Tuesday, 26 June 2012

CINTA DALAM KETENTUAN-NYA




  • Raisya Scorp ‎~Senandung Puisi Rindu~

    kutiupkan seruling rindu
    melodikan kiasan hatiku
    apakah tiada hatimu terasa
    getaran syahdu mencuit degupmu?

    kuhembuskan notnot zahir syahdu
    di atma hijab tiada berwajah
    di kaki malam kukaitkan laguku
    buat kekanda nan jauh di mata *wink*

    8 hours ago · 

  • CINTA KETENTUAN ILAHI

    Jika kau tiupkan seruling rindu
    Jantungku pasti berhenti berdegup
    Karena kau sudah kuhanyutkan diombak rindu
    Kerana rindu mu sudah tidak bermakna lagi bagiku

    Dan aku tak suka hijab yang tak berwajah
    Dan aku tak suka bicara bak sembilu pilu
    Dan aku tak suka bicara yang tak punya hati dan perasaan

    Biarpun kau kaitkan lagumu beribu askara
    Takkan gugur setetespun cinta ku padamu
    Kerana kau adalah hijab yang tak berwajah

    Cuma yang aku mahu wajah
    Semurni hati
    Bicara sejujur hati
    Sentiasa memamahami apa maknanya
    CINTA KETENTUAN ILAHI

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    27 Jun 2012

    7 hours ago · 

  • BIARKAN KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU

    Oh kekasihku...
    Jika teramat parah lukamu
    Terlalu mendalam dek kerana kekasihmu itu
    Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
    Agar boleh kulihat senyumanmu

    Jika air matamu tidak berhenti merinduinya
    Aku tak boleh menghentikan
    Kecuali terhenti sendiri atas kemahuanmu.

    Aku yang jauh di sini
    Mendoakan kau tidak bermuram durja
    Selalu tersenyum
    Menjadi penyeri di laman cinta
    Sentiasa mewangi
    Di waktu pagi petang dan malam
    Teman-teman di sekelilingmu pasti bahagia
    Melihatmu sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang.

    Jika kau terasa rindu padaku
    Pandanglah bulan purnama
    Di situ kukirimkan senyuman sayang untukmu.

    Jika kau tak sudi membalas senyumanku itu
    Bermimpilah tentang aku
    Aku sedia mendengar rintihan kalbumu
    Kerana aku teramat menyayangimu
    Tanpa jemu menyintaimu seumur hidupku.

    Karya Putri Rimba Niagara
    27 Jun 2012

    7 hours ago · 

  • Raisya Scorp Hahahaha...

    My dear Werdys, ada yang cemburu ni?! :))

    celakkan kasih di alis syair
    puisi damba dikidung manja,
    cemburu kasih dipinang amarah
    aduan getir meresah sukma

    Wahai kanda, raja hatiku
    kusulam baitbait berbindu
    jangan bicarakan tenang nestapa
    aduhai kasihku, tiada tahukah rasaku beramuk kerong???

    Lol!!! Werdys, miss u, dear! *wink*

    about an hour ago via mobile · 

  • MERINDUI-NYA MENCINTAI-NYA

    Duhai ombak rindu....
    Ramainya yang merinduimu
    Dia sudah kemaruk rindu
    Rindu dendam yang terpendam
    Membara-bara merinduimu
    Bara yang menjadi dendam
    Dendam yang memakan diri sendiri

    Jika kau sudi membalas rindunya
    Silakan..tak akan cemburu secebis kuman pun!
    Kerana dia cintakanmu
    Kurela undur diri
    Kerana apalah sangat dengan cinta dunia ini
    Belum memiliki cinta yang pasti sudah
    Berebutan musuh memusuhi
    Ahh! Suntuknya fikir kalau begitu

    Putus cinta dengan mu aku relakan
    Demi dia yang ketandusan rindu
    Balaslah rindunya itu
    Tak tega aku melihat
    Rindunya tak terbalas rindu
    Kasihan dia...balaslah
    Aku tak cemburu
    Kerana cemburu pasti
    Mengheretku kebinasaan
    Pasti akan memakan diriku
    Kerana jiwaku hatiku
    Akan sentiasa sakit
    Akan sentiasa ingin membalas dendam
    Yang membara-bara
    Sehingga aku rasa puas jika
    Melihat kemusnahan dia
    Jika aku begitu lebih baik aku mati
    Daripada berhati kejam sesama manusia
    Berhati kejam semata rindu yang tak terrbalas rindu
    Ahh!Aku tak mahu menjadi manusia begitu...
    Moga Allah selamatkan aku dari jadi begitu
    Dan selamatkan aku menusia yang berhati begitu kejam
    Kerana secebis rindu tak berbalas rindu...

    Duhai ombak rindu....
    Aku tahu hatimu
    Selembut salju
    Bertabahlah hatimu
    Menghadapi dugaan ini...
    Jangan kerana rindu dan cinta
    Kegalauan hatimu mencengkam jiwa

    Rindu yang layak bagimu
    Hanyalah pada Tuhan-Mu
    Pasti rindumu akan dibalas dengan cinta-Nya
    Rindu dan cinta-Nya
    Akan membuatkan
    Jiwa mu tenang
    Setenang air di kali Syurga

    Semua yang hidup akan mati
    Tapi rindu dan cinta-Nya
    Tak akan mati
    Biarpun kau sudah mati
    Cinta dan rindumu
    Akan terus hidup
    Tanpa noktah
    Pasti tika itu
    Kau rasa betapa
    Bersyukurnya di kala hidupmu
    Mencintai-Nya Merindui-Nya
    Sesuatu yang indah
    Cinta dan rindumu
    Dibalas dengan Syurga-Nya
    Hanya yang kau lafazkan
    Pabila Kekasih-Mu membalas cinta dan rindumu
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    27 Jun 2012

    • KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      27 Jun 2012

      40 minutes ago · 

    • Raisya Scorp LOL!!!!!
      34 minutes ago · 

    • Raisya Scorp Alahai... sedihnya kubaca.

      katanya ada apa tentang cinta
      hanya ingin miliki cinta nan satu
      katanya pergilah pada si dia
      ketandusan rindu, suntuknya fikir???

      hahahaha...

      29 minutes ago · 


    • MUHASABAH DIRI

      ketawalah...selagi boleh ketawa...
      lanjutkan hingga ke kubur nanti
      baru tahu suntuk fikir atau tak...
      akibat cinta tak terbalas rindu membara
      jadi suntuk fikir...
      fikir-fikirkanlah
      alam barzah adalah tempat kesedihan
      yang akan sedih selamanya
      jika dendam membara-bara
      tidak dipadamkan tika nyawa masih ada
      hilangkanlah sifat
      dengki mendengki
      tamak haloba
      dendam mendendam...
      baru ketawamu pun terpadam...
      kalau tak terpadam juga
      siap-siapkan kain kafan
      sebagai musabah dirimu diriku diri semua
      yang ingin mati dalam tenang
      tika bertemu dengan-Nya

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      27 Jun 2012



          • Raisya Scorp Ya Rabb... kalah ustazah! :))

            duhai Putri Rimba Niagara
            kata dibait jadikan panji
            nasihatkan lain cerminlah diri
            jangan ikutkan api amarah

            duhai pembicara berbaur cemburu
            kata sanggup relakan cinta,
            ikhlaskah kata tika berkhutbah
            sungguh benar apa diluahkan???

            kafankan jiwa pada haqiqi
            bersihkan hati pada ketulusan
            jangan mudah mengorak andaian
            kelak akan termakan sumpahan sendiri :))

            Oh ya, semoga Allah berikan kita semua hidayah pada pagi ini. Kalau nak berkhutbah panjang jela...silakan :))

            24 minutes ago · 

          • Raisya Scorp Werdys Kalbary, memori lama mengusik kalbu *wink*
            24 minutes ago · 

          • Rabeah Mohd Ali BERDOSAKAH AKU MENCINTAINYA

            Engkau hamba aku pun hamba
            Aku sentiasa cermin diriku
            Yang tak sehebatmu bila berpuisi
            Yang tak secantikmu yang boleh bertukar wajah
            Berwajah kanak-kanak untuk melampiaskan dendam membara
            Kalau betul kau mahu teruskan berkomunikasi denganku
            Munculkanlah wajahmu yang rupawan itu
            Agar aku dapat lebih mengenalimu
            Aku tak suka yang berpura-pura
            Membaling batu sembunyikan tangan
            Setahu aku yang tak mahu memunculkan dirinya
            Menggunakan objek lain sebagai pengganti diri berkata-kata
            Pasti ada niat jahat untuk melemparkan kata sesuka hati
            Menghina sesuka hati
            Agar orang tak mengenalinya
            Adakah ini yang dikatakan manusia
            Jika kau benar manusia
            Munculkan dirimu
            Agar boleh kita berkomunikasi
            Cara berhikmah
            Mengundang Nur Hidayah Kasih-Nya Aamiin
            Sebelum aku mengundurkan diri
            Tangan dijabat memohon maaf
            Kerana melukakan hatimu
            Percayalah tiada niat dihatiku
            Untuk melukakan hatimu
            Kerana kekasihmu si ombak rindu itu
            Insya-Allah aku akan memujukknya kembali kepadamu
            Kalau... itu boleh meredakan dendam membaramu
            Padaku yang tak tahu berdosakah aku mencintainya?
            Duhai kanda werdys...
            Balaslah cinta dan rindu kekasihmu itu
            Aku tak tega menjadi tempat melampiaskan
            Marahnya dendamnya yang membara-bara padaku...
            Tolonglah...lupakan aku...
            Balaslas cintanya
            Demi kebahagiaanmu dan dia
            Aku relakan
            Kerana aku faham
            CINTA ADALAH ATAS KETENTUAN-NYA

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            27 Jun 2012

            4 minutes ago · 


        • Raisya Scorp 
          Aduhai Putri Rimba Niagara...

          Jangan mudah membuat andaian
          tanpa tahu duduk perkara sebenar,
          jangan pula lemparkan tuduhan
          berdasarkan apa yang dibaca

          Oh, Werdys Kalbary tu Ombak Rindumu, ya :))
          kekasihnya ke???
          2 minutes ago · 

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA - KALBAR)
    27 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;