WARKAH PUTERI DI RINDU III
TANPA CINTA-MU AKU KAKU BISU LESU
Sayang...
Puteri Di Rindu selalu
Allah sentiasa bersamamu
Mendengar rintihanmu
Mendengar keluh kesahmu
Jangan kau bimbang
Jangan kau risau
Apalah artinya kasih sayang manusia ini
Jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang-Nya
Kasih sayang-Nya padamu melebihi kasih sayang ibu pada anaknya
DIA mengujimu
disetiap penjuru
adalah lambang kasih-Nya padamu
samada benarkah kau ikhlas menyayangi-Nya
sebagaimana yang kau lafazkan berulang-ulang kali
apalah maknanya sayang jika tak diuji
kekebalan kau menempuh segala ujian itulah
lambang cinta kau pada-Nya
yang kau cintakan-Nya
yang kau tahan diuji
tanpa mahu mengaku kalah
tanpa mahu meratah derita ujian dalam kekesalan
yang kau mahu aku adalah hamba-Nya
aku tahan diuji
DIA menguji aku kerana DIA sayangkan aku
kerana DIA cintakan aku
Ya Allah aku bersyukur dengan ujian-Mu ini
tanpa ujian-Mu ini
aku masih lalai
aku masih leka dengan pesona dunia
aku masih berkeluh kesah tentang masalah dunia
sedangkan selangkah lagi aku menuju
ke alam barzah
dan KAU menantiku
melepasi hingga ke langit ke tujuh
itulah hikmah-Nya di sebalik ujian yang kau berikan padaku
Syukur Ya Allah
Tanpa cinta-Mu
aku kebisuan kaku lesu
dalam menghadapi hidup ini
yang penuh lalai melalaikan...
yang kupinta dari-Mu Tuhan
hidup dan matikanlah aku
dalam cinta-Mu dan redha-Mu ...
Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabatmu dari rimba niagara
16 Oktober 2012
WARKAH UNTUK PUTERI DI RINDU II
'DALAM BALUTAN KAIN KAFAN'
Pendengaran selalu mempedayakan hingga kita tak berdaya
Pennglihatan selalu saja terhalang jika tak punya mata hati
Apa yang kau rasa
Apa yang kau inginkan
Bukan kau menentukan apa yang kau inginkan
Kerana kau hanya bisa merancang
dan rancangan kau
tak semestinya berjalan lancar tanpa izin-Nya
bila kau berjalan terus ditepi harapan
harapan siapa yang kau sandarkan
jika manusia kau akan kecewa
jika pada Tuhanmu
DIA tak kan pernah mengecewakan
jika pun tidak dapat di dunia
di akhirat pasti dibalas jua
cuma yang harus ada padamu
sandarkanlah segala pergantungan harapanmu
hanya pada-Nya
bukan pada manusia
yang tak akan memberi arti
cuma yang benar-benar ikhlas padamu saja yang mengerti
dan itulah hamba kiriman Tuhan untukmu
memahami hidup ini cumalah sekelip mata
bilamana sekelip mata terpejam
dan bila membuka mata
dalam balutan kain kafan
kita sudah berada di alam barzah
dan kita terpana
antara dua perasaan
samada kita
haru-biru azab sengsara alam barzah
atau taman-taman Syurga di kuburan yang kita diami
hingga terjadinya Qiamat
bagi yang merasa nikmat Syurga Kuburan akan bahagia
bagi azab sengsara kuburan penantian Qiamat lagi menakutkan!
sama-sama kita muhasabah diri
moga kita selamat dunia dan akhirat
Aaamiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabatmu dari rimba niagara
16 Oktober 2012
WARKAH UNTUK PUTERI DI RINDU
'KITA ADALAH BAKAL MAYAT-MAYAT YANG BERJALAN'
Apalah ada bosan di dunia ini
jika hendak dibandingkan haru biru akhirat
yang kau aku dan semua bakal tempuhi
kita di dunia ini adalah bakal mayat-mayat yang berjalan
ke manakah yang hendak kita bawa bakal mayat kita ini
jalan ke kiri ke atau jalan ke kanan
jalan ke kiri pasti neraka menanti
jalan ke kanan Insya-Alllah Syurga menunggu
kita ada akal kita sendiri fikirkan
mana halu tuju hidup kita
apa-apa yang kita buat kita sandarkan pada-NYa
pasti kita tak berkeluh kesah lagi sepanjang
perjalannan hidup kita
walaupun kita diuji di setiap penjuru iman
kita memang hendak menjadi insan yang sempurna baik
tapi kita bukan hidup dalam kelompok penghuni Syurga
dan kita pun bukan ahli Syurga
cuma semuanya mahu menjadi ahli Syurga itu sudah pasti
betapa jahatnya seorang itu pasti mahukan Syurga
sebab kita tak sempurnalah makanya
Allah SWT memberi keampunan kepada hamba-Nya
sebelum nyawa sampai di kerongkong
dan harus diingat DIA masukkan Syurga pada hamba-Nya
bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
tapi kerana dengan Rahmat Kasih-Nya
sebab itu kita mahukan sepanjang hidup ini
RAHMAT KASIH-NYA sehingga nafas terakhir
dan berfikir sejenak adalah lebih baik beribu solat sunat
bilamana kita berfikir
dalam bermuhasabah diri
kita akan kenal diri kita
bila kita kenal diri kita barulah kita kenal Allah
jika kita kenal Allah
kita akan menjadi hamba-Nya
yang pemaaf
tidak berdendam
tidak bercakap mengikut sesuka hati menyakitkan hati
hidup yang kita fikirkan
hanya untuk mendapat redha-Nya
tanpa memikirkan masalah
remeh temeh perkara dunia yang melalaikan
daripada kita untuk membuat kebaikan
mengingati hari mati
seolah kita rasakan
kita tidak akan mati...mati...
sedangkan mati itu pasti
dan kita pastikan kita mati
dalam kalimah Syurga
LailllahaillaAllah MuhammadurrRasullulaAllah
AAmiiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabatmu dari rimba niagara
16 Oktober 2012
WARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'
di kala aku benar-benar
mengharapkan kau memahamiku
harapan pengertiaan darimu
hancur berkecai...kecai...
kau masih tidak memahamiku
lalu hatiku terluka
sudah banyak kali aku katakan padamu
bukan nama bukan sanjungan bukan material
menjadi dambaan hidupku
yang aku mahu karyaku
diterima pembaca di seluruh dunia
jikalah atas belas kasihan-Nya
karya aku menajdi material
material itulah
ditunas-tunaskan
berbunga berbuah
hasilnya sebagai bekalan
untuk dituai di Sana nanti
tapi dalam aku tenggelam
di lautan kepastian darimu
aku menaruh kepercayaan
agar kau memahamiku
dalam satu perkataanmu
kau luruhkan segala
kepercayaanku
bahawa kau masih tak
memahamiku
seolah aku rasakan
selama ini kehadiran aku
dalam hidupmu
hanyalah untuk menyusahkanmu
dan menyandarkan segala
harapan padamu
sesak dadaku
seakan berhenti
detak jantungku
dan kerana tidak mahu
menyusahkanmu lagi
biarkan aku begini
sendirian dengan karya-karyaku
tanpa sokongan darimu lagi
dan aku senang begini
tanpa termakan budi
tanpa menyusahkan kamu lagi
atau sesiapa saja
kerana dari dulu lagi
sejak aku melangkah
perjuangan dunia sastraku ini
aku hanyalah sandarkan
semuanya kepada-Nya
bukan sesiapa
jika di masa hidupku
karya-karyaku tidak diterima
tidak mengapa kerana aku sudah redho
manalah tahu dalam ribuan karya-karya
yang aku tulis itu hanya satu saja
diterima dan dipandang oleh-Nya
itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya
selepas ini di bumi mana
Allah letakkan karya-karyaku
di situlah aku berkarya
tanpa sesiappun tahu
siapa aku ...di mana aku
aku cuma berada
pada yang telah diTentukan-Nya
dimana ada karyaku disitulah aku
sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
16 Oktober 2012
WARKAH UNTUK LEFTENAN ADAM SAKEENAH
'MOGA TENANG WAJAH JENAZAH KITA'
AAmiin Ya Rabbal A'Lamin.
tapikan rakan seperjuanganku
kenapa kamu sebagai pemerhati je...
tidakkah kamu tahu...hamba di sini
suka sangat jika laman grup ini
ceria dan harmonis dalam satu
komunikasi yang aman damai
tanpa menyakitkan hati-hati mana pihak
yang ada di sini saling berbagi ilmu
saling sokong menyokong/dukungan
penyambung perpaduan segala ide yang bernas
digaulkan menjadi sebuah wadah perjuangan
yang jelas matlamatnya
yang tiada sangsi lagi
kitalah yang dipiih Allah SWT
menjadi khalifah-Nya
sentiasa muhasabah diri
sentiasa merasakan diri adalah seorang hamba
ingin hidup dalam redho Ilahi
sayang menyayangi sesama insan demi-Nya
berbakti pada Tuhan berbakti pada manusia
sebelum dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
Makanya rakan seperjuanganku
dalam setiap baris kata kita
pastikan ada mesej yang baik untuk disampaikan
bukanlah bertujuan kita berkongsi ilmu
mahu mengajar mereka... salah itu
kerana mereka lebih arif daripada segala ilmu
jika ilmu disampai cara mendidik
berarti kita mendidik diri sendiri
mereka yang mendengar pun rasa
betapa kita semua hamba-Nya
tetap seorang hamba yang kerdil di Sisi-Nya
kita datang tanpa apa-apa
dan pulang pun hanya balutan
kain putih
gimanakah wajah jenazahku nanti
adakah tenang atau keruh?
jika tenang Insya-Allah
tenanglah kita berjumpa Allah
jika keruh ...nauzubillah
pasti menyesalan tak tertebus
sebelum kita tanya pada diri kita
wajah jenazah kita tenang ke
atau keruh
adakah semasa hidup
kita selalu rasa kita sempurna
hinggakan kita mendabik dada
kitalah manusia yang paling sempurna
kerana semuanya kita miliki
orang lain semuanya kita
kutuk kita hina
semuanya tak setaraf kita
kita menjadi manusia sombong
rasakan kitalah ahli Syurga
orang lain semuanya jahat
orang jahat masuk neraka
itulah anggapan kita pada orang lain
sedangkan kita tak tahu
di hujung hayat kita
gimana adakah selepas
mengumpat mengeji orang kita
diperintah malaikat maut oleh-Nya
mengambil nyawa kita
Allahu Akbar pasti
wajah jenazah kita
dalam kekeruhan
penyesalah tak tertebus
nauzubillah
ayuh sahabatku di ruang yang terbatas ini
kita jalinkan ukhuwah kasih dunia akhirat
tanpa ada sebarang rasa takbur di hati
akulah sesempurna hebat di mata manusia
yang ada hanyalah
ingin menjadi kekasih Allah Azzawajallah
dan pulang ke alam akhirat
dengan bekalan yang ada nilaian di Sisi-Nya
semoga berkat jalinan ukhuwah kasih yang
suci ikhlas ini kita sama-sama
semarakkan bahasa-bahasa
yang boleh mengundang Nur Hidayah Kasih-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Rakan seperjuanganmu...
Dari Rimba Niagara...
16 Oktober 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment