Tuesday, 30 October 2012

KUSULAM CINTA BERBUNGA LUKA DI HATIKU



WARKAH UNTUK KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

DAULAT TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...

Patik ingin menyampaikan suara rakyat SeNusantara
mengucapkan syukur pada Allah SWT
mengurniakan seorang Raja yang berjiwa rakyat
mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri
mendoakan seluruh kerabat diRaja Brunei dan rakyat Brunei
Dilimpahi Rahmat Kasih dari Ilahi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
17 Oktober 2012

DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

Sejarah tetap sejarah
Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
Tak akan hilang
Itulah sejarah yang tak akan terpadam
Yang diwarisi hingga ke anak cucu
Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
Segala-Nya dengan izin-Nya
Biarpun berdarah diRaja
Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
Raja yang disayangi rakyat
Adalah Raja yang berjiwa hamba
Hamba kepada Tuhan
Kerana DIA lah Raja Segala Raja
Raja Yang Berkuasa Di Dunia
Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
Darjat DiRaja di bumi ini
Menjadi Raja kepada rakyat jelata
Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
Memerintah dengan adil dan saksama
Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Ilahi
Maka jadilah sebuah negara yang
Aman damai sejahtera selamanya
Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Oktober 2012

DAULAT TUANKU!

SUKSES Menciptakan Karya Lagu 'PON XVIII RIAU 2012' kemaren..
Tak tanggung-tanggung Tokoh Muda Riau Berpotensi seperti sobat kita Khairuddin Al-Young Riau II yang juga {Bakal Calon Gubernur Riau 2013-2018} ini juga mendendangkan lagu karya
beliau dengan judul lagu "DAULAT TUANKU"..
nih Liriknya 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAAAH.. RAJA ZALIM RAJA DISANGGAAAH..dari Gurindam 12.. sambung ya sob.. he he
enak loo... mohon disebarkan sobat Ratu Rimba Niagara demi marwah kebesaran MELAYU.

Daulat Tuanku (original clipt & audio) - Khairuddin 'Yung' Riau.flv
www.youtube.com
4Unlike · · Share
You, Khairuddin Al-Young Riau II, Prabu Sri Narayana Kusuma andFerdiansyah Ferdi like this.

Ratu Rimba Niagara:

Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Pada Tuhan kita menyembah
DIA saja patut dimegah
October 4 at 5:10pm · Like · 1

Ferdiansyah Ferdi mhn disebarkan ya sobat.. salam kompax..sob
October 4 at 5:16pm · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara

MOGA DIMAKBULKAN ALLAH AZZAWAJALLAH

Sahabat seperjuaganku Ferdiansyah Ferdi...
Kan kusebarkan melalui bayu di awan maya
Ke 5 benua SeNunsanta merentasi seluruh dunia
Biar bergema ke seluruh alam
Bahawa Institusi diRaja SeNunsantara akan
Dimartabatkan didukungi oleh semua kerabat
diRaja SeNusantara dan seluruh rakyat SeNusantara
Moga diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi
Di aminkan juga para Malaikat dan dimakbulkan
Allah Azzawajallah berkat doa-doa kesemua hamba-Nya
Yang ikhlas.
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

hamba-Nya yang kerdil
dari rimba niagara
8 Okt 2012

PANTUN MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI HAJAH HAFIZAH SURURUL SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & PENGIRAN MUHAMMAD RUZAINI

Ratu Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.
September 25

ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA DI BALAI SINGGAHSANA
INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN

Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
Berpakaian pengantin berseri-seri;
Senyuman menyambut tetamu disayangi,
Ayahanda bonda rasa syukuri.

Pernikahan pengantin mendapat restu,
Mendapat restu ayahanda bonda;
Ikatan pengantin sentiasa direstu,
Mengundang keberkatan puteri diRaja.

Sama cantik sama padan,
Sama bijak sama pandai;
Sama soleh sama beriman,
Sama-sama mencintai Ilahi.

Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.

Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
Mendoakan moga Allah memberkati;
Ikatan pasangan pengantin diRaja,
Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.

Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
Menjadi pilihan si puteri rupawan;
Beriman beramal soleh itu diingini,
Diterima lamaran penuh kesyukuran.

Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
Semua tetamu melihat rasa terpesona,
Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.

Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
Berbudi bahasa bersopan santun;
Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.

Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
25 September 2012
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)

(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
4 Oktober 2012

MEMARTABATKAN CINTA 5 BENUA

Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Malaysia,Brunei Indonesia,Singapura &Thailand
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan seluruh rakyat SeNusantara
Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan SeNusantara
negara berjiran
sehati sejiwa
senada seirama
berpadu kasihkan negara
negaramu kukasih
negaraku kau sayang
bila kasih sudah terpatri
tak akan ada
benci membenci
dengki mendengki
dendam mendendam
jatuh menjatuh
yang ada
saling mempertahan cinta bernegara
kau pertahan negaraku
aku pertahankan negaramu
saling mempertahankan
itulah lambang cinta sejati
antara negara SeNusantara
bila cinta sejati terpatri
di kalbu setiap rakyat
negaramu negaraku
kebudayaan negaramu disanjung
kebudayaan negaraku dijunjung

Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

Institusi diRaja Melayu
Kepahlawanan Melayu
Bangsa Melayu
Khazanah Seni Warisan Melayu..

Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita...
karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Selagi hayat di kandung badan!

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Oktober 2012

INDAHNYA CINTA LIMA BENUA

Bahagia bilama cinta lima benua lima samudra
berpadu sehati sejiwa senada seirama
seperti kuntuman bunga-bunga di Taman Syurga
mewangi di hatimu di hatiku
di hati lima benua di samudra
menerobos ke angkasaraya
menyatakan indahnya cinta
lima benua lima samudra

Bertaburan permata-permata Syurga
di lima benua lima samudra
di darat menjadi bunga-bunga Syurga
di pulau menjadi pulau dambaan
hamba-Nya yang mencintai-Nya

Cinta-Nya menjadi buruan pencinta-Nya
Cinta-Nya menjadi dambaan pencinta-Nya
jika Syurga menjadi dambaan
maka rugilah matlamat hidup sebenar
Syurga tanda cinta yang dicintai dibalas-Nya
kerna itu pasti
kerna janji-Nya pasti
tapi yang pasti kita saling dan kasih demi-Nya
kita sama menuju ke Jalan-Nya
dan kita sama dapat bertemu di Syurga-Nya
AAmiin Ya Rabbal A'Lamin

Indahnya cinta lima benua lima samudra
merentang bum
langit yang terbentang luas
seluas cinta-Nya seluas Syurga-Nya

Di lima benua lima samudra
kasihku kasih lima benua
sentiasa mewangi
sewangi setulus cinta lima benua
sewangi kuntuman-kuntuman bunga-bunga Syurga
syukur Ya Allah kami mahu pulang kepada-Mu
dalam hati yang suci bersih
saling sayang menyayangi kerana-Mu
tiada lain yang difikirkan hanyalah
mahukan Rahmat dan Nur Kasih-Mu
abadi hingga ke nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA
CINTA 5 BENUA & WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
Yesterday at 12:32am · Like

TERIMA KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUI'ZZADDIN WADDAULAH KERANA SUDI MENYUKAI KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA MOGA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN TUANKU

H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your link on his own timeline: "DUNIA MENJADI SAKSI WUJUDNYA KERABAT..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRI RIMBA..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "TEATER KOMIDI BANGSAWAN DIRAJA..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your link on his own timeline: "MOHON DJ RAMZ SIARKAN PANTUN ISTIADAT..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your link on his own timeline: "KARYA RATU RIMBA PANTUN MAJLIS..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "PANTUN ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA..." 1:10pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "PERSEMBAHAN BANGSAWAN DIRAJA GURINDAM..." 1:09pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "RATU YANG BERCEROPAK LUKISAN MERAK..." 1:09pm
H.H Haji Hassanal Bolkiah likes your Wall post: "SYAIR PUTERA DUYUNG Tersebutlah satu..." 1:09pm

UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA PATIK:
Rabeah Mohd Ali @ Putri Alam Nilam Purnama
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Thailand
15 Oktober 2012
Yesterday at 12:50am · Like

JAYALAH ASIA SEBAGAI RUMPUN MELAYU BERSATU UNTUK
KESEJAHTERAAN BERSAMA

BANGKITLAH MERAH PUTIH

Bangkitlah merah putih
Bangkitlah dari lenamu yang panjang

Ibu Pertiwi Nusantara
Kegalauan kini
Jiwanya parah membarah
Pabila perjuangan kasatria terdahulu
Tidak diperjuangkan dan dipertahankan
Karena sudah berada di ambang telur di ujung tanduk
Jika masih lagi berleka dengan pesona dunia
Makanya merah putih
Tidak akan berkibar
Tanpa rela ibu pertiwi
Akan diturunkan oleh musuh durjana
Kalo itu tejadi makanya
Tsunami akan menggulungkan
Seluruh Se-Nuswantara tanpa ehsan!
Karena dimakan sumpah oleh
Ksatria terdahulu yang memperjuangkan
Kemerdekaan Nusantara mempertaruh nyawa
Di setiap penjuru waktu seluruh hidupnya
Alangkah malangnya jika itu terjadi

Makanya dari itu
Seluruh kasatria Nusantara
Tak akan ijinkan itu berlaku
Dengan segala kodrat pemikiran dan tenaga yang ada
Akan pertaruhkan demi kemerdekaan
Ibu Pertiwi SeNuswantara
Dipertahankan di setiap penjuru waktu
Biarpun nyawa jadi taruhan!

Itulah sumpah para
Kasatria SeNuswantara
Dulu kini dan selamanya
Maka dari itu Merah putih
Akan terus berkibar dan berkibar
Dengan Teguh!Gagah!Megah!
Semegah seluruh rakyat Nuswantara!

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Jun 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 /MALAYSIA 31 OGOS 2012)

Garijitp Gondokusumo : Ratui Rimba Niagara. adalah seorang pujangga yang lintas bangsa. pantas kiranya beliau kita katakan seorang pujangga sejati. dan REVOLUSIONER SEJATI UNTUK NUSANTARA.
11 minutes ago via mobile · Like

MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWIMU!

Duhai rakan seperjuanganku dari benua Indonesia
Biarpun aku bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
Tapi aku ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
Aku tak tahu kenapa
Darah yang mengalir ditubuhku ini
Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiwimu
Serasa roh para pejuang ibu pertiwimu memanggil-manggilku
Untuk menyahut semboyan perjuangan ibu pertiwimu
Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
Hidup dalam jiwaku
Mahu aku teruskan perjuangan mereka
Bersama-sama dengan para pejuang ibu pertiwimu
Mahu aku lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
Lagi aku ingin memadamkan
Lagi membara-bara gelora api perjuangan
Biarpun aku tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
Tapi aku ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
Dan aku redho karena itu takdir-Nya
Biarpun aku tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
Izinkan aku berpena bertintakan darah dan air mataku
Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
Moga perjuangan suci aku ini jangan sesekali disalah artikan
Dan sudilah terima perjuangan suciku ini sesuci perjuangan
Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah gugur di medan juang!

Karya Ratu Rimba Niagara
24 Jun 2012

(PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO &
RATU RIMBA NIAGARA)
24 Jun 2012
5 Ogos 2012
16 Ramadan 1433H

Garjito Gondokusumo Dengan rasa hormat yang seksama saya haturkan terimakasih wahai sahabat rabeah muhd.ali. begitu perhati kamu atas nafas gerak para pecinta patriotik kebangsaan. Memang dgn dinamika yg luar biasa...tp dgn kepolosan bahasa yg bernurani muncul s ebuah kritik dan otokritik. memang perubahan harus terjadi sbg gerakan REVOLUSIONER untuk kembalikan martabat Bangsa dan negara indonesia. Sesuai citanya menuju kesejeterahan sosial bagi rakyat. Mau tidak mau harus kembali ke JALANNYA REVOLUSI INDONESIA...
Tuesday at 6:54pm via mobile ·

(PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMU)
24 Jun 2012
16 hours ago · Like

RAJA,PEMIMPIN DAN RAKYAT BERJIWA REVOLUSIONER INDONESIA

Yang penting dalam sesuatu yang ingin dicapai matlamatnya agar berjaya...

1. Matlamat harusnya jelas
2. Fokus pada matlamat
3. Berbahas dalam sesuatu isu jangan beremosi
4. Berkata gunakan kebijaksanaan akal
5. Mengeluarkan ide yang berfakta dan bernas
6. Jangan merendah-rendahkan individu walau siapa pun mereka
7. Saling berbahas dalam suasana yang harmonis
8. Ide yang dilontarkan seharusnya diterima pakai oleh semua
9. Masalah pasti ada tapi cari jalan yang terbaik untuk mengatasinya
10. Perbedaan pendapat itu biasa tapi matlamat tetap sama
iaitu mahu raja, pemimpin dan rakyat berjiwa revolusioner
punya jati diri yang teguh demi ibu pertiwi Indonesia

RATU RIMBA NIAGARA
29 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
8 Ogos 2012
19 Ramadan 1433H
Wednesday at 3:56pm · Like · 1

PAHLAWAN KEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'
"Wahai kawulaku, warga Nusantara..aku Rajamu..."SUNAN PAKUBUWONO VI

Sunan Pakubuwono VI...
demi Nusantara tercinta kau rela
pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru waktu
tubuhnmu di hujani peluru
ditembusi peluru di segenap tubuhmu

ketika peluru tepat terkena di atas pelupuk mata
sebelah kanan dan pada dahimu sebelah kanan
tertembus peluru senjata, "Banker Rifle"

tubuhmu bermandikan
darah...darah...darah...
merah...merah...merah...
pekat...pekat...pekat...
mengalir deras tanpa henti

wajahmu tersenyum tenang
lalu berkata,
"Wahai kawulaku, warga Nusantara...
Aku Rajamu...
Aku rela pecahkan kepalaku
dan tumpahkan darahku
lewat senapang Banker Rifle dari
tangan angkara penjajah Belanda,
demi cita-cita kemerdekaanmu !”.

Setelah habis berkata nafas pun terhenti
dan mata pun terpejam rapat tapi masih
tersenyum indah untuk diwariskan
kepada seluruh warga Indonesia
dengan harapan wasiatnya didengari
lalu mempertahankan kemerdekaan
Indonesia hingga ke tetesan darah terakhir!

Biarpun hampir seratus delapan tahun
pemergian Sunan Pakubuwono VI
jasa kepahlawananmu masih diingat
hingga ke saat ini dan tidak akan dilupa
sampai kapan pun!
Memang selayaknyalah Pemerintah Republik Indonesia
mengangkat mu sebagai ,
'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

Karya Ratu Rimba Niagara
8 Mac 2012
DISIARKAN PUISI BAGI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA 31 OGOS 2012
8 Ogos 2012
19 Ramadan 1433H
Unlike · · Yesterday at 11:55am ·
You, Adel Fadel, Ahmad Tajuddin and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
9 Ogos 2012
16 hours ago · Like

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia Tercinta
Sekalung tahniah buatmu
Merah putih sentiasa berkibar megah
Semegah rakyat Indonesia
Semegah ibu pertiwi Indonesia

Setiap 17 Agustus kau sentiasa
diraikan seluruh rakyat Indonesia
penuh bangga
penuh megah
menyanjungimu menyayangimu
karena memiikimu bukanlah mudah!
darah para kasatria diRaja
sebati di bumi
untuk pertahankan ibu pertiwi
nyawa jadi taruhan
karena keberanian
para kasatria diRaja
rela mati di medan juang
meraih kemerdekaan untuk Indonesia
makanya Indonesia
akan terus merdeka
dalam arti kata yang sebenar-benarnya
mengikut kehendak rakyat dan ibu pertiwi
tak akan ada penyelewengan cinta
pada ibu pertiwi
karena segala pengorbanan kasatria diRaja
akan menjadi percuma
makanya Indonesia harus bersatu
bagi mempertahankan bumi bertuah
Indonesia daripada dijajah kembali
karena kemerdekaan Indonesia
adalah hadiah daripada tetesan darah kasatria diRaja
untuk anak bangsa dan ibu pertiwi Indonesia!

Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah Merah Putih!
dengan penuh rasa megah dan bangga

Garuda diRaja di angkasa raya berterbangan
sambil mengibarkan merah putih
lambang kemegahan Indonesia

Merah putih akan sentiasa berkibar megah
dikibarkan oleh semua rakyat Indonesia
yang cintakan Indonesia
lambang cinta pada Indonesia
dan tanda menghargai jasa para kasatria diRaja
yang rela gugur di medan juang!

'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI SENUSANTARA MASA HADAPAN'

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
17 Agustus 2012
28 Ramadan 1433H
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-67 PADA 17 AGUSTUS 2012)
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & WALL DEN MAT MANGKUBUMI & WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
17 Ogos 2012
17 Agustus 2012
28 Ramadan 1433H

SEKALUNG BUDI & UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERABAT DIRAJA NUSANTARA & PAHLAWAN NUSANTARA YANG DISANJUNGI

1) KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

2) PRINCE ABDUL MALIK

3) KEDATON KRATON WAHYU UTAMA,

4) SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO

5) PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA

6) KARATON NUSANTARA

7) KESULTANAN INDRAPURA

8) KESULTANAN MATARAM

9) TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ

10) TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH

11) PRABU SRI NARAYANA KUSUMA

12) SRI PRABU BUMI KUSUMA

13) IRO BELUNGUH

14) TEMUL AMSAL, KHAI NOOR NOOR, LAKSAMANA MAS, PANGLIMA DAEK , LEFTENAN ADAM SAKEENAH , TUAN AHMAD TAJUDDIN, MAHADHER CUCU TOK AWANG, KHAIRUDDIN AL YOUNG , GARIJITO GONDOKUSUMO ,

DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK PEMBACA ALAM MAYA:

SEMUA KERABAT DIRAJA MALAYSIA
SEMUA KERABAT DIRAJA INDONESIA
SEMUA KERABAT DIRAJA BRUNEI
SEMUA KERABAT DIRAJA SINGAPURA
SEMUA KERABAT DIRAJA THAILAND
SEMUA KERABAT DIRAJA SENUSANTARA
SEMUA KERABAT DIRAJA DI SELURUH DUNIA

SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
SEMUA PEMIMPIN INDONESIA
SEMUA PEMIMPIN BRUNEI
SEMUA PEMIMPIN SINGAPURA
SEMUA PEMIMPIN THAILAND
SEMUA PEMIMPIN SENUSANTARA
SEMUA PEMIMPIN DUNIA

SEMUA PAHLAWAN PEWARIS HANG TUAH
SEMUA LAKSAMANA
SEMUA YANG BERGELAR PAHLAWAN NEGARA SENUSANTARA
SEMUA YANG BERGELAR PAHLAWAN DUNIA
SEMUA PEJUANG SASTERA
SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA

SEMUA GROUP YANG DISERTAI RATU RIMBA NIAGARA
RAKAN FB YANG MENGENALI RATU RIMBA NIAGARA
SEMUA PEMBACA ALAM MAYA YANG MEMINATI KARYA RATU RIMBA NIAGARA TERSAYANG JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

SEMUA ANAK CUCU YANG TERCINTA & TERSAYANG
NENDA SAYANG KAMU SAMPAI KAPAN PUN KARYA NENDA
DIKARANG SEPENUH JIWA UNTUK DIWARISKAN PADA CUCUNDA
TERCINTA KENANG NENDA DALAM DOAMU

SEMUA PEMBACA ALAM MAYA TERCINTA
YANG MEMBACA KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA

JIKA DI SEPANJANG MEMBACA KARYA RATU RIMBA NIAGARA
ADA TERKASAR BAHASA HARAP SUDI MAAFKAN SAYA
KERANA SETIAP YANG BAIK ITU ADALAH DATANG DARI ALLAH SWT
DAN YANG LEMAH ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI

"MOGA BERKAT KITA BERKASIH SAYANG DEMI-NYA MEMATRIKAN CINTA KITA SEMUA DI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN"

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:

RABEAH MOHD ALI @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
ADMIN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
18 Oktober 2012

BERSYUKUR KEPADA YANG MEMBERI ILHAMKU MENGARANG
KEKASIHKU YANG KUDAMBAKAN SEUMUR HIDUPKU ALLAH SWT

PEJUANG ALLAH YANG MENJADI SUMBER KEKUATANKU
NABI MUHAMMAD SAW

SEKALUNG BUDI DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:

KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
KERABAT DIRAJA BRUNEI
KERABAT DIRAJA SINGAPURA
KERABAT DIRAJA THAILAND

Kerana sudi memberi sokongan/dukungan kepada
patik yang tidak berbelah bahagi...
tanpa sokongan ke bawah duli tuanku
siapalah patik untuk menulis kisah-kisah
diRaja SeNusantara untuk diabadikan kepada
rakyat jelata SeNusantara dan dijadikan
khazanah Warisan Bangsa Melayu SeNusantara
dan inilah hadiah moyang daripada
Raja & Rakyat SeNusantara
untuk generasi masa hadapan!

SEKALUNG BUDI DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:

WIRA PUJANGGA SI RATU RIMBA NIAGARA

Semua pemimpin dan rakyat Malaysia
yang telah sudi memberi sokongan
ketika Ratu Rimba Niagara
menjalankan kaji selidik
pada setiap karya yang dihasilkan
hasil komen yang bernas daripada pembaca
di pelbagai peringkat umur, pengajian, pekerjaan
memberi keyakinan dan semangat juang yang
tinggi kepada Ratu Rimba Niagara
untuk menulis....dan menulis hingga sekarang
terima kasih...terima kasih...terima kasih...
tanpa sokongan kalian
pena hamba tak berdakwat
kalau ada pun dakwatnya
pasti lemah tak bermaya
tanpa isi merewang-rewang
di angkasaraya tanpa tujuan
tanpa matlamat hendak dituju
hanyalah perasan sendiri
makanya segala
kata-kata saktimu
kuabadikan di kalbuku
kubingkaikan di galeri
Pujangga Ratu Rimba Niagara
agar dapat ditonton
biar mereka tahu
kamulah sebenarnya
wira pujangga
Si Ratu Rimba Niagara

RAtu Rimba Niagara
17 Oktober 2012

SEKALUNG BUDI KEPADA SEMUA PERSATUAN PENULIS YANG PERNAH
RATU RIMBA NIAGARA MENGHADIRI BENGKEL PENULISAN ANJURAN:

DEWAN BAHASA PUSTAKA
GAPENA
PENA
KALAM
PEN
IKATAN PENULIS MUDA NUSANTARA
KEMENTERIAN PELANCONGAN & KESENIAN MALAYSIA
KUMPULAN MUZIK PENTAS SAKRAL - (INDONESIA)

SASTERAWAN NEGARA GURUKU:

A SAMAD SAID
ABDULLAH HUSSIN
ANWAR RIDHWAN
KEMALA

PENULIS IDOLAKU

BAPAK HAMKA
PENGARAH DBP
TEMUL AMSAL
AWANG KARIM KADIR
RAJENDRA NATH TAGORE
LAKSAMANA MAS
DJ RAMZ @ NAKHODA..
WERDYS KALBARY
WAN SUWANDY
TERATAI ABADI
PRADITA FIA
NAGA PAMUNGKAS
POUL NANGGANG
JAYA RAMBA WULAN
MAHABBAH EL-AHMED
HAJI DOMENG
NORSIAH KAMDAR
FATIMAH HUSIN
SRI MAWAR
AMIRDZA
LEZAIHASRA LM

KARYA PUISI-PUISI RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI SEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA:

1) PUISI ILAHI
2) PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
3) PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA
4) MEMBACA KARYA PN
5) SASTRA NUSANTARA
6) SASTRA MATARAM
7) PENYATUAN KERABAT DIRAJA KESULTANAN DAN KELUARGA BESAR JAMBI
8) MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA
9) MELAYU ISLAM BERSATU
10) FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI MASYARAKAT
11) DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
12) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI
13) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
14) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
15) TENTERA FISABILILLAH
16) MASYARAKAT ADAT MATARAM
17) CHURAT GAYA MATARAM
18) KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
19) KOMUNITAS ADAT KERATON INDONESIA
20) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
21) MELA AYU RADIO ONLINE
22) OMBAK RINDU
23) OMBAK RINDU2
24) CERIA ZFM
25) SSLfm
26) RAHSIA KOTA CINTA
27) AKU CINTA & MALAM
28) RAMLEE WAHAB DJ RAMZ @ NAKHODA
29) ZETTY & LOVE
30) SEHINGGA NAFAS TERAKHIR

DISIARKAN KHAS KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA DI WALL:

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH
& PRINCE ABDUL MALIK

SEMUA RAJA-RAJA DI MALAYSIA
SEMUA RAJA-RAJA DI INDONESIA
SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
SEMUA PEMERINTAH INDONESIA
SEMUA RAKYAT MALAYSIA
SEMUA RAKYAT INDONESIA

SEMUA TEMAN FB YANG DIKASIHI NADI SASTERAKU
SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI MALAYSIA
SEMUA PENCINTA SASTRA MELAYU DI INDONESIA
SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
PEMBACA SETIA SASTERAKU DUNIAKU

SEKALUNG BUDI KEPADA YANG SUDI MEMBACA KARYA HAMBA DAN SUDI MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KEPADA KARYA HAMBA TANPA JEMU HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS-NYA. DOAKAN MOGA HAMBA DAPAT MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.

'AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA YANG PANDAI UNTUK MENULIS PUISI
TAPI DENGAN IZIN-NYA AKU MENULIS PUISI TENTANG KASIH SAYANG
PADA SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DEMI-NYA'

SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH DARIPADA:

RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/ INDONESIA
2 Ogos 2012
13 Ramadhan 1433H
(PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DI SIARKAN BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)

DISIARKAN KHAS DI WALL KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH, PRINCE ABDUL MALIK,
KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH, TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ, PEKUMPULAN KERATON NUSANTARA, KERATON NUSANTARA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
18 Oktober 2012
Like ·
Like · · · · October 18 at 1:59pm

  • Ahmad Tajuddin and 3 others like this.
  • Fatimah Bt Husin Tim Maafkan daku Ratu Rimba Niagara tak pernah terasa diri ini penulis, daku hanya meminati penulisan dan tidak berani terjun kedalamnya cukuplah mencintainya...
  • Ratu Rimba Niagara kerana kau tak pernah terasa tapi mencintainya
    makanya aku meminati penulisanmu kerana aku pun sepertimu
    aku bukanlah penulis ternama ...aku menulis kena aku cinta dan minat..
    kau dan aku minat yang sama...kan3 hehehe
    jika kau sudi hargai aku makanya
    aku sentiasa sudi hargaimu tak kira kau sudi terima atau pun tidak jika kau tak sudi terima siapalah aku di hatimu...biarlah kubawa diri ini dari pandangan matamu ...tim...
  • Fatimah Bt Husin Tim my dear Ratu Rimba Niagara jgan terasa hati bicara ini pada mu..cintaku pada penulisan adalah cintamu, juga kasihku padanya kasihmu juga, andai hilang dari pandangan mata maka kaburlah pandanganku ..jadilah aku sibuta yg teraba2 mencari tingkatnya,tegakah kamu membiarkan aku jadi si buta itu..hehehe.
  • Ratu Rimba Niagara my darling tim...jika kamu jadi si buta akulah yang menjadi tongkatmu...hehehe
    biarlah kita bercanda sambil berpuisi dalam kegelapan tapi
    di hati ada pelangi cintamu dan pelangi cintaku...hehehe
    kita pedulikan hembusan bayu menyapa cemburukan keakraba
    n kita
    kerana kau dan aku ditemukan bukan untuk berpisah
    tapi berkasih bercinta berkasih sayang untuk selamanya
    dan izinkan kubawa kasihmu itu selagi hayat ku ada...
    itupun jika kau sudi tim...jika kau tak sudi biarlah aku
    jadi si pungguk mendayu-dayu memanggil namamu
    tim....timmmmmm oh! timmmmmmm aku rindukan muuuuuuuu
    tim...timmmmmmm!! timmmmmmm aku cintakanmuuuuuuuu
    tolong balas...cintaku dan rinduku ini timmmmmmmmmmmmmmm
    (hehehehehe)
  • Fatimah Bt Husin Tim hehehe andai gugur titisan hujan itulah tanda kasihku padamu,cintaku bagai pelangi sesudah hujan meresap mewarnai jiwamu, tenanglah pungguk aku akan menerangi hatimu dgn cahaya rinduku padamu..hehehe.
  • Ratu Rimba Niagara sekarang pungguk sudah tenang tim....
    cuma satu saja keraguannya pabila
    kau sepikan dia dan kau sengaja larutkan cintanya
    di laut bisu yang tak berombak rindu.....hehehe
  • Ratu Rimba Niagara dinda lyn sulaim apa kabarmu sayang...
    kanda rindukan kamu
    tapi maafkan kanda
    kanda terlalu sibuk
    sejak kebelakangan ini sayang

    Insya-Allah jika diizinkan-NYa
    kanda akan membalut kesepian dan luka-luka
    cinta di hatimu sayang....hehehehe
  • Ratu Rimba Niagara mana suaramu dinda
    jangan kau deraku
    tanpa suaramu
    sudahlah suara mu tak kudengari
    takkanlah suara bisumu pun takku dengari sayang...hehehe

    jangan setega itu kamu padaku sayang...
    jangan bisukan suaramu
    kerana aku tak tahu isi hatimu padaku
    cuma yang kutahu kau sudah terikat kasih denganku...hehehehe
  • Lyn Sulaim biarlah hamba bisu seribu bahasa, kerana jiwaku sudah punah, kasih Allah Maha Agung, kasih yang tidak pernah berubah walaupun bidadari syurga yg menyapa, begitu juga dengan kasihku kepadaNya, dan hanya DIA lah kekasihku...sibuk mana pun aku, aku tidak pernah lupa...
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK LYN SULAIM
    'MENUNGGU PELANGI CINTA'

    Jika bisumu itu boleh membuatmu muhasabah diri
    bisulah tanpa suara tapi bersuara.....

    mana ada bidadari di dunia ini kecuali diciptakan Allah di Syurga
    cuma apalah salahnya
    bercita-cita menjadi bidadari
    manalah tahu dengan izin-Nya jua
    jadi bidadari Syurga
    berkat percaya cinta-Nya
    ada dan layak untuk dimiliki semua hamba-Nya
    jika aku tak setanding cintamu pada-Nya
    siapalah aku untuk menjadi sahabatmu duhai Lyn Sulaim
    kerana aku insan yang lemah
    tentang ilmu tauhid sepertimu
    makanya aku malu untuk bersuara denganmu
    moga bisumu membawa keberkatan dalam hidupmu
    dan izinkan aku bersendirian
    di ombak rindu menunggu pelangi cinta
    yang sudi datang menyapaku
    yang sudi membimbingku ke jalan-jalan-Nya

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 Oktober 2012
  • Lyn Sulaim salam'alaikum ku mulakan kata, buat Ratu Rimba Niagara yang aku cinta, membisu aku kerana kecewa, sungguh mudah kau menyatakan cinta, tapi tak seindah kata, ku teliti tiap bait ungkapmu, dan aku tahu kau tujukan padaku, tapi kau ghaib setelah membuatka...See More
  • Ratu Rimba Niagara ATAS KETULUSAN CINTA KERANA-NYA

    Duhai Lyn Sulaim...
    Biarlah ku terus terang dengan mu
    Aku memang perlukan cintamu

    Aku memang perlukan teman berganding bahu denganku
    Memikul wadah perjuangan
    Boleh aku mengadu susah senangku
    Sama merasai perih dukaku
    Di kala aku dihina tanpa ehsan
    Di kala airmataku deras mengalir
    Di kala hatiku remuk redam
    Di kala aku kesepian tanpa candamu

    Tapikan Lyn Sulaim....
    Lagi kau kenal aku
    Mula-mula kau akan
    Sayang dan akan mengaku setia denganku
    Dan akan sanggup bersumpah setia untuk
    Menyayangiku seumur hidupmu

    Tapikan Lyn Sulaim...
    Pabila ada bayu mencemburui keakraban kita
    Kau akan mula tinggalkan aku
    Kau akan mula sepikan aku
    Kau akan bencikan aku

    Kerana inilah
    Aku trauma untuk terima kasih dan cintamu
    Aku tak mahu
    Hatiku remuk redam
    Gara-gara kau sepikan aku

    Mula-mula bilang cinta
    Mula-mula bilang sayang
    Datang bayu
    Sayang bertukar benci
    Terus sepi
    Sepi menyepi

    Karena tak mahu
    Aku terusan terluka
    Biarkan kusendiri
    Tapi masih lagi
    Dalam ukhuwah kasih
    Jika kau datang menyapa
    Untuk membebat luka di hati
    Kerana aku tak mahu makan hati
    Pabila memutuskan
    Talian kasih dan sayang
    Yang pernah kita bina
    Atas ketulusan cinta
    Cinta kerana-Nya...

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 Oktober 2012
  • Lyn Sulaim kekandaku Ratu Rimba Niagara, apa musykilmu sebenarnya, siapa yg meninggalkanku dan siapa yang menyepikanku, siapa yg mengecewakanku dan siapa yg tidak tega denganku, bukan kaukah wahai Ratuku, siapakah bayu yang mencemburui kita, siapakah bayu yg membuat hatimu tercalar, siapalah aku yang tak punya apa, hingga membuatkan kau gusar untuk bercanda, katakan padaku, kerna aku juga punya rahsia yg ku simpan utuh mengenai kita, terus teranglah denganku, agar aku tahu, terungkailah segala tandatanyaku...
  • Ratu Rimba Niagara Tak perlulah kau tahu Lyn Sulaim...
    Cukup...cukup.. sudah...telah lama kulupakan
    Sekarang yang aku mahu
    Aku lupakan segala yang melukakan hati
    Yang aku mahu terus mengarang

    Memburu cita
    Yang lama kudambakan
    Moga Allah makbulkan
    Apa yang kuimpikan dalam hidupku
    Sebelum aku terpejam mata ....
  • Lyn Sulaim izinkan aku mengundur diri dari sini...selamat tinggal Ratu Rimba Niagara ku...salam'alaik
  • Ratu Rimba Niagara Kenapa pulak kau mahu mengundur diri Lyn Sulaim...
    Apa salahku...
    Kita kan teman di sini
    Adakahkan kita bertemu untuk berpisah?
    Biarpun alam yang bisu
    Tapi amat bermakna kau dan aku ...
  • Lyn Sulaim kau mudah lupa, baru sebentar kau katakan yg kau tidak mahu memburu rindu dariku..tiada siapa yg mahu perpisahan, Dzat, Sifat, Asma dan Af'al tidak akan berpisah, hanya jasad saja yg berpisah...
  • Fatimah Bt Husin Tim Salam- apa bicara sebenar cerita ,atau kesah hanya tontonan kata,seolah ada sesuat yg tak kena my dear Ratu Rimba Niagara.
  • Ratu Rimba Niagara aku pun tak tahu kenapa tetiba jadi begini...
    apa yang tak kena pada lyn sulaim pun aku tak tahu
    aku kenal sangat dia pun tidak cuma di grup ini dan
    di grup aku cinta dan malam sekadar teman sahutan puisi
    tak sampai dua minggu

    tapi dia kata aku sepikan dia...
    tetiba dia anggap serius pulak...
    mungkin dia kenal aku
    mungkin aku kenal dia jia dia berwajah sebenar dan bernama sebenar...
    atau hanya di sebalik nama atau wajah...
    sejujurnya cumalah cerita di atas kertas yang ada tak puas hati denganku...
  • Ratu Rimba Niagara apa yang tak kena dengan wall yang aku siarkan ini aku pun tak tahu...jika wall ini membuatkan aku berselisih faham dengan lyn sulaim..aku akan lupuskan wall ini kerana aku tak suka sesuatu perkara membuatkan perselisihan berlaku... cukuplah apa yang kualami di grup lain...sehingga aku lupuskan grup tersebut gara-gara kusiarkan puisi-puisiku di wall grup tersebut sehingga mengundang pergaduhan meletup-letup...meletus...letus...hinggakan aku malu dengan semua ahli grup dan aku berundur bukan berarti aku kalah aku mengalah demi kedamaian grup tersebut...hanya Tuhan saja yang tahu isi hatinya isi hatiku moga Allah ampunkan aku jika aku bersalah...
  • Lyn Sulaim salam Fatimah Bt Husin Tim..coretan ini hanya coretan biasa untuk puisiku di sini, tiadak ada apa2 yg tak kena, selagi ada nafi dan isbat dan selagi ada kun..maka kun fayakun lah...gurau senda dalam berpuisi
  • Lyn Sulaim Ratu Rimba Niagara...tiada perselisihan, tiada permusuhan di ruang ini, hanya gurau senda antara kita...salam ukwhah dari hamba..
  • Fatimah Bt Husin Tim OOooo begitu..tapi sya suka ramai sudah member masuk di puisi ilahi ini ,klau dulu sunyi tiadapun yg sudi..kini ramai tapi puisinya seolah-olah bergaduh aja..salam buat kamu Lyn Sulaim.
  • Lyn Sulaim wkmslm wrhmtllh...
  • Ratu Rimba Niagara duhai fatimah adakah sepanjang puisi yang kusiarkan di sini mengundang pergaduhan...lagi pun sepanjang aku bersiaran di sini kau saja yang sudi like puisi dari fahamanmu adakah puisiku mengundang bergaduh...kalau iya aku akan hentikan siaran krana menghormati ini grup puisi Ketuhanan aku yakin admin yang menubuhkan grup ini cintakan Ilahi dan mesej yang disampaikan oleh ahli grup tertumpu kepada cintakan Ilahi dan yang boleh mendekatkan ahli grup mencintai Ilahi makanya jika puisiku lari dari tajuk kerana mengundang pergaduhan aku rela undur diri dari grup ini...
  • Fatimah Bt Husin Tim adoh.. merajuk pula my dear ni..tak adanya yg mengundang pergaduhan puisimu mengundang sayang dan cinta ilahi adalah hehehe kamu sudah perbagaikan semua puisimu dalam setiap golongan terpecah kepada setiap akar pembacanya, walaupun berjela aku tetap membacanya hehehehe jgan jadi mcm bunga bila tersentuh layu terus jadinya...kumbang ke bunga ni hehehehe.
  • Ratu Rimba Niagara dua-dua sekali...
    sekali kumbang merajuk pada bunga ...bunga lain menanti
    sekali bunga merajuk pada kumbang ...kumbang lain menanti
    tapi yang pasti aku setia sama satu bunga saja...satu bunga itu
    adalah kamu Fatimah Bt Husin Tim....hehehehe
  • Fatimah Bt Husin Tim loh jadi kamu kumbang Ratu Rimba Niagara, kumbang saja yg suka pada bunga..terim kasih kesetiamu padaku..tapi setiap kesetiaan ada pengorbanan itu yang sanggat ditakuti , selalunya pengorbanan itu satu kesakitan melainkan berserah kepadaNya.
  • Ratu Rimba Niagara BIARLAH BERLALU

    rindumu kubungkus dalam hatiku
    agar aroma cinta dan rindumu
    sentiasa mewangi di hatiku hatimu

    agar tak mudah kau lupakan aku
    agar kau tak sepikan aku
    jika aku kehilangan sepimu
    aku rela kau pergi tinggalkan aku
    meratapi sepimu
    entahkah bila akan bertandang lagi di hatiku
    ku tak tahu
    dan benarlah kau bukan milikku
    cinta dan kasihnya hanya untukmu
    aku menanti cintamu jemu
    ku pergi tanpa relaku
    dan aku tak akan merinduimu
    kerana ku tak mahu merindunimu
    lagi biarlah berlalu
    tanpa cinta dan rindumu

    RATU RIMBA NIAGARA
    19 Oktober 2012
  • Fatimah Bt Husin Tim Engkau dihatiku

    Engkaulah yg satu
    didalam hidupku
    kasih dan rindumu

    padaku abadi
    sayangku
    engkau dihati
    tampan dirimu
    hilanglah hidupku
    kasihku
    engakau dihatiku
    RATU RIMBA NIAGARA..
  • Ratu Rimba Niagara kalau aku di hatimu
    napa kau mudah jemu denganku
    lalu aku pasrah
    tanpa cinta dan rindumu lagi ....
  • Fatimah Bt Husin Tim My dear tiada benda yg kekal didunia ini
    pasti ada pengakhirnya
    cuma akal yg diberi
    utk kita pertahankan segala rasa yg ada
    antara syang dan rindu

    antara cinta dan rasa
    segala milikNya..
  • Ratu Rimba Niagara Dalam hati ada taman,
    Taman cinta berhati rindu;
    Aku disepikan teman,
    Makanyanya pergilah rindu.

0 comments:

Post a Comment

 
;