Perwiraku....
Dalam permohonan maaf
Jangan fikirkan racun
Jangan fikirkan kesalahan nyata atau tidak
Jangan berperasangka
Yang penting pemohonan maaf itu mesti
Lahir dari hati nan suci ikhlas
Setahuku orang yang suka memohon maaf hatinya mulia
Jiwanya pasti tenang setenang air di kali
Orang yang tidak mahu memaafkan kerana rasa dirinya sempurna
Dia cuma boleh senyum tapi penuh kekelatan
Apapun aku adalah insan yang tidak pernah sempurna
Justeru aku memohon maaf kepada kalian berdua
Perwiraku... jika sepanjang perkenalan kita bicaraku
Di alam maya ada membuatkan hati kalian terguris
Andainya kalian tidak mahu memaafkan aku
Aku adalah insan bergelar manusia yang palling malang
Di dunia ini...
Dan kalau kutahulah begini jadinya aku
Rela ku bisu selamanya
Rela ku tidak mengenali kalian berdua
Daripada permohonan ku tidak dimaafkan.
Dari Allah aku datang
Dari Allah aku dikembalikan
Maaf berjuta kali kulafazkan walaupun hingga ke akhir hayatku.
Karya: Rha NS
12 Ramdhan 1432H
12 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment