Rabeah Mohd Ali shared Ranny Azza's photo.
- Haidi Yan likes this.
- Rabeah Mohd Ali SYUKUR YA ALLAH
Sahabatku...
Hidupmu...
Penuh dengan bunga-bunga cinta
Menyemai cinta sesuci
cintamu pada Allah
Kata-katamu bak mutiara
Yang seharusnya kukutip
Sebagai bekalan di Alam Sana
Syukur Ya Allah
Kau kenalkan aku dengannya
Syukur Ya Allah
Kau bukakan hatinya untuk mengasihiku
Syukur Ya Allah
Kau sinarkan hidayah kasihMu padanya
Lalu...
Sinar hidayah kasihMu itu padanya
Dengan izinMu
Dengan kehendakMu
Nur hidayah kasihMu itu
terus menerangi hati-hati
yang duka suram kelam
tanpa arah tujuan
kini...
bercahaya dalam iman dan takwa
Syukur Alhamdulillah
KurniaanMu padaku
Sabahat dunia akhirat sepertinya
Karya: Rha NS
23 Ramadhan 1432H
23 Ogos 201116 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYUKUR AKU DIKETEMUKAN DENGAN HAMBAMU INI
Syukur Ya Allah aku diketemukan dengan hambaMu
yang sesejuk salju hatinya menerima segala yang
baik datangnya dariMu..pilihlah aku...pilihlah dia
menjadi hambaMu yang sentiasa MengagungkanMu
hingga terhenti nafas kami. Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H16 hours ago · - Rabeah Mohd Ali SYUKUR ALHAMDULILLAH
Syukur Alhamdulillah Kau masih memberiku kesempatan Ya Allah
NikmatMu Yang Sebanyak-banyakNya padaku kuSyukuri
Biarpun Hanya Kau saja yang tahu siapa aku
Yang kumahukan redhaMu mengiringi perjalanan hidup matiku.
Justeru berilah aku kekuatan dan kecekalan ketakwaanku padaMu
Ya Allah.
Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinMu Tuhan.
Karya Rha NS
21 Ramadhan 1432H16 hours ago · - Rabeah Mohd Ali YA ALLAH KAU PERKENANKAN HAJAT KALBUKU INI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di pagi yang syahdu yang penuh berkat ini
Ku merayu padaMu Ya Allah
Aku hambaMu yang:
lemah tidak terlepas daripada kelalaian dunia
justeru Kau sentiasalah mengingatkan aku
letih tak bermaya untuk berbuat amal
Kau berilah tenaga supaya aku sentiasa kuat beramal
malas untuk membaca KalamMu Yang Maha Agung
sedangkan KalamMu itulah yang akan menjadi peguam bela ku
tika di alam kubur dan menyelamatkan aku daripada seksa kubur
justeru Kau rajinkanlah aku untuk membaca Kitab suciMu
dan kitab suciMulah menjadi sahabatku yang paling setia
yang memberi ketenangan dan sentiasa menasihatikan aku
di kala aku terlalai dan leka.
bicaraku suka menyakiti hati manusia semaada
secara sedar ataupun tidak
sehinggakan mereka terguris hatinya
atas bicaraku yang tidak menggunakan akalku
Ya Allah
biarlah hatiku yang terguris....
biarlah hatiku yang hancur
jangan hati mereka yang luka
kerana Kau tidak suka hambaMu
yang suka menyakiti hati orang
Justeru Kau sentiasalah menjaga lidahku
daripada kelalaian berkata-kata
Ya ....Allah Kau berilah ilham pada
semua hambaMu yang telah kusakiti hatinya
agar dapat memaafkan aku
agar dosaku terhadapnya terhapus di dunia
tidak dibawa di akhirat
negeri yang amal kebaikan semua berharga
dan akan dituntut oleh mereka yang aku sakiti
apabila pahala yang kumiliki di bahagi-bahagi kepada mereka
jadilah aku hambaMu yang muflis
dan aku akan dimasukkan ke neraka
Nauzubillah! Aku tak mahu begitu Ya Allah
Justeru sinarkan Nur hidayah KasihMu padaku selalu
agar bicaraku sentiasa menyejukkan hati semua hambaMu
berkasih sayang saling bertalisiraturrahim hanyalah keranaMu
perbuatanku yang selalu melalaikan
mengutamakan dunia daripada akhirat
justeru Kau sentiasalah mengingatkan aku
dari segala kelalaian yang akan
membinasakan jasad dan rohku
Yang kutakuti pabila kelalaianku
menjadikanku di kalangan hambaMu yang rugi
apabila dosa tak terampun
kerana pekara yang kecil pun ku anggap mudah
lalu terhimpun menjadi dosa yang
banyaknya bak menggunung tinggi
apabila dosaku tidak kau ampuni
atas kelalaianku
pasti di kala matiku
Kau tidak akan menerima rohku
apa tah lagi jasadku
amat malanglah nasibku di kala itu Ya Allah
penyesalan mesti kutangisi sepanjang berada di alam barzah
tapi penyesalan yang sudah tidak bererti lagi
aku menangis air mata darah sepenuh bumi pun
Kau takkan hidupkan kukembali untuk menebus segala kesilapan
Ya Allah justeru Ku Mohon PadaMu Ya Allah
Sebelum aku Kau jemput ke alam kubur tempat segala azab kubur
Kau sentiasalah memberi Hidayah Nur Iman yang berkekalan
sehingga nafas terakhirku
agar bila jenazahku dimasukkan ke liang lahat
setelah semua yang hadir pulang
Kau terima rohku
Pasti Kau terima jasadku
Tidaklah aku menyesal tika berada di alam barzah
yang tidak akan siapa yang dapat menolongku
kecuali amal soleh yang ikhlas keranaMu
Itu saja yang akan Kau terima
Niat selain daripada itu tidak akan Kau terima
Justeru kupohon darimu Ya Allah
Pilihlah aku di kalangan hamba-hambaMu
yang membuat amalan semata keranaMu
bukan kerana untuk mendapat pandangan manusia
biar nanti bila aku sudah bergelar roh
bila orang yang kukenali mendoakanku
agar aku dimasukkan di kalangan roh yang beramal soleh
di aminkan mereka diaminkan yang ada di langit di bumi
di aminkan para malaikat yang membawa wangian Syurga
sebelum aku bertemu denganMu
Masya-Allah tenangnya rohku di kala itu!
Ya Allah setiap yang baik itu semuanya datang dariMu
jika apa yang kutulis dari kalbuku ini baik
kumohon Padamu sinarkanlah Nur Hidayah KasihMu padaku
kepada sesiapa juga yang membacanya
agar aku dan mereka sama-sama muhasabah diri sentiasa
hingga tiada apa yang difikirkan hanyalah KebesaranMu Tuhan
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Rha NS
8 Ramadhan 1432H
8 Ogos 201116 hours ago · - Rabeah Mohd Ali YANG PALING KUTAKUTI PABILA DI HUJUNG HAYATKU NANTI
sebagai manusia biasa yang ada naluri ingin kelihatan cantik
bergaya di pagi raya dan meraikankan Hari Raya Yang Mulia
memang tidak dapat dipisahkan termasuk juga aku...
selagi ada naluri tanyalah pada siapapun yang mempunyai naluri
yang ingin indah di pagi raya jawapannya mesti sama...
biarlah segala amalan tersembunyi hanya Allah saja yang tahu
isi hati hambaNya.
Ketahuilah Allah menilai dan menerima hambaNya di kala penghujung
hayat hambaNya. Dan aku amat takut di penghujung hayatku aku
tertolak menjadi hambaNya yang tidak diterima disebabkan keegoaan
tika berdakwah kerana kurasakan akulah yang sempurna imanku sedangkan tiada nilaian di sisi Allah kerana sifat bangga pada ilmu yang cuma setitis ini. Itulah yang paling kutakuti ..
Sedangkan mereka yang awalnya hidup penuh dengan kelalaian di penghujung usia penuh dengan kebaktian yang ikhlas diterima Allah.
Moga aku sentiasa diberi Allah petunjuk dalam menuju jalan redhaNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 Ogos 201116 hours ago · - Rabeah Mohd Ali YA ALLAH MATIKAN AKU DALAM KALIMAH SYURGAMU
LAAILLAAHAILLAALLAHMUHAMMADARRASULLAH
by Rabeah Mohd Ali on Thursday, August 25, 2011 at 10:02pm
Kebaikanku bukan untuk mendapat pandangan manusia
tapi redha Allah yang kuharapkan.
Ketidaksempurnaanku dalam apa jua perbuatan dan
tutur kata kumohon pada semua manusia agar maafkan
aku dan mohon Allah ampunkan aku segala kesalahanku
sepanjang aku hidup di dunia ini.
Moga manusia maafkan aku dan Allah ampunkan aku
kerana aku mahu mati tanpa ada permusuhan dengan manusia
dan dimurkai Allah selama aku berhidup di muka bumi ini.
Ya Allah jika kuberhidup di muka bumiMu ini hanya untuk
menyakitkan hati manusia dan berniat jahat pada mereka ...
kau ambillah nyawaku ...
Ya Allah telah kuserahkan segala jiwa ragaku padaMu...
hidup matiku hanyalah untukMu.
Kupasrah segala takdir yang telah Kau tentukan padaku.
Ya Allah ....hanya Kau Yang Maha Tahu siapa aku...
cuma yang ku mohon padaMu sebelum Kau menjemputku...
matikan aku dalam kebaikan dan dapat mengucap kalimah SyurgaMuu
LaaillahaillaAllahMumaddarRasullullah.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
25 Ramadhan 1432H
25 Oogos 201116 hours ago ·
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
18 November 2011
0 comments:
Post a Comment