PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Setia kepada Raja dan negara,
Rukun negara yang kedua;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Negara aman rakyat sentosa.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Seluruh rakyat cintakan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Budi bahasa pengikat kasih,
Kasih mengasihi sesama insan;
Saling membantu penyeri kasih,
Senyuman terukir di hati insan.
ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin telah dibuat semasa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 seperti berikut :-
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
7 perkara itu adalah :-
Pertama :-
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kedua :-
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain ;
Ketiga :-
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara ;
Keempat :-
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini ;
Kelima :-
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan ;
Keenam :-
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU ; dan
Ketujuh :-
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTEMEWA ORANG-ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istemewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
KAMI TIDAK MENGETAHUINYA LAGI....KAMI HANYA MENGUMPULKAN SEBERAPA MAKLUMAT DAN FAKTA-FAKTA DALAM BENTUK TIORI SECEPAT YANG MUNGKIN....KAMI HANYA MENJALANKAN AMANAH...SALAH SATU KEMPEN KESEDARAN....SALAH SATU KERJA AMAL KAMI....KESEDARAN KEPADA SEMUA RAKYAT (IAITU PERPADUAN)...INSYAALLAH DENGAN IZIN MAHA ESA KAMI AKAN MENJUMPAINYA....INI
SELEPAS PILIHAN RAYA....INSYAALLAH KAJIAN PREKTIKAL AKAN KAMI JALANKAN...INSYAALLAH...SEMOGA MENDOAKAN KAMI HATI YANG TENANG MENJALANKAN KERJA-KERJA YANG TELAH DIAMANAHKAN...DAN BERPEGANG KEPADA ALLAH MAHA ESA....TERIMA KASIH...
PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
Sultan Abdullah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Institusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor raja dihormati,
Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja suka kebajikan.
Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
Galakan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjung rakyat Perak.
Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat bekerjasama.
Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
Sultan Mizan bersopan santun,
Rakyat Terengganu amat terpesona.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah)
SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
Tersebutlah kisah Agong tersohor,
Sultan Abdullah Raja penyabar;
Biarpun tugas penuh mencabar,
Agar rakyat tidak terbiar.
Permaisuri Azizah yang bijaksana,
Cantik rupawan bagai bulan purnama;
Memberi sokongan kepada baginda,
Agar rakyat terus terbela.
Bahagia hidup keluarga diRaja,
Dikurniakan puteri dan juga putera;
Dibesarkan dalam adat istana,
Ayahanda dan bonda jadi idola.
Sultan Abdullah diputerakan,
Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
Semua rakyat gembira meraikan,
Gembira rakyat dalam perhatian.
Pahang negeri keputeraan baginda,
Mempunyai ilmu penuh di dada;
Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
Sultan Abdullah mencemar duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembera tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
Sultan bertitah lalu memuji,
Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
Memerintah negara amanlah damai,
Rakyat terbela itulah dihajati.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
Sultan Abdullah selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Aslkan rakyat terus maju.
Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam perpaduan.
Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
Dengan rakyat berkasihan belas,
Tidak pernah rasa malas,
Rakyat terbela dalam keikhlasan.
Istana Agong tersergam indah,
Apabila tertitah penuh bermadah;
Pangkat yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.
Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
Raja kami yang bijaksana,
Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta sejarah untuk generasi.
Sukacita Agong negara maju,
Pemerintahan Agong terus dipacu;
Warkah dihantar Agong dituju,
Mendoakan Agong terus di mercu.
Putera kesayang ayahanda dan boda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Raja dan rakyat berbipsah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
Sejarah kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.
Pemerintahan Agong adil saksama,
Cadangan rakyat semua diterima;
Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
Agar negara jadi ternama.
Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
Ke mana pergi pentingkan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Sultan Abdullah Agong ternama,
Berjiwa rakyat adil dan saksama;
Pentingkan rakyat walau di mana,
Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Ampun tuanku,
Daulat tuanku,
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
di dunia jua di akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah)
WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai.
Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung kasih Tuanku daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tunku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -64 TAHUN PADA 31 OGOS 2021)
PANTUN MALAYSIA PATRIOTIK
Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
Semasa hidup memberi panduan,
Akhir nafas umatnya diingati.
Sultan Abdullah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Tunku Abdul Rahman PM pertama,
Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
Impian Tunku telah terlaksana,
Menjadikan Malaysia pesat membangun.
Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
Mohd Najib anak kesayangan;
Matlamat perjuangan tidak berbeza,
Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
Tun Hussein Onn PM ketiga,
Tertib sungguh bila berbicara;
Masalah rakyat diurus dijaga,
Agar rakyat hidup terbela.
Malaysia maju idea Tun Mahathir,
Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
Pejuangan beliau tidak berakhir,
Malaysia maju dalam pembangunan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
Satu Malaysia bermuafakat bersama,
Menjadi warga dunia yang teristimewa.
Transformasi kerajaan idea PM keenam,
Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
Agar semuanya saling hormat menghormati.
PM ke tujuh Tun Mahathir,
Dua kali menjadi Perdana Menteri;
Setiap kali mesyuarat selalu hadir,
Jasamu Tun sentiasa diingati.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Perdana Menteri ke Lapan;
Semua rakyat diberi perhatian,
Moga Syurga sebagai balasan.
Dato Seri Ismail Sabri,
Perdana Menteri ke Sembilan;
Menggalas amanah yang diberi,
Membela rakyat menjadi keutamaan.
Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
Satu Malaysia rakyat cemerlang,
Akan semuanya menjadi indah.
Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.
Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Malaysia Prihatin bantuan diberi,
Rakyat bahagia negara sejahtera
Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.
Rakyat maju Malaysia sejahatera,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
Rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa demi rakyat dicintai,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.
Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
Rakyat Malaysia jiwa patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.
Karya Ratu Rimba Niagara
21 Ogos 2021
(Pantun diilhamkan sempena Perlantikan Dato Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Perdana Menteri
ke-9, Sekalung Tahniah diucapkan dengan harapan rakyat terus mendapat pembelaan dan ekonomi negara pulih dengan jayanya)
SALAM KEMERDEKAAN KE -64 MALAYSIA TERCINTA!
Salam Kemerdekaan negaraku tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian rakayat Malaysia.
Salam kemerdekaan buat PM prihatin,
Moga hidupmu dalam keberkatan;
Perletakan jawatan PM rakyat tak relakan,
Namun kau redha Allah tentukan.
Rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
Rakyat terbela negara aman itu yang dimahu.
Rakyat terbela itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat saling menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Jasamu PM TSMY sentiasa mewangi di hati.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Maka Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan kelahiranmu yang Ke-64 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Ogos 2021
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-64 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2021)
0 comments:
Post a Comment