Thursday, 1 November 2012

PINTALAH OLEH MU




PINTALAH OLEH MU.

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya, bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat mengadap A
llah SWT...

Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi ini wahai Rab? Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung ganang, bumi pun diam dan berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gugung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku yang biasa kita ketahui adalah merupakan benda keras yang terbuat daripada besi.. Setelah Allah menciptakan paku bumi, iaitu gunung ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku ini?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab? Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air? Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.
Hadis Qudsi

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Doa itu adalah ibadah dan doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin."
By Ustaz Mazlan — with Raja Mahadi Raja Ahmad and 4 others.
2Unlike · ·

0 comments:

Post a Comment

 
;