Tuesday, 17 August 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (79) BUBAR PARLIMEN DEMI KEAMANAN RAKYAT DAN NEGARA



SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (79) BUBAR PARLIMEN DEMIA KEAMANAN RAKYAT DAN NEGARA


DARIPADA PEMBERITAHUAN

9j 
Beberapa parti dalam blok pembangkang selain Pakatan Harapan (PH) serta ahli-ahli Parlimen daripada PN sudah menyatakan persetujuan menyokong Anwar, dedah sumber.
BERUNDUR TAK SEMESTINYA KALAH
  • Hingga saat ini rakyat masih bersedih atas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin
    sebagai Perdana Menteri. Tapi apa kan daya parti pembangkang yang dari awal tidak senang hati dengan perlantikkan TSMY sebagai Perdana Menteri Ke-8 mencari pelbagai alasan agar TSMY dilucutkan jawatan Perdana Menteri.
    Masalah memerangi Covid-19 belum berjaya sepenuhnya dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara baru saja bermula. Parti Pembangkang bergabung sehati sejiwa menggagalkan segala niat murni TSMY dan ahli jemaah menteri PN.
    Kesepakatan parti pembangkang yang tak pernah berputus asa akhirnya berjaya memaksa TSMY dan jemaah menteri kabinetnya meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.
    Kepada TSMY dan jemaah menteri berundur tak semestinya kalah di mata rakyat kalian adalah pemimpin sejati sanggup hilang kuasa demi maruah seorang pemimpin menghormati perlembagaan negara.
    Kepada parti pembangkang yang telah menjaya, kalian sebenarnya belum lagi berjaya kerana peralihan kuasa tanpa rela rakyat jiwamu pasti tidak tenang. Kalian akan dapat merasai sendiri kerana pemerintahanmu semasa menjadi kerajaan gagal malah rakyat hidup dalam tekanan!
    'Langit tak selalunya cerah untuk meraikan kemenangan tanpa rela rakyat...
    Mendung akan tiba jua bilamana PRU- 15 menobatkan PM TSMY sebagai Perdana Menteri pilihan rakyat, ketika itu baru kalian sedar bahawa kuasa memilih di tangan rakyat bukan di tangan pemimpin.
    16 Ogos 2021
    90
    • Suka
    • Balas
    • 8j
    Sorok 15 Balasan
  • Rabeah Binti Mohd Ali
    Bila muhyiddin jadi PM parti pembangkang melenting hingga kluster gila kuasa meningkat .
    Bila wakil DAP jadi PM jutaan rakyat bangkit...tika itu kluster rakyat berganda meningkat , barisan hadapan KKM negara menuju kehancuran gara2 gila kuasa pemimpin yg tak kesudahan.
    Tiada lagi erti kemerdekaan yg bakal disambut. Jika hari ini jangkitan covid, 20 ribu orang sehari kematian 300 orang sehari...mungkin akan meningkat 100 ribu sehari dan kematian 10 ribu sehari. Malaysia bakal menjadi negara zombi. Adakah itu yang kita mahukan?
    5
    • Suka
    • Balas
    • 9j
  • Alin Suhaimi
    tak faham dgn politik... syarat utk jafi pengawal keselamatan perlu lulus tapisan keselamatan dalam sistem kdn. bermakna x blh ada rekod jenayaj walau sekecil2 jenayah & rekod ini tidak akan terpadam seumur hidup.
    Tapi utk jadi PM boleh pulak?? pening...
    301
    • Suka
    • Balas
    • 7j
    84 Balasan
  • Hanim Manap
    Parti melayu dah hancur berbelah2 kecik..yg kukuh tgal Pas, kebanyakan pentingkan diri sendiri..semua nak jd PM..jadilah PM komponen sendiri..sdgkn pihak pembangkang sibuk menggesa anak muda mendaftar sebagai pengundi..brp ramai anak melayu yg hanya pandi bersorak tapi x mndaftar sbgai pengundi..jgn menang sorak kg tergadai
    134
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    19 Balasan
  • Peminat Teratas
    Fauzul Akbar
    Ajak kejesama melawan cov19..... sombong...takbur...riak.... kononnya satu penghinaan....lepas ni tk jd PM.....nk gelak ke....nk sedih...
    75
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    10 Balasan
  • Ahmad Basyir Rozali
    Assalamualaikum kepada sahabat semua, saya memohon jasa baik sahabat semua agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya. Untuk makluman, esok saya akan berpindah ke Putrajaya. Saya kesana kerana ada desas desus mendesak saya supaya menerima tawaran untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 9. Harap maklum
    30
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    7 Balasan
  • Kee SP
    Kalau tak nak politik Malaysia terumbang-ambing terpaksalah terima PM yang mempunyai sokongan minoriti (semua tiada majoriti) yang jelas tulen paling kukuh iaitu Anwar. Anwar boleh ambil Shafie sebagai TPM demi adil kepada Sabah. Tun M sebagai Advisor (seperti Lee Kuan Yew), penghormatan kepada orang tua yang mempunyai pengalaman pentadbiran yang amat tebal.
    265
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    106 Balasan
  • Shafiq Aizzat
    Kalau kita pilih pm sebab lama menunggu lebih baik lantik @razaleigh
    Kalau kita pilih pm sebab nak yang muda lebih baik lantik @SyedSaddiq
    Tapi kita nak pilih calon yang punyai solusi, komitmen, team, kredibiliti, pengalaman, sokongan dunia luar &pelabur macam @anwaribrahim
    Khir
    184
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    41 Balasan
  • Hamka Kazuma
    Katakan TIDAK pada PH.... dlam keadaan skang nie semua nya tamak kuasa sengaja mencari kesalahan org lain demi kepentingan peribadi individu....
    276
    • Suka
    • Balas
    • 8j
    34 Balasan
  • Ahmad Hasif
    Kami penyokong PH mahu Anwar jadi PM. Lim Gone Eng TPM! Hanya DAP dan Anwar mampu menyelamatkan Islam dan bangsa Melayu
    210
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    75 Balasan
  • Arash Arif
    Sokong anwar bermaksud menyokong d.a.p
    165
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    50 Balasan
  • Ammar Nor
    dah mmg cukup. data yang saya perolehi td menyatakan kesemua ahli parlimen zimbabwe, papua, kerajaan hutan lipur dan kerajaan ayah pin mempersetujui PM tepi ini akan menjadi PM negara mereka
    270
    • Suka
    • Balas
    • 8j
    41 Balasan
  • Raymund Nuing
    Kalau DSAI dpt jawatakan.... Beruntungalah MP2 dlm Pakatan Harapan.. Dpt baliklah jawatakan ..LGE dpt bagi baliklah E-wallet Rm30....MP shah alam.. Dgn kilang araknya.... Tapi satu rakyat kena tuntut dgn DSAI....ada... "Hari ini kita jadi kerajaan besok harga minyak turun"...jgn lupa tuuu....yaaa..... ..
    86
    • Suka
    • Balas
    • 7j
    31 Balasan
  • Mih Yassin
    Tidak ada yg lebih layak selain dari DSAI jadi PM dimlaysia pada masa ini.
    84
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    23 Balasan
  • Mohd Ridwan
    Yup semua dh sepakat nama kan Anwar ibrahim PM malaysia yg baru. InsyaAllah Doakan Anwar mampu urus negara dgn baik 🤲
    256
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    121 Balasan
  • Shahrul Aizam Sabri
    Perang psikologi PKR sapa percaya kena kencing la
    111
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    19 Balasan
  • Ahmad Haikal
    Anwar Ibrahim X layak pegang jawatan Perdana menteri...dia barua DAP ,habis lah dia lantik Lim kit Siang jadi timbalan perdana menteri...Akan bermula lah agenda Buruk D4P utk hancurkan melayu..Hak Sama rata keistimewaan bumiputera nak dihapuskan .Islam agama rasmi semua ..bahaya Anwar ni depan cina cakap lain depan Hindu cakap lain..semua berubah2..dlm bilik dgn laki cakap lain ..hati² Kaki main blakang ni...semoga Allah menjauhkan Rakyat Malaysia mendapat perdana menteri YG munafik iaitu Anwar Ibrahim..
    77
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    25 Balasan
  • Nafi Isbat
    Walaupun cukup sokongan apa bagai tapi SPB YDP agong yang akan tentukan melalui majlis mesyuarat raja raja melayu seperti yg termaktub didalam perlembagaan Persekutuan
    34
    • Suka


  • Daulat Tuanku. Nampak sangat Tuanku pun dh tau tiada siapa lagi yang boleh jd PM buat masa skrg.. sebab tu lar Tuanku pagi2 jumpa ketua SPR dulu. Kalau boleh Tuanku nak pilihan raya.. biar rakyat yg pilih siapa layak. Tapi nasib pasal covid x boleh pilihan raya. Still dia pilih TSMY sebagai caretaker PM.. maksudnya Tuanku pun ok sgt dgn TSMY. Harap biar begini sampai boleh pilihan raya. Ampun Tuanku
    56
    • Suka
    • Balas
    • 10j
    • Telah disunting
    3 Balasan
  • Manja Mia
    Tuanku,
    Kekalkan lah tan sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri...sehingga tempoh pru 15..
    Patik hamba hina..
    Memohon agar diberi ruang untuk beliau memerintah tanpa ada sebarang gangguan politik kotor...atau sebaik nya yang amat mulia tuanku memerintah sehingga pandemik selesai...tanpa ada mana² perdana menteri buat masa kala pandemik ini....
    Kasihan kami rakyat yang derita dengan politik,covid dan kewangan..
    Ampun tuanku .....
    67
    • Suka
    • Balas
    • 9j
    • Telah disunting
    13 Balasan
  • Farah Azim
    Daulat Tuanku..jgn la tuanku pilih ahli politik yg bengap mentadbir negara..biarkn TSMY trs menjadi perdana menteri interim sehingga pilihan raya...selama kerajaan lain memerintah..kerajaan PN banyak mengambil berat terhadap rakyat..
    31
    • Suka



KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


PM MUHYIDDIN YASSIN - SAYA DILANTIK JADI PERDANA MENTERI BUKANLAH PADA MOMEN YANG TERBAIK, KAMI TIDAK SEMPURNA


“Saya jadi Perdana Menteri untuk anda di saat momen yang terbaik”`.Mungkin kali ini bukan kerajaan yang anda undi, tetapi saya ingin beritahu anda semua, saya prihatin dengan anda semua. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri di saat yang tidak seronok. Saya terpaksa menghadap pelbagai krisis termasuklah politik, ekonomi dan kesihatan.
Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah pasti memerlukan penilaian yang tidak sama dengan sebelumnya. Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang disayangi, saya berharap untuk anda sama-sama memikul tanggungjawab ini bersama saya dan rakan kabinet yang lain.
InsyaAllah kita akan lebih kuat dan maju setelah krisis ini berakhir.


KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA MALAYSIA PRIHATIN BGH 1
  • PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Setia kepada Raja dan negara,
    Rukun negara yang kedua;
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Negara aman rakyat sentosa.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh rakyat cintakan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Budi bahasa pengikat kasih,
    Kasih mengasihi sesama insan;
    Saling membantu penyeri kasih,
    Senyuman terukir di hati insan.
    ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
    Galakan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 17j
  • PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
    Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 17j
  • WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
    Bismillahirahmanirrahim
    Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
    Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
    punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
    Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
    Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
    Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
    Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
    Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
    Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung kasih Tuanku daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 17j
  • SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembera tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Aslkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayang ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berbipsah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
    di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
    •  
    • Telah disunting
  • PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.
    DYM Sultan Selangor raja dihormati,
    Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
    Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja suka kebajikan.
    Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
    Galakan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjung rakyat Perak.
    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.
    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat bekerjasama.
    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
    Sultan Mizan bersopan santun,
    Rakyat Terengganu amat terpesona.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
    Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
    Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
    Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
    MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
    Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
    Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
    Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
    Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
    Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
    (Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT TERIMA KASIH PM!
    PERDANA MENTERI DAMBAAN RAKYAT
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA
    Kami tak hiraukan tohmahan hina terhadapmu duhai Perdana Menteri kesayangan kami...
    yang kami tahu kau adalah Perdana Menteri anugerahNya yang terindah kami syukuri sepanjang hayat
    memahami masalah rakyat di segenap sudut
    sehabis kudrat pemikiranmu memikirkan rakyat
    tanpa menabur janji manis
    kau buktikan kemampuanmu
    membela nasib rakyat tanpa seorangpun tercicir
    semuanya dibantu
    rakyat bersyukur
    terharu atas kepemurahanmu membantu rakyat.
    Kau tak hiraukan segala tohmahan hina terhadapmu
    dengan niat untuk menjatuhkanmu dari tampuk pemerintahan.
    Dengar sini yang tak puas hati dengan Perdana Menteri kami
    seandainya dibubarkan parlimen kerana mengikut kehendak kamu kami yakin kedudukan Perdana Menteri kami tidak akan terjejas!
    Perdana Menteri kami akan menang percayalah...
    kemenanganmu adalah kemenangan rakyat
    justeru Perdana Menteri kami mesti menang!
    Perdana Menteri kami bukan seperti pemimpin lain
    turun padang bertemu rakyat setiap kali Pilihan Raya
    untuk memancing undi.
    Baru sebulan menjadi Perdana Menteri
    di kala negara ditimpa bencana Covid-19
    telah membantu rakyat
    sedaya upayanya
    bersama jemaah menterinya.
    Terima kasih YDP Agong
    kerana merestui perjuangan Perdana Menteri
    dan Allah izinkan menjadi Perdana Menteri kami
    syukur Alhamdulillah.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 Jun 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk Perdana Menteri
    kesayangan rakyat Malaysia)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • SELAMAT HARI JADI PM KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Selamat hari jadi ke-73 PM yang baik budi
    terima kasih sudi menjadi PM kami
    terima kasih bantu kami di kala diuji
    walaupun kau dihina dikeji
    kau tak kesahi
    asalkan rakyat diambil peduli
    sifatmu terpuji
    rakyat dipentingi
    daripada kepentingan sendiri
    kini
    kau tak sendiri
    pengorbananmu di hargai
    PRU-15 dinanti
    kau kekal menjadi PM kami
    kerana kau pemimpin sejati
    kita sehati
    demi Malaysia dicintai
    moga Allah merahmati
    di dunia kita diredhai
    di Syurga kita dirai
    oleh Ilahi
    Aamiin moga Allah makbuli
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2020
    22 Ramadan 1441H
    (Puisi dikarang istimewa untuk PM kesayangan rakyat Malaysia moga dapat bertabah hati sepanjang menjadi PM kami dalam membela nasib rakyat Malaysia, Allah sentiasa bersama perjuanganmu)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
    •  
    • Telah disunting
  • PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERI
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Sudi menjadi Perdana Menteri kami;
    Pengorbananmu rakyat hargai,
    Namamu indah tersemat di hati.
    Perjuanganmu setulus ikhlas,
    Membela rakyat pelbagai kaum;
    Budi ditabur tiada harap dibalas,
    Bangganya rakyat penuh kagum.
    Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,
    Turun ke padang tak kira masa;
    Setiap masalah rakyat cuba difahami,
    Agar rakyat hidup sempurna.
    Tiada istilah penat dan jemu,
    Sentiasa fikirkan masalah negara;
    Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
    Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
    Hidupmu penuh dengan kebaktian,
    Berbakti kepada rakyat juga negara;
    Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
    Mahukan negara terus maju;
    Semangat perjuangan terus membara,
    Negara dipacu rakyat terus maju.
    Negara dipacu rakyat terus maju,
    Negara maju rakyat berinovasi;
    Negara maju dunia terpukau,
    Hasil negara terus dikongsi.
    Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
    Bermuafakat bersatu hati;
    Bersatu hati untuk merealisasi,
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan.
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan,
    Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;
    Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
    Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
    Kejujuran hati membentuk kerajaan,
    Kerajaan cekap dan amanah;
    Rakyat sentiasa diberi perhatian,
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
    Tiada perkecilkan mana-mana parti;
    Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
    Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
    Perdana Menteri kaulah pertiwi,
    Perjuanganmu tak terhenti;
    Semangatmu membara kami kagumi,
    Budimu indah mewangi di hati .
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Nasihatmu sentiasa kami ingati;
    Pengorbananmu kami sanjungi,
    Budi baikmu sentiasa kami hargai.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;
    Moga sentiasa dirahmati,
    Dirahmati ketika hidup dan mati.
    Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
    Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
    Saling faham memahami di antara mereka,
    Demi kerana negara tercinta.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 April 2020
    (Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamiin)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • SAYA SAYANG PERDANA MENTERI SAYA
    Saya warganegara Malaysia.
    Rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.
    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.
    Perdana Menteri saya yang ke-8
    namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
    Saya menghargai Perdana Menteri saya
    kerana membantu dan membela nasib
    seluruh rakyat Malaysia dalam sebarang
    situasi.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    kami rakyat Malaysia rasa bertuah
    mempunyai seorang Perdana Menteri
    yang baik hati dan penyayang
    sayangkan rakyatnya melebihi
    nyawa sendiri.
    Moga Malaysia berjaya
    rakyat sihat, aman makmur
    selamanya!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
    •  
    • Telah disunting
  • TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
    Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
    atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.
    Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat
    memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
    "Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
    melantik saya sebagai Perdana Menteri.
    Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
    Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
    fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
    Persekutuan.
    Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
    melalui pilihanraya.
    Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
    sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
    Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
    Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
    Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
    saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
    Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
    saya adalah Perdana Menteri saudara.
    Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
    dan negara.
    Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
    bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
    di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu
    membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya
    akan mendapat perhatian!"
    Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
    tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
    justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
    Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
    rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
    segala tindakan akan menjadi sia-sia.
    Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
    kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
    COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
    penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan
    Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua
    golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
    Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri
    sudah membuktikan kemampuan membantu dan
    memperjuangkan nasib rakyat.
    Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
    rasa syukur dan gembira.
    Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
    pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan rakyat daripada kepentingan sendiri.
    Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu. Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
    Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
    pemerintahan kini dan akan datang.
    Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
    Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
    Jemaah Menterimu.
    Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
    masalah rakyat kami juga menyayangimu.
    Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
    sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
    yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • SYAIR MALAYSIA PRIHATIN
    Tersebutlah kisah sebuah negara,
    Malaysia digelar diberi nama;
    Perdana Menteri yang bijaksana,
    Agar Malaysia jadi ternama.
    Malaysia Prihatin berbudi pekerti,
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati;
    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Moga hidup terus diberbakti.
    PM mengajak rakyat bersatu,
    Pelbagai kaum bersatu padu;
    Memupuk minda generasi baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.
    PM bekerja tak kira masa,
    Pentingkan rakyat dari segala;
    Kerahkan menteri beri kerjasama,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.
    PM dan menteri kerja bersungguh,
    Demi rakyat negara teguh;
    Petah bicara bila berhujah,
    Agar rakyat dapat berteduh.
    PM kita pencetus revolusi,
    Galakan rakyat berkreativiti;
    Minda penuh daya imaginasi,
    Lahirkan produk berinovasi tinggi.
    Menteri kabinet beri perhatian,
    Ikut arahan dalam panduan;
    Ada kuasa jangan disia-siakan,
    Hilang kuasa dalam penyesalan.
    Apalah ada pada kuasa,
    Salah guna bawa binasa;
    Jalankan tugas hati yang waja,
    Hidupmu pasti rasa bahagia.
    Rakyat perlu pemimpin berjasa,
    Menabur jasa sudahlah biasa;
    Ramah tamah tak gila kuasa,
    Moga hidupmu aman sejahtera.
    Melayu Cina India janganlah iri,
    Segala usaha tidak menjadi;
    Bila bersatu wajah berseri,
    Pelbagai bangsa jadi menteri.
    Sabah Sarawak tidak dilupakan,
    Sama rata diberi peruntukan;
    Justeru itu kekalkan perpaduan,
    Pasti hidup dalam kesejahteraan.
    Mari semua hidup berdamai,
    Fikirkan negara amanlah damai;
    Indah sungguh hidup yang permai,
    Segala budi sama disemai.
    Ilmu itu pelita hati,
    Hati gelap akan diterangi;
    Bila gagal cubalah lagi,
    Kejayaan cemerlang sedia menanti.
    Penjawat awam ubahlah minda,
    Jadikan minda kelas pertama;
    Seiring kehendak arus perdana,
    Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
    Bantuan Prihatin diberi pada majikan,
    Agar pekerja tidak diberhentikan
    Kerajaan memahami masalah majikan,
    Covid-19 punca permasalahan.
    Usahawan juga diberi bantuan,
    Bantuan Prihatin menjana pendapatan,
    Rasa terharu kebaikan kerajaan,
    Bantuan diterima dalam kesyukuran.
    Budi bahasa budaya kita,
    Adab sopan apabila bicara;
    Bila begitu ramai yang suka,
    Hidup pasti lebih ceria.
    Sifat jujur haruslah ada,
    Ke mana pergi senanglah rasa;
    Takkan ada rasa kecewa,
    Hati pun bersih hasad pun tiada.
    Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
    Berkat kepimpinan yang bijaksana;
    Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
    Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
    PM mahu PDRM berintegriti,
    Jalankan tugas penuh teliti;
    Agar rakyat rasa dilindungi,
    Jasa baktimu tetap dihargai.
    Rakyat Malaysia sayangkan negara,
    Rasa cinta terus membara;
    Teruskan perjuangan walau di mana,
    Biarpun terpaksa bekorban nyawa.
    Sekian sahaja syair Malaysia Prihatin,
    Baiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin,
    Semua rakyat mendapat bantuan,
    Moga Syurga sebagai balasan.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara).
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • PANTUN MALAYSIA PATRIOTIK
    Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
    Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
    Semasa hidup memberi panduan,
    Akhir nafas umatnya diingati.
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Tunku Abdul Rahman PM pertama,
    Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
    Impian Tunku telah terlaksana,
    Menjadikan Malaysia pesat membangun.
    Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
    Mohd Najib anak kesayangan;
    Matlamat perjuangan tidak berbeza,
    Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
    Tun Hussein Onn PM ketiga,
    Tertib sungguh bila berbicara;
    Masalah rakyat diurus dijaga,
    Agar rakyat hidup terbela.
    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Pejuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.
    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.
    Transformasi kerajaan idea PM keenam,
    Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
    Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
    Agar semuanya saling hormat menghormati.
    PM ke tujuh Tun Mahathir,
    Dua kali menjadi Perdana Menteri;
    Setiap kali mesyuarat selalu hadir,
    Jasamu Tun sentiasa diingati.
    Tan Sri Muhyiddin Yassin,
    Perdana Menteri ke lapan,
    Semua rakyat diberi perhatian,
    Moga Syurga sebagai balasan.
    Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
    Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
    Satu Malaysia rakyat cemerlang,
    Akan semuanya menjadi indah.
    Negeri Sarawak terus membangun,
    Bajet pembangunan dibuat telus;
    Nasib rakyat tidak dibiarkan,
    Biar cemerlang terus menerus.
    Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Rela berkorban jiwa dan raga,
    Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
    Kerajaan dan media rakan kongsi,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Malaysia Prihatin bantuan diberi,
    Rakyat bahagia negara sejahtera
    Karya seni warisan negara,
    Kerajaan hargai rakyat banggai;
    Pelancong yang datang dilayan mesra,
    Produk terkenal berkualiti tinggi.
    Rakyat maju Malaysia sejahatera,
    PM tersenyum tanda gembira;
    Mari kita pakat sama-sama,
    Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
    Rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,
    Pasti PM tersenyum bangga;
    Menabur jasa demi rakyat dicintai,
    Biarpun terkorban jiwa dan raga.
    Malaysia ini milik semua,
    Rakyat hidup dalam sejahtera;
    Tercipta sudah negara bangsa,
    Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
    Rakyat Malaysia jiwa patriotik,
    Bersatu padu bersatu hati;
    Rakyat sejahtera tanpa konflik,
    Negara makmur Malaysia dihormati.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)

MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH

HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 Ogos 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;