Friday, 18 November 2011

MENUJU REDHAMU DAN CINTAMU YA ALLAH KABULKAN HAJATKU HAJAT SAHABATKU


  • Rabeah Mohd Ali

    SAHABATKU KU SAYANG KAMU KERANANYA
    by Rabeah Mohd Ali on Thursday, August 18, 2011 at 2:27am

    Sahabatku...

    Persahabatan yang terjalin kerana Allah
    Amat indah
    Tutur kata indah
    Bahasa kalbu adalah doa kita
    Tiada akan terasa hati
    Di antara kita
    Kerana kita saling memahami
    Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
    Itulah kemesraan persahabatan kita
    Saling :
    Ingat mengingati
    Sokong menyokong
    Pesan memesan
    Berkasih sayang
    Demi keranaNya
    Andai kata sepanjang persahabatan kita
    Ada kata-kataku yang membuatmu terguris hati
    Segera kuhulurkan tangan memohon maaf padamu
    Agar dengan terguris hatimu
    Akan menggugat tali persahabatan kita
    Biarlah kita bermaafan segera
    Kerana ku takut tidak berkesempatan nanti
    Umur kitakan dalam pengetahuanNya
    Itu antara alam ghaib yang mesti kita imani di hati
    Sekiranya kita sudah bermaafan di dunia
    InsyaAllah di akhirat nanti
    Tiadalah akan berlaku salah menyalah
    Aku tidak mahu itu terjadi
    Biarlah kita selesaikan apa yang kusut di dunia
    Sebelum kita diperhitungkan di akhirat nanti
    Salam kasih sayang setulusnya dariku
    Untukmu sahabat yang kusayang dunia akhirat.

    Karya: Rha NS
    5 Ramadhan 1432H
    5 Ogos 2011
    · · 20 hours ago


    • Athaya Nabila likes this.


      • Athaya Nabila Terima kasih untuk uluran persahabatan yang bunda berikan,,terima kasih untuk selalu membawaku dan mengingatkanku akan keindahan persahabatan dan senantiasa mengajarkan ilmu untuk kebaikan di dunia dan untuk akhiratku,,,mengajarkan arti memaafkan,,mencintai dengan cinta luar biasa karena Nya,,
        7 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Syukur kepada Tuhan diperkenalkan aku dengan mu...
        Kau di antara sahabat yang tak jemu berkomunikasi denganku. Bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu adalah bahasa yang kau faham aku faham dan kita berdua bahagia dengan dunia persahabatan yang terlalu indah diungkapkan dengan kata-kata...

        Biar pun kita berbicara tanpa empat mata tapi kata-kata kalbuku kalbumu bersatu menusuk di kalbu dan ada kalanya aku menangis terharu dalam sendu amat bahagia dan penuh keindahan seperti kkta sedang berbual-bual di sebuah taman-taman Syurga yang indah... aduhai...sememangnya sahabat beginilah yang kuidami untuk menjadi pendampingku...matlamat perbualan menginsafi diri yang serba tidak sempurna dan mengakui Kekuasaan Dan Kebesaran Tuhan mengatasi segalaNya dan kita sama-sama berazam menjadi hamba Allah dalam redhaNya hingga ke akhir nafas. Amin Ya Rabbal A'Lamin

        5 hours ago · · 1

      • Athaya Nabila betapa indah nya kala nanda bisa bertemu dan berbincang langsung dengan bunda kan terasa teduh dan tenang berada disisi bunda,,rasa keluh yang sirna akan kenyakin apa yang menjadi janji janjiNya,,yang tertuang dalam catatan-catatan bunda
        5 hours ago · · 1
        Rabeah Mohd Ali Bukan nanda seorang rasakan begitu...bunda pun rasakan...sejak dulu lagi...di imaginasi bunda sering bayangkan kita sama-sama bantu membantu mencari majlis ilmu kemudian mengajar. Perjuangan kita tak perlu diketahui orang hanya Allah saja yang tahu dan yang paling seronok sekali apabila kita menunaikan haji bersama! Ya Allah di hari Jumaat Penghulu Segala Hari..Kau kabulkan hajatku hajat sahabatku dalam menuju redhaMu dan CintaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        5 hours ago · · 1


      • Athaya Nabila Amin Ya Rabbal A'lamin betapa indahnya bunda bisa kerumah Allah,,bersama Bunda Ya Allah Kabulkan doa ini Amin
        5 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin. Pasti kita menangis bersama betapa Allah sayangkan kita...kabulkan doa kita...di kala itu kista lafazkan bersama Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar!
        5 hours ago · · 1

      • Athaya Nabila iya bunda Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
        5 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Baru membayangkan aje sudah rasakan indahnya...inikan jika menjadi realiti nanda Nur Nabila ... Subhanallah Alhamdullillah Allahu Akhbar!
        5 hours ago · · 1

      • Athaya Nabila iya bunda,,,tapi subhanallah kalau itu bener bener ,,karena rasa tak mungkin nanda bisa ke rumah Allah
        4 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Bilamana Allah Kata Kun Fayakun Yang Tak Bisa Akan Jadi Bisa .kan nandaku...Yang penting kita usaha doa dan tawakal untuk ke arah itu...betul tak nandaku?
        3 hours ago ·

      • Athaya Nabila bener banget bunda andaikan nanda bisa kesana adalah memang mukzizat dri Allah..karunia yang luarbiasa...Amin
        3 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Nanda amalkan doa ini ye:

        ALLAAHUMMALTHUF BII FII TAISIIRII KULLI' ASIIR,
        FA-INNA TAISIIRO KULLI 'ASIIRIN 'ALAIKA YASIIR,
        WA-AS-ALUKAL-YUSRO WAL-MU'AAFAATA FIDDIINI WADDUN-YAA WAL AAKHIROH. YAA ARHAMAR RAAHIMIIIN.

        "Ya Allah! Berbuat lembutlah terhadap diriku dalam memudahkan segala yang sukar, kerana sesungguhnya memudahkan segala yang sukar adalah hal yang mudah bagiMu, dan aku mohon kepadaMu kemudahan dan kemaafan, sama ada dalam urusan agama, dunia ataupun akhirat. Wahai Tuhan Yang Maha Rohim"

        Diijazahkan oleh:
        - Kiyai Haji Abdus Somad Abi Junaidi

        2 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali DOA KEMUDAHAN DAN KEBERKATAN REZEKI

        ALLAAHUMMA INNII AS-ALUKA ANTARZUQANII RIZQAN
        HALAALAN WAASI'AN THAYYIBAN MUBAAROKAN
        FIIHI MIN GHAIRI NAQSHIN WALAA TA'ABIN WALAA
        NASHOBIN WALAA MASYAQQATIN WALAA DHAIR,
        INNAKA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR. WABIL IJABATI JADIIR.
        WASOLLALLALLAAHU 'ALAA SAYYINAA MUHAMMADIN WA-A'ALA AALIHII WASOHBIHII AJMAIIN.

        "Ya Allah!Kurniakanlah kepadaku rizeki yang halal dan banyak, baik
        dan berkat tanpa ada kekurangan, tanpa susah payah dan tanpa letih. Sesungguhnya Engkau Maha  Kuasa atas segala sesuatu dan mengabulkan setiap permohonan. Dan semoga selawat dan salam tercurah keharibaan junjungan kami Nabi Muhammad saw, ke atas keluarganya dan seluruh sahabatnya"

        Dijazahkan oleh:
        -Kiyar Haji Abdus Somad Abi Junaidi

        2 hours ago · · 1

      • Athaya Nabila terima kasih bunda insyaallah akan nanda amalkan..moga2 ijabah amin ya rabbala'lamin
        10 minutes ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
        7 minutes ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      18 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;