Sunday, 13 November 2011

RAKYAT SABAH SERUMPUN SEBUDAYA HARAPAN AWANG KARIM KADIR


  • Awang Karim Kadir

    RAKYAT SABAH SERUMPUN SEBUDAYA

    Sepatutnya yang difikirkan oleh para pemimpin kita pada hari ialah bagaimana memperbaiki lagi sistem pentadbiran dlm politik maysArakat kita, supaya rakyat dapat menikmati kemajuan pembangunan yang saksama; tanpa prejudis kaum dan agama. Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan mencari unsur persamaan, menjauhi isu2 sensitif yang menyentuh latar belakang sejarah kaum, mencari titik persamaan dlm hubungan budaya ke arah penyatuan bangsa dan memperkukuh formula perkongsian kuasa politik yg telus dan berintegriti. Setiap pemimpin harus dapat membawa kemakmuran dan kemajuan; bukan idiologi yang bersifat prejudis dan berbau perkauman dengan istilah2 yang boleh membangkitkan dendam, sedangkan sebelum ini kita tidak pernah dipisahkan oleh perbezaan idiologi politik, agama dan budaya. Politik Sabah harus kembali ke akar bumi perpaduan pelbagai kaum berlandaskan persamaan budaya serumpun.
    · · · Saturday at 9:31pm ·

    • You and 15 others like this.

      • Nizam Abdul Jalil sebab tu tuan..kadang kala..saya fikir negara kita harus dipimpin oleh ahli akademik seperti Prof Ungku Aziz..jadi PM,.,.anaknya jadi menteri kewangan...
        Saturday at 9:44pm · · 1

      • Rosnah Tugang Kita dimestikan menghayati erti kata SATU MALAYSIA. Entah apa2 lagi berlebalkan 1M seterusnya dibudayakan kepada rakyat Malaysia tak kira siapa & d mana. Setahu saya celik saja saya dan mula melihat budya kaum/etnik lain d luar lingkungan keluarga, 1M ini adalah amalan seharian dalam masyarakt dan budaya sabah. Jadi ada sesiapa dapat memberi komen? Secra peribadi saya berpendapat- Sejarah kewujudan sesebuah negara di kecilkan khasnya SABAH perlu diberi penghargaan dan pengiktirafan. Bukan ekstrem tapi sekadar ingin berkongsi apakah perjuangan pemimpin kita jelas dan telus?. Pewaris kita akan menyesali tindakan pemimpin terdahulu jika merugikan generasi akan dtg. Apapun, meneyelam sambil minum telah tersurat disebalik tersirat. Nak hidup............
        Saturday at 10:16pm ·

      • Awang Karim Kadir Ahli akdemik yang berilmu dan bukan prof kangkung tn NAM. Banyak ahli akademik yang jadi penyangak hak rakyat apabila tidak berilmu dan bertauhdi kpd Allah tn...RT kamu adalah antara pemimpin anak bangsa kita yg kita harapkan. Walau dari aspek yang berlainan bidang.
        Saturday at 10:36pm ·

      • Nizam Abdul Jalil kalau prof kangkung pun ada kelebihan nya tuan awang..kita buat gulai lomak hahahaha
        Saturday at 10:40pm ·

      • Awang Karim Kadir kah kah kah kau ni tuan ; aku mau serius pun tak jadi...
        Saturday at 10:45pm ·

      • Awang Karim Kadir memang prof kangkung bagus sikit daripada kangkung berlagak profesor tuan...
        Saturday at 10:47pm ·

      • Nizam Abdul Jalil ihihih..kita seriuslah ni tuan....kan kita ngakkk pernah dijajah..kalau kita dijajah cam mana kita dapat ketwa gembira begini ..
        Saturday at 10:47pm ·

      • Awang Karim Kadir Ya; mungkin ada benarnya tuan. Tapi kita yang menjajah diri kita sendiri dengan sistem politik dan budaya barat tuan. Kita yang menjajakannya pada org kita sendiri, akhirnya kita terjajah dengan sendirinya...
        Saturday at 10:50pm · · 1

      • Nizam Abdul Jalil lalu belenggu itu..maknanya kita sendiri jualah kena rungkaikan..
        Saturday at 10:53pm ·

      • Awang Karim Kadir Ya,ya,tuan...tapi harus melalui perjuangan tn, sebab tangan kita juga sedang terikat dan kita sebahagian daripada yang terbelenggu itu...
        Saturday at 11:02pm ·

      • Nizam Abdul Jalil memang susah dan sukar kerja melepaskan diri sebegini..lagi mudah melepaskan anjing terjepit..mahu gigit kubaling batu..ini ..kalau ku baling..memang sah kjena kepala sendiri..tamsilannya
        Saturday at 11:05pm ·

      • D' Toruntud D' Toruntud aq sangat bersetuju.
        Saturday at 11:17pm ·

      • Mohd Amini Abdullah Pandangan seperti ini amat bermakna kepada masyarakat yang faham erti semangat perpaduan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada berbagai bangsa,kebudayaan,kepercayaan dan agama. Latarbelakang sejarah suku kaum tidak perlu diungkit lagi dan dijadikan isu politik oleh para pemimpin demi mengekalkan keharmonian rakyat negara ini.
        Saturday at 11:38pm · · 2

      • Haji Salim Ibrahim di sabah ini, ada ruang dalam fbook ni yang dijadikan sebahgian memberinya sebagai landasan mengapi api perpecahan kaum trmsuk sensitiviti agama. mungkin pada mulanya ruang itu untuk kebajikan atau mmperjuangkan hak, tetapi tersasar sehingga terlalu sensitif.
        22 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Jika Rakyat Sabah Serumpun Dan Sebudaya sepertimana yang diutarakan oleh sahabatku Awang Karim Kadir menjadi realiti Insya-Allah Pasti Malaysia CEMERLANG GEMILANG TERBILANG!
        3 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
      14 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;