UTUSAN KEMANUSIAAN SERATA BENUA
KARYA CETUSAN MINDA BERDASARKAN GAMBAR
Karya cetusan minda berdasarkan gambar
yang dikirimkan Bahram Mikaeil berasal
dari Iran Teman Facebook Rabeah Mohd Ali.
Terima kasih Bahram Mikaeil keranamu
telah mencetuskan mindaku untuk berkarya.
Moga Allah membalas budi baikmu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
PUISI TOLONG REDAKAN KESEDIHAN KAMI
Macam mana ni adikku?
Ayah dan ibu sudah mati...
Kita nak pergi ke mana?
Kenapa mereka kejam?
Membunuh ayah dan ibu kita?
Apa salah ayah dan ibu?
Ayah dan ibu kita tak salah...
Tolong...!Tolonglah ...
Redakan kesedihan kami.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
PUISI DUHAI SI DURJANA
Duhai si durjana...
Walaupun kami di pagar dawai berduri
lalu tertusuk duri
kami rela menahan kesakitannya.
Duhai si durjana...
Kami bersumpah akan menuntut bela
kematian ibubapa kami
yang telah kamu bunuh kejam!
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
ANAKKU SAYANG
Anakku sayang...
Walaupun ibu tak tahu ke mana hendak dituju
bersabarlah ye sayang
moga Allah memberi pertunjuk jalan
ke mana kita selepas ini
untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri.
Ke manapun ibu pergi
kau tetap akan kubawa pergi
ibu sanggup berkorban demi masa depanmu
berjanjilah pada ibu menjadi anak bertanggungjawab
pada agama, bangsa dan negara.
Anakku sayang...
biarpun kehidupan kemiskinan kita mencengkam
kita akan teruskan kehidupan ini.
Karya : Rha NS
18 Jun 2011
KESUSAHAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA
Inilah yang mampu
kumasakkan untuk keluargaku tercinta
kumasak dengan penuh kasih sayang
moga menjadi kekuatan keluargaku
beribadah kepadaNya.
Kesusahan di dunia ini
tidak seberat kesusahan di akhirat kelak
moga kesusahan yang diuji ini
dibalas Allah dengan Syurga
untuk kita sekeluarga nikmati dalam kesyukuran.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
SYUKUR APA ADANYA
Biarpun kau diduga
bagaimana beratpun dugaanmu
kau tetap tersenyum dalam redha
bersyukurlah kau dipilih menjadi
hamba yang sentiasa bersyukur
dengan nikmatNya yang tak terhitung
walau apa adanya.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
KECERIAANMU TERPANCAR DI HATIKU!
Keceriaanmu terpancar di hatiku!
Senyumanmu membuatkan aku juga turut tersenyum
Cerialah sayangku
Ceriamu ceriaku
Biarpun dugaanmu maha hebat
Namun kau masih mampu tersenyum
Senyuman setulus ikhlas
Senyuman dalam redha.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
USAHA SEORANG NENEK
Duhai nenek kesayangan...
biarpun usiamu melangkaui zaman
dan kemiskinan masih mencengkam
namun kau tak pernah berputus asa
kau teruskan usahamu penuh tekun dan sabar
kau tak pernah mengenal erti putus asa
Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya yang berputus asa
Berusahalah selagi nafasmu ada
untuk meneruskan perjuangan hidup ini
moga satu hari nanti kejayaan menyebelahimu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
SELAMAT TINGGAL KECANTIKKAN
Selamat tinggal kecantikan...
Aku tak boleh bertahan
menjadi muda selamanya
kerana sudah Tuhan aturkan
yang muda mesti tua
yang hidup mesti mati.
Karya : Rha NS
18 Jun 2011
PENANTIAN CINTA
Penantian satu penyeksaan...
Biarpun berhujan berpanas
kutetap menantimu
di laman kasih
yang tandus dan gersang ini.
Kunantikan cintamu seiring
usiaku yang senja ini
menunggumu dengan penuh harapan
mengharapkan kau datang membalas
cintaku yang lama kudambakan
balaslah cintaku ini
duhai kekasihku.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
ANAI-ANAI YANG BERJASA
Dedaunan kering berguguran di bumi
akan dikitar semula oleh anai-anai
jika tiada jasa anai-anai
bumi kita ditimbuni dedaunan kering
anai-anaipun berjasa
kenapa tidak kita turut berjasa?
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
JUTAAN KEDUTAN
Jutaan kedutan ini...
tidak akan menghalang
untuk aku terus
MencintaiMu
MemujiMu
MengangungkanMu
MensyukuriMu
di sebilang masa dan ketika
hingga terhenti nafas
justeru terimalah aku menjadi kekasihMu
dan izinkanku mengucapkan kalimah
Laaillaahaillaallah sebagai akhir kalamku
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
MUSIM SALJI TELAH TIBA
Musim salji telah tiba
kedingan salji sedingin hati
ditunggu juga kekasih datang
namun tidak juga kunjung tiba.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
MAWAR PUTIH
Cantik sungguh mawar putih
diserikan sinar cahaya bulan
wangian semerbak memenuhi taman
taman hati berbunga kasih
kelopakmu cantik tersusun indah
kukagumi Kebesaran Tuhan.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH
Biarpun sehelai daun
gugur ke bumi
semuanya dalam pengetahuan Allah
Tuhanku Maha Mengetahui
segala yang ada di bumi dan di langit
Yang ghaib mahupun yang nyata.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
LILIN
Lilin menerangi orang lain
tapi membakar diri sendiri
Apabila cahaya lilin bertukar air
biarpun tidak menerangi orang lain
tetapi masih berjasa
dengan menyejukkan hati-hati
yang kepanasan kerana marah!
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
BUNGA PUTIH BERMATA BIRU
Menghayati bunga putih bermata biru
amat mengasyikkan
aman...
damai...
tenteram...
mengujakan aku memetikmu
lalu kuhias di meja tulisku
agar menjadi inspirasiku
untuk berkarya.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
MESIN JAHIT ANTIK
Mesin jahit usang ini
di bawa arus sungai
dipenuhi sampah sarap
tetapi masih boleh digunakan lagi
dibersihkan dan diperbaiki semula
pasti menjadi bahan antik
memukau mata memandang!
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
ALLAH MAHA PENGAMPUN
Biar macam mana berat dugaanmu
tempuhilah dengan tabah
jangan memilih jalan yang salah
membunuh diri bukan jalan penyelesaian
gunakan fikiranmu yang waras
pulang ke pangkal jalan
bertaubatlah sebanyaknya
kerana Allah Maha Pengampun Dan Penyayang
Pasti taubatmu diterima
asalkan ikhlas semua amalan.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
DI RIMBUNAN HUTAN BELANTARA
Masya-Allah
di rimbunan hutan belantara
yang suram dan sepi
diselubungi kabus
masih boleh kelihatan
keindahan matahari terbenam
melabuhkan tirainya
di ufuk senja.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
SEJAMBAK BUNGA KASIH
Masih tergenggam erat di tangannya
sejambak bunga kasih
biarpun sudah tiga hari menanti
kekasih tak kunjung tiba
jambangan bunga kasih layu
tapi kasihnya pada kekasih
tidak pernah layu
dia menunggu terus menunggu
penuh harapan
penuh cinta dan kasih sayang
sejambak bunga kasih yang dah layu
bukti cinta kepada kekasihnya.
KARYA: Rha NS
18 Jun 2011
MERAIKAN KEJAYAAN
Kau terjun dari tempat tinggi
penuh yakin tanpa cedera
kegembiraan meraikan kejayaan
yang kau perjuangkan sejak bertahun
akhirnya terbalas berkat kesabaranmu.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
KITA SELAMANYA BERSAMA
Kanda usahlah menangis lagi
kusapukan air matanyamu dengan cinta suciku
kita takkan berpisah lagi
Tuhan yang menjodohkan kita
Tuhan juga yang memisahkan kita
di dunia hidup bersama
moga di akhirat juga hidup bersama
menikmati Syurga selamanya bersama.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
KEINDAHAN TERBENAM MATAHARI
Keindahan matahari terbenam
tak terungkap dengan kata-kata
hanya Subhanallah yang terucap.
Bunga-bunga merah melambai-lambai
mengucapkan selamat tinggal kepada matahari
moga esok diberi kesempatan Tuhan
berjumpa lagi.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
SAHABATKU
Sahabatku pergimu tanpa pesan
kau kurindui dalam sendu
kenangan bersamamu segar dalam ingatan
moga kau tenang di alam sana
menikmati Syurga bersama teman-teman barumu
terimalah sejambak bunga kasih dariku
usahlah risau
ku juga akan menyusulmu nanti
tapi bila dan di mana ku tak tahu.
Karya: Rha NS
18 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment