like

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Nice. . .untuk aku tiada ka. . ?
Ehehe

11 hours ago via mobile · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali

Ada...hehehe...

Prince Mohammad Shaidi Rahmadan,
Hidupmu penuh ceria;
Tapi hajat di hati ingin mati dalam kebaikan,
LaaillaahaillaAllah kalimat yang dipuja.

Moga hajatmu tercapai duhai sahabat si Adie Adnan,
Hatimu sesejuk salju;
Menghargai talisiraturrahim dalam kemesraan,
Moga Allah memakbulkan semua hajatmu.

Kudoakan dilimpahkan Tuhan rezekimu,
Agar dapat membuat amal dengan rezeki
Rezeki yang halal dicari tanpa jemu,
Agar bahagia di kala hidup dan mati.

10 hours ago · Like

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Terima kasi Rabeah Mohd Ali
Hasil karya mu indah sekali. . .

10 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabatku kerana sudi menghargai
karyaku...tak sudi ke menjadi sahabat fbku ye...

10 hours ago · Like

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Done. . .

10 hours ago via mobile · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat fbku
moga memberi kebaikan abadi. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

4 hours ago · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;