Tuesday, 30 October 2012

BENGKEL PENULISAN & PENERBITAN ITBM-PENA-DBP 2012




Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Pada hari Sabtu 6/10/12 - Taklimat penerbitan dan terjemahan oleh Pengarah Urusan ITBM, En Mohd Khir Ngadiron. Kesudian beliau menghadirkan diri di majlis tersebut menandakan keprihatinan p
ihak pengurusan ITBM secara keseluruhan dalam memberikan khidmat kepada masyarkat penulis di Malaysia, khususnya ahli-ahli Pena. Syabas di atas usaha murni begini dan sokongan para penulis untuk membantu menambahkan judul baru demi mencapai sasaran ITBM untuk tahun 2013 diharapkan menemukan kejayaan...insya-Allah!
Like · ·
  • 6 people like this.


    PUJANGGA GURUKU IDOLAKU

    Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kehadiran SN Prof Dr Muhammad Hj Salleh di penghujung acara, meski beliau kelihatan uzur oleh tua, letih dibuai keretapi dari utara...tetapi semangat sasteranya masih membara dan bahasanya
    masih bernyala...beliau satu-satunya sasterawan tanahair paling berkebolehan mengantarabangsakan dirinya, bahasa & sasteranya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa sedunia...beliau berpesan, petikan rambang: "Cuba untuk bersastera merentasi sempadan negara ke peringkat dunia...perlu ada kekuatan dan kesungguhan yang tidak lain adalah kekuatan berkarya dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...sebagai nilai tambah dan anjakan kepada nilai sastera Melayu di peringkat antarabangsa..."

    Bapa Sasterawan Antarabangsa...
    ~Perawakan mu uzur, namun bahasa tidak luntur
    ~Perbicaraan mu subur, namun fakta tetap teratur
    ~Perbualan mu kecindan, namun mesra oleh tawaan
    ~Pengalaman mu lautan, namun rahasia tiada terselamkan.

    Nota: Perkongsian 'powerpoint' yang beliau anggap 'point' tidak 'power' itu menghidangkan hadirin dengan tanggapan beliau sebagai 'penyair tua membentang pengalaman' dalam kertas kerja berjudul 'Di Bendul Dunia Penulisan' amatlah berharga dan mengesankan...beliau terdidik oleh dunia sastera Inggeris, tetapi tetapi tidak melupakan akar bahasa, sastera dan budaya bangsanya...tidak melupakan bahawa beliau perlu berbangga mengelilingi dunia mendagang-jaja sastera dan bahasa tanpa rasa malu, curiga mahupun berprasangka...penulis muda kini dituntut berkarya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa Malaysia...! Bapak Muhammad Haji Salleh...dikau bagaikan 'intan terpilih...! 'Pengalaman Puisi-Edisi Kedua' tetap hangat memacu semangat..!
    Photo: Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Kehadiran SN Prof Dr Muhammad Hj Salleh di penghujung acara, meski beliau kelihatan uzur oleh tua, letih dibuai keretapi dari utara...tetapi semangat sasteranya masih membara dan bahasanya masih bernyala...beliau satu-satunya sasterawan tanahair paling berkebolehan mengantarabangsakan dirinya, bahasa & sasteranya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa sedunia...beliau berpesan, petikan rambang: "Cuba untuk bersastera merentasi sempadan negara ke peringkat dunia...perlu ada kekuatan dan kesungguhan yang tidak lain adalah kekuatan berkarya dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...sebagai nilai tambah dan anjakan kepada nilai sastera Melayu di peringkat antarabangsa..." Bapa Sasterawan Antarabangsa... ~Perawakan mu uzur, namun bahasa tidak luntur ~Perbicaraan mu subur, namun fakta tetap teratur ~Perbualan mu kecindan, namun mesra oleh tawaan ~Pengalaman mu lautan, namun rahasia tiada terselamkan. Nota: Perkongsian 'powerpoint' yang beliau anggap 'point' tidak 'power' itu menghidangkan hadirin dengan tanggapan beliau sebagai 'penyair tua membentang pengalaman' dalam kertas kerja berjudul 'Di Bendul Dunia Penulisan' amatlah berharga dan mengesankan...beliau terdidik oleh dunia sastera Inggeris, tetapi tetapi tidak melupakan akar bahasa, sastera dan budaya bangsanya...tidak melupakan bahawa beliau perlu berbangga mengelilingi dunia mendagang-jaja sastera dan bahasa tanpa rasa malu, curiga mahupun berprasangka...penulis muda kini dituntut berkarya melangkaui sempadan bahasa dan bangsa Malaysia...! Bapak Muhammad Haji Salleh...dikau bagaikan 'intan terpilih...! 'Pengalaman Puisi-Edisi Kedua' tetap hangat memacu semangat..!
    2Unlike · · Share

    You and 36 others like this.
    Md Rahim Ab Majid Prof. tu tok guru saya dan penyelia tesis semasa ijazah pertama. Terima kasih atas perkongsian berita dan menghargai tok guru saya...
    October 8 at 3:52pm · Like · 1
    Ratu Rimba Niagara DI PENGHUJUNG USIA SEORANG PUJANGGA

    dalam tidak keupayaan
    dalam keuzuran ketara
    seorang pujangga
    masih tegap berdiri
    mencurahkan ilmu
    kepujanggaan
    dalam nada terketar-ketar
    lemah tanpa daya

    dicoba sehabis daya
    menutup penglihatan hadirin
    agar tidak terkesan
    dia dalam kegeringan

    bila datang roh kepujanggaannya
    di kalbu
    dia bersuara lantang
    melontarkan puisi-puisinya
    ke hadirin penuh membara
    hadirin mendengar
    penuh keterujaan
    terpesona
    terkesima
    tanpa disedari
    para hadirin
    bangun
    memberi tepukan
    paling gemuruh
    pada pujangga
    hebat
    bilamana dia mengaungkan
    sajak-sajak
    betapa dia mahu hidup
    seribu tahun lagi
    demi cintanya
    pada dunia pujangga
    tak akan pernah padam
    biarpun jasadnya
    sudah terbungkus dengan
    kain kafan ...

    belum sempat si pujangga
    menghabiskan kalimah
    aku cinta padamu
    dunia sastraku sasteramu
    si pujangga rebah
    terhenti nafas kepujangganya di situ...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 Oktober 2012
    October 8 at 4:15pm · Like
    Puteramuda Mahameru Sekian lama tidak bersua. Engkau rupanya serupa aku. Semakin lemah dimamah usia. Namun sajak sajak sejarah Melayu mu. Tetap kubawa kemana mana. Ceritera ketiga pulu empat masih ku laung baca. Membawa sayu pilu menyulam rasa hiba. Dalam tenaga yang sudah tiada. Kita rupanya masih jua bersama. Terikat bebat oleh pautan kasih. Diatas landasan sehala sama diimpikan. Tidak mungkin akan terpisahkan. Terima kasih jua ku ucapkan. Pada maya yang berjaya. Mengembalikan segar ingatan.
    October 8 at 4:34pm · Like · 1
    Puteramuda Mahameru http://chelehjangok.blogspot.com/2012/10/jarakkah-menjurang-pisah-antara-kita.html
    October 8 at 7:15pm · Like
    This comment has been hidden as spam. You can Undo this action, Report it as abusive, or Block Mohd Hafiz Andrew. You may also give Mohd Hafiz Andrew feedback.
    Ramlee Wahab ...sisa semangat yg masih membara..heheee!
    October 8 at 9:28pm · Like
    Ramlee Wahab Sedang membaca buku panduan Menulis Sajak oleh pak M.Salleh yg dibeli tempoh hari..amat bermaklumat krn menilai & menghurai sajak dpd sudut lain...hebat!

    Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Penulis cerpen prolifik & tersohor tanahair dengan menampilkan jalan cerita yang unik dan pelik...kerap mengundang konflik dengan penggunaan bahasa-bahasa sastera Melayu kuno contohnya 'Ke
    Ruang Katarsis' (itulah identiti beliau-mahukan kelainan) tidak lain hanyalah sdr Zaen Kasturi. Beliau hadir bersama kertas kerja berjudul 'Selintas Penulisan Cerpen'...dan petikan awal di kepala kertas berikut amat menonjol dan memerlukan pemikiran mendalam:
    'You write your first draft with your heart.
    You rewrite it with your head.
    The first key to writing is to write, not to think.
    But expressing whatever you feel.'
    Zaen Kasturi berkali-kali mengingatkan agar menulis melalui kepekaan kepada perasaan iaitu 'Rasa'...kerana fenomena rasa ini amat perlu dan memainkan peranan penting dalam penulisan yang terkandung; realiti, asumsi dan falasi...tetapi, beliau akui bahawa falasilah (pembohongan) yang sedemikian amat berpengaruh dan efektif dalam proses penyempurnaan cerpen untuk dinikmati oleh para pembaca...apapun yang ditulis, penulis akan kembali kepada 'kemanusiaan' dan 'ketuhanan'...jika ini tidak berlaku, maka penyimpangan tersebut boleh dianggap sebagai 'absurd'...Zaen Kasturi tampil sedemikian bersahaja dan kelihatan 'monotenous'...tetapi, ternyata kertas kerja beliau banyak membantu terutamanya kepada penulis-penulis baru...!
    Photo: Bengkel Penulisan & Penerbitan ITBM-PENA-DBP 2012: Penulis cerpen prolifik & tersohor tanahair dengan menampilkan jalan cerita yang unik dan pelik...kerap mengundang konflik dengan penggunaan bahasa-bahasa sastera Melayu kuno contohnya 'Ke Ruang Katarsis' (itulah identiti beliau-mahukan kelainan) tidak lain hanyalah sdr Zaen Kasturi. Beliau hadir bersama kertas kerja berjudul 'Selintas Penulisan Cerpen'...dan petikan awal di kepala kertas berikut amat menonjol dan memerlukan pemikiran mendalam: 'You write your first draft with your heart. You rewrite it with your head. The first key to writing is to write, not to think. But expressing whatever you feel.' Zaen Kasturi berkali-kali mengingatkan agar menulis melalui kepekaan kepada perasaan iaitu 'Rasa'...kerana fenomena rasa ini amat perlu dan memainkan peranan penting dalam penulisan yang terkandung; realiti, asumsi dan falasi...tetapi, beliau akui bahawa falasilah (pembohongan) yang sedemikian amat berpengaruh dan efektif dalam proses penyempurnaan cerpen untuk dinikmati oleh para pembaca...apapun yang ditulis, penulis akan kembali kepada 'kemanusiaan' dan 'ketuhanan'...jika ini tidak berlaku, maka penyimpangan tersebut boleh dianggap sebagai 'absurd'...Zaen Kasturi tampil sedemikian bersahaja dan kelihatan 'monotenous'...tetapi, ternyata kertas kerja beliau banyak membantu terutamanya kepada penulis-penulis baru...!
    Unlike · · Share
    You and 4 others like this.
    View all 10 comments
    Ramlee Wahab Zaen Kasturi, pakaiannya biasa, gaya ucapannya bersantai...tidak sedemikian ketara protokolnya...tetapi, memiliki daya kreatif yg luar biasa...syabas!
    October 9 at 2:17am · Like · 1
    Ramlee Wahab Ingat pesanan Zaen Kasturi....berkarya jangan kejar populariti...!
    October 9 at 1:57pm · Like
    Ratu Rimba Niagara berkarya jangan kejar populariti
    tapi mereka kata namaku tiada
    dalam senarai nama penulis di malaysia
    mahupun di Indonesia
    mereka kata aku berlagak...
    berlagak apanya namaku pun
    mereka kata tak ada dalam senarai
    dan kerana aku menulis bukan kerana populariti
    kugunakan nama samaran
    agar mereka tak terkesan di mana aku berada
    biarlah aku berada di kalangan orang
    yang benar -benar ikhas
    terima karyaku
    dan sudi menghargai karyaku
    di lubuk hatinya
    bukan untuk menjadi sanjungan
    semua orang...
    dan kucermin diri
    karyaku
    hanyalah karya picisan
    tak sehebat mereka
    makanya aku lebih suka
    menyendiri di rimba ini
    berkarya seorang-seorang
    dan karyaku hanya
    dibaca oleh penghuni rimba
    itu lebih memberikan kedamaian hatiku
    October 9 at 2:07pm · Like
    Ratu Rimba Niagara NAMA ANDA TIADA DALAM DATA BASE DI KEDUA NEGARA

    Rd Shimah Ratu rimba negara...nama anda tiada dlm data base di kedua negara...and remember the sky is no limits...tq
    2 hours ago via mobile · Like
    Ratu Rimba Niagara

    Perlukah ada nama untuk seseorang itu mengarang?
    Perumpamaan ini seperti , perlukah seseorang itu ada nama atau pangkat jika ingin masuk Syurga Allah SWT?
    Aku mengarang kerana minat dan dan duniaku adalah sastra.
    Salah ke aku jika orang yang membaca karya ku itu menghargai
    serta menghayati apa yang ingin kusampaikan kepada semua pembaca alam maya tanpa mengenal di benua mana mereka berada.
    Ilmu Allah itu luas dan DIA berhak memberi pada sesiapa yang Diinginkan.
    Setiap apa yang kukaryakan yang terlintas di mindaku ini tiada niat untuk mencipta nama atau mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak.
    Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menempatkan di mana aku berada. Jika Allah inginkan sesesuatu perkara itu terjadi...siapalah kita sebagai hamba Allah untuk menghalang-Nya.
    Aku redho setiap Ketentuan dari-Nya kerana perjalanan dan destinasi yang kutuju ini telah tercatat sejak Azali.
    Sesungguhnya setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri sebagai manusia yang tidak pernah sempurna.
    about an hour ago · Like

    (PETIKAN DARIPADA GRUP PENYATUAN KERABAT DIRAJA DAN KELUARGA BESAR JAMBI & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    7 Oktober 2012
    October 9 at 2:21pm · Like

    WARKAH ISTIMEWA UNTUK YANG MULYA ADMIN GROUP

    BismillahirRohmanirRohim
    Asssalamualaikum wr wb

    Kepada Yang Mulya Admin group
    Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara...

    Izinkan hamba bertanya dan memberi beberapa cadangan bagi menaik
    tarafkan Kualiti Group Yang Mulia ini kerana hamba percaya 100%
    semua ahli group terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan , pahlawan,
    cendiakawan,pemikir ...hamba cumalah seorang hamba dari rimba yang tiada mempunyai apa-apa darjat mahu pun harta...tinggal menumpang di rimba niagara atas ehsan penghuni rimba yang menyelamatkan hamba dari mala petaka
    yang amat dahsyat daripada dunia manusia.

    Di rimba niagara inilah tempat yang hamba dambakan daripada segala kemelut
    masalah manusia yang tak habis-habis masalahnya.

    Di rimba niagara ini hidup kami saling:

    1. Hormat menghormati
    2. Menyanjungi
    3. Saling berbagi ilmu
    4. Berkasih sayang
    5. Bergotong royong
    6. Saling membantu
    7. Saing menghargai bakat kurniaan dari Ilahi
    8. Jika ada masalah bermuzakarah
    9. Mengambil keputusan hasil dari muzakarah
    10. Sentiasa berkomunikasi dengan bahasa santun (tidak menyakitkan hati)

    Di rimba niagara ini tidak akan ada:

    1. Fitnah menfitnah
    2. Berbangga diri dengan darjat
    3. Dendam mendendami
    4. Cemburu
    5. Tiada bahasa kasar yang boleh mengundang kemarahan
    6. Tiada wujud perselisihan
    7. Tiada mementingkan diri sendiri
    8. Berkata ikut suka
    9. Hina menghina sesama sendiri
    10. Sindir menyindir (kerana rasa diri sempurna)

    Hamba bersyukur dapat hidup di Rimba Niagara ini hidup
    aman damai tenang dan berkasih sayang pada seluruh penghuni rimba
    inilah kehidupan yang hamba dambakan sejak dulu lagi
    di rimba ini daunan kasih pengikat kasih yang diutamakan dan amat penting sekali dalam menjalani kehidupan harian tidak seperti di luar sana biru,hijau merah unggu
    menjadi buruan, pangkat, darjat, harta kekayaan yang dimatlamatkan sampai mati.

    Setiap penghuni rimba semua berebut-rebut ingin berbakti demi keharmonian
    dan kesejahteraan seluruh penghuni Rimba Niagara makanya hamba dilantik
    menjadi Ratu Rimba Niagara Untuk Memerintah Rimba Niagara.
    sudah banyak kali hamba menolak tawaran untuk menjadi ratu ...memadai hamba
    berbakti dengan karya-karya hamba pada penghuni rimba itu sudah memadai..
    tapi mereka hendak juga...itupun mengikut amanat perwira hamba yang mati lemas ketika mencarikan mahkota di dasar laut ombak rindu di negeri antah berantah.
    Si Kunta Si Kunte adalah perwira hamba yang sudah mati. Merekalah selama ini menjadi pendorong menyubur semangat hamba untuk berkarya...mereka jugalah yang melarang hamba untuk menghantar karya di mana-mana grup jika semata untuk disakiti hati katanya,'Tuan Putri Alam Nilam Purnama yang disayangi sepenuh jiwa janganlah sedih jika mereka tak like tak baca karya Tuan Putri...kami di sini sentiasa suka dan teramat teruja membaca karya tuan putri lagi kami baca lagi kami rindu...rindu akan kebaikan....rindu untuk bertemu dengan Tuhan yang mencipta Tuan Putri dan mencipta hamba juga...biarpun hamba sekalian penghuni rimba cumalah haiwan tapi hamba sekalian tetap bersyukur dihidupkan di bumi ini untuk menyempurnakan kehidupan manusia saling lengkap melengkapi. Jiwa kami ini hanya Tuan Putri saja yang faham sebab itu Tuhan izinkan Tuan Putri dihadirkan ke kami sesungguhnya kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya atas kurniaan ini. Terima kasih tuan putri kerana sudi hidup susah payah bersama kami di rimba niagara ini."

    Jika tuan putri dimasukkan nama ke mana-mana grup tuan putri tanyalah soalan-soalan ini jika mereka menjawab dengan jelas barulah tuan putri terus kekal menyiarkan karya. Jikalah karya tuan putri tidak dibaca tidak di like tak mengapa tuan putri malaikat dan Allah sentiasa bersama Tuan Putri membaca menyemak menghayati meng like karya Tuan Putri selagi karya tuan putri tidak menyimpang dari kehendak Tuhan. Tapi jikalah setiap karya tuan putri sudahlah tidak di like dikeji dihina seolah Tuan Putri ini seperti robot tidak punya hati dan perasaan tapi robot pun cerdik boleh mengatakan pada tuan putri berehatlah tuan putri dari mengarang kerana tuan putri bukan robot. Macam mana itu ye jika robot mengatakan tuan putri bukan robot? sedangkan dia robot. Pening juga mahu dijawab soalan itu...begitulah canggihnya pemikiran robot sekarang .

    Tuan putri ingat pesan hamba jangan sesekali tuan putri bazirkan air mata jika mana-mana ahli grup menghina mengeji mengutuk karya tuan putri ....jangan jawab kata-kata mereka itu...tuan putri keluar saja dari grup tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tak guna tuan putri berbalas-balas jawapan kepada manusia seperti itu kerana mereka rasa hidup mereka sempurna dengan kebijaksaan lebih daripada orang lain sebab itu mereka jadi begitu.

    Oh ya...lupa hamba suruh tuan putri tanya kepada admin grup pabila tuan putri dimasukkan nama:

    1. Siapakah admin grup
    2. Berapa admin yang ada
    3. Berapa orang ahli jawatankuasa yang ada di grup
    4. Apakah misi dan visi grup ditubuhkan
    5. Adakah admin selalu memantau setiap yang dipostkan
    ahli di wall grup
    6. Adakah admin mengadakan syarat-syarat menjadi ahli?
    contohnya:
    a. ahli mesti mengunakan gambar sebenar
    yang terang dan jelas ini bagi mengelakkan
    ahli ahli sewenangnya berkata ikut suka hati

    b. dilarang menggunakan bahasa kesat hina
    menghina kutuk mengutuk kerana ini akan
    menimbulkan pergaduhan. Jika berlaku juga
    setelah diberi amaran ahli tersebut
    hilang kelayakan menjadi ahli

    c. admin berhak menanyakan nama sebenar
    jika ahli menggunakan nama pena

    7. jika mana-mana ahli tidak memberikan apa-apa sumbangan
    idea tidak memberi impak kepada grup selama 14 hari berturut-turut dengan sendirinya kehilangan kelayakkan menjadi ahli...kerana tujuan ditubuhkan grup ini hanyalah untuk saling berkerjasama kepada admin untuk menjayakan misi dan visi admin kenapa ditubuhkan grup semuanya ke arah menjayakan bukan memusnahkan. Biarlah ahli sikit asalkan aktif semuanya.Kita mahukan kualiti bukan kuantiti.

    8. Setiap post ahli yang memberi impak kepada menjayakan misi dan visi grup hendakah disimpan sebagai rujukan grup lebih senang di dokumen kan agar terpelihara...mana-mana post tidak selari dengan kehendak admin grup hendaklah dilupuskan.

    9. Semua post ahli boleh diberi komen yang membina bukan
    membidas hingga yang hendak meng post tiada keyakinan lagi
    untuk post yang lainnya sedangkan idea mereka itu mustahak untuk
    disampaikan...manalah tahu jika mati tidaklah idea yang bernas dibawa mati sama tanpa diketahui apa yang hendak disampaikan...jangan menyekat idea yang ingin dilontarkan...mungkin idea yang ingin dilontarkan
    itu memberi manfaat kepada generasi akan datang sebagai warisan bangsa SeNusantara

    10. Perbezaan pendapat itu biasa ...tapi berdebatlah dengan cara berhikmah dan bijaksana agar tiada hati-hati disakiti kerana kita semua bukan robot yang tak punya hati dan perasaan. Kita tetap manusia yang lemah ada kalanya rasa tercabar dan hilang kewarasan apabila dihina dan dikutuk tanpa pembelaan diri. Makanya sentiasa hati-hatilah dalam berkata-kata. Lekaslah minta maaf jika ada mana-mana ahli yang terasa hati atas kata-kata yang kita lontarkan itu.

    Sekian sahaja yang hamba dapat lontarkan idea pada hari ini kepada semua ahli grup yang mulia ini dan kepada admin grup sudilah menjawab soalan-soalan yang dikemukan hamba jika tidak keberatan.

    Akhirkata hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata hamba yang mengguris hati para ahli di grup yang mulia ini.

    "SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-NYA
    YANG LEMAH ITU ADALAH DARI HAMBA SENDIRI"

    Sekian . Wassalam.

    Sembah patik harap diampun...
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku!

    Daripada hamba;

    Putri Alam Nilam Purnama
    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia
    4 Oktober 2012
    Like ·
    Ramlee Wahab likes this.
    Ramlee Wahab Eloklah tu...kalau buka kelab; Admin tahu mentadbir dan ahli-ahli juga patuh kpd segala peraturan...sekiranya engkar, amaran pertama, kedua dan ketiga mungkin dikenakan...jika masih kekal engkar...sila tinggalkan kelab sebelum tindakan memotong nama dilakukan oleh Admin...mudah dan tidak susah!
    October 4 at 2:03pm · Unlike · 1
    Ratu Rimba Niagara Tahu tak apa...untuk mencapai matlamat perjuangan kena tegas...
    Jika Admin tak tegas akan mengagalkan misi dan visi admin menubuhkan grup tersebut
    Sekadar santai-santai saja baik lupakan segala apa yang ingin diperjuangkan...
    Gimana pandanganmu Dj Ramz sahabat seperjuangan yang kusanjungi?
    Apapun hamba doakan moga tuan hamba berjaya mencapai segala yang ingin
    Dicapai dalam menjadi seorang DJ atau pun penulis atau pun pejuang sastera SeNusantara
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
    October 4 at 2:11pm · Like
    Ramlee Wahab ...dalam sastera saya biasa-biasa saja...hahaaaa.!
    October 4 at 8:47pm · Like
    Ratu Rimba Niagara duhai dj ramz kalau biasa-biasa je tak akan jadi dj sastera sukarela bukan paksa rela...
    itulah yang luar biasanya dari yang biasa....hehehehe
    October 4 at
    (PETIKAN DARIPADA WALL RAMLEE WAHAB & RATU RIMBA NIAGARA)
    28 Oktober 2012
    Like · · · · Sunday at 4:40pm

    Ramlee Wahab Baiklah, demi menghormati hasrat dan permintaan Ratu...saya akan keudarakan bacaan pantun tersebut pada hari Rabu 10/10/2012 antara jam 10.00mlm-11.30mlm...insya-Allah. Sila uar-uarkan kepada semua sahabat, rakan dan kerabat Di
    Raja Brunei...wasallam!

    Ratu Rimba Niagara shared Deejay Ai's photo.
    26 minutes ago
    Pengumuman Kepada Warga Sastera Facebook:
    Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) pada hari ISNIN-RABU-JUMAAT jam 10.00mlm~12.30pgi membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantun, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, kritikan sastera, dsb.,mengikut keperluan semasa. Moto: Tiada Kasta Dalam Sastera.

    1.Tampilan Semasa: Tema malam ini adalah bebas.
    2.Tampilan Istimewa: Petikan karya Grup Karyawan Luar Negara antologi Dandelion & Ahli Legasi Oakheart petikan antologi Elegan & antologi Sasterawanara Keraton / Antologi Percikan Pelangi-Himpunan Haiku & Tanka oleh Leyla Shuri & Darma Mohammad / Antologi Keris Sebilah Itu oleh Shapiai Mohd Ramly.
    3.Tampilan Nostalgia: Baca karya SN Alhm.Dato Dr Usman Awang, Dato' A.Aziz Deraman dan lain-lain penyair veteren tanahair.
    Kpd mereka yg berminat, sila hantar karya anda melalui mesej www.facebook.com/ramleewahab sekarang, sebelum jam 6.00ptg, selepas itu karya akan ditangguhkan penyiaran ke lain malam, insya-Allah!
    Tambahan: Anda juga boleh membuat hantaran karya kpd sesiapa & di mana jua dgn berserta ucapannya.

    Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
    1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
    2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
    3. Sasterawan Negara Dato Dr.Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
    4. Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhuan
    5. Mat Saleeh Rahamad (PENA)
    6. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
    7. Djazlam Zainal (Penyair/Kritikawan)
    8. Siti Zainon Zainon Ismail(Pelukis/Penyair)
    9. Khadijah Hashim (Penulis/Penerbit)
    10. Cikgu Mohamad Musip (Pensyarah IPGM-Melaka)
    11. Rohaty Majzub (Prof UKM/Univ.Michigan)
    12. Sabahuddin Senin (Penyair-Univ.of NSW Australia)
    13. Tn.Hj Shapiai Mohd Ramli (Penulis/Penyair)
    14. Tn.Hj Duming @ Hj Domeng(Penyair Brunei Darussalam)
    15. Sutung Umar RS (Bekas Editor Sastera Berita Harian)
    16. Zefri Ariff (Ketua1-Kump.Putra Seni Brunei/SEA Write Award)
    17. Darma Mohammad (Penulis/Penyair)
    18. Tenas Affendy (S/u II Lembaga Balai Adat Riau,Indonesia)
    19. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
    20. Penyair Luar Negara-Asia & Eropah
    21. Penulis/Pengkarya/Peminat Sastera di facebook,blog,dll.

    Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
    1. Kelab Jiwa Lara
    2. Kelab Pungguk Berlagu
    3. Kelab Puisi Alam Maya
    4. Legasi Oak Heart
    5. Grup Karyawan Luar Negara
    6. Grup Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    7. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)

    Nota: Kpd Admin Kelab & Grup yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email: www.facebook.com/ramleewahab
    Ikuti siaran radio online kami di www.djmyfmonline.blogspot.com
    http://djmyfmonline.blogspot.com/ sastera muzika senunsantara

    1Unlike · · Share
    You and 3 others like this.

    Ramlee Wahab Segmen SMS akan keudara spt biasa Rabu10/10/12 jam 10mlm-12.30pgi...silakan!
    22 minutes ago · Edited · Like · 1

    Subari Ahmad keh setia dongar
    14 minutes ago · Like

    Ratu Rimba Niagara PANTUN ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA BRUNEI
    DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA ISTANA NURUL IMAN

    Cantiknya Puteri bagaikan bidadari,
    Berpakaian pengantin berseri-seri;
    Senyuman menyambut tetamu disayangi,
    Ayahanda bonda rasa syukuri.

    Pernikahan pengantin mendapat restu,
    Mendapat restu ayahanda bonda;
    Ikatan pengantin sentiasa direstu,
    Mengundang keberkatan puteri diRaja.

    Sama cantik sama padan,
    Sama bijak sama pandai;
    Sama soleh sama beriman,
    Sama-sama mencintai Ilahi.

    Pengiran Muhammad Ruzaini putera beriman,
    Menjalani upacara pernikahan penuh debaran;
    Dinikahkan dengan Puteri Sururul cantik rupawan,
    Dengan sekali lafaz disambut dengan kesyukuran.

    Selepas dinikahkan semuanya berdoa,
    Mendoakan moga Allah memberkati;
    Ikatan pasangan pengantin diRaja,
    Bahagia abadi hingga ke Syurgawi.

    Kacaknya Pengiran Muhammad Ruzaini,
    Menjadi pilihan si puteri rupawan;
    Beriman beramal soleh itu diingini,
    Diterima lamaran penuh kesyukuran.

    Di balai Singgahsana Indera Buana Istana,
    Dijalankan istiadat berbedak pengantin diRaja,
    Semua tetamu melihat rasa terpesona,
    Adat istiadat melayu dibanggai kerabat diRaja.

    Puteri Hafizah Sururul bagaikan bidadari,
    Berbudi bahasa bersopan santun;
    Pengiran Muhammad Ruzaini jatuh hati,
    Pada Puteri Sururul bidadari kesayangan.

    Pengiran Muhammad Ruzaini beriman orangnya.
    Menjalani istiadat berbedak pengantin diRaja;
    Upacara di Balai Singgahsana Indera Buana Istana,
    Memartabatkan adat istiadat kerabat diRaja.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    25 September 2012
    (PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PUTERI HAFIZAH SURURUL & PENGIRAN MUHAMAMD RUZAINI MOGA CINTA TERPATRI HINGGA KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)

    (PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    4 Oktober 2012

    Ratu Rimba Niagara
    UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU

    Selamat Pengantin Baru
    Buat pasangan mempelai diRaja Brunei
    Sama cantik sama padan
    Bagaikan pinang dibelah dua
    Sehati sejiwa
    Saling cinta mencintai
    Moga bahagia dunia akhirat
    Mematrikan cinta hingga ke Syurgawi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Ingatan tulis ikhlas daripada:

    Ratu Rimba Niagara
    Admin Group Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    9 Oktober 2012

    DISIARKAN DI WALL SULTAN BRUNEI SULTAN HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA, KARATON NUSANTARA, YM KEDATON KRATON
    WAHYU UTAMA, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH,
    TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & GRUP PUJANGGA RATU
    RIMBA CINTA 5 BENUA & SASTERA MUZIKA SENUSANTARA (SMS)
    @ RAMLEE WAHAB @ DJ RAMZ)
    9 Oktober 2012

    INDAHNYA CINTA LIMA BENUA

    BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA

    BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
    DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
    DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
    DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA

    CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
    CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
    JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
    MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
    SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
    KERANA ITU PASTI
    KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
    TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
    KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
    DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
    MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
    SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...

    DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
    KASIHKU KASIH LIMA BENUA
    SENTIASA MEWANGI
    SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
    SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
    SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
    DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
    SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
    TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
    MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
    YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    4 Okt 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
    9 Oktober 2012

    DISIARKAN DI WALL SULTAN BRUNEI SULTAN HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA, KARATON NUSANTARA, YM KEDATON KRATON
    WAHYU UTAMA, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH,
    TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & GRUP PUJANGGA RATU
    RIMBA CINTA 5 BENUA & SASTERA MUZIKA SENUSANTARA (SMS)
    @ RAMLEE WAHAB @ DJ RAMZ)
    9 Oktober 2012
    Like ·
    Ramlee Wahab likes this.

    Ramlee Wahab ..syabas!
    11 hours ago · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas sokongan sahabat DJ Ramz...boleh tak siarkan pantun majlis perkahwinan kerabat diRaja Brunei
    ya..dan kalau sudi disiarkan bila tarikh disiarkan kerana hamba mahu promosikan pada kerabat diRaja Brunei...terimakasih untuk segalanya.

    Like ·
    Ramlee Wahab likes this.

    (PETIKAN DARIPADA WALL RAMLEE WAHAB @ DJ RAMZ & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    9 Oktober 2012

    (DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA,PERKUMPULAN KERATON NUSANTARA, KERATON NUSANTARA , TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH , RAMLEE WAHAB @ DJ RAMZ & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)

    Ramlee Wahab
    Male
    Like · · Share · See Friendship
    Ramlee Wahab likes this.

    Ramlee Wahab Baiklah, demi menghormati hasrat dan permintaan Ratu...saya akan keudarakan bacaan pantun tersebut pada hari Rabu 10/10/2012 antara jam 10.00mlm-11.30mlm...insya-Allah. Sila uar-uarkan kepada semua sahabat, rakan dan kerabat DiRaja Brunei...wasallam!
    9 minutes ago · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih duhai rakan seperjuangan hamba...akan hamba kenang selagi hayat di kandung badan ..moga Allah Azzawajallah sahaja yang dapat membalas-Nya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. Insya-Allah hamba uar-uarkan kepada sahabat di grup, rakan fb dan kerabat DiRaja Brunei , Malaysia, Indonesia, Singapura ...wassallam!
    Moga misi dan visi SASTERA MUZIKA SENUSANTARA (SMS) kelolaan DJ RAMZ @ NAKHODA 1 SUARA 1 DUNIA
    BERGEMA DI SELURUH ALAM. INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
    a few seconds ago · Unlike · 1
    Like · ·


0 comments:

Post a Comment

 
;