SASTESA SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (76) BERUNDUR TAK SEMENSTINYA KALAH
SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (76) BERUNDUR TAK SEMESTINYA KALAH
SALAM KEMERDEKAAN KE -64 MALAYSIA TERCINTA!
Salam Kemerdekaan negaraku tercinta, Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar; Tersenyum megah penuh bangga, Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah, Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah; Di mana pun berada kau berkibar megah, Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara, Keamanan dan keharmonian matlamat utama; Semangat rakyatnya terus membara-bara, Menjadikan realiti impian rakayat Malaysia.
Salam kemerdekaan buat PM prihatin, Moga hidupmu dalam keberkatan; Perletakan jawatan PM rakyat tak relakan, Namun kau redha Allah tentukan.
Rakyat Malaysia patut berbangga, Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu, Membela nasib rakyat di mana saja berada, Rakyat terbela negara aman itu yang dimahu.
Rakyat terbela itu yang dimahu, Rakyat Malaysia bersatu aman damai; Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu, Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini, Antara pemimpin dan rakyat saling menghormati; Sehati senada sejiwa saling memahami, Jasamu PM TSMY sentiasa mewangi di hati.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri, Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati: Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini, Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai, Tiada berburuk sangka sesama sendiri; Yang difikirkan keamanan negara ini, Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi, Andai rakyatnya saling sanggup berkorban; Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai, Maka Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya, Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku; Bersyukur pemimpin dan rakyatnya, Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku, Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya; Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku, Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran, Buat Negaraku Malaysia tercinta: Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan, Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan kelahiranmu yang Ke-64 ini kuberjanji, Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu, Moga kau tidak akan disakiti lagi, Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai, Moga kau sentiasa gembira selalu; Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi, Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya Ratu Rimba Niagara 16 Ogos 2021 (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-64 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2021)
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera, Tunku Abdul Rahman diberi nama; Dikasihi semua rakyat jelata, Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati, Perjuangannya tidak pernah terhenti; Disambung oleh pemimpin terkini, Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira, Rela berkorban harta dan nyawa; Demi kerana negara tercinta, Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London, Untuk bincangkan tentang kemerdekaan; Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan, Disambut penuh dengan kegembiraan; Ribuan rakyat ceria bersorakkan, Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara, Rakyat menyambut laungan membara-bara; Demi kerana negara merdeka, Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah, Penuh dengan penat dan lelah; Walaupun tiada pertumpahan darah, Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu, Pertahankan negara tanpa jemu; Rakyat aman sudahlah tentu, Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang, Menceroboh masuk terus meradang; Tunku memikir merasa bimbang, Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman, Dengan Chin Peng membuat keputusan; Komunis berundur dengan aman, Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita, Ingin berkuasa merebut tahta; Kekejaman Jepun rakyat sengsara, Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan, Jepun mengganas tanpa kemanusiaan; Asalkan hati penuh kepuasan, Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban, Mempertahankan negara habis-habisan; Nyawa di badan jadi taruhan, Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris, Jepun terus bermuka bengis; Berlawan mereka terus menerus, Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman, Perjuanganmu menjadi kenangan; Kau gugur dalam kemenangan, Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur, Hiroshima dan Nagasaki bom digugur; Sudah terlambat Jepun nak sedar, Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira, Pertahankan negara ke hujung nyawa; Rakyat juga amat berbangga, Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati, Rakyat hidup bersatu hati; Ke mana pergi Tunku dihormati, Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan, Memerdekakan negara demi keamanan; Agar generasi turut pertahankan, Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara 31 Ogos 2011 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
~~~ SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YG KE 64 THN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA"",SYUKUR KITA KEPADA ALLAH TA'ALLA KERANA DENGAN LIMPAH KASIH & SAYANG DARINYA NEGARA KITA BERADA DIDALAM AMAN & MAKMUR .AAMIIN...
❀Semarakkan ulangtahun kemerdekaan negara kita ❀Kibarkan 'Jalur Gemilang' ❀Semaikan keSETIAan ' S❤yangi Malaysia,
~Setia~
Demi negara yang tercinta Di curahkan bakti penuh setia Demi raja yang disanjung tinggi Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat Khidmat diberi penuh taat Sama bekerja sama berusaha Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja Amanah bangsa tetap dijaga Kami berikrar penuh setia Untuk agama, bangsa dan negara
Assalamualaikum kepada sahabat2 seluruh malaysia,selamat menyambut hari merdeka yang ke 64 pada hari esok 31 ogos 2021 semoga negara kita akan sentiasa mekar,harmoni dan sejahtera sepanjang zaman...amin
Walaupun sudah melepaskan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri dan telah menerima kenyataan yang berlaku dalam karier politiknya sebagai takdir.
Beliau sudah melakukan tugasnya dengan baik dan penuh tanggungjawab. Di samping itu, bukannya mudah untuk seseorang menggalas tanggungawab sebagai seorang Perdana Menteri kerana banyak cabarannya.
Sesungguhnya tidak dinafikan beliau adalah antara pemimpin negara yang disayangi dan disanjungi seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Suka
Komen
Kongsi
BERUNDUR TAK SEMESTINYA KALAH
Hingga saat ini rakyat masih bersedih atas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Tapi apa kan daya parti pembangkang yang dari awal tidak senang
hati dengan perlantikkan TSMY sebagai Perdana Menteri Ke-8 mencari pelbagai alasan agar
TSMY dilucutkan jawatan Perdana Menteri.
Masalah memerangi Covid-19 belum perjaya sepenuhnya dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara baru saja bermula. Parti Pembangkang bergabung sehati sejiwa menggagalkan segala niat murni TSMY dan ahli jemaah menteri PN.
Kesepakatan parti pembangkang yang tak pernah berputus asa akhirnya berjaya memaksa TSMY dan jemaah menteri kabinetnya meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.
Kepada TSMY dan jemaah menteri berundur tak semestinya kalah di mata rakyat kalian adalah pemimpin sejati sanggup hilang kuasa demi maruah seorang pemimpin menghormati perlembagaan negara.
Kepada parti pembangkang yang telah menjaya, kalian sebenarnya belum lagi berjaya kerana peralihan kuasa tanpa rela rakyat jiwamu pasti tidak tenang. Kalian akan dapat merasai sendiri kerana pemerintahanmu semasa menjadi kerajaan gagal malah rakyat hidup dalam tekanan!
'Langit tak selalunya cerah untuk meraikan kemenangan tanpa rela rakyat... Mendung akan tiba jua bilamana PRU- 15 menobatkan PM TSMY sebagai Perdana Menteri pilihan rakyat, ketika itu baru kalian sedar bahawa kuasa memilih di tangan rakyat bukan di tangan pemimpin.
Karya Ratu Rimba Niagara 16 Ogos 2021
PM TSMY TERUSKAN PERJUANGAN RAKYAT DEMI KEBAJIKAN RAKYAT SENTIASA MENYOKONG KERANA KEMENANGANMU
KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
PM MUHYIDDIN YASSIN - SAYA DILANTIK JADI PERDANA MENTERI BUKANLAH PADA MOMEN YANG TERBAIK, KAMI TIDAK SEMPURNA
jadi Perdana Menteri untuk anda di saat momen yang terbaik”`.Mungkin kali ini bukan kerajaan yang anda undi, tetapi saya ingin beritahu anda semua, saya prihatin dengan anda semua. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri di saat yang tidak seronok. Saya terpaksa menghadap pelbagai krisis termasuklah politik, ekonomi dan kesihatan.
Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah pasti memerlukan penilaian yang tidak sama dengan sebelumnya. Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang disayangi, saya berharap untuk anda sama-sama memikul tanggungjawab ini bersama saya dan rakan kabinet yang lain.
InsyaAllah kita akan lebih kuat dan maju setelah krisis ini berakhir.
KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA MALAYSIA PRIHATIN BGH 1
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Setia kepada Raja dan negara,
Rukun negara yang kedua;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Negara aman rakyat sentosa.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Seluruh rakyat cintakan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Budi bahasa pengikat kasih,
Kasih mengasihi sesama insan;
Saling membantu penyeri kasih,
Senyuman terukir di hati insan.
ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung kasih Tuanku daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Ampun tuanku,
Daulat tuanku,
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
di dunia jua di akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
(Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
(Puisi dikarang istimewa untuk PM kesayangan rakyat Malaysia moga dapat bertabah hati sepanjang menjadi PM kami dalam membela nasib rakyat Malaysia, Allah sentiasa bersama perjuanganmu)
Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Malaysia Prihatin bantuan diberi,
Rakyat bahagia negara sejahtera
Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.
Rakyat maju Malaysia sejahatera,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
Rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa demi rakyat dicintai,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.
Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
Rakyat Malaysia jiwa patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
MAKRIFAT CINTA Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya. Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah. Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik. Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta "ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN," TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan Tak ada kejadian sia-sia Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah Dan semuanya pasti penuh hikmah Hikmah tak akan terbaca Oleh orang yg sarat emosi Sibuk memanjakan perasaan Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk Langka berzikir Tak mau sungguh-sungguh tafakur Hikmah yg terbaca akan merubah suasana hati Akan mudah merubah perilaku Dari pedih menjadi syukur Dari melankolis menjadi semangat Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih, Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya. JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA . ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI ! SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN. 'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,' MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH 'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN' As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai) WAHAI JIWA YANG TENANG Surah Al- Farj 27-30 “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..” (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…). BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku) (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) DUNIA YANG HINA Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu." (Riwayat al-Tirmizi) · Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
JASA KERAJAAN PN SUDAH MENAMPAKKAN HASIL, KES KRITIKAL PESAKIT COVID-19 MENURUN, PETANDA POSITIF PROGRAM PICK
Kerana kerja kuat Kerajaan, Frontliners dan Rakyat untuk mempergiatkan program Vaksinasi, akhirnya keberkesanan PICK sudah menunjukkan hasil dan petanda positif.
Statistik kes pesakit kritikal Covid-19 sudah menampakkan penurunan di hospital apabila pesakit tahap 3 yang dimasukkan ke ICU sudah menurun.
Ini ditambah lagi dengan pengumuman hospital yang menjadikan wad Covid-19 sebelum ini telah kembali menjadi wad pesakit biasa.
Sudah pasti berita baik ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa program vaksinasi berjaya menurunkan kes tahap kritikal pesakit Covid-19.
Semoga negara kita pulih dari wabak Covid-19 dan rakyat alan kembali hidup normal dalam masa terdekat.
Oleh itu, adalah penting untuk negara mencapai imuniti kelompok dalam masa yang telah ditetapkan bagi memerangi Covid-19 habis-habisan.
Negara sudah hampir berjaya memerangi Covid-19 melalui program vaksinasi. Malangnya hal politik dan kuasa menjadi rebutan dalam kalangan ahli politik.
Hakikatnya rakyat sebenarnya sudah kecewa dan bosan dengan sikap ahli politik yang menyebabkan situasi politik tak menentu dalam negara kerana mementingkan kuasa dan jawatan.
Apa yang rakyat mahukan adalah menghentikan serta merta politik retorik yang dicetuskan ahli politik dan menumpukan usaha membendung wabak Covid-19. Itu yang rakyat mahukan bukan melihat ahli politik berbalah sesama mereka kerana kuasa dan jawatan.
Cukup-cukuplah sampai di sini. Jadikanlah ini sebagai pengajaran untuk semua! Istilah dan kata-kata yang terus terpahat di minda rakyat dan tidak akan dilupakan "Jangan harap wang percuma, Manifesto bukan janji, Hapus Tol! Pendidikan Percuma, Bantuan RM 30 e-tunai utk rakyat berpendapatan RM100,000 ke bawah, bilangan penjawat awam dikurangkan dan sebagainya".
KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
PM MUHYIDDIN YASSIN - SAYA DILANTIK JADI PERDANA MENTERI BUKANLAH PADA MOMEN YANG TERBAIK, KAMI TIDAK SEMPURNA
“Saya jadi Perdana Menteri untuk anda di saat momen yang terbaik”`.Mungkin kali ini bukan kerajaan yang anda undi, tetapi saya ingin beritahu anda semua, saya prihatin dengan anda semua. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri di saat yang tidak seronok. Saya terpaksa menghadap pelbagai krisis termasuklah politik, ekonomi dan kesihatan.
Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah pasti memerlukan penilaian yang tidak sama dengan sebelumnya. Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang disayangi, saya berharap untuk anda sama-sama memikul tanggungjawab ini bersama saya dan rakan kabinet yang lain.
InsyaAllah kita akan lebih kuat dan maju setelah krisis ini berakhir.
KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA MALAYSIA PRIHATIN BGH 1
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Setia kepada Raja dan negara,
Rukun negara yang kedua;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Negara aman rakyat sentosa.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Seluruh rakyat cintakan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Budi bahasa pengikat kasih,
Kasih mengasihi sesama insan;
Saling membantu penyeri kasih,
Senyuman terukir di hati insan.
ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung kasih Tuanku daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Ampun tuanku,
Daulat tuanku,
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
di dunia jua di akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
(Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
(Puisi dikarang istimewa untuk PM kesayangan rakyat Malaysia moga dapat bertabah hati sepanjang menjadi PM kami dalam membela nasib rakyat Malaysia, Allah sentiasa bersama perjuanganmu)
Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Malaysia Prihatin bantuan diberi,
Rakyat bahagia negara sejahtera
Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.
Rakyat maju Malaysia sejahatera,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
Rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa demi rakyat dicintai,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.
Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
Rakyat Malaysia jiwa patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
MAKRIFAT CINTA Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya. Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah. Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik. Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta "ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN," TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan Tak ada kejadian sia-sia Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah Dan semuanya pasti penuh hikmah Hikmah tak akan terbaca Oleh orang yg sarat emosi Sibuk memanjakan perasaan Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk Langka berzikir Tak mau sungguh-sungguh tafakur Hikmah yg terbaca akan merubah suasana hati Akan mudah merubah perilaku Dari pedih menjadi syukur Dari melankolis menjadi semangat Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih, Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya. JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA . ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI ! SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN. 'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,' MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH 'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN' As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai) WAHAI JIWA YANG TENANG Surah Al- Farj 27-30 “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..” (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…). BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku) (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) DUNIA YANG HINA Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu." (Riwayat al-Tirmizi) · Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
0 comments:
Post a Comment