Lina Mohamad Lin
- 3 people like this.
- Rabeah Mohd AliKamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
Wangian cintamu yang tak pernah padam
Kesudianmu untuk membalas kasihku biarpun sekadar
Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
Terkedu dalam sendu.
Keceriaanmu bersama teman-temanmu
membuatkan aku cemburu
dan aku mahu untuk bersama mereka
menikmati keceriaan hidupmu yang selama
ini mendung dilitupi awan kelabu.
Syukur padaNya
Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
menyerikan taman cinta suci
Biarpun kemarau panjang
Kau tetap bertahan
Menanti hujan turun
Menyegarkan suasana taman cinta tandus.
Wangian cintamu
Duhai sahabatku
dapat kuhidu dari sini
Walaupun kita
Jauh terpisah
Ketahuilah sahabatku
Ku di sini menanti
Setiap bulan purnama
Untuk menerima balasan senyumanmu
Pengubat rinduku
Kasih terbalas sudah
Aku amat mensyukurinya
Terima kasih sahabatku
Kerana sudi membalas talisiraturrahim ini
Biarpun kau jauh di sana
Berkongsi bulan purnama.
Kupandang bulan purnama
Pasti kuterima
Balasan senyumanmu
Setulus kasihmu padaku.
Karya: Rha NS
19 Julai 201111 hours ago · · 1 - Lina Mohamad LinIndahnya nukilanmu sahabatku tidak terperikan, manis bahasamu begitu mempesona pendengaran. Di balik madah2 puitismu ada sesuatu yang kau jejak walau belum kau temuinya. Semarakkanlah sayap kasihmu ke udara langit terbuka. Biar beburung turut terbang menyiulkan irama rindumu. Biar awan putih berarak tenang mengikut pesanmu. Nanti malam akan mengerti bila rembulan menyapa di celah gunung. Ayu jelita, salam manisku buatmu sahabat dari kejauhan ini..senja kuning sepetang yang kering.6 hours ago · · 1
- Rabeah Mohd AliDuhai sahabatku Lina...biarpun ku hanya bisa melhat senyumanmu namun rasanya kau sedang berkata-kata denganku...sungguh mesra walaupun itu cuma bahasa kalbumu saja yang kubaca...ditakdirkan kita berjumpa pasti indah saat itu...kita akan berbual panjang...sambil menghayati panorama keindahan CiptaanNya yang akan menggamit ilhamku untuk menulis puisi indah buatmu sahabat yang terkasih di hati.
Tika itu senja sepetang yang kering akan menjadi ceria dengan senyuman kita berdua...pasti mentari yang ingin melabuhkan tirainya akan tersenyum sambil melambai mengucapkan selamat tinggal kepada kita dan kita pun terharu penuh kesyukuran!6 hours ago · · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL LINA MOHAMAD LIN)
17 November 2011
0 comments:
Post a Comment