TABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (192) SELAMAT DATANG 2021
SALAM DHUHA...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Allahu Akbar
SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT ISYAK...
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســــــم الله الرحمن الرحيــــــم.
Benar
SELAMAT DATANG 2021
Selamat datang 2021
selamat tinggal 2020
Moga 2021 memberi erti yang bererti
dalam meraih segala yang dicitakan menjadi kenyataan
insya-Allah Aamiin
Tinggalnya 2020
tetap dikenangi
adalah saat-saat genting menggapai impian
Moga usaha 2020
diperkenankan Allah Azzawajalla
Menghasilkan bunga nan indah
seperti yang dikirimkan oleh sahabat
indah sekali jambangan bunga itu
harumnya semerbak mewangi
hingga meresap ke kalbu
terus aku terlena
dibuai mimpi
kau datang
dengan sejambak bunga nan indah
seindah senyumanmu sahabatku
Terima kasih sahabatku
atas kiriman jambangan bunga
'SELAMAT DATANG 2021'
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Disember 2020
Latifah Haron
membalas pada komennya sendiri.SAHABATKU LATIFAH HARON
Sahabatku Latifah Haron yang budiman...
Syukur Alhamdulillah atas kehendakNya kita ditemukan
jika dari segi lojik sememangnya tak lojik kerana telah puluhan
tahun kita berpisah tapi atas kehendakNya tiada yang mustahil.
Zaman sekolah kita memang sahabat yang rapat
yang ku tak dapat lupakan hingga kini senyuman manismu
semanis gula diserikan dengan tahi lalat, Subhanallah menampakkan lagi wajah ayumu seindah santunmu sesama rakan.
Bagimu setiap rakan amat kau sanjungi dan hormati.
Budi bahasamu yang santun menyebabkan rakan-rakan senang menjadi sahabat setiamu. Siapa yang tak kenal dengan Latifah Haron yang baik budi sentiasa ingin membantu rakan-rakan.
Kusangkakan dengan menggunakan nama pena Ratu Rimba Niagara tiada siapa yang mengenaliku kerana sememangnya aku tidak mahu dikenali apabila berkarya. Berkarya kerana minat yang mendalam. Tidak berkarya seakan separuh jiwaku mati.
Tapi siapa aku untuk menghalang kawan-kawan menjejakiku. Rasa jangkal apabila rakan-rakan yang kukenali membaca karyaku kerana hingga sekarang sifat ingin tidak dikenali masih menyelubungi hati. Biarlah kawan-kawan kenal sebagai biasa-biasa jer tapi tidak sebagai pujangga.
Apapun Latifah sahabatku, serasa seakan mimpi dapat bertemumu dan rakan-rakan yang lain, terima kasih atas persahabatan yang indah ini adalah satu anugerahNya yang terindah yang disyukuri sebanyak-banyakNya.
Moga persahabatan kita tersimpul mati hingga Syurga. Aamiin.
"Sayang kamu sampai Syurga "
Sahabatmu,
Ratu Rimba Niagara
27 Disember 2020
Persahabatan kita Allah yang aturkan jika atas kehendak Allah pastinya indah sahabatku!
MENGEJAR PELANGI RINDU
Kalian adalah bintang hatiku yang ada di bumi
akan kuperjuangkan cintaku padamu sehingga ke titisan darah terakhir berpuisi tentangmu membuatkan jiwaku merintih dalam luka berdarah
kutulis deritamu sengsaramu
agar bangkit mujahid fisabilillah membelamu
menghentikan azab sengsaramu
agar kamu bisa tersenyum sampai ke bintang
tiada lagi air mata
yang ada kasih semurni hati sesama insan
Insya-Allah AAmiin
kerana cinta keranaNya ingin kupetik bintang lalu kuhadiahkan kepada semua yang kusayang keranaNya Allahu Akbar Aamiin .
BINTANG UNTUK CINTA HATI
Sahabat kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari kusangkakan kita bersama memetik bintang di purnama malam nan indah
tapi cuma tinggal impian...
sekalipun aku ingin menjadi sahabat yang sempurna di hati mu
tapi masih gagal untuk memenangi hatimu
lalu kau biarkan hatiku terluka tanpa ehsanmu
jika begini jadinya persahabatan yang hancur lebur
aku ingin menyendiri lagi
merawat lukaku sendiri
dengan harapan
agar ada sahabat semurni hati
untuk bersamaku memetik bintang di purnama malam
agar dapat bersama menghadiahkan bintang-bintang
kepada semua cinta hati kita yang ada di bumi
sebagaimana indahnya kerdipan bintang-bintang di langit malam
begitulah indahnya bintang-bintang yang sentiasa berkedip di hati cinta hati kita....barulah indah hidup ini ....moga hadir sahabat semurni hati yang dinanti...semuanya dengan izin-Nya jua AAmiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
12 Rabiulawwal 1437H
24 Disember 2015
Kerana cinta kepada semua cinta hati yang ada di bumi kita akan sanggup berjuang untuk menggapai bintang di langit purnama malam nan indah walaupun hati terluka parah berdarah....moga Allah swt izinkan kerana DIA Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. AAmiin.
MELAYU SAMA MELAYU SUKA BERDENGKI,
DENGAN BANGSA ASING PIJAK SEMUT PUN TAK MATI,
JIKA TAK DIUBAH HASAD DENGKI,
BANGSA ASING MENANG MELAYU YANG RUGI.
Jika kita ikut cara semut dalam memberi kerjasama pasti tiada siapa pun rasa dirinya terpencil dan diperkecilkan:
1. Setiap kali berjumpa dengan rakannya memberi salam
2. Bekerja berpasukan
3. Saling bekerjasama
4. Setiakawan
5. Rezeki sama dikongsi
6. Tiada cemburu hasad dengki
7. Saling menghormati sesama rakan
8. Tidak mementingkan diri sendiri
9. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
10. Patuh arahan ketua
Ratu Rimba Niagara,
13 Rabi'ul Awwal 1437H
25 Disember 2015.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 RABI'UL AWWAL 1437H
26 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
ALANGKAH MANISNYA JIKA REDHA
Alangkah manis jika redha sebati dalam roh dan jasad
Alangkah manis jika matlamat hidup semata keranaNya
Alangkah manis jika cinta keranaNya dan balas cinta keranaNya
Makanya kemanisan iman dirasai roh dan jasad
Hidup bersama mereka yang berfalsafah yang sama.
Sinar Rembulan Aduiiiiii...puitissss nya...indah dan
manis jika saling redha....
Ratu Rimba Niagara Ye sahabatku...redha membuatkan jiwa menjadi tenang setenang air di kali ....setenang tika berada di
dalam Rumah Allah.
Karya Ratu Rimba Niagara ,
261212
PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI
Tidurku lena yang panjang;
Terkeduku bila terjaga dari lena;
Aku menyesal memanjang,
Alam barzah menantiku dari lena.
Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
Air mata penyesalan sudah tiada erti;
Lenaku di dunia membawaku ke sini,
Alam barzah yang sedia menanti.
Datang ke sini tanpa bekalan,
Aku menyesal terlepas peluang;
Peluang yang diberiNya kubiarkan,
Matilah aku dalam bekalan yang kosong.
Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
Mahuku berbuat segala amalan;
Berbuat baik pada Allah jua manusia,
Agar dapat kutebus segala penyesalan.
Tapi apakan daya nasibku malang,
Aku yang menempah nasibku begini;
Bukan Allah tidak memberiku peluang,
Ketika hidup aku orang yang rugi.
Menyesal aku sendiri,
Merana aku sendiri;
Kini aku menyendiri,
Alam barzah meranaku sendiri.
Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini
Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas
terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
Aamiin Ya Rabbal ALamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Mei 2012
11
1 Perkongsian
Kongsi
SUARA SIMATI JIKA DIBERI PELUANG HIDUP SEMULA
Berbuat baiklah biarpun hati terluka
Mengundurkan diri bukan bererti tak suka
Tapi demi merawat hati terluka
Agar tak terluka lagi
Keimanan penawar hati
Bersangka baik semuanya baik hati
Untuk meneruskan perjuangan tersendiri
Kepada mereka yang hanya memahami
Tidak mengganggu kesibukan orang lain
Walau pun ada perbezaan pendapat di antara kita
Matlamatnya tetap sama
Mahu pulang ke Pangkuan-Nya
Sebelum pulang
Mahu sentiasa berfikir yang baik-baik
Sentiasa mahu berbuat baik
Sentiasa mahu berkata baik
Kerana bila sudah mati peluang untuk berbuat baik sudah tamat
Menyesallah sendiri jika tidak mahu berbuat baik
Maka aku mahu muhasabah diri sendiri
Agar Tuhan memberiku peluang
Berbuat baik sebelum maut menjemput pergi...
"SI MATI JIKA DIA DIBERI PELUANG HIDUP BIARPUN SESAAT
MAHU MEMENUHI HIDUPNYA DENGAN BERBUAT BAIK DAN
PASTI DIA BERPESAN PADA YANG HIDUP...AYUH TEMAN HIDUPKU
MARI KITA BERBUAT BAIK SEBELUM BERGELAR ARUAH
JIKA KAMU TAHU PAHALA SEDEKAH AMAT BERHARGA DI ALAM BARZAH NESCAYA KAMU AKAN BERSEDEKAH SETIAP HARI ITU DI ANTARA PERBUATAN BAIK YANG BESAR GANJARAN-NYA DI SISI ALLAH TAALA BERSEDEKAHLAH DENGAN IKHLAS KERANA ITULAH HARTA YANG KITA PUNYA DI ALAM BARZAH ...DI KUBURAN YANG KAMU SANGKA SEPI PADA PANDANGAN KAMU TAPI KAMI DI SINI SIBUK DENGAN URUSAN KUBUR DI SOAL DIPUKUL SETIAP MASA OLEH MALAIKAT NUNGKAR NANGKIR TEMPAT HURU HARA TERPEKIK TERLOLONG TAK DAPAT LARI DI MANA-MANA MENYESAL PUN TAK GUNA MERATAPI NASIB MALANG DI KUBURAN MEMOHON EHSAN PADA TUHAN TAK BERPELUANG LAGI MALANGLAH BEGITU MENYESAL SEPANJANG AKHIRAT...DAN BAGI YANG BAHAGIA DI KUBURAN SEPERTI TIDUR DI TAMAN-TAMAN SYURGA DI NAMPAKKAN TERUS KE SYURGA FIRDAUS MENUNGGU QIAMAT DENGAN GEMBIRA HATI.
MAKANYA TEMAN HIDUPKU....MANA SATU KALIAN MAHU PILIH MATI SEBAGAI AHLI SYURGA ATAU NERAKA? TEPUK DADA TANYA-NYA
KEHENDAK ROH DAN JASADMU...AKU TANYAKAN INI BUAT DIRIKU SENDIRI MOTIVASI DIRIKU DAN KEPADA MEREKA YANG SUDI BERMATLAMAT YANG SAMA MAHU MATI SEBAGAI AHLI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN."
Sahabat akhiratmu,
Yang menyayangimu demi-Nya
Yang bermatlamat sama,
Yang mahu mati dalam kebaikan
Dalam kalimah Syurga,
LAAILAAHAILLAH MUHAMMADDAR RASULULLAH
Aamiin Ya Rabbal A'lamin
Yang menyayangimu demi-Mu,
Sahabat akhiratmu yang ingin setia denganmu,
Sehingga nafas terakhirku
Insya-Allah Aamiin
12 Safar 1434H
25 Disember 2012M
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 RABI'UL AWWAL 1437H
27 DISEMBER 2015
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"SALAM MAULIDUR RASUL12 RABI'UL AWWAL 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
WW
Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
28 Disember 2020
0 comments:
Post a Comment