Duhai permata hatiku
Nanda yang kusayang dunia akhirat
Kelahiranmu di dunia ini adalah anugerah dariNya
Sejak kelahiranmu bunda sudah berjanji
Bersumpah setia menjadikanmu anak yang
memberi manfaat kepada
dirimu
orang tuamu
semua penghuni bumi
agamamu
bangsamu
tanah airmu
Itulah kebahagian dunia akhirat nandaku
Adakalanya bunda rasa tewas
dalam mendidikmu ke arah itu
Bunda benar-benar berputus asa
Bunda lelah
Bunda capek
Telah kering air mata bunda
Namun kau tidak mahu juga berubah
Di usia muda hingga ke usia senja kau masih begitu
Jikalah air mata yang jernih ini masih tidak boleh mengubahmu
Mahu saja bunda ngalirkan air mata darah agar kau tahu
bunda hendak sangat melihat kau menjadi anak yang seperti
bunda harapkan!Bunda idamkan!
biar kau tahu betapa terlukanya hati bunda dengan sikapmu
tak mahu berubah masih menjadi anak yang tidak mahu
berjuang ke jalan Allah...
Ya...bunda inginkan anak-anak bunda yang rela mati demi
kerana agama Allah
Hidupnya kerana Allah
Matipun kerana Allah
Kerna matlamat bunda yang tak pernah padam ini...
Bunda takkan berputus asa...
Mana tahu berkat kesabaran bunda mendidikmu dan mendoakanmu
Allah makbulkan doa bunda ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
22 Disember 2011
Like · · 28 minutes ago near Petaling Jaya
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
21 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment