Mahabbah El-ahMead
- Rabeah Mohd AliKamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
Wangian cintamu yang tak pernah padam
Kesudianmu untuk membalas kasihku biarpun sekadar
Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
Terkedu dalam sendu.
Keceriaanmu bersama teman-temanmu
membuatkan aku cemburu
dan aku mahu untuk bersama mereka
menikmati keceriaan hidupmu yang selama
ini mendung dilitupi awan kelabu.
Syukur padaNya
Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
menyerikan taman cinta suci
Biarpun kemarau panjang
Kau tetap bertahan
Menanti hujan turun
Menyegarkan suasana taman cinta tandus.
Wangian cintamu
Duhai sahabatku
dapat kuhidu dari sini
Walaupun kita
berlainan benua.
Ketahuilah sahabatku
Ku di sini menanti
Setiap bulan purnama
Untuk menerima balasan senyumanmu
Pengubat rinduku
Kasih terbalas sudah
Aku amat mensyukurinya
Terima kasih sahabatku
Kerana sudi membalas talisiraturrahim ini
Biarpun berlainan benua
Berkongsi bulan purnama.
Kupandang bulan purnama
Pasti kuterima
Balasan senyumanmu
Setulus kasihmu padaku.
Karya: Rha NS
19 Julai 201111 hours ago · · 2
(PETIKAN DARIPADA WALL MAHABBAH EL-AHMEAD)
17 November 2011
0 comments:
Post a Comment