Tuesday, 30 October 2012

INDAHNYA PELANGI CINTA SASTRAMU SASTERAKU





AKU MENULIS SELAGI MANA ALLAH SWT IZINKAN


Aku memang suka berkarya
tak kira pagi petang siang malam
aku berkarya...berkarya...berkarya...
tanpa jemu tanpa penat
sebagai manusia biasa aku tak boleh
memaksa diriku untuk tak berehat
aku akur itu...bila dah tak
mampu meneruskan baru aku berehat

Dalam sesuatu topik yang hendak ditulis
bukan mudah kerana bidang itu
bukanlah aku arif untuk menulis
Allah tak pernah mengecewakan aku
idea datang di pemikiran
aku syukur...syukur sangat-sangat
'Syukur Ya Allah Kau tak pernah biarkan aku tanpa ilham'
kerana terlalu bersyukur pada-Nya
aku menangis setelah habis aku berkarya
mana tidaknya tanpa-Nya sebaris ayat aku tidak dapat menulis
tanpa-Nya satu ilhamku pun tak akan bertandang di pemikiranku

Kalau difikirkan secara lojik aku bukan pandai seperti orang bijak pandai
tapi bagi Allah SWT jika DIA izinkan tidak perlu aku pertikaikan dan aku syukur
kerana terlalu bersyukur
aku berkarya...berkarya...berkarya
dunia karyaku yang amat mengujakan!
jika tak berkarya jiwaku mati rasanya nafasku seakan sesak

Apa saja yang bahan kubaca kudengar kupandang
semuanya sumber inspirasi dunia karyaku
dan aku cukup tak gemar jika yang aku baca itu berbaurkan
menghina mengeji membangga diri
aku suka ilmu yang mendidik dan bukan mengajar
jika mendidik ilmu terus lekat di hati
jika mengajar mereka terlebih tahu segala ilmu
makanya ilmu yang ingin disampaikan pastinya akan disepikan

Kerana terlalu taksub dengan duniaku aku hanya terima rakan-rakan fbku
yang sentiasa memberi kerjasama sokongan/dukungan dengan duniaku
kalau dia membisu dan hanya sekadar teman fb tanpa memberi inspirasi dan menyepikan karyaku dan dia dengan dunianya seolah aku tiada wujud sebagai
rakan fbnya ...makanya aku terpaksa undur diri
tapi bukanlah bermakna aku memutuskan talisiraturrahimi
mereka semua sentiasa di hatiku...lagi pula sebelum persahabatan di alam maya aku sudahpun berterus terang kenapa aku begini taksub dengan duniaku
makanya setiap rakan fbku amat berharga lebih berharga daripada permata berharga...indahnya seperti indahnya pelangi di malam hari
sebagaimana mereka terima karyaku apa adanya dan aku akan
terimanya lebih adanya.

Selagi mana Allah SWT izinkan aku menulis
aku akan terus menulis ....sehingga terhenti nafas terhentilah pena

KARYA Ratu Rimba Niagara
1 April 2012
Unfollow Post · April 4 at 10:48am
Prabu Sri Narayana Kusuma and 5 others like this.

Putra Syeikh Muhammad ..,♥
October 10 at 10:54pm
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PERSATUAN AHLI MAJLIS DATO-DATO SULU &
GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
(DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK)
23 Oktober 2012
Unlike · · · October 23 at 6:10pm

  • You and 3 others like this.
  • Fatimah Bt Husin Tim My dear bila idea tak hadir dlam minda apa mydear buat utk dapatkannya semula...
  • Ratu Rimba Niagara Insya-Allah idea selalu hadir buat masa ini..
    Jika idea yang hadir tiba-tiba lupa ...
    Berdoa pada Allah Insya-Allah dapat kembali
    October 23 at 11:43pm · Edited · Like
    WARKAH UNTUK RAKAN SASTERAKU POUL NANGGANG

    Terima kasih rakan sasteraku Poul Nanggang...
    kau penulis idolaku
    susah senang
    kau sudi bersamaku
    menyokong perjuanganku
    walaupun tanpa suaramu kudengar
    tapi kufaham dalam lubuk jiwa yang dalam
    kau selalu bersamaku
    setiap langkah perjuangan
    tinta-tinta sasteraku
    aku terharu dalam sendu
    cuma yang dapat kuucapkan
    terima kasih tak terhingga
    duhai rakan sasteraku Poul Nanggang...
    suka padamu
    sejak dulu lagi
    sejak mula kita kenal di alam maya
    biarpun
    kita pernah terpisah komunikasi
    namun itu tidak
    membarakan luka menyakitkan
    malah menjadi penawar luka
    senyummu terkuntum
    bersama hangatnya madu sasteraku sasteramu
    itulah maknanya
    sebuah tinta sasteraku sasteramu
    yang menjadi dambaanmu dambaanku
    moga kita bersama
    menyulam indahnya pelangi sasteramu sasteraku
    menjadi gugusan-gugusan karya sastera
    nan indah-indah
    bakal kita tinggalkan
    pada anak cucu
    masa hadapan
    inilah hadiah perjuangan kita
    untuk mereka yang tercinta

    ayuh rakan sasteraku Poul Nanggang
    biar apapun dugaan menimpa
    kita sama berjanji
    jangan sesekali
    berputus asa
    kita terus dan terus perjuangkan
    sasteramu sasteraku
    hingga ke titisan
    darah terakhir!

    Rakan Sasteramu Yang Menyanjungimu,

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Oktober 2012
    Like ·


    HARI INI AKU TANGISI TIADA ARTI

    hari ini aku tangisi tiada arti
    pergimu merajuk hati
    makan hati
    derita hati ini
    menjeruk rasa hati
    sampai hati
    kau pergi
    tinggalkan aku sendiri
    menyesali
    kerana bukan aku kau cintai
    katamu takdir kehendaki
    perpisahan ini
    aku tangisi
    setega itu sampai hati
    kau lukai
    derita cinta ini
    yang kupercayai
    kaulah takdir cintaku ini
    tapi rupanya tidak begini
    kau pergi
    membiarkan aku dilukai
    menangisi
    tiada arti
    lagi kau kucintai
    hanya doaku panjatkan pada Ilahi
    kau bahagia bersama permaisuri
    yang telah tertulis takdir ini
    cintamu bukan untukku yang kau cintai
    tapi hanyalah untuk permaisuri
    demi
    kebahagiaanmu jangan diingati
    aku lagi
    kerana aku sudah redhoi
    cintamu bukan untuk kumiliki
    cukuplah sekadar puisi
    cinta antara dua darjat membatasi
    cintai dilukai
    dalam lagenda cinta dua benua tak terealiti
    darjat memisahkan dua insan saling mencintai
    rela kuundur diri
    asalkan kebahagiaan semua menjadi realiti....

    PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    13 Oktober 2012
    October 13 at 8:46pm · Like · 3
    Like ·

    PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

    Orang berbudi kita berbahasa,
    Orang memberi kita merasa;
    Indahnya budi kerana bahasa,
    Bahasa jelek hati terasa.

    Budi dibalas racun berbisa,
    Lagi berbahasa lagi berbisa;
    Berkatalah pada reti bahasa,
    Nggak faham bisulah bahasa.

    Sejambak budi sejambak bahasa,
    Indahnya budi meresap ke hati;
    Tiada kata seindah bahasa,
    Bahasa indah harum di hati.

    Bahasa kukait dengan cinta,
    Budi kuhargai hingga ke mati;
    Indahnya bahasa kerana cinta,
    Indahnya cinta setulus hati.

    Hari-hari berbahasa indah,
    Serasa berada di taman Syurga;
    Semua temanku bermadah-madah,
    Madah pujangga bak penghuni Syurga.

    Bahasa mu indah menguntum senyuman,
    Senyuman berseri bak bulan purnama;
    Dalam hati kau teman idaman,
    Terpatri cinta di Syurga bersama.

    Hari-hari ku petik bunga bahasa,
    Lalu kukarang sejambak bahasa;
    Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
    Teman istimewa tahu bahasa.

    Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
    Bahasa indah hadirlah di hati;
    Kuungkapkan indahnya bahasa,
    Bahasa hati pada yang mengerti,

    Duniaku dunia bahasa,
    Karyaku karya bahasa;
    Indahnya karya bahasa,
    Berartinya karya bahasa.

    Bahasa indah terkuntum senyuman,
    Setiap bahasa sentiasa dijaga;
    Kata-kata indah terukir senyuman,
    Pahala dibawa hingga ke Syurga.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    22 Oktober 2012
    Like ·

    PANTUN INDAHNYA CINTA DUA BENUA

    Assalamualaikum duhai teman,
    Grup pantun yang kuhormati;
    Maafkan aku duhai teman,
    Aku berkarya sudah disalah arti.

    Bila kamu baca karya ku teman,
    Kalau salah tolong ajarkan;
    Aku tak sehebatmu teman,
    Baru belajar menulis pantun.

    Aku malu duhai teman,
    Berpantun denganmu;
    Kau hebat berpantun teman,
    Makanya ajarkan aku.

    Pantun mu berima teman,
    Pantunku bahasa berterabur;
    Aduh malunya aku teman,
    Kerana minat malu kulebur.

    Tahukah kamu teman,
    Aku malu menjadi grup pantun;
    Kerana aku tak pandai berpantun,
    Kukumpul kekuatan untuk berpantun.

    Kuturun ke gelanggang pantun,
    Moga kalian sudi menjawab pantunku;
    Tiada yang sudi menjawab pantun,
    Makanya kujawab sendiri pantunku.

    Kerana minat aku berpantun,
    Kerana minat aku berkarya;
    Aku bersahabat dalam berpantun,
    Menyambung ukhuwah dalam berkarya.

    Tuhan temukanku di grup pantun,
    Aku apa lagi sukalah hati tak terkira;
    Pagi petang siang malam aku berpantun,
    Banyaknya aku berpantun tak terkira.

    Di grup pantun ini aku ceria,
    Aku dilayan penuh santun;
    Hatiku gembira dan ceria,
    Kawan-kawan berbahasa santun.

    Dalam bahasa indah aku belajar pantun,
    Budi bahasa indah ilham tercerna;
    Benarlah indahnya bahasa pantun,
    Senyuman terkuntum seri tersirna.

    Wajah berseri menguntum senyum,
    Dalam hati ada taman,
    Dalam berpantun ada senyum,
    Pondok pantun indah bagaikan taman.

    Pondok pantun indah bagaikan taman,
    Berbunga-bunga setiap hari;
    Pelbagai tema pantun menyerikan taman,
    Senyuman terukir wajah berseri.

    Setiap bait-bait pantun difikirkan dulu,
    Kerana itu kuntuman bunga;
    Kuntuman bunga Syurga itu yang dimahu,
    Agar wangian Syurga-Nya tetap dijaga.

    Indahnya taman pondok pantun ini,
    Yang kulihat hanyalah permata Syurga;
    Berpantun sentiasa menjaga hati,
    Bagaikan berpantun dengan ahli Syurga.

    Setiap ahli saling hormat menghormati,
    Berkata tidak mengikut hati;
    Yang ada kasih sayang di hati,
    Tersimpul mati kasih sejati.

    Dalam berpantun kita bercanda,
    Dalam berpantun kita berteman;
    Jauh sekalu hendak mengada-ngada,
    Yang ada ingin menjadi insan budiman.

    Berpantun sejujur hati,
    Berpantun berukhuwah sejati;
    Berpantun tidak mengikut hati,
    Berpantun persahabatan tersimpul mati.

    Pondok Pantun Persahabatan Nusantara,
    Menyatukan hati antara dua benua;
    Berkasih sayang hidup bernegara,
    Aduhai indahnya cinta dua benua.

    Tak kenal maka tak cinta,
    Dah kenal baru cinta;
    Dua benua insan bercinta,
    Negaramu kusayang negaraku kau cinta.

    Dua benua menjalin cinta,
    Satukan dua hati dua negara;
    Hebatnya dua benua bercinta,
    Satu hati mencantumi dua negara.

    Indahnya cinta dua benua,
    Senada seirama ukhuwah sejati;
    Menyatukan kebudayaan dua benua,
    Melestarikan impian anak cucu jadi sejati.

    Cinta dua benua dua hati,
    Bersatu hati di ombak rindu;
    Saling menjaga cinta hati,
    Menjadi realiti cinta dirindu.

    Sampai di sini pantun terhenti,
    Tangan dihulur mohon dimaafi;
    Ikatan kita jangan terhenti,
    Kita ditemukan untuk saling memaafi.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    21 Oktober 2012
    Like ·

    PANTUN SAMPAI SYURGA KITA BERCINTA

    Ratu Rimba Niagara:

    Dalam hati ada taman,
    Taman cinta berhati rindu;
    Aku disepikan teman,
    Makanyanya pergilah rindu.

    Sri Mawar .
    Panas terik memakai topi
    berjalan kaki ke hujung tanjung
    teman menanti mula menyepi
    dinda di tunggu lambat berkunjung
    8 hours ago · Like

    Ratu Rimba Niagara

    duhai kanda yang kusayangi,
    kurindumu dalam sepi;
    rindu dendam tak tertahan lagi,
    air mata kasih kukurimkan di angin sepi.

    bukan ku tak mahu menyapamu kanda,
    ku takut tersalah bicara;
    mengguriskan hatimu tidak kumahu kanda,
    biarlah kupendam rindu membara.

    maafka aku duhai kanda,
    kusayangmu dalam diam;
    kutakut tak terbalas kasih kanda,
    tersisihlah aku merana dalam diam.

    sejak kukenal karyamu,
    di negeri antah berantah;
    aku hayati karyamu,
    karyaku rasa tersisih.

    napa kanda tak sudi menyapa,
    kanda biarkan dinda sendirian;
    berkarya bukanlah suka-suka,
    tapi tetap juga disisihkan.

    adakah kanda malu menyapa dinda,
    kitakan minat yang sama;
    karya kanda karya dinda,
    berbeda tapi matlamatnya sama.

    berkarya bukan ingin mencipta nama,
    jauh sekali untuk berbangga diri;
    ayuhlah kanda kita bergandingan bersama,
    berkarya meraih Cinta dan Kasih Ilahi.

    di angin lalu kuseru namamu kanda,
    kau diam tanpa bicara;
    ku tak tahu apa salahku kanda,
    dalam diam rinduku membara.

    tahulah dinda tak sehebatmu kanda,
    karyamu puitis lagi indah didengar;
    dinda mahu belajar denganmu kanda,
    hasilkan karya puitis agar indah didengar.

    hari-hari dinda berkarya,
    dunia karya dunia dinda;
    dinda minat sangat berkarya,
    berkarya bukan niat mengada-ngada.

    mereka kritik pantun dinda,
    entah apa-apa tak serupa pantun;
    tiada pembayang terus kepada fakta,
    itulah cara dinda berpantun.

    mereka nak kritik..kritiklah,
    dinda tetap tak akan mengalah;
    dinda berpantun berbedalah,
    asalkan kita berkarya tak mengalah.

    apa nak dikisahkan,
    kita berkarya bukan kerana mereka;
    kita berkarya kerana telah ditakdirkan,
    bersyukurlah moga ada Nilaian di Sisi-Nya.

    kita berkarya tanda syukur pada-Nya,
    kita jauhkan bahasa menyakitkan hati;
    perselisihan menguncang murka-Nya,
    jika begitu matikan pena biar terhenti.

    berkaryalah semahumu,
    Insya-Allah kan kubaca karyamu;
    Kubaca kuhayati tanpa jemu,
    Moga Allah memberi kekuatan itu.

    berkarya mengundang rindu,
    berkarya disepikan rindu;
    kita saling rindu merindu;
    bila kau sepi kularut rindu.

    rindumu kularut di ombak rindu,
    dibiarkan hayut dibawa ombak;
    pergilah rindu itu yang kau mahu,
    rinduku hilang di laut tak berombak.

    mana ada laut yang tak berombak,
    itu dunia ilusimu yang tak realiti;
    rindumu yang tak berombak;
    makanya relakan ku pergi.

    padamu kanda aku mengunggu,
    jadikanlah rinduku rindumu realiti;
    seiring keredhaan Tuhanku Tuhanmu,
    agar rindu dan kasih diredhai.

    hidup ini penuh pesona dunia,
    dilalai terlalai kita yang rugi;
    kita hargai hidup setetes cuma,
    agar hidup mati tiada rugi.

    usia tersisa kita hargai bersama,
    entah esok lusa dijemput pulang;
    merana hati amalan tiada bersama,
    di alam barzah bekalan yang kosong.

    duhai kanda kita ditemukan atas kehendak-Nya,
    bukan untuk saling menyakiti hati;
    untuk bermusuhan gara-gara berkarya,
    buang yang keruh kita simpulkan kasih di hati.

    kasihmu kasihku sejati,
    tak akan makan hati;
    semuanya suka hati,
    diikasih sampai mati.

    duhai kanda disayangi dunia akhirat,
    kita bersumpah setia sehidup semati;
    moga Allah berkati dunia akhirat,
    itulah yang kita sama hajati.

    duhai kanda marilah kita sama berbakti,
    pada Tuhan pada semua hamba-Nya;
    biarlah hati kita dilukai disakiti,
    berbakti tetap berbakti sampai mati.

    kasihmu kasihku tersimpul mati,
    tak akan ada penyelewengan cinta;
    kerana kita mahu hidup diberkati,
    sampai mati Allah jua tetap diCinta.

    duhai kanda berjanjilah pada dinda,
    menabur budi jangan harap balasan;
    semuanya kerana Allah diCinta,
    pasti ketenangan sebagai balasan.

    sampai disini pantun terhenti,
    dikarang istimewa untuk kanda tercinta;
    cinta kita jangan terhenti,
    moga sampai di Syurga kita bercinta.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Oktober 2012
    (PETIKAN DARIPADA GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
    Like ·
    PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH

    Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
    Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
    Bersahabat mereka impikan Syurga,
    Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

    Tiada lebih berharga di dunia ini,
    Mendapat sahabat beroleh hidayah-Nya;
    Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
    Saling ingat mengingat dalam Nur Kasih-Nya.

    Tiada diduga perkenalan kita,
    Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
    Moga saling berbaik sangka sesama kita,
    Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redha-Nya.

    Bersahabat atas dasar kerana Allah,
    Saling berkorban untuk redha-Nya;
    Berkorban biar dipandang Allah,
    Kupanjatkan syukur mendapat restu-Nya,

    Seorang sahabat hatinya tulus,
    Sentiasa ingat mengingati;
    Demi persahabatan suci ikhlas,
    Apabila tiada akan diingati.

    Duhai sahabatku yang disanjungi,
    Hidupmu seperti pelangi;
    Apabila bertutur setulus hati,
    Moga dikau menjadi sahabat sejati.

    Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
    Perkenalan kita tidak disengajakan;
    Moga persahabatan berkekalan,
    Dibalas Allah dengan keberkatan.

    Jangan dipendam segala perasaan,
    Sahabatmu ini sedia dengari;
    Pasti hidupmu tiada kesepian,
    Agar ceria hidupmu setiap hari.

    Ibumu sakit hatimu bimbang,
    Hatimu pilu bukan kepalang;
    Jasa ibumu takkan hilang,
    Kau jaganya dengan kasih dan sayang.

    Sahabatku kalau itu bagai dikata,
    Akulah sahabat paling bertuah;
    Gembira hati tidak terkata,
    Ikatan persahabatan jangan mengalah.

    Kuucapkan salam perkenalan,
    Untukmu semua sahabat fbku;
    Di alam maya kita disatukan,
    Senyumanmu menghiburkan hatiku.

    Mas iman kau bagaikan anakku,
    Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
    Justeru sentiasa doakan ibumu,
    Budinya membawamu ke alam Syurga.

    Duhai Putri ku yang dikasihi,
    Balaslah cintanya kerana Allah;
    Kerana itu kau akan dihormati,
    Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.

    Kita tak boleh menilai diri sendiri,
    Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
    Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
    Moga dikau menjadi insan terbaik.

    Tiga sahabat wajah berseri,
    Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
    Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
    Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

    Alhamdulillah syukur tidak terucap,
    Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
    Kehadiranmu penyeri hidup,
    Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

    Semua orang berhak jatuh cinta,
    Kerana itu lumrah manusia;
    Cintamu ditolak jangan terasa,
    Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

    Cintailah dia kerana Allah,
    Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
    Membalas cintamu kerana Allah,
    Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

    Rupamu menawan seindah budi,
    Tutur katamu menawan hatiku;
    Andai dikau menjauhkan diri,
    Hancur segala ikatan murni.

    Jika cinta telah tertulis di Sana,
    Itulah cinta seutuhnya;
    Kehadirannya membawamu ke Sana,
    Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restu-Nya.

    Cintailah pilihanmu kerana Allah,
    Jangan seiring kehendakmu;
    Biarlah seiring kehendak Allah.
    Pasti cintamu tiada rasa jemu.

    Jangan ada benci di antara kita,
    Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
    Tutur katamu seperti di Syurga,
    Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

    Yang baik itu dari Allah,
    Yang kurang dari diriku sendiri;
    Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
    Tiada langsung perasaan iri.

    Bersahabat bercinta kerana Allah,
    Serasa hidup di alam Syurga;
    Berkasih sayang kerana Allah,
    Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

    KARYA PUTRI RIMBA.
    27 April 2012
    April 27 at 3:28pm · Like · 5




0 comments:

Post a Comment

 
;