Wednesday, 7 September 2011

ADAKAH KARYAKU SESUAI DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE?

Assalamualaikum...kepada semua ahli group Youth One Stop Centre.
Saya ingin bertanya adakah karya saya sesuai disiarkan di group
ini atau dihentikan?Jika tidak bertepatan dengan kehendak group
ini saya minta nama saya digugurkan dalam group ini.
Like · · Unsubscribe · 16 hours ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace and 5 others like this.

Zullsuarezs Luis Amin aik napa pagi-pagi ni merajuk,sabar ya..
jangan sampai mau keluar-keluar group ni,tak baik

14 hours ago via mobile · Like

Zullsuarezs Luis Amin rabeah pedulikan orang mau kata apa,
yang penting kita luahkan bakat kita,zul sentiasa sokong rabeah..
jangan putus asa ya

14 hours ago via mobile · Like · 1 person

Caesario D Kriiss tepuk dada tanya selera..,

13 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Assalamualaikum...terlebih dahulu saya minta maaf
jika selama ini post yang dihantar tidak bertepatan dengan kehendak
sembang-sembang politik. Bagi saya politik adalah kehidupan masyarakat
dan kehidupan masyarakat adalah politik. Jika sekiranya politik tidak
berminat dengan kehidupan masyarakat dan masyarakat tidak berminat
politik makanya sampai bila pun politik dengan urusan politiknya dan
masyarakat pun tidak sama sekali menyukai politik. Di group yang lain
saya juga masukkan bab politik mereka mengatakan TIDAK BERMINAT.
Maknanya politik tidak boleh dicampur adukkan dengan masyarakat dan
masyarakat tidak boleh dicampur adukkan dengan politik? Sedangkan politik
yang ingin disampaikan tidak pun mengutuk mana-mana parti. Kalau begitu
mulai detik ini dan saat ini diminta pihat pengurusan group ini menggugurkan
nama saya dalam group sembang-sembang politik. Harap maklum dan maaf
untuk segalanya.

Like · · Unsubscribe · 4 hours ago near Kuala Lumpur

Md Yussof Mattaim Wa alaikum salam, RMA mungkin boleh ubah cara sumbangan
agar diminati oleh responden sebab dek kerana artikal agak panjang dan masa
membaca juga mungkin terhad - apa kata dipendekkan persembahan RMA cukup
untuk serangkap dua sahaja. Saya sendiri minat membaca tetapi kadang masa
tak mencukupi tak sempat membaca semua. Bagaimana ? diharap RMA akan terus
bertahan dan menerima cadangan ini.

2 hours ago via · Like

Hasidy Harun Bidang politik amat luas. Seperti yang dikatakan oleh Puan
Rabeah Mohd Ali. Saya setuju. Tapi mungkin pada realiti hari ini,
kebanyakkan masyarakat kita pada hari ini lebih fokus kepada POLITIK
PILIHANRAYA atau POLITIK KEPIMPINAN. Mungkin tidak salah dari segi
makna tetapi itulah realiti masyarakat pada hari ini. :)

(PETIKAN DARIPADA SEMBANG-SEMBANG POLITK)
7 September 2011

12 hours ago · Like

Rush Cash Salam Syawal Al-Mubarak. Mohon Maaf Zahir & Batin.
Buat Rabeah Mohd Ali yang dihormati. Berkarya dengan pandangan
melalui cara puan di YOSC ini tidaklah mjadi satu kesalahan apa lagi
masalah bg seluruh warga YOSC. Saya juga adalah Karyawan seni dalam
bidang teater, puisi & yang menjurus kepada kebudayaan. Saya sependapat
dengan saudara MD Yussof Mattam & Sdara Hasidy Harun. Silakan terus berkarya
di YOSC tapi post yang puan buat sudah pastinya puan ingin warga YOSC
membacanya bukan? Jika tiada respon, tentu puan faham maksudnya.
MESEJ TIDAK SAMPAI. Jadi syor saya, postkanlah sesuatu yang mungkin simple,
bersahaja tapi dapat menarik warga YOSC yang lain untuk memberikan respon.
Memang benar kenyataan puan bahawa POLITIK & MASYARAKT tidak dapat dipisahkan.
Dalam sudut agama, politik ini juga disebut sebagai SIASAH.
Setiap hari manusia bersiasah secara tidak langsung tanpa sedar untuk
kesinambungan keperluan hidup seharian dalam menjana rezeki.
Wallahu'alam. Jazakumullah khuhairan.....

12 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Rush Cash kerana sudi memberi sokongan padaku...
bertahun lamanya aku menulis dari muda hingga ke usia begini. ..
ketika di usia belia aku seorang belia yang aktif suka sangat pergi
menghadiri kursus penulisan anjuran mana-mana persatuan penulis,
yang lucunya sepanjang berbengkel tiada karya pun yang aku hasilkan.
Aku tak tahu kenapa aku suka sangat belajar ilmu-ilmu penulisan hinggakan
aku menjadi pelajar dikenali kerana banyak sangat soalan dikemukakan.

Lama sudah aku bersara dari berbengkel penulisan kerana faktor usia
barangkali...kalau dulunya aku membawa karya-karyaku pada masyarakat
untuk mendapat maklum balas mengenai karya-karyaku
agar tulisan yang kuhasilkan boleh diterima masyarakat atau tidak...
ternyata di luar kotak pemikiranku rata-rata mereka mengatakan
karya-karyaku menepati citarasa masyarakat dan mendoakan suatu hari
nanti aku berjaya...bukan seorang dua kata begitu tapi ribuan yang
kata begitu buatkan aku benar-benar terharu!Ku pergi sekolah-sekolah
minta pendapat anak-anak murid sekolah, pendapat guru-guru besar,
pelajar universiti IPTA/IPTS pakar akademik,
pelbagai kerjaya yang disandang...waima yang bergelar pemimpin pun...
mengatakan karyaku bagus!Inilah yang membuatkan aku menulis hingga
sampai saat ini...

kalaulah semua mereka katakan aku ni penulis syok sendiri dah lama
aku menyepi diri....Aku menulis bukan kerana mencipta nama ....
orang tak kenal aku pun tak mengapa...bagiku inilah sumbanganku
setelah ku tiada nanti...menandakan aku pernah berhidup di muka bumi ini...
biarlah mereka tahu yang aku di kala hidup sayangkankan mereka semua!

12 hours ago · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman salam rabeah..sahabatku yang sejati..
puisi dan gurindam itu adalah seni dan bunga hiasan dalam kata kata..
bagiku teruskan berkarya kerana itu adalah satu ciptaan kehidupan
yang harus wujud dalam sanubari setiap insan..jangan berhenti..

12 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabat sejatiku yang tak henti
menyokong minat seniku...itu katamu tapi rakan-rakan group YOSC
ada yang kurang suka...tengok nanti ramai yang menyokong atau ramai
yang menghendaki aku hentikan....kalau undian kata aku teruskan...
Insya-Allah aku teruskan....ini masuk juga bab politikkan...hihihi

11 hours ago · Like

Rush Cash ?Rabeah Mohd Ali : Info tentang rentetan penulisan puan
amat saya kagumi. Saya syorkan agar hasil karya puan yang bermutu itu
puan salurkan dengan DEWAN BAHASA & PUSTAKA NEGERI SABAH dengan
menjilidkan semua hasil karya itu dan hantar kepada mereka untuk menjadi
khazanah budaya Negeri Sabah. Saya pasti, mereka berminat kerana saya mempunyai
rakan yang sering meminta jikalau ada karya-karya tempatan dari Tawau ini
boleh diketengahkan dari kalangan penulis-penulis baru. Setakat ini,
Tokoh penulisan yang telah mendapat pengiktirafan diperingkat kebangsaan dari
Tawau Sabah adalah saudara HASSAN SAPRIN yang bergiat cergas dalam penulisan
skrip lakon pentas & TV. Sy pasti puan ada potensi menjadi salah seorang
dari pengkarya yang boleh diketengahkan. Jangan lepaskan peluang.
InsyaAllah, keikhlasan puan pasti akan nampak hasilnya kelak. Terima kasih.

11 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Rush Cash tiada apa yang dapat kukatakan
melainkan Syukur Alhamdulillah jika itu lahir dari hati mu nan suci...
jika ku amanahkan karya-karyaku untuk Rush Cash menguruskan boleh ke...
selain dalam simpanan Galeriku sebagai gudang karyaku ada juga kusiarkan
di blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com
bukukreatifpatriotik.blogspot.com
mogaallahredha.blogspot.com

Apapun pandanganmu dan cadanganmu amat tersanjung di hatiku!

11 hours ago · Like · 1 person

Rush Cash ?Rabeah Mohd Ali : Jilidkan @ Compiled karya puisi & sajak puan.
Nanti kita ajukan dgn DBP. Tersiar & di bukukan, adalah juga RM$$
buat KITA kan? Hahaha.....

11 hours ago · Like · 1 person

Sentuhan Kecundang DBP (Den bisa pr0duction) taupun Dewan Bahasa
dan Pusataka 2 tn hahaha...

11 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Rush Cash kerana memahami hihihi
bolehlah membiayai kewangan Galeriku yang sudah lama terbiar sepi
dan membiayai kerja-kerja seniku yang udah lama terbengkalai disebabkan
masalah itu...hihihi...nanti kita mahu berunding di mana yang sekejap
lagi kusiarkan sebuah cerita...istimewa untuk mereka yang sudi mendengar
dan menghayatinya...hihihi

11 hours ago · Like

Rush Cash ?Rabeah Mohd Ali : Buat sementara ni. nukilan itu elok jangan
disiarkan dimana-dimana terlebih dahulu untuk HAKCIPTA TERPELIHARA.

11 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Walaupun di YOSC ini?

11 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, September 7, 2011 at 9:46am

Your note has been created.

Terima kasih Rush Cash kerana sudi memberi sokongan padaku...
bertahun lamanya aku menulis dari muda hingga ke usia begini...
ketika di usia belia aku seorang belia yang aktif suka sangat pergi
menghadiri kursus penulisan anjuran mana-mana persatuan penulis,
yang lucunya sepanjang berbengkel tiada karya pun yang aku hasilkan.
Aku tak tahu kenapa aku suka sangat belajar ilmu-ilmu penulisan
hinggakan aku menjadi pelajar dikenali kerana banyak sangat soalan
dikemukakan.

Lama sudah aku bersara dari berbengkel penulisan kerana faktor
usia barangkali...kalau dulunya aku membawa karya-karyaku pada
masyarakat untuk mendapat maklum balas mengenai karya-karyaku
agar tulisan yang kuhasilkan boleh diterima masyarakat atau tidak...
ternyata di luar kotak pemikiranku rata-rata mereka mengatakan
karya-karyaku menepati citarasa masyarakat dan mendoakan suatu
hari nanti aku berjaya....bukan seorang dua kata begitu tapi
ribuan yang kata begitu buatkan aku benar-benar terharu!
Ku pergi sekolah-sekolah minta pendapat anak-anak murid sekolah,
pendapat guru-guru besar, pelajar universiti IPTA/IPTS pakar akademik,
pelbagai kerjaya yang disandang...waima yang bergelar pemimpin pun...
mengatakan karyaku bagus!Inilah yang membuatkan aku menulis hingga
sampai saat ini....kalaulah semua mereka katakan aku ni penulis syok
sendiri dah lama aku menyepi diri....Aku menulis bukan kerana
mencipta nama ....orang tak kenal aku pun tak mengapa...
bagiku inilah sumbanganku setelah ku tiada nanti...
menandakan aku pernah berhidup di muka bumi ini...
biarlah mereka tahu yang aku di kala hidup sayangkankan mereka semua!

Karya Rha NS
7 September 2011
9 Ramadhan 1432H

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
Disiarkan Istimewa Untuk DIOLOG Rumah Sastra Borneo!

Like · · Unsubscribe · about an hour ago near Kuala Lumpur

Marina Mustaffa, Mahabbah El-ahMead and Embun Mahakam like this.

Mahabbah El-ahMead tetap semangan mb...walau usia kita semangkin
tua..ayo perbanyakilah karyamu...semoga saya bisa menirunya...

about an hour ago · Like

Embun Mahakam sangat menyukai ini.

about an hour ago via mobile · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Mahabbah El-ahMead .
Terima kasih Embun Mahakam...
Kerana sudi memahami apa yang tersirat di kalbuku.
Tenang aku kini...terpujuk hatiku yang dilanda gerhana
pabila datang guruh di langit...lalu kilat sambung-menyambung...
mengeruhkan karya-karya yang niat asalnya untuk berbakti demi kasih sayang...
terpukul aku dengan kata-kata sinis itu...ah! Ku pekakkan telinga ...
kupujuk kalbuku biar bertahan agar tetap teguh dengan pendirian yang aku
menulis bukan kerana nama tapi demi kasih sayang pada semua makhluk
ciptaan Tuhanku!

about an hour ago · Like · 1 person

Haderi Idmukha Terus, lanjut, semangat berbagi kasih dengan menulis

about an hour ago · Like

Embun Mahakam (kutipan dari film dibawah lindungan ka'bah)
cara menghadapi badai bukanlah berdiam ditempat badai itu
melainkan melangkah kedepan melewatinya. :) keep faith to write

about an hour ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih Haderi Idmukha..kasih sayang
berkarya menyatukan karya-karya kita semua.

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
Disiarkan Istimewa Untuk YOUTH ONE STOP CENTRE
7 September 2011
9 Syawal 1432H

9 hours ago · Like

Dany Damia Qalesya kitakan rakyat malaysia...bebas untuk
menyuarakan apa-apa...

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
7 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;