Tuesday 15 November 2011

CINTAKU BERBAGI DUA DEMINYA



DUHAI WANITA YANG BERGELAR ISTERI SOLEHA

Duhai wanita yang bergelar isteri soleha
Kiranya semua isteri di dunia ini berhati sepertimu...ku yakin Sunnah Nabi akan
menjadi satu keutamaan bukan sendaan
Pengorbanan perasaan dan jiwamu terlalu mencengkam pabila kasih berbagi dua
Demi untuk mendapat redha suami kau relakan
Demi untuk mendapat redha Allah kau ikhlaskan
Moga pengorbanan kasihmu tidak tersisih kerana dia
Moga pengorbanan cinta ikhlasmu pada suami
dibalas Allah dengan balasan
CintaNya Balasan SyurgaNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin



Karya Rha NS
16 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;