Sunday, 28 October 2012

DUNIA PUISI DUNIAKU DAMBAANKU PUISI TENTANG-NYA


  • Ratu Rimba Niagara shared a link.


    • PUJANGGA GURUKU IDOLAKU

      Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kehadiran SN Prof Dr Muhammad Hj Salleh di penghujung acara, meski beliau kelihatan uzur oleh tua, letih dibuai keretapi dari utara...tetapi semangat sasteranya masih membara dan bahasanya
      masih bernyala...beliau satu-satunya sasterawan tanahair paling berkebolehan mengantarabangsakan dirinya, bahasa & sasteranya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa sedunia...beliau berpesan, petikan rambang: "Cuba untuk bersastera merentasi sempadan negara ke peringkat dunia...perlu ada kekuatan dan kesungguhan yang tidak lain adalah kekuatan berkarya dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...sebagai nilai tambah dan anjakan kepada nilai sastera Melayu di peringkat antarabangsa..."

      ...Continue Reading
      Like · · 15 hours ago ·

    • PUJANGGA GURUKU IDOLAKU

      Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kehadiran SN Prof Dr Muhammad Hj Salleh di penghujung acara, meski beliau kelihatan uzur oleh tua, letih dibuai keretapi dari utara...tetapi semangat sasteranya masih membara dan bahasanya
      masih bernyala...beliau satu-satunya sasterawan tanahair paling berkebolehan mengantarabangsakan dirinya, bahasa & sasteranya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa sedunia...beliau berpesan, petikan rambang: "Cuba untuk bersastera merentasi sempadan negara ke peringkat dunia...perlu ada kekuatan dan kesungguhan yang tidak lain adalah kekuatan berkarya dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...sebagai nilai tambah dan anjakan kepada nilai sastera Melayu di peringkat antarabangsa..."

      ...Continue Reading
      Like · · 15 hours ago ·
    • See 1 more post from Ratu Rimba Niagara
      H.H  Haji Hassanal Bolkiah updated his cover photo.
      Photo
      Unlike · · 15 minutes ago ·

      • You and Jib Ster like this.
      • Ratu Rimba Niagara INDAH-NYA CIPTAAN-MU DI BUMI BRUNEI DARUSSALAM

        Subhanallah
        Permandangan yang indah
        Tenang
        Mempesonakan
        Setenang masjid
        Sedamai bahrera diRaja Brunei
        Seindah kelompok-kelompok awan putih
        Kanvas langit nan indah
        Kanvas hamparan bumi Brunei mempesonakan!
        Mengajak hamba-Nya
        Bertasbih
        Memuji-muji-Nya
        Meng-Agungkan-Nya
        Di sebilang masa dan ketika
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Tiada apa yang diciptakan di bumi ini
        Hanyalah untuk semua hamba-Nya
        Lambang kasih dan cinta-Nya pada semua hamba-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        29 Oktober 2012


        SANG PUJANGGA SANJUNGAN

        Duhai pujangga sanjungan...
        Kalian berbahasa puitis
        Buatkan aku membaca
        Penuh teruja
        Menghayati bait demi bait
        Aku hanyut dalam dunia
        Puisimu berbahasa puitis
        Kau mengajak aku ke duniamu
        Merasai apa yang ada di minda
        Menyelami apa yang ada di kalbumu
        Kau perlihatkan dengan jelas
        Hanya dengan menggunakan bahasa puitismu itu
        Aku terbius
        Tanpa sedar
        Aku menjadi si pemujamu
        Aku menjadi si peminatmu
        Dan kau adalah idolaku
        Yang kuminat
        Yang kusuka
        Karyamu benar-benar hidup
        Menghidupkan jiwa puisiku
        Yang telah lama mati
        Dan aku kembali bangun dengan semangat baru
        Untuk memegang pena
        Biarpun jemariku luka berdarah
        Pedihnya dan sakitnya tak terkata
        Dan kupertahankan segala yang sakit
        Hingga penaku berlumurah darah
        Darah pekat merah menitis di kanvas
        Selembar kertas putih
        Dan air mata tertetes
        Mengembangkan tulisanku
        Bertintakan darah dan air mata
        Kerana roh semangat pujanggamu
        Telah membuatkan aku
        Menahan segala kesakitan
        Dan akhirnya aku berjaya menulis
        Bertintakan darah dan air mata

        Terima kasih sang pujangga idolaku
        Keranamu telah meniupkan
        Roh pujanggaku
        Untuk terus menulis dan menulis
        Roh pujanggamu telah masuk ke
        Roh pujanggaku
        Semua-Nya dengan izin-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        8 Okober 2012
        (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DR LIM SWEE TIN & ANWAR RIDHWAN)
        October 8 at 2:13pm · Edited · Like · 1
        • You like this.
        • Ratu Rimba Niagara PANTUN KURSUS PENULISAN
          ANJURAN ITBM-PENA-DBP

          Senyuman seorang Presiden Pena,
          Memberi ketenangan kepada peserta;

          Agar peserta membara semangat berpena,
          Itulah yang diharapkan kepada peserta.

          Para pencemah jemputan hebat sekali,
          Menyampaikan ilmu kesusasteraan melayu;
          Peserta menimba ilmu banyak sekali,
          Bagi memartabatkan sastera melayu.

          Sesama rakan terjalin persahabatan,
          Berbagi ilmu saling berkenalan;
          Jasamu guru sentiasa dalam ingatan,
          Dituntut ilmu sebanyak mungkin.

          Begitu cepat masa berlalu,
          Masa berkursus penuh fokus;
          Tidak menjadi sia menuntut ilmu,
          Yang tinggal kenangnan manis.

          Terima kasih kepada pihak penganjur,
          Memberi peluang kepada peserta,
          Menuntut ilmu kesusasteraan melayu,
          Moga apa yang dikehendaki penganjur,
          Akan dikotakan oleh semua peserta,
          Menghasilkan karya kebanggaan melayu.

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          8 Oktober 2012
          October 8 at 10:36pm · Like
        • Ratu Rimba Niagara DI PENGHUJUNG USIA SEORANG PUJANGGA

          dalam tidak keupayaan
          dalam keuzuran ketara
          seorang pujangga

          masih tegap berdiri
          mencurahkan ilmu
          kepujanggaan
          dalam nada terketar-ketar
          lemah tanpa daya

          dicoba sehabis daya
          menutup penglihatan hadirin
          agar tidak terkesan
          dia dalam kegeringan

          bila datang roh kepujanggaannya
          di kalbu
          dia bersuara lantang
          melontarkan puisi-puisinya
          ke hadirin penuh membara
          hadirin mendengar
          penuh keterujaan
          terpesona
          terkesima
          tanpa disedari
          para hadirin
          bangun
          memberi tepukan
          paling gemuruh
          pada pujangga
          hebat
          bilamana dia mengaungkan
          sajak-sajak
          betapa dia mahu hidup
          seribu tahun lagi
          demi cintanya
          pada dunia pujangga
          tak akan pernah padam
          biarpun jasadnya
          sudah terbungkus dengan
          kain kafan ...

          belum sempat si pujangga
          menghabiskan kalimah
          aku cinta padamu
          dunia sastraku sasteramu
          si pujangga rebah
          terhenti nafas kepujangganya di situ...

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          8 Oktober 2012
        • Ratu Rimba Niagara BERKARYA JANGAN KEJAR POPULARITI...!

          Ramlee Wahab Ingat pesanan Zaen Kasturi....berkarya jangan kejar populariti...!
          October 9 at 1:57pm · Like

          Ratu Rimba Niagara:

          ITU LEBIH MEMBERI KEDAMAIAN HATIKU

          berkarya jangan kejar populariti
          tapi mereka kata namaku tiada
          dalam senarai nama penulis di Malaysia
          mahupun di Indonesia
          mereka kata aku berlagak...
          berlagak apanya namaku pun
          mereka kata tak ada dalam senarai
          dan kerana aku menulis bukan kerana populariti
          kugunakan nama samaran
          agar mereka tak terkesan di mana aku berada
          biarlah aku berada di kalangan orang
          yang benar -benar ikhlas
          terima karyaku
          dan sudi menghargai karyaku
          di lubuk hatinya
          bukan untuk menjadi sanjungan
          semua orang...
          dan kucermin diri
          karyaku
          hanyalah karya picisan
          tak sehebat mereka
          makanya aku lebih suka
          menyendiri di rimba ini
          berkarya seorang-seorang
          dan karyaku hanya
          dibaca oleh penghuni rimba
          itu lebih memberikan kedamaian hatiku
          October 9 at 2:07pm · Like

          NAMA ANDA TIADA DALAM DATA BASE DI KEDUA NEGARA

          Rd Shimah: Ratu rimba negara...nama anda tiada dalam data base di kedua negara...and remember the sky is no limits...tq
          2 hours ago via mobile · Like

          Ratu Rimba Niagara

          DESTINASI YANG KUTUJU INI TELAH TERCATAT SEJAK AZALI

          Perlukah ada nama untuk seseorang itu mengarang?
          Perumpamaan ini seperti , perlukah seseorang itu ada nama atau pangkat jika ingin masuk Syurga Allah SWT?
          Aku mengarang kerana minat dan dan duniaku adalah sastra.
          Salah ke aku jika orang yang membaca karya ku itu menghargai
          serta menghayati apa yang ingin kusampaikan kepada semua pembaca alam maya tanpa mengenal di benua mana mereka berada.
          Ilmu Allah itu luas dan DIA berhak memberi pada sesiapa yang Diinginkan.
          Setiap apa yang kukaryakan yang terlintas di mindaku ini tiada niat untuk mencipta nama atau mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak.
          Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menempatkan di mana aku berada. Jika Allah inginkan sesesuatu perkara itu terjadi...siapalah kita sebagai hamba Allah untuk menghalang-Nya.
          Aku redho setiap Ketentuan dari-Nya kerana perjalanan dan destinasi yang kutuju ini telah tercatat sejak Azali.
          Sesungguhnya setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri sebagai manusia yang tidak pernah sempurna.
          about an hour ago · Like

          (PETIKAN DARIPADA GRUP PENYATUAN KERABAT DIRAJA DAN KELUARGA BESAR JAMBI & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
          7 Oktober 2012
        • Ratu Rimba Niagara WARKAH ISTIMEWA UNTUK YANG MULYA ADMIN GROUP

          BismillahirRohmanirRohim
          Asssalamualaikum wr wb

          Kepada Yang Mulya Admin group
          Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara...

          Izinkan hamba bertanya dan memberi beberapa cadangan bagi menaik tarafkan Kualiti Group Yang Mulia ini kerana hamba percaya 100% semua ahli group terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan , pahlawan, cendiakawan,pemikir ...hamba cumalah seorang hamba dari rimba yang tiada mempunyai apa-apa darjat mahu pun harta...tinggal menumpang di rimba niagara atas ehsan penghuni rimba yang menyelamatkan hamba dari mala petaka
          yang amat dahsyat daripada dunia manusia.

          Di rimba niagara inilah tempat yang hamba dambakan daripada segala kemelut
          masalah manusia yang tak habis-habis masalahnya.

          Di rimba niagara ini hidup kami saling:

          1. Hormat menghormati
          2. Menyanjungi
          3. Saling berbagi ilmu
          4. Berkasih sayang
          5. Bergotong royong
          6. Saling membantu
          7. Saing menghargai bakat kurniaan dari Ilahi
          8. Jika ada masalah bermuzakarah
          9. Mengambil keputusan hasil dari muzakarah
          10. Sentiasa berkomunikasi dengan bahasa santun (tidak menyakitkan hati)

          Di rimba niagara ini tidak akan ada:

          1. Fitnah menfitnah
          2. Berbangga diri dengan darjat
          3. Dendam mendendami
          4. Cemburu
          5. Tiada bahasa kasar yang boleh mengundang kemarahan
          6. Tiada wujud perselisihan
          7. Tiada mementingkan diri sendiri
          8. Berkata ikut suka
          9. Hina menghina sesama sendiri
          10. Sindir menyindir (kerana rasa diri sempurna)

          Hamba bersyukur dapat hidup di Rimba Niagara ini hidup
          aman damai tenang dan berkasih sayang pada seluruh penghuni rimba inilah kehidupan yang hamba dambakan sejak dulu lagi
          di rimba ini daunan kasih pengikat kasih yang diutamakan dan amat penting sekali dalam menjalani kehidupan harian tidak seperti di luar sana biru,hijau merah unggu menjadi buruan, pangkat, darjat, harta kekayaan yang dimatlamatkan sampai mati.

          Setiap penghuni rimba semua berebut-rebut ingin berbakti demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh penghuni Rimba Niagara makanya hamba dilantik menjadi Ratu Rimba Niagara Untuk Memerintah Rimba Niagara. sudah banyak kali hamba menolak tawaran untuk menjadi ratu ...memadai hamba
          berbakti dengan karya-karya hamba pada penghuni rimba itu sudah memadai..tapi mereka hendak juga...itupun mengikut amanat perwira hamba yang mati lemas ketika mencarikan mahkota di dasar laut ombak rindu di negeri antah berantah.
          Si Kunta Si Kunte adalah perwira hamba yang sudah mati. Merekalah selama ini menjadi pendorong menyubur semangat hamba untuk berkarya...mereka jugalah yang melarang hamba untuk menghantar karya di mana-mana grup jika semata untuk disakiti hati katanya,'Tuan Putri Alam Nilam Purnama yang disayangi sepenuh jiwa janganlah sedih jika mereka tak like tak baca karya Tuan Putri...kami di sini sentiasa suka dan teramat teruja membaca karya tuan putri lagi kami baca lagi kami rindu...rindu akan kebaikan....rindu untuk bertemu dengan Tuhan yang mencipta Tuan Putri dan mencipta hamba juga...biarpun hamba sekalian penghuni rimba cumalah haiwan tapi hamba sekalian tetap bersyukur dihidupkan di bumi ini untuk menyempurnakan kehidupan manusia saling lengkap melengkapi. Jiwa kami ini hanya Tuan Putri saja yang faham sebab itu Tuhan izinkan Tuan Putri dihadirkan ke kami sesungguhnya kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya atas kurniaan ini. Terima kasih tuan putri kerana sudi hidup susah payah bersama kami di rimba niagara ini."

          Jika tuan putri dimasukkan nama ke mana-mana grup tuan putri tanyalah soalan-soalan ini jika mereka menjawab dengan jelas barulah tuan putri terus kekal menyiarkan karya. Jikalah karya tuan putri tidak dibaca tidak di like tak mengapa tuan putri malaikat dan Allah sentiasa bersama Tuan Putri membaca menyemak menghayati meng like karya Tuan Putri selagi karya tuan putri tidak menyimpang dari kehendak Tuhan. Tapi jikalah setiap karya tuan putri sudahlah tidak di like dikeji dihina seolah Tuan Putri ini seperti robot tidak punya hati dan perasaan tapi robot pun cerdik boleh mengatakan pada tuan putri berehatlah tuan putri dari mengarang kerana tuan putri bukan robot. Macam mana itu ye jika robot mengatakan tuan putri bukan robot? sedangkan dia robot. Pening juga mahu dijawab soalan itu...begitulah canggihnya pemikiran robot sekarang .

          Tuan putri ingat pesan hamba jangan sesekali tuan putri bazirkan air mata jika mana-mana ahli grup menghina mengeji mengutuk karya tuan putri ....jangan jawab kata-kata mereka itu...tuan putri keluar saja dari grup tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tak guna tuan putri berbalas-balas jawapan kepada manusia seperti itu kerana mereka rasa hidup mereka sempurna dengan kebijaksaan lebih daripada orang lain sebab itu mereka jadi begitu.

          Oh ya...lupa hamba suruh tuan putri tanya kepada admin grup pabila tuan putri dimasukkan nama:

          1. Siapakah admin grup
          2. Berapa admin yang ada
          3. Berapa orang ahli jawatankuasa yang ada di grup
          4. Apakah misi dan visi grup ditubuhkan
          5. Adakah admin selalu memantau setiap yang dipostkan
          ahli di wall grup
          6. Adakah admin mengadakan syarat-syarat menjadi ahli?
          contohnya:
          a. ahli mesti mengunakan gambar sebenar
          yang terang dan jelas ini bagi mengelakkan
          ahli ahli sewenangnya berkata ikut suka hati

          b. dilarang menggunakan bahasa kesat hina
          menghina kutuk mengutuk kerana ini akan
          menimbulkan pergaduhan. Jika berlaku juga
          setelah diberi amaran ahli tersebut
          hilang kelayakan menjadi ahli

          c. admin berhak menanyakan nama sebenar
          jika ahli menggunakan nama pena

          7. jika mana-mana ahli tidak memberikan apa-apa sumbangan
          idea tidak memberi impak kepada grup selama 14 hari berturut-turut dengan sendirinya kehilangan kelayakkan menjadi ahli...kerana tujuan ditubuhkan grup ini hanyalah untuk saling berkerjasama kepada admin untuk menjayakan misi dan visi admin kenapa ditubuhkan grup semuanya ke arah menjayakan bukan memusnahkan. Biarlah ahli sikit asalkan aktif semuanya.Kita mahukan kualiti bukan kuantiti.

          8. Setiap post ahli yang memberi impak kepada menjayakan misi dan visi grup hendakah disimpan sebagai rujukan grup lebih senang di dokumen kan agar terpelihara...mana-mana post tidak selari dengan kehendak admin grup hendaklah dilupuskan.

          9. Semua post ahli boleh diberi komen yang membina bukan
          membidas hingga yang hendak meng post tiada keyakinan lagi
          untuk post yang lainnya sedangkan idea mereka itu mustahak untuk
          disampaikan...manalah tahu jika mati tidaklah idea yang bernas dibawa mati sama tanpa diketahui apa yang hendak disampaikan...jangan menyekat idea yang ingin dilontarkan...mungkin idea yang ingin dilontarkan
          itu memberi manfaat kepada generasi akan datang sebagai warisan bangsa SeNusantara

          10. Perbezaan pendapat itu biasa ...tapi berdebatlah dengan cara berhikmah dan bijaksana agar tiada hati-hati disakiti kerana kita semua bukan robot yang tak punya hati dan perasaan. Kita tetap manusia yang lemah ada kalanya rasa tercabar dan hilang kewarasan apabila dihina dan dikutuk tanpa pembelaan diri. Makanya sentiasa hati-hatilah dalam berkata-kata. Lekaslah minta maaf jika ada mana-mana ahli yang terasa hati atas kata-kata yang kita lontarkan itu.

          Sekian sahaja yang hamba dapat lontarkan idea pada hari ini kepada semua ahli grup yang mulia ini dan kepada admin grup sudilah menjawab soalan-soalan yang dikemukan hamba jika tidak keberatan.

          Akhirkata hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata hamba yang mengguris hati para ahli di grup yang mulia ini.

          "SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-NYA
          YANG LEMAH ITU ADALAH DARI HAMBA SENDIRI"

          Sekian . Wassalam.

          Sembah patik harap diampun...
          Ampun Tuanku
          Daulat Tuanku!

          Daripada hamba;

          Putri Alam Nilam Purnama
          Ratu Rimba Niagara
          Istana Rimba Niagara
          Malaysia/Indonesia
          4 Oktober 2012
        • Ratu Rimba Niagara ADMIN GROUP HARUS TEGAS!

          Ramlee Wahab likes this.

          Ramlee Wahab Eloklah tu...kalau buka kelab; Admin tahu mentadbir dan ahli-ahli juga patuh kpd segala peraturan...sekiranya engkar, amaran pertama, kedua dan ketiga mungkin dikenakan...jika masih kekal engkar...sila tinggalkan kelab sebelum tindakan memotong nama dilakukan oleh Admin...mudah dan tidak susah!
          October 4 at 2:03pm · Unlike · 1

          Ratu Rimba Niagara Tahu tak apa...untuk mencapai matlamat perjuangan kena tegas...jika Admin tak tegas akan mengagalkan misi dan visi admin menubuhkan grup tersebut
          sekadar santai-santai saja baik lupakan segala apa yang ingin diperjuangkan...gimana pandanganmu Dj Ramz sahabat seperjuangan yang kusanjungi?
          Apapun hamba doakan moga tuan hamba berjaya mencapai segala yang ingin dicapai dalam menjadi seorang DJ atau pun penulis atau pun pejuang sastera SeNusantara
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
          October 4 at 2:11pm · Like

          Ramlee Wahab ...dalam sastera saya biasa-biasa saja...hahaaaa.!
          October 4 at 8:47pm · Like

          Ratu Rimba Niagara duhai dj ramz kalau biasa-biasa je tak akan jadi dj sastera sukarela bukan paksa rela...
          itulah yang luar biasanya dari yang biasa....hehehehe
          October 4 at
          (PETIKAN DARIPADA WALL RAMLEE WAHAB & RATU RIMBA NIAGARA)
          29 Oktober 2012
        • Ratu Rimba Niagara BERTAHTALAH WAHAI ADINDA

          Inilah Kerajaan yang aku Janjikan bagimu Wahai Para Yang Kami Mulyakan Para Maha Ratu Maha Raja Pujangga Nusantara Para penyair . penulis penulis pantun puisi Gurindam .nan mempesona nan menakjubkan .... Keraton Kerajaan Ratu Raja Pujangga Nusantara ini saya buka untuk Media Ekspo Publikasi Karya karya Puisi puisi Prosa Gurindam Serial Syhibulhikayat , Serial dongeng Raky
          at Dll yang sunnguh menjadikan Barometer pesona para penulis Para Raja para Ratu Pujangga Nusantara ......ini adalah bagin dari Awal Janji ku pada kepada Yang Kami Muliakan Sang Ratu Rimba Niagara Rabeah Mohd Ali ... yang menjadi salah satu Inspirasi besarku ....kareana begitu besarnya gelora hidupnya penuh semangat tak kuinjung padam dalam mewujutkan karya karyanya .... juga kepada teman teman yang lain pecinta Ke Agunga
          n dunia Maya ini ....Semonggo Bahagia dan sunnguh menemukan dan menikmati surga puisi Dunia nya ...............................................................................................................................................................................................Selamat ber Karya di Istana Keraton Kerajaan Raja Ratu Pujanga pujngga Nusantara Penyair Penyair Penulis Alam Pesona Wisata Nusantara Central Cahaya Agung Perdamaian Dunia Ini Aku Bangun Guna Untuk Wadah Dan Gelar Expo Publikasi Serta Media Pengakuan Karya karya Intelektualitas bobot bobot Filosofi Yang Terkandung tersurat ter sirat dari hasil karya Tulisan Para Raja raja Ratu Ratu Pujangga Nusantara ............................................................................................................................................................................................................. Tak Urun Pula Kami Ucapkan pula rasa kekagumanku pada karya tulisan Nyai Ageng Cakraningrat ..... Juga.... Kemudian akan kami sebutkan Tahab demi Tahab Bila Mana Kami Diberi Kekuatan Maka Semua Yang karya karya yang Telah Terkumpul akan Kami Jadikan ....................................................................................................................................Serial Buku Buku karya karya PUjangga Pujangga Nusantara Kedaton Kraton Wahyu Utama Yogyakarta Center Laboratorium Pesona Wisata Dunia Era membangun Semangat ................................................................................................................................................Citra Bersama mewujutkan Sumpah TEKAT IKRAR BERSAMA BANGKIT MEMBANGUN ''KAWASAN ALAM PESONA WISATA NUSANTARA CENTRAL CAHAY PERDAMAIN DUNIA .....MONGGO SILAHKAN MEDIA INI KITA KELOLA BERSAMA MENJADI SURGA MEDIA EKSPRESI PARA RAJA RAJA RATU RATU PUJNGGA PUJNAGGA nUSANTARA / Para Penulis penyair pesona dunia maya ynag kami mulyakan ................
          Unlike · · Unfollow Post · Thursday at 2:42am

          Seen by 4
          You like this.
          MIMPI ILUSI JADI REALITI DENGAN IZIN-NYA JUA

          Duhai Raja Pesona Cinta Dunia Akhirat
          Anganmu anganku
          Senada seirama
          Sehati sejiwa
          Dari mula tunasnya anganku
          Kau ingin cambahkan
          Menjadi kuntuman bunga-bunga Syurga
          Mewangi di kalbu imanmu ku dan semua
          Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
          Kuntuman bunga-bunga Syurga
          Mengharumkan setiap benua kalbu
          Sama-sama teruja
          Berkasih sayang sesama insan kerana-Nya
          Bukan kerana mendapat pujian manusia
          Mencipta nama ataupun pesona dunia
          Yang dimahu hanyalah cinta Ilahi
          Sama-sama jatuh cinta dengan Pencipta
          Semesta Alam Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
          Tuhan Berkasihan Belas pada semua hamba-Nya
          DiKurniakan Syurga bukan karena banyak amalan
          Semua-Nya kerana Rahmat Kasih-Nya yang tiada had
          Asalkan setiap banyak atau sikitnya amalan ikhlas kerana-Nya
          Bukan tujuan untuk berbangga atau menyombong diri
          Biar pun berdarjat atau pun tidak
          Semua-Nya sama Di Sisi-Nya
          Maka apa hendak dikisahkan dengan darjat
          Yang penting mensyukuri DiKurniakan darjat diRaja ataupun bangsawan
          Untuk menginfak harta ke jalan-Nya
          Itulah sahaja bekalan harta dibawa pergi
          Sebagai penyelamat melindungi kita
          Daripada haru biru negeri akhirat abadi selama-Nya

          Duhai Raja Pesona Cinta Dunia Akhirat
          Cinta Allah diutamakan
          Apa yang diniatkan semua-Nya kerana-Nya
          Barulah segala cita dimakbulkan-Nya
          Tiada yang mustahil bagi Allah
          Biarpun sekadar mimpi ilusi
          Jika DIA Berkehendak
          Cuma berkata
          KUN FAYAKUN
          Maka jadilah
          Mimpi ilusi
          Realiti
          DiRealitikan Atas Kehendak-Nya
          Maka tidak mustahil
          Tiada siapa akan menafikan kebenaran
          Kekuasaan Allah Mengatasi Segala-Nya
          Cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
          Atas kehendak-Nya
          Dengan izin-Nya jua
          Mimpi ilusi menjadi realiti
          Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          25 Oktober 2012
          October 20 at 3:17pm · Edited · Like
          (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP KERATON RATU RAJA PUJANGGA PUJANGGA PENYAIR PENYAIR & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
          25 Oktober 2012
          Thursday at 8:30pm · Like
          Kedaton Kraton Wahyu Utama Luar biasa Bertahtahlah Wahai adinda ..........................
          Thursday at 8:39pm · Like
          Ratu Rimba Niagara KEJAYAANMU KEJAYAANKU KEJAYAAN ANAK CUCU NUSANTARA
          SEMOGA USAHA SEMUA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN HASRAT MURNI YM KEKANDA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
          Thursday at 8:45pm · Like

          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KERATON RATU RAJA PUJANGGA PUJANGGA PENYAIR PENYAIR & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
          29 Oktober 2012


0 comments:

Post a Comment

 
;