Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Pada hari Sabtu 6/10/12 - Taklimat penerbitan dan terjemahan oleh Ketua Jabatan Terjemahan & Penerbitan ITBM, En Sakri Abdullah. Beliau dengan begitu yakin dan bersemangat mengutarakan pand
angan bahawa
misi & visi ITBM adalah membantu penulis-penulis menerbitkan karya
asli, tetapi tidak juga mengkesampingkan tugas utama iaitu membuat
penterjemahan kepada karya-karya serta buku-buku akademik luar negara
daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu. Memandangkan tahun 2013
merupakan tahun mencabar kerana banyak buku-buku berbentuk teknikal
dalam bidang kejuruteraan, dll maka ITBN memerlukan lebih ramai
penterjemah untuk membantu merealisasikan hasrat tersebut. En Sakri
berseloroh, "...saya dulunya handsome, tetapi disebabkan oleh kekangan
dan tekanan tugasan, tengoklah rambut pun dah tak ada..." disambut tawa
dan gelak para peserta. Penyampaian beliau yang sederhana, cukup segala
maklumat dan penerangan menandakan bahawa En Sakri sememangnya mempunyai
jadual & perlaksanaan kerja yang sebegitu berdisiplin &
bersistematis. Berpandukan beberapa kriteria dan tawaran insentif ITBM
yang menarik hati itu, saya bingkas, memperkenalkan diri dan mengajukan
soalan, "...saya ada membuat beberapa terjemahan tesis Masters & PhD
bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris dengan tujuan penerbitan di
jurnal antarabangsa..." sehabis saya menerangkan, En Sakri menyambut
kenyataan dengan sedemikian positif, maka tujuan beliau hadir sudah
tercapai, 'bagai pucuk dicita ulam mendatang..' Sehabis ucapan beliau,
saya didatangani oleh seorang eksekutif mengunjukkan kad jawatan dan
berkata, "En Ramlee sila hubungi saya dan hantarlah 'resume' seberapa
segera ye.." Saya mengangguk dan kami saling berbalas senyuman...!
Syabas, ITBM sebagai syarikat GLC kerajaan telah berusaha turun padang
kini dan usaha murni sewajarnya jangan dipandang sepi...bentulah ITBM
untuk membantu diri sendiri...!
- 11 people like this.
- Sakri Abdullah Terima kasih atas pandangan, kerjasama dengan kami untuk membentuk bangsa yang maju dan berjaya, insya Allah..Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Sahabat karib di FB dan sepanjang kursus, dari kiri Teo Wei Sing, Serigaring Lim dan Chai Loon Guan...merupakan penulis bukan Melayu yang cukup prolifik kecuali Serigaring Lim, merupakan pendeklamator yang berbakat...syabas kalian!
- You and 12 others like this.
- Ramlee Wahab Saya amat memahami program Prof.Dr...yang akhirnya terpaksa menaiki 'belon' ke Sarawak kerana urusan Bulan Bahasa Kebangsaan di sana...kehadiran prof.Dr seketika sudah cukup menyemarakkan semangat aktiviti berkursus kami seadanya...!
- Ratu Rimba Niagara Apapun terima kasih kepada sahabat hamba DJ Ramz kerana sudi berbagi ilmu yang ditimba kepada hamba yang jauh di rimba ni...hehehe
- Ramlee Wahab Ketiga-tiga mereka telah diwawancara oleh RTM dan muncul dalam rancangan Berita Nasional utk slot 'Pengambilan Guru Baru Sesi 2013' pada hari Ahad lepas...tahniah!
- Teo Wei Sing Terima kasih kepada Prof Dr Awang Sariyan kerana sudi meluangkan masa dalam seribu kesibukan bagi terus menyemarakkan semangat kami. Tahniah Ketua Pengarah DBP.
- Serigaring Lim Sir Ramlee Wahab pendidik dan penulis yang hebat. Bertuah saya menimba ilmu dari Tuan.
- Chai Loon Guan Apa khabar Tuan Daud Ibrahim? Ya, saya masih bertugas di SMK Methodist, Tg. Malim (berhadapan dengan UPSI). Salam Bahasa Jiwa Bangsa.October 10 at 9:07pm · LikeBengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Bersama pak Arisel BA (DPMPahang) atau nama sebenar Subari Ahmad PJK rupakan penulis dan aktivis sastera dan tersohor dengan antologi terbitan sendirian iaitu Aksara 'XXX'...kami tinggal sebilik di hotel Sunway(Legend hotel)...terima kasih kerana menjadi teman akrab sepanjang kursus...!
- You, Habib MA Assaggaf and 13 others like this.
- Ramlee Wahab pak Arisel tetap mengagumi Prof.Dr dan sentiasa setia mengikuti pelbagai kursus anjuran Pena...!
- Ramlee Wahab Pak Arisel BA yang cekal dan cukup sporting...adalah tauke ikan talapia hitam yg diekspot ke Singapura...beliau adalah 'Writer @ Entrepreneur'...heheee!
0 comments:
Post a Comment