Wednesday, 16 November 2011

KEJUJURAN LAMBANG KEBAHAGIAAN ROH DAN JASAD


BERERTINYA KEJUJURAN



Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.

Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.

Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.

Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.

Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.

Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.

Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.

Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.

Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .

Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada kekekalan.

Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.

Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.

Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.

Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.

Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.

Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.

Karya: Rha NS
20 Julai 2011
· · 20 hours ago


  • Rans Romeo and Athaya Nabila like this.


    • Athaya Nabila semogalah nanda termasuk orang2 yang jujur insyaallah,,,meski kadang sedikit tidak jujur mohonlah diampunkan OlenNya,,hehehehe mungkin berbohong demi kebaikan,,,boleh gak ya bunda,,,
      19 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Bunda pun bukan manusia yang sempurna
      Bohonglah kau tak bohong dikit...hihi
      Tapi apapun kejujuran lambang kebahagiaan roh dan jasad
      betul ngggak nanda? hihihi

      19 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila yups betul banget bunda,,,kejujuran adalah lambang kepribadian kita,,jadi harus bener2 dijaga,,,eheheh gitu ya bunda,,
      19 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Simpanlah kejujuranmu kejujuranku dalam hatimu dalam hatiku...hihhi
      19 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila SIAP bunda laksanakan perintah dari bunda,,,
      19 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Ada kalanya kejujuran pasti diuji hinggakan kita tak tega untuk mempertahankannya betul nggak nanda hihihi
      19 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila hehehehe iya bunda,,,orang jujur kalau berbohong pastilah kelihatan,,,
      19 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Moga kita tak pernah goyang biarpun tsunami datang membadai hihihi walau apapun persahabatan kita pernah juga kecundang...hihihi
      19 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Moga selepas ini jika ada luka di hati segeralah kita jahit luka dengan benar cinta kasih sayang abadi agar tak terluka lagi ye nanda...
      19 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila oke bunda,,,semoga lukanya lekas mengering dan tak ada lg luka2 baru,,terima kasih bunda semoga Allah mendengar Nya Amin amin amin ya rabbal'alamin
      18 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Saling memaafkan kerana ketidaksempurnaan diri adalah lambang ketenangan abadi. Amin Ya Rabbal A'Lamin
      18 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila insyaallah Amin amin amin ya rabbal'alamin
      18 hours ago · · 1


  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    17 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;