Duhai wanita soleha suamimu hanyalah pinjaman dariNya
Duhai wanita soleha
Kau kata kau mahu masuk Syurga
Tapi bila diuji gimana?
Adakah kau bersedia untuk di uji?
Bilamana suamimu yang kau cintai separuh mati
Yang pernah bersumpah setia untuk sehidup semati
Jatuh cinta pada wanita lain?
Adakah kau akan terima dengan pasrah dan redha?
Mana bisa mungkin kau mahu berbagi cinta
Kalau tidak jawapannya...
Suamimu hanyalah pinjaman dari Tuhanmu
Katakan takdir menyelebahimu
Suamimu membatalkan niatnya mencintai wanita lain
Tapi tanpa kau duga
Takdir mengatasi segalanya
Suamimu dijemput Ilahi
Kau derita ketiadaannya
Derita cinta yang terlalu parah
Atas nama cinta sehidup semati
Tapi untuk berapa lama kau
sanggup pertahankan cinta?
Kata nak sehidup semati
Tapi kau tak juga mati menyusulnya
Sebab nyawa bukan milik kau
Sebab itu suamimu yang kau cinta separuh mati
itu hanyalah pinjaman dariNya
Dua tahun berlalu
Kau kesepian tanpa cinta
Kau perlukan cinta daripada seorang yang bergelar lelaki
Tapi kau masih menafikan demi mempertahankan cinta yang telah tiada
Seorang hamba Allah yang mulia hatinya
Sanggup berbagi cinta untukmu
Dia melamarmu untuk suaminya yang tercinta
Adakah kau akan menolaknya?
Biarpun kau ingin menolaknya
Jika takdir mengatasi segalaNya
Jika itu sudah tersurat
Siapalah kau untuk menafikan takdir dariNya.
Karya Rha NS
16 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment