Saturday 24 December 2011

NEGARA LAHIRKAN AHLI SUKAN RAMAI SUDAH MENJADI TERNAMA

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Karya Rha NS
24 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;