SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (77) RAKYAT TETAP BERSAMA TAN SRI MUHIDDIN YASSIN
DARIPADA PEMBERITAHUAN
20KAnda, Tengku Puteh Tippi dan 20K yang lain
2.6K Komen
9.8K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
2.6K Komen
Paling Relevan
Aktif
- Rabeah Binti Mohd AliSemarakkan ulangtahun kemerdekaan negara kita❀Kibarkan 'Jalur Gemilang'❀Semaikan keSETIAan' Syangi Malaysia,~Setia~Demi negara yang tercintaDi curahkan bakti penuh setiaDemi raja yang disanjung tinggiKesetiaan tak berbelah bagiKepada pemimpin kepada rakyatKhidmat diberi penuh taatSama bekerja sama berusahaSetia berkhidmat untuk semuaRela berkorban apa sajaAmanah bangsa tetap dijagaKami berikrar penuh setiaUntuk agama, bangsa dan negara
- Suka
- · Balas
- · 2m
- Rabeah Binti Mohd AliBERUNDUR TAK SEMESTINYA KALAHHingga saat ini rakyat masih bersedih atas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassinsebagai Perdana Menteri. Tapi apa kan daya parti pembangkang yang dari awal tidak senang hati dengan perlantikkan TSMY sebagai Perdana Menteri Ke-8 mencari pelbagai alasan agar TSMY dilucutkan jawatan Perdana Menteri.Masalah memerangi Covid-19 belum berjaya sepenuhnya dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara baru saja bermula. Parti Pembangkang bergabung sehati sejiwa menggagalkan segala niat murni TSMY dan ahli jemaah menteri PN.Kesepakatan parti pembangkang yang tak pernah berputus asa akhirnya berjaya memaksa TSMY dan jemaah menteri kabinetnya meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.Kepada TSMY dan jemaah menteri berundur tak semestinya kalah di mata rakyat kalian adalah pemimpin sejati sanggup hilang kuasa demi maruah seorang pemimpin menghormati perlembagaan negara.Kepada parti pembangkang yang telah menjaya, kalian sebenarnya belum lagi berjaya kerana peralihan kuasa tanpa rela rakyat jiwamu pasti tidak tenang. Kalian akan dapat merasai sendiri kerana pemerintahanmu semasa menjadi kerajaan gagal malah rakyat hidup dalam tekanan!'Langit tak selalunya cerah untuk meraikan kemenangan tanpa rela rakyat...Mendung akan tiba jua bilamana PRU- 15 menobatkan PM TSMY sebagai Perdana Menteri pilihan rakyat, ketika itu baru kalian sedar bahawa kuasa memilih di tangan rakyat bukan di tangan pemimpin.Karya Ratu Rimba Niagara16 Ogos 2021
- Suka
- · Balas
- · 4m
- · Telah disunting
- Rabeah Binti Mohd AliTABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaandi serata pelosok bumi MalaysiaBiarpun kumengerti menempuh gelombangombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!Untuk anak cucu kita menumpang teduh!Terima kasih Bapa Kemerdekaan!Akan kuingat pesananmu itu!Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaandi lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!Demi cintaku pada Malaysiaakan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!Biarpun ke titisan darah terakhir!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Karya Ratu Rimba Niagara16 Ogos 2021(Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-64Pada 31 Ogos 2021)HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.Salam Kemerdekaan dariku untukmudan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara iniMerdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul RahmanBapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 danditeruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.Laungan Keramat ini akan bergema setiap kaliMenyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ."Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"Karya Ratu Rimba Niagara16 Ogos 2021(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-64)
- Suka
- · Balas
- · 5m
- Rabeah Binti Mohd AliSYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMANTersebutlah kisah seorang putera,Tunku Abdul Rahman diberi nama;Dikasihi semua rakyat jelata,Baik budinya tidak terkira.Menyayangi rakyat sepenuh hati,Perjuangannya tidak pernah terhenti;Disambung oleh pemimpin terkini,Cintakan perjuangan tidak bertepi.Sokongan rakyat Tunku gembira,Rela berkorban harta dan nyawa;Demi kerana negara tercinta,Asalkan rakyat hidup bahagia.Bersama Tun Razak Tunku ke London,Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;Penat dan lelah tidak dihiraukan,Asalkan pulang membawa kejayaan.Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,Disambut penuh dengan kegembiraan;Ribuan rakyat ceria bersorakkan,Tersenyum Tunku tanda kepuasan.Tunku laungkan merdeka penuh membara,Rakyat menyambut laungan membara-bara;Demi kerana negara merdeka,Untuk diwarisi rakyat jelata.Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,Penuh dengan penat dan lelah;Walaupun tiada pertumpahan darah,Agar generasi dapat berteduh.Pemimpin dan rakyat harus bersatu,Pertahankan negara tanpa jemu;Rakyat aman sudahlah tentu,Generasi mendatang mendapat restu.Tanpa diduga komunis bertandang,Menceroboh masuk terus meradang;Tunku memikir merasa bimbang,Keselamatan negara tidak tergoyang.Tunku berbincang secara aman,Dengan Chin Peng membuat keputusan;Komunis berundur dengan aman,Terima kasih Tunku Abdul Rahman.Jepun menyerang ke negara kita,Ingin berkuasa merebut tahta;Kekejaman Jepun rakyat sengsara,Makan dan minum berair mata.Sana sini mayat bergelimpangan,Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;Asalkan hati penuh kepuasan,Kerana hati bertuhankan syaitan.Para perajurit ramai terkorban,Mempertahankan negara habis-habisan;Nyawa di badan jadi taruhan,Asalkan negara menjadi aman.Perajurit dibantu tentera Inggeris,Jepun terus bermuka bengis;Berlawan mereka terus menerus,Gugurnya perajurit terus ditangis.Pergilah perajuritku dengan aman,Perjuanganmu menjadi kenangan;Kau gugur dalam kemenangan,Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.Jepun mengalah lalu berundur,Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;Sudah terlambat Jepun nak sedar,Rakyat mereka ramai yang gugur.Tunku hargai jasa perwira,Pertahankan negara ke hujung nyawa;Rakyat juga amat berbangga,Kerana jasamu rakyat terbela.Tungku memerintah penuh berhati,Rakyat hidup bersatu hati;Ke mana pergi Tunku dihormati,Pengorbanamu Tunku terus diingati.Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,Memerdekakan negara demi keamanan;Agar generasi turut pertahankan,Menjadi warisan sejak berzaman.Karya Ratu Rimba Niagara31 Ogos 2011(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -64 TAHUN PADA 31 OGOS 2021)
- Suka
- · Balas
- · 7m
- Rabeah Binti Mohd AliSALAM KEMERDEKAAN KE -64 MALAYSIA TERCINTA!Salam Kemerdekaan negaraku tercinta,Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;Tersenyum megah penuh bangga,Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.Kau tak pernah erti kalah,Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;Di mana pun berada kau berkibar megah,Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,Keamanan dan keharmonian matlamat utama;Semangat rakyatnya terus membara-bara,Menjadikan realiti impian rakyat Malaysia.Salam kemerdekaan buat PM prihatin,Moga hidupmu dalam keberkatan;Perletakan jawatan PM rakyat tak relakan,Namun kau redha Allah tentukan.Rakyat Malaysia patut berbangga,Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,Membela nasib rakyat di mana saja berada,Rakyat terbela negara aman itu yang dimahu.Rakyat terbela itu yang dimahu,Rakyat Malaysia bersatu aman damai;Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,Antara pemimpin dan rakyat saling menghormati;Sehati senada sejiwa saling memahami,Jasamu PM TSMY sentiasa mewangi di hati.Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,Tiada berburuk sangka sesama sendiri;Yang difikirkan keamanan negara ini,Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,Maka Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.Malaysiaku kekal merdeka selamanya,Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.Selamat Menyambut Hari KeLahiran,Buat Negaraku Malaysia tercinta:Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.Sambutan kelahiranmu yang Ke-64 ini kuberjanji,Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,Moga kau tidak akan disakiti lagi,Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,Moga kau sentiasa gembira selalu;Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.Karya Ratu Rimba Niagara16 Ogos 2021(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun KemerdekaanMalaysia Ke-64 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2021)
- Suka
- · Balas
- · 11m
- Tengku Puteh TippiDaulat TuankuSEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT KEATAS TUANKU.
- Suka
- · Balas
- · 9j
- Ahmad Fazrin Bin YahayaDaulat Tuanku. Semoga Allah kurniakan TaufiqNya buat Tuanku untuk mengeluarkan suatu keputusan yang terbaik buat agama, negara dan rakyat jelata. #KamiBersamaAgong228
- Suka
- · Balas
- · 10j
2 Balasan - Tmfth RazzieDaulat TUANKU.. mohon TUANKU ambil alih pemerintahan negara.. rakyat tak sanggup dah nk tgk drama para pemimpin parti politik bertelagah merebut kuasa…274
- Suka
- · Balas
- · 10j
10 Balasan - Istiqamah hingga kemenanganDAULAT TUANKUTerima kasih kerana tak melayan mainan politik pihak tertentu…151
- Suka
- · Balas
- · 10j
2 Balasan - Zieha AhayarAlhamdulillah.. Sian abah.. Xtertanggung dh penghinaan dari puak mereka.. Tahniah abah.. Terus cekal.. Walau mcm mana depa nk halau.. Allah jua maha merancang dan sebaik2 perangcang..185
- Suka
- · Balas
- · 10j
21 Balasan - Mimi SyahwaniDaulat Tuanku,Ampun Tuanku beribu ampun.Sembah patik harap di ampun.Patik akui setiap apa yang Tuanku lakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Rata2 rakyat inginkan kesejahteraan dan keharmonian untuk meneruskan kesinambungan hidup sambil memerangi pendamik. Jadikan perbalahan politik yg lepas sebagai satu titik tauladan. Negara skrg menuju kepada kemuniti kelompok dibawah Tan Seri Muhyiddin Yassin. Rata2 rakyat juga merasa agak kurang bebanan apabila berbagai bantuan disalurkan. Walau bagaimana pun ada pihak2 penghasut cuba membuat provokasi diatas bantuan ini.Ampun Tuanku beribu ampunSembah patik harap diampun.Patik berharap agar Tuanku lebih memahami kehendak rakyat daripada kehendak orang politik yang hanya memetingkan diri sendiri. Sudah banyak kali terjadi bila rakyat sedang berusaha berjuang tetapi orang politik lebih kepada keuntungan.Ampun Tuanku.79
- Suka
- · Balas
- · 10j
10 Balasan - Ramdhan RazakAlhamdulillah, apa yang risau bila pentadbiran bertukar semua urusan kerja akan terganggu....kami hanya berharap supaya kerajaan kekal hingga Covid-19 beransur reda.Terima kasih kepada Tuanku kerana tidak buat perubahan drastik kepada negara, paling menakutkan apabila kerja vaksinasi terganggu bila pentabiran berubah.60
- Suka
- · Balas
- · 10j
11 Balasan - Najihah AzmanDaulat Tuanku, Tan Sri Muhyiddin jadi PM interim sampai PRU akan datang ke? baguslah macam tu, program vaksinasi pun dijangka selesai pada penghujung tahun, kalau tukar PM, orang lain pulak yang dapat nama.569
- Suka
- · Balas
- · 10j
88 Balasan - 6 Balasan
- Ahmad Shari SanchoRASMI SAHPkl 3 Ada pngumuman besar...jururawat...staff hospital..doktor2...tidak lagi Perlu bersusah payah besok...Covid turunnnn199
- Suka
- · Balas
- · 10j
31 Balasan - Mawi RahmaniHujan lebat seakan menangisi perletakan jawatan mu abah..82
- Suka
- · Balas
- · 10j
5 Balasan - Ainul FaridahMenjunjung kasih Tuanku.TSMY sepatutnya tidak perlu pun dilantik menjadi caretaker lg..Istana sahajalah mentadbir..Biarlah beliau berehat..Beliau dah terlalu banyak berkorban..Rakyat langsung tidak menghargai..Masih mengeji beliau dipertanggungjawabkan lagi sebagai caretaker...Menjunjung kasih Tuanku.51
- Suka
- · Balas
- · 10j
2 Balasan - Firdaus DausDAULAT TUANKU,semoga PN Akan kekal memerintah,Kami rakyat menolak pimpinan pembangkang oleh Kerana mereka gila Kan kuasa,sudah terang2 meraka memang ingin Kan kuasa.22
- Suka
- · Balas
- · 9j
1 Balasan - 3 Balasan
- Sha Za MohdDaulat Tuanku, Semoga Tuanku dan Permaisuri sentiasa berada didalam Lindungan Allah S.W.T. Patik mohon kekalkan TSMY sebagai PM Malaysia. Beliau adalah PM yangterbaikmasa kini. Beliau adalah seorang PM yang sgt prihatin kepada Rakyat, tiada sedikit pun mengeluh perihal rakyat sebaliknya beliau mendengar rakyatnya dengan cara kebijaksanaan beliau.Semoga dipermudahkan jua segala urusan Tuanku berdua. Aamiin yarabbal alamin..35
- Suka
- · Balas
- · 9j
1 Balasan - Faridah IdahSalam...Daulat Tuanku...dari semalam hati kami menunggu penuh debar sampai hari ini airmata kami keluar lagi,terasa sesak nafas diatas apa yang berlaku pada Negara.apa yg kami harapkan dari mula kerajaan PN ditubuhkan kami mengharap biarlah berkekalan sampai pilihanraya akan datang.dalam keadaan Negara dilanda C.19 bukan perkara yg boleh main2 suka2 hati nak Tukar PM,kami rakyat dibawah bukan bodoh kami boleh menilai semua Kerajaan PM yang memerintah Malaysia sebelum ini.Bagi kami TSMY dan Kerajaaan PN adalah ygterbaikdalam sejarah Malaysia.Paling kami bangga adalah Agama Allah dan Rakyat dijaga sebaik mungkin.Kami rakyat amat sedih malu pada Allah apa yang berlaku sekarang.Nampak sangat Kejujuran TSMY letak jawatan kerana mereka yg gila kuasa.Inilah hari yang paling sedih kami sebagai rakyat yang sayang Kerajaan PN Kerajaan yg Islamik menjaga Agama Allah.Agama bagi kami adalah segala2nya utk mendapat keberkatan dari Allah.Moga Allah selamat Pemimpin2 yg kami sayangi.in shaa Allah..Aamiin..213
- Suka
- · Balas
- · 10j
38 Balasan - Sufie JamaludinAmpun tuanku..harap sesiapa yg di lantik kelak bukan dari golongan yang suka ambil kesempatan dan bukan bekas dari penjara sg buloh139
- Suka
- · Balas
- · 10j
7 Balasan - Muhammad SyihabuddinKepada yng malas membaca apa yng kenyataan ni cakap sekarang TSMY menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.*caretaker ni mcm PM interim la kot78
- Suka
- · Balas
- · 10j
- · Telah disunting
11 Balasan - Anakorang MelayuAssamualaikum, Daulat Tuanku kekal kan Tan Sri Muhyiddin kekal ya Allah makbulkan doakan kami..hanya belaiu memahami kesusahan kami dan membantu kami.413
- Suka
- · Balas
- · 10j
84 Balasan - Srikandi Mas DarbyMenjunjung kasih Tuanku. Melantik YAB TSMY sebagai caretake PM untuk meneruskan Pelan Pemulihan Negara. InsyaAllah negara akan pulih dan jangkitan COVID19 akan berkurangan. TSMY begitu fokus dan mengambil berat kebajikan rakyat.Rakyat kasihkan Tuanku.Daulat Tuanku.116
- Suka
- · Balas
- · 10j
- · Telah disunting
4 Balasan - Nur Hidayah Nur Hidayahkekal kan juga semua barisan kabinet yg ada sekarang.....daulat tuanku143
- Suka
- · Balas
- · 10j
32 Balasan - Yun RosidinDaulat Tuanku, Kekalkan Abah Midin sebagai PM, Azmin Ali dan dan menteri - menteri yang tak perform dan mengarut jangan dilantik lagi. Kurangkan jemaah menteri sebab yang buat kerjanya hanya beberapa kerat. Harap dengan lantikan baru dari Tuanku tutup mulut pembangkang bahawa kerajaan hasil pintu belakang.18
- Suka
- · Balas
- · 10j
3 Balasan - Matt ShahDaulat Tuanku..dari awal lagi Tuanku dah kata yg PM dilantik sekarang adalah utk mengurus tadbir kerajaan sehingga pandemik covid 19 ni reda..jadi mmg dah boleh agak yg Tuanku mmg akan kekalkan TSMY sehingga kerja2 yg diamanahkan selesai..org2 politik tu je yg xreti bahasa, sibuk nak rebut kuasa..org suruh bantu rakyat, korang sibuk berebut nak jadi PM..aku mmg dah xde respect pada ahli2 politik dkt Malaysia ni..sorry, kebanyakkannya sampah..gila kuasa288
- Suka
- · Balas
- · 10j
- · Telah disunting
5 Balasan - Suhan HafizahDaulat Tuanku. Nampak sangat Tuanku pun dh tau tiada siapa lagi yang boleh jd PM buat masa skrg.. sebab tu lar Tuanku pagi2 jumpa ketua SPR dulu. Kalau boleh Tuanku nak pilihan raya.. biar rakyat yg pilih siapa layak. Tapi nasib pasal covid x boleh pilihan raya. Still dia pilih TSMY sebagai caretaker PM.. maksudnya Tuanku pun ok sgt dgn TSMY. Harap biar begini sampai boleh pilihan raya. Ampun Tuanku56
- Suka
- · Balas
- · 10j
- · Telah disunting
3 Balasan - Manja MiaTuanku,Kekalkan lah tan sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri...sehingga tempoh pru 15..Patik hamba hina..Memohon agar diberi ruang untuk beliau memerintah tanpa ada sebarang gangguan politik kotor...atau sebaik nya yang amat mulia tuanku memerintah sehingga pandemik selesai...tanpa ada mana² perdana menteri buat masa kala pandemik ini....Kasihan kami rakyat yang derita dengan politik,covid dan kewangan..Ampun tuanku .....67
- Suka
- · Balas
- · 9j
- · Telah disunting
13 Balasan - Farah AzimDaulat Tuanku..jgn la tuanku pilih ahli politik yg bengap mentadbir negara..biarkn TSMY trs menjadi perdana menteri interim sehingga pilihan raya...selama kerajaan lain memerintah..kerajaan PN banyak mengambil berat terhadap rakyat..31
- Suka
PM TSMY TERUSKAN PERJUANGAN RAKYAT DEMI KEBAJIKAN RAKYAT SENTIASA MENYOKONG KERANA KEMENANGANMU
KEMENANGAN RAKYAT!
KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
PM MUHYIDDIN YASSIN - SAYA DILANTIK JADI PERDANA MENTERI BUKANLAH PADA MOMEN YANG TERBAIK, KAMI TIDAK SEMPURNA
“Saya jadi Perdana Menteri untuk anda di saat momen yang terbaik”`.Mungkin kali ini bukan kerajaan yang anda undi, tetapi saya ingin beritahu anda semua, saya prihatin dengan anda semua. Saya dilantik menjadi Perdana Menteri di saat yang tidak seronok. Saya terpaksa menghadap pelbagai krisis termasuklah politik, ekonomi dan kesihatan.
Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, sudah pasti memerlukan penilaian yang tidak sama dengan sebelumnya. Jadi, kepada semua rakyat Malaysia yang disayangi, saya berharap untuk anda sama-sama memikul tanggungjawab ini bersama saya dan rakan kabinet yang lain.
InsyaAllah kita akan lebih kuat dan maju setelah krisis ini berakhir.
KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA MALAYSIA PRIHATIN BGH 1
- PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHANSemua benda ada penciptanya,Tuhanku Pencipta Semesta Alam;Apa dicipta penuh bijaksana,Demi kebaikan seisi alam.2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAi) Setia kepada Raja dan negara,Rukun negara yang kedua;Raja dan rakyat berpisah tiada,Negara aman rakyat sentosa.ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,Berkorban nyawa demi negaraku;Pemimpin dan rakyat bersatu hati,Seluruh rakyat cintakan negaraku.3) KELUHURAN PERLEMBAGAANDi parlimen tempat besidang,Para pemimpin pilihan rakyat;Masalah rakyat dan negara semua dicadang,Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANGNegara aman ketangkasan polis bertindak,Menggadai nyawa membanteras jenayah;PDRM & ATM berjiwa patriotik,Apabila berjuang tidak pernah mengalah.5) KESOPANAN DAN KESUSILAANi) Budi bahasa pengikat kasih,Kasih mengasihi sesama insan;Saling membantu penyeri kasih,Senyuman terukir di hati insan.ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,Galakan rakyat bersatu padu;Pelbagai kaum hormat menghormati,Agar negara terus di mercu.Karya Ratu Rimba Niagara9 Julai 2020(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
- Suka
- · Balas
- · 17j
- PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.Masalah rakyat masalah baginda juga,Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.Rakyat sentiasa menjunjung kasih,Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,Rakyat sentiasa berterima kasih,Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.Agong kami Raja penyayang,Sayangkan rakyat sayangkan negara;Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,Saling bantu membantu demi negara tercinta.Raja dan rakyat berpisah tiada,Sehati sejiwa mempertahankan negara;Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,Ratu Rimba NiagaraPujangga Nusantara Cinta 5 Benua31 Januari 2019(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
- Suka
- · Balas
- · 17j
- WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVIBismillahirahmanirrahimSyukur Alhamdulillah Atas PemasyhuranSultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVIDaulat TuankuDirgahayu TuankuMenjunjung Kasih TuankuSeluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuahpunyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.Daulat TuankuDirgahayu TuankuMenjunjung kasih Tuanku daripada,Ratu Rimba NiagaraPujangga Nusantara Cinta 5 Benua31 Januari 2019(Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
- Suka
- · Balas
- · 17j
- SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVITersebutlah kisah Agong tersohor,Sultan Abdullah Raja penyabar;Biarpun tugas penuh mencabar,Agar rakyat tidak terbiar.Permaisuri Azizah yang bijaksana,Cantik rupawan bagai bulan purnama;Memberi sokongan kepada baginda,Agar rakyat terus terbela.Bahagia hidup keluarga diRaja,Dikurniakan puteri dan juga putera;Dibesarkan dalam adat istana,Ayahanda dan bonda jadi idola.Sultan Abdullah diputerakan,Disambut keputeraan penuh kesyukuran;Semua rakyat gembira meraikan,Gembira rakyat dalam perhatian.Pahang negeri keputeraan baginda,Mempunyai ilmu penuh di dada;Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,Raja dan rakyat berpisah tiada.Berbudi bahasa berhemah tinggi,Baginda bertitah rakyat dengari;Semua jemputan baginda hadiri,Asalkan rakyat rasa dihargai.Sultan Abdullah mencemar duli,Menziarahi rakyat bantuan diberi;Rakyat gembera tiada terperi,Kebaikan baginda lekat di hati.Sultan bertitah lalu memuji,Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;Memerintah negara amanlah damai,Rakyat terbela itulah dihajati.Raja dan rakyat berpisah tiada,Masalah rakyat dikongsi bersama;Rakyat mengangkat Institusi diRaja,Raja dan rakyat rasa bahagia.Sultan Abdullah selalu menyeru,Inginkan rakyat bersatu padu;Buat keputusan tidak terburu,Aslkan rakyat terus maju.Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,Mampu dinikmati segenap lapisan;Rakyat bersatu dalam perpaduan,Negara makmur dalam perpaduan.Raja dan rakyat amat rapat,Ke mana pergi rakyat diingat;Perbelanjaan dibuat penuh cermat,Tuanku datang disambut hormat.Sultan Abdullah Agong ke enam belas,Dengan rakyat berkasihan belas,Tidak pernah rasa malas,Rakyat terbela dalam keikhlasan.Istana Agong tersergam indah,Apabila tertitah penuh bermadah;Pangkat yang tinggi tiada diendah,Bersama rakyat tetap merendah.Bersemayam baginda dalam istana,Rakyat diundang pergi ke sana;Raja kami yang bijaksana,Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.Masalah rakyat sama dikongsi,Raja dan rakyat tiadalah sangsi;Ikatan terus jadi serasi,Tercipta sejarah untuk generasi.Sukacita Agong negara maju,Pemerintahan Agong terus dipacu;Warkah dihantar Agong dituju,Mendoakan Agong terus di mercu.Putera kesayang ayahanda dan boda,Cemerlang negara amat sukacita;Raja dan rakyat berbipsah tiada,Bijaksana memerintah negara tercinta.Sejarah kesultanan patut dihayati,Dipelajari oleh generasi terkini;Personaliti Raja amat dikagumi,Ke mana pergi tetap dihormati.Pemerintahan Agong adil saksama,Cadangan rakyat semua diterima;Minta Perdana Menteri beri kerjasama,Agar negara jadi ternama.Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,Ke mana pergi pentingkan rakyat;Memerintah adil dan saksama demi rakyat,Tuanku sentiasa di hati rakyat.Sultan Abdullah Agong ternama,Berjiwa rakyat adil dan saksama;Pentingkan rakyat walau di mana,Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,Dilanjutkan usia dalam keberkatan.Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;Memerintah adil dan saksama demi rakyat,Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.Ampun tuanku,Daulat tuanku,Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapanseluruh rakyat Malaysia tercinta.'Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.Ampun TuankuDaulat TuankuDirgahayu TuankuMenjunjung Kasih TuankuAkhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allahdi dunia jua di akhiratAamiin Ya Rabbal A'LamiinKarya Ratu Rimba Niagara31 Januari 2019(Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- · Telah disunting
- PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIASultan Abdullah Agong berwibawa,Memerintah negara adil saksama;Rela berkorban demi rakyat tercinta,Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.Institusi di-Raja dekat di hatiku,Rakyat Malaysia amat menyanjungi;Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.Negeri Sembilan Raja Berdaulat,Kepentingan rakyat amat dirasai;Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,Sejak generasi dahulu hingga kini.DYM Sultan Selangor raja dihormati,Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;Budi disemai Allah berkati,Moga amalan dibalas di akhirat nanti.Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,Kebajikan rakyat amat diutamakan;Bertuah sungguh rakyat Pahang,Mempunyai Raja suka kebajikan.Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,Galakan rakyat berjiwa patriotik;Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,Tuanku disanjung rakyat Perak.Sultan Kedah amat dihormati,Menabur budi tidak terhingga;Ke mana pergi rakyat mentaati,Rakyat Kedah amat berbangga.Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,Kepentingan rakyat amat dijaga;Masalah rakyat diberi perhatian,Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.Sultan Kelantan berhemah tinggi,Memerintah Kelantan adil saksama;Rakyat Kelantan takkan rugi,Raja dan rakyat bekerjasama.Negeri Terengganu pesat membangun,Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;Sultan Mizan bersopan santun,Rakyat Terengganu amat terpesona.Karya Ratu Rimba Niagara31 Januari 2019(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMIYa Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.(Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT TERIMA KASIH PM!PERDANA MENTERI DAMBAAN RAKYATSUSAH SENANG KITA BERSAMAKami tak hiraukan tohmahan hina terhadapmu duhai Perdana Menteri kesayangan kami...yang kami tahu kau adalah Perdana Menteri anugerahNya yang terindah kami syukuri sepanjang hayatmemahami masalah rakyat di segenap sudutsehabis kudrat pemikiranmu memikirkan rakyattanpa menabur janji maniskau buktikan kemampuanmumembela nasib rakyat tanpa seorangpun tercicirsemuanya dibanturakyat bersyukurterharu atas kepemurahanmu membantu rakyat.Kau tak hiraukan segala tohmahan hina terhadapmudengan niat untuk menjatuhkanmu dari tampuk pemerintahan.Dengar sini yang tak puas hati dengan Perdana Menteri kamiseandainya dibubarkan parlimen kerana mengikut kehendak kamu kami yakin kedudukan Perdana Menteri kami tidak akan terjejas!Perdana Menteri kami akan menang percayalah...kemenanganmu adalah kemenangan rakyatjusteru Perdana Menteri kami mesti menang!Perdana Menteri kami bukan seperti pemimpin lainturun padang bertemu rakyat setiap kali Pilihan Rayauntuk memancing undi.Baru sebulan menjadi Perdana Menteridi kala negara ditimpa bencana Covid-19telah membantu rakyatsedaya upayanyabersama jemaah menterinya.Terima kasih YDP Agongkerana merestui perjuangan Perdana Menteridan Allah izinkan menjadi Perdana Menteri kamisyukur Alhamdulillah.Karya Ratu Rimba Niagara5 Jun 2020(Puisi diilhamkan istimewa untuk Perdana Menterikesayangan rakyat Malaysia)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- SELAMAT HARI JADI PM KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIASelamat hari jadi ke-73 PM yang baik buditerima kasih sudi menjadi PM kamiterima kasih bantu kami di kala diujiwalaupun kau dihina dikejikau tak kesahiasalkan rakyat diambil pedulisifatmu terpujirakyat dipentingidaripada kepentingan sendirikinikau tak sendiripengorbananmu di hargaiPRU-15 dinantikau kekal menjadi PM kamikerana kau pemimpin sejatikita sehatidemi Malaysia dicintaimoga Allah merahmatidi dunia kita diredhaidi Syurga kita diraioleh IlahiAamiin moga Allah makbuliKarya Ratu Rimba Niagara15 Mei 202022 Ramadan 1441H(Puisi dikarang istimewa untuk PM kesayangan rakyat Malaysia moga dapat bertabah hati sepanjang menjadi PM kami dalam membela nasib rakyat Malaysia, Allah sentiasa bersama perjuanganmu)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- · Telah disunting
- PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERITerima kasih Perdana Menteri,Sudi menjadi Perdana Menteri kami;Pengorbananmu rakyat hargai,Namamu indah tersemat di hati.Perjuanganmu setulus ikhlas,Membela rakyat pelbagai kaum;Budi ditabur tiada harap dibalas,Bangganya rakyat penuh kagum.Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,Turun ke padang tak kira masa;Setiap masalah rakyat cuba difahami,Agar rakyat hidup sempurna.Tiada istilah penat dan jemu,Sentiasa fikirkan masalah negara;Masalah negara difikirkan tanpa jemu,Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.Hidupmu penuh dengan kebaktian,Berbakti kepada rakyat juga negara;Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,Mahukan negara terus maju;Semangat perjuangan terus membara,Negara dipacu rakyat terus maju.Negara dipacu rakyat terus maju,Negara maju rakyat berinovasi;Negara maju dunia terpukau,Hasil negara terus dikongsi.Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,Bermuafakat bersatu hati;Bersatu hati untuk merealisasi,Setiap usaha pasti jadi kenyataan.Setiap usaha pasti jadi kenyataan,Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;Bersatu hati saling memberi kepercayaan,Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.Kejujuran hati membentuk kerajaan,Kerajaan cekap dan amanah;Rakyat sentiasa diberi perhatian,Pemerintahan dilaksana secara berhemah.Pemerintahan dilaksana secara berhemah,Tiada perkecilkan mana-mana parti;Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.Perdana Menteri kaulah pertiwi,Perjuanganmu tak terhenti;Semangatmu membara kami kagumi,Budimu indah mewangi di hati .Terima kasih Perdana Menteri,Nasihatmu sentiasa kami ingati;Pengorbananmu kami sanjungi,Budi baikmu sentiasa kami hargai.Terima kasih Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;Moga sentiasa dirahmati,Dirahmati ketika hidup dan mati.Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;Saling faham memahami di antara mereka,Demi kerana negara tercinta.Karya Ratu Rimba Niagara29 April 2020(Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamiin)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- SAYA SAYANG PERDANA MENTERI SAYASaya warganegara Malaysia.Rakyat negara saya terdiri daripadapelbagai kaum iaitu Melayu, Cina danIndia. Walaupun berbeza agama,bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidupaman damai tanpa sebarang sengketa.Kami hidup bersatupadu, tolongmenolong dan hormat menghormati.Perdana Menteri saya yang ke-8namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.Saya menghargai Perdana Menteri sayakerana membantu dan membela nasibseluruh rakyat Malaysia dalam sebarangsituasi.Terima kasih Perdana Menteri,kami rakyat Malaysia rasa bertuahmempunyai seorang Perdana Menteriyang baik hati dan penyayangsayangkan rakyatnya melebihinyawa sendiri.Moga Malaysia berjayarakyat sihat, aman makmurselamanya!Karya Ratu Rimba Niagara26 April 2020(Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyatMalaysia tercinta)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- · Telah disunting
- TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSINSekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassinatas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amatmemerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat."Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenanmelantik saya sebagai Perdana Menteri.Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha MuliaTuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankanfungsi baginda selaras dengan PerlembagaanPersekutuan.Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlahmelalui pilihanraya.Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapatsokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyatMalaysia dari Perlis hingga ke Sabah.Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,saya adalah Perdana Menteri saudara.Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyatdan negara.Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun sayabukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteridi bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampumembantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanyaakan mendapat perhatian!"Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteritanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi PerintahKawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskanrantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,segala tindakan akan menjadi sia-sia.Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justerukerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabakCOVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibatpenularan wabak COVID-19 pelbagai pakej RansanganEkonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semuagolongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menterisudah membuktikan kemampuan membantu danmemperjuangkan nasib rakyat.Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalamrasa syukur dan gembira.Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteripemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan rakyat daripada kepentingan sendiri.Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu. Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampukpemerintahan kini dan akan datang.Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadiPerdana Menteri kami, menabur bakti bersamaJemaah Menterimu.Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiapmasalah rakyat kami juga menyayangimu.Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggisebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpinyang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.Karya Ratu Rimba Niagara18 April 2020(Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyatMalaysia tercinta)
- Suka
- · Balas
- · 16j
- SYAIR MALAYSIA PRIHATINTersebutlah kisah sebuah negara,Malaysia digelar diberi nama;Perdana Menteri yang bijaksana,Agar Malaysia jadi ternama.Malaysia Prihatin berbudi pekerti,Pemimpin dan rakyat bersatu hati;Demi kerana Malaysia dicintai,Moga hidup terus diberbakti.PM mengajak rakyat bersatu,Pelbagai kaum bersatu padu;Memupuk minda generasi baru,Demi kerana Malaysia yang satu.PM bekerja tak kira masa,Pentingkan rakyat dari segala;Kerahkan menteri beri kerjasama,Asalkan rakyat hidup bahagia.PM dan menteri kerja bersungguh,Demi rakyat negara teguh;Petah bicara bila berhujah,Agar rakyat dapat berteduh.PM kita pencetus revolusi,Galakan rakyat berkreativiti;Minda penuh daya imaginasi,Lahirkan produk berinovasi tinggi.Menteri kabinet beri perhatian,Ikut arahan dalam panduan;Ada kuasa jangan disia-siakan,Hilang kuasa dalam penyesalan.Apalah ada pada kuasa,Salah guna bawa binasa;Jalankan tugas hati yang waja,Hidupmu pasti rasa bahagia.Rakyat perlu pemimpin berjasa,Menabur jasa sudahlah biasa;Ramah tamah tak gila kuasa,Moga hidupmu aman sejahtera.Melayu Cina India janganlah iri,Segala usaha tidak menjadi;Bila bersatu wajah berseri,Pelbagai bangsa jadi menteri.Sabah Sarawak tidak dilupakan,Sama rata diberi peruntukan;Justeru itu kekalkan perpaduan,Pasti hidup dalam kesejahteraan.Mari semua hidup berdamai,Fikirkan negara amanlah damai;Indah sungguh hidup yang permai,Segala budi sama disemai.Ilmu itu pelita hati,Hati gelap akan diterangi;Bila gagal cubalah lagi,Kejayaan cemerlang sedia menanti.Penjawat awam ubahlah minda,Jadikan minda kelas pertama;Seiring kehendak arus perdana,Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.Bantuan Prihatin diberi pada majikan,Agar pekerja tidak diberhentikanKerajaan memahami masalah majikan,Covid-19 punca permasalahan.Usahawan juga diberi bantuan,Bantuan Prihatin menjana pendapatan,Rasa terharu kebaikan kerajaan,Bantuan diterima dalam kesyukuran.Budi bahasa budaya kita,Adab sopan apabila bicara;Bila begitu ramai yang suka,Hidup pasti lebih ceria.Sifat jujur haruslah ada,Ke mana pergi senanglah rasa;Takkan ada rasa kecewa,Hati pun bersih hasad pun tiada.Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,Berkat kepimpinan yang bijaksana;Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.PM mahu PDRM berintegriti,Jalankan tugas penuh teliti;Agar rakyat rasa dilindungi,Jasa baktimu tetap dihargai.Rakyat Malaysia sayangkan negara,Rasa cinta terus membara;Teruskan perjuangan walau di mana,Biarpun terpaksa bekorban nyawa.Sekian sahaja syair Malaysia Prihatin,Baiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin,Semua rakyat mendapat bantuan,Moga Syurga sebagai balasan.Karya Ratu Rimba Niagara9 Julai 2020(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara).
- Suka
- · Balas
- · 16j
- PANTUN MALAYSIA PATRIOTIKNabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;Semasa hidup memberi panduan,Akhir nafas umatnya diingati.Sultan Abdullah Agong berwibawa,Memerintah negara adil saksama;Rela berkorban demi rakyat tercinta,Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.Tunku Abdul Rahman PM pertama,Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;Impian Tunku telah terlaksana,Menjadikan Malaysia pesat membangun.Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,Mohd Najib anak kesayangan;Matlamat perjuangan tidak berbeza,Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.Tun Hussein Onn PM ketiga,Tertib sungguh bila berbicara;Masalah rakyat diurus dijaga,Agar rakyat hidup terbela.Malaysia maju idea Tun Mahathir,Digelar rakyat Bapa Pemodenan;Pejuangan beliau tidak berakhir,Malaysia maju dalam pembangunan.Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;Satu Malaysia bermuafakat bersama,Menjadi warga dunia yang teristimewa.Transformasi kerajaan idea PM keenam,Rakyat letakkan harapan yang tinggi;Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,Agar semuanya saling hormat menghormati.PM ke tujuh Tun Mahathir,Dua kali menjadi Perdana Menteri;Setiap kali mesyuarat selalu hadir,Jasamu Tun sentiasa diingati.Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri ke lapan,Semua rakyat diberi perhatian,Moga Syurga sebagai balasan.Lambai Limbai bukan lambaian kosong,Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;Satu Malaysia rakyat cemerlang,Akan semuanya menjadi indah.Negeri Sarawak terus membangun,Bajet pembangunan dibuat telus;Nasib rakyat tidak dibiarkan,Biar cemerlang terus menerus.Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,Demi rakyat dan negara tercinta;Rela berkorban jiwa dan raga,Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.Kerajaan dan media rakan kongsi,Masalah rakyat dikongsi bersama;Malaysia Prihatin bantuan diberi,Rakyat bahagia negara sejahteraKarya seni warisan negara,Kerajaan hargai rakyat banggai;Pelancong yang datang dilayan mesra,Produk terkenal berkualiti tinggi.Rakyat maju Malaysia sejahatera,PM tersenyum tanda gembira;Mari kita pakat sama-sama,Gemilangkan Malaysia di persada dunia.Rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,Pasti PM tersenyum bangga;Menabur jasa demi rakyat dicintai,Biarpun terkorban jiwa dan raga.Malaysia ini milik semua,Rakyat hidup dalam sejahtera;Tercipta sudah negara bangsa,Pemimpin dan rakyat seiring sekata.Rakyat Malaysia jiwa patriotik,Bersatu padu bersatu hati;Rakyat sejahtera tanpa konflik,Negara makmur Malaysia dihormati.Karya Ratu Rimba Niagara9 Julai 2020(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 Ogos 2021
0 comments:
Post a Comment