Sunday, 13 November 2011

AWANG KARIM KADIR, "SIAPA PTI SIAPA WARGA TEMPATAN?"



Awang Karim Kadir
SIAPA PTI SIAPA WARGA TEMPATAN...?

Isu pendatang tanpa izin (PTI) masih menjadi modal utama ahli2 politik di Sabah pada setiapkali menjelangnya pilihan raya berbanding isu kepentingan rakyat dlm pembangunan negeri yang relatif kaya tetapi majoriti rakyatnya masih tetap miskin tegar. PTI selalu digambarkan kpd rakyat keturunan Mindanao Sulu (Philipin ) dan keturunan Indonesia seperti Bugis dan Timur. Sementara keturunan China, India, Pakistan, Jawa, Minangkabau, Banjar, Tibet, Korean, Thailand, British, Australian dan banyak lagi, tidak pernah disentuh sebagai PTI. Ahli2 politik nampaknya sengaja cuba menafikan sejarah, dan tak dapat membezakan siapa pendatang, siapa mangsa perang, siapa pelarian, siapa perantau, siapa dusun,siapa pedagang, siapa penjajah, siapa anak tempatan?
Sewaktu tanah Borneo ini ditemui oleh manusia zaman prasejarah; siapakah pendatang awal yang menjadi penghuninya? Dusunkah, Bajaukah, Sulukkah, Bruneikah,Bugiskah, Jawakah, Chinakah, Indiakah,Pakistankah, Britishkah...?
Semua suku2 yg disebutkan ini ada negeri asal leluhurnya; nenek moyang dan impayar kerajaannya. Kecuali Dusun dan Suluk. Dusun adalah panggilan kepada orang2 yang bercucuk tanam ( dusun buah-buahan ) Suluk adalah fahaman agama kepada satu kaum yg menghuni dipesisiran pantai dan laut. Sebelum kejatuhan impayar kesultanan Sulu di Mindanao kepada Sepanyol dan Amerika; tak ada kaum pendatang di Borneo Utara yang kemudian dinamakan sebagai sabah. Perkataan Sabah diambil drp perkataan 'Al-Saba' oleh muballig dri arab Parsia. yang menjadi pendatang pada ketika itu ialah China daripada Makau yg datang mencari damar dan rotan di hulu2 sungai Borneo.Sehingga zaman pentadbiran Chartered Chompanny ( CC)di Borneo masyarakat China mula menjadi buruh dan kaki tangan CC dan apabila meletus perang dunia ke 2 Jepun mengambil alih Borneo Utara kemudian kembali ke tangan British yg telah memajak sebahagian drp Borneo Utara drp Sultan Sulu yg pada ketika itu sedang terdesak oleh peperanagn menentang Amerika selepas Sepenyol sehingga sultan sulu wafat. Apabila Sabah menyertai pembentukan Msia dlm thn 1963 dan sekali lagi meletus penentangan saki baki tentera Islam di Mindanao Sulu, maka dlm thn 1972 sebahagian masyarakat Islam dri Mindanao Sulu mencari perlindungan ke Borneo sabah, bekas sebahagian tanah leluhurnya yang tergadai kpd british, dan sejak itulah istilah PENDATANG dan PELARIAN menjadi imej kpd rakyat berketurunan Philipine ( Philipine diambil sempena nama King Philip oleh Sepanyol ) gelaran bagi masyarakat kristian di sana. jadi yang menjadi persoalan sekarang adalah kenapa setiapkali mempersoalkan kewarganegaraan dan kependudukan Sabah, org2 politik selalu menggambarkan bahawa PTI itu adalah masyarakat yang berasal dri Philipine khususnya keturunan Sulu dan Bajau. Sementara China, India, pakistan, tidak pernah mendapat jolokan itu. Bagus juga diwujudkan suruhanjaya yang akan mengkaji dan menyiasat sejarah semua suku kaum dan bangsa di negeri Sabah ini supaya dapat dibongkar rahsia siapa yang pendatang siapa dusun siapa pedagang siapa impayar kerajaan siapa penjajah. Walau pun pada hakikatnya tiadalah siapa2 yang lahir dri perut bumi Sabah ini melainkan punya sejarah tanah leluhurnya masing2 walau pun ada yg menganggap mereka adalah berasal dri sepohon kayu ara, atau hulu sungai atau arus lautan, melainkan semua asalnya adalah PENDATANG cuma siapa yg lebih awal siapa yg akhir. Siapa yang menjadi warga negara selepas 1963 siapa yg baru 2 3 bln di sabah dah jadi warganegara. Siapa rakyat tulin siapa Imigrin?
Pada hakikatnya juga masyarakat di negeri Sabah sejak sebelum merdeka sudah merasa satu kaum yang bersaudara dlm budaya kehgidupan yg sangat integrited. Dusun dan bajau ( turunan Sulu/muslim ) sudah memulakan perhubungan dlm pertukaran barang keperluan di Tamu2 sehingga berlaku perkahwinan campur tanpa prejudis kaum dan agama. tetapi jikalau terjadi pergolakan kaum dan agama di tanah Sabah ini; itu bukan kerana rakyat dan masyarakatnya, tetapi disebabkan oleh pemimpin dan ahli politiknya yg suka menimbulkan isu2 dan sentimen yg boleh mengundang kepada tercetusnya api perkauman, dendam dan tidak mustahil; Perang! Nah, sebelum negeri dan masyarakat kita menuju kepada suatu kehancuran, isu dan provokasi kaum yang inggkar sejarah ini haruslah dihentikan.PTI itu bukan semua berasal dri Philipine dan Indone saja; tetapi pernah juga suatu ketika dulu kita digemparkan dengan satu kenyataan di media massa mengatakan " Lima puluh ribu pelancong asing hilang di Msia dan tidak balik ke negeri masing2. Di mana mereka ini sekarang..? Menjadi pelancongkah, atau pendatangkah, atau dah menjadi menterikah...? Kepada ahli2 politik tolong jelaskan isu yg satu ini.
· · · Saturday at 4:23pm ·

  • You, Lina Mohamad Lin and 7 others like this.
  • 1 share
    • Ampuan Awang Setiapkali atu yang mahal :)
      Saturday at 4:26pm ·
    • Awang Karim Kadir Tn AA perturunkan dulu ayat2 bersejarah atu sekurang2nya utk tatapan barang urang politik kita ne...Siapa bah yg banarnya pendudk original tanah Borneo ani? Siapa pulang org2 yg menjadi raja harta di Sabah ani.?
      Saturday at 4:35pm · · 1
    • Ampuan Awang Ah, makin diberitahu makin berbantah-bantah, malas sudahku eh
      Saturday at 4:48pm ·
    • Lina Mohamad Lin kadang malas bah mo pikir2, wat paning kepala jak...ada waktunya, risau kalau negeri tergadai dan anakcucu kita pulang nanti yg jadi pelarian di tanahair sendiri gara2 salah 'Perintah'...
      Saturday at 5:37pm ·
    • Ampuan Awang Politiking yang cacamerba
      Saturday at 5:40pm ·
    • DrDama Ali Benar!!! Ayah awang sesekali kena masukkan dalam media untuk membuka dan menyedarkan orang2 politik yang sengaja mencari populariti yang akhirnya nanti akan mengheret kepada permusuhan perkauman. Salam
      Saturday at 8:21pm · · 1
    • Ampuan Awang ‎'Gambaran' salah telah diguna pakai oleh pihak Syarikat Hindia Timur yang meletakkan suku2 yang datang dari kepulauan nusantara sebagai orang hanyut, tetapi bagi mereka yang datang dari india pakistan china dipanggil pula sebagai pedagang. Aneh tak aneh, tak aneh jadi aneh. Kadang terbayang2 kes2 yang melibatkan pendatang tanpa izin dari negara china dan india. Mereka datang 50k (contoh) tapi yang kembali pulang ke negara masing2 hanya separuh (dalam 25k atau kurang). Pas yang mereka guna hanyalah pas lawatan (bukan untuk bekerja) tetapi datang lewat lama ke sini menjaja segala yang ada di kantung mereka, malah ada yang menjaja diri jua (itu kalau kita hendak menyalahkan bentuklah)
      Saturday at 10:27pm ·
    • Awang Karim Kadir Khabarnya tuan; ada lagi pendang import dlm kontena,dari negara yg lautnya bersebelahan dgn laut kita jua. Hilang begitu saja di Sabah...
      Saturday at 10:31pm ·
    • Rosnah Tugang PATI Pendatang Asing Tanpa Izin. Dah bertahun2 tak berpenghujung. Tiada kesudahan. Mengapa? Mereka telah banyak dapat MY Kad.Bagaimana boleh dapat?-Isu lapuk. Yang merisaukan. Perbumi Sabah menjadi pelarian di tempat sendiri kerana tiada tapak rumah. Apa lagi nak dapat tanah. Isu Tanah semakin merisaukan. Lama2 tanah 3X6 pun susah dapat. Nak bakar mayat? Lagi bukan budaya Sabah. Pemimpin perlu kembalikan hak ini kpd rakyt yang telah menyokog mereka menjadi Yang Berhormat DUN/MP. Osian tokou ti...
      Saturday at 10:34pm · · 1
    • Ampuan Awang Cuba tanya mana2 pemilik ladang2 besar di sabah, pekerjanya rata2 siapa? Beginilah, orang kita hanya layak menjadi ulun tetapi tidak layak menjadi kepala.
      Saturday at 10:35pm ·
    • Awang Karim Kadir RT inilah yg harus dilihat dan dipertanggujwbkan oleh kepimpinan kita pada hari ini; tidak guna kita menjerit mengatakan rumah kita ada hantu, tapi dlm masa yg sama kita melayan hantu itu lebih daripada penghuni rumah kita sendiri. Memang rumit; tapi inilah cabaran utk mereka, hantu tak dpt dielakkan, tapi jgn dijadikan mereka pengawal rumah kita.Kita belum tentu akan selamat. Dan jgn pula menganggap orang rumah sendiri adalah keturunan hantu; walau pun tidak mustahil hantu itu adalah dikalangan kita2 juga...
      Saturday at 10:44pm ·
    • Rabeah Mohd Ali Moga ahl-ahli politik boleh jelaskan isu yang dikemukan oleh Awang Kairm Kadir ini agar tidak menjadi masalah lagi buat rakyat Sabah.
      about an hour ago ·


  • (PETIKAN DARIPADA AWANG KARIM KADIR)
    14 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;