Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kertas kerja -Bersuara Melalui Puisi, Biar Puisi Bersuara oleh Dr Lim Swee Tin-SEA Write Award. Merupakan penceramah 'terbaik' pada anggapan saya dengan alasan berikut:
1. Penyediaan alatba
ntu yang melebihi cukup dengan tertuangnya segala sejarah & pengalaman yang diadun sedemikian mencecah rasa oleh perisanya.
2. Lontaran suara berimpak dinamika memungkinkan tertaut rasa sehingga larutnya malam tiada terasa.
3. Hidangan pengalaman sebegitu pantas & sentiasa panas, menimbul rasa cemas tanpa rimas, juga berawas merendam tawas agar reguk beroleh puas...syabas!
Saudara Pejuang Bahasa....
~Terpaut oleh raut
~Terpesona oleh gaya
~Teruja oleh bicara
~Terkesima oleh gema
~Terpaku oleh perilaku
~Terfikir oleh pamir
~Terbuai oleh santai
~Terisi oleh insani
~Terpatri oleh puisi.
Nota: Persoalan puisi & sajak itu di mana batas sempadannya terjawab sudah. Prihatin dalam soal sastera tradisi amat dihargai. Berkongsi rasa nan sama dalam getar pantun, gurindam, syair & seloka. Kita sehaluan menggendong citra baru, jelas sejalan menggendong ceritera lama, sambil berlapang dada dan minda terbuka arah tuju karya anak bangsa...masih begitu atau mahu maju...? Bisa lahirkah penyair dinamis antara syair pesimis...? Dan aku pun pernah 'MENYUSUR MUSIM' mengerti & mengenali puisi-puisi 'Permainan' - 'Sketsa' - 'Nyanyian'...dan aku terus tabah menyongsong lorong cantasan mu walaupun luka kaki ku oleh sisa-sisa duri semalu...! Pertemuan itu kekal dan tekal, bakal menjadi bekal tergarap karya penuh cekal....!

- You and 13 others like this.
- Ratu Rimba Niagara
SANG PUJANGGA SANJUNGAN
Duhai pujangga sanjungan...
Kalian berbahasa puitis
Buatkan aku membaca
Penuh teruja
Menghayati bait demi bait
Aku hanyut dalam dunia
Puisimu berbahasa puitis
Kau mengajak aku ke duniamu
Merasai apa yang ada di minda
Menyelami apa yang ada di kalbumu
Kau perlihatkan dengan jelas
Hanya dengan menggunakan bahasa puitismu itu
Aku terbius
Tanpa sedar
Aku menjadi si pemujamu
Aku menjadi si peminatmu
Dan kau adalah idolaku
Yang kuminat
Yang kusuka
Karyamu benar-benar hidup
Menghidupkan jiwa puisiku
Yang telah lama mati
Dan aku kembali bangun dengan semangat baru
Untuk memegang pena
Biarpun jemariku luka berdarah
Pedihnya dan sakitnya tak terkata
Dan kupertahankan segala yang sakit
Hingga penaku berlumurah darah
Darah pekat merah menitis di kanvas
Selembar kertas putih
Dan air mata tertetes
Mengembangkan tulisanku
Bertintakan darah dan air mata
Kerana roh semangat pujanggamu
Telah membuatkan aku
Menahan segala kesakitan
Dan akhirnya aku berjaya menulis
Bertintakan darah dan air mata
Terima kasih sang pujangga idolaku
Keranamu telah meniupkan
Roh pujanggaku
Untuk terus menulis dan menulis
Roh pujanggamu telah masuk ke
Roh pujanggaku
Semua-Nya dengan izin-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Okober 2012
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DR LIM SWEE TIN &
& RAMLEE WAHAB @ NOKHODA @ DJ RAMZ) - Haji Ahmad Talalo Wah hibat...Kehibatan mu bagaikan pujanga lama ..yg udah trbiasa beraksi di pentas.
- Ramlee Wahab Beliau cukup prihatin dan rajin membantu sesiapa utk berkarya...sikap beliau sudah teruji dan wajar dipuji...!
0 comments:
Post a Comment