Saturday 24 December 2011

PANTUN KOPERASI USAHAWAN BELIA SABAH CADANGAN KU ILHAMMU

Ku Ilhammu...ku kagumi dikau,
Remaja berminda kelas pertama;
Menjana idea bernas dari ilhammu,
Kau adalah remaja idola semua.

Idea yang kau kemukakan amat berharga,
Untuk menubuhkan koperasi usahawan belia Sabah;
Disokong pula Datuk Jeffry yang mulia,
Belia Sabah cemerlang gemilang Insya-Allah.

Seorang usahawan cepat merebut peluang,
Justeru cepat bertindak memulakan strategi;
Membina Empayar Perniagaan Usahawan Gemilang,
Pasti belia Sabah tak sabar menanti.

Pasti belia Sabah tak sabar menanti,
Idea ku ilhammu direaliasi;
Pasti Datuk Jeffry penyokong koperasi,
Mencurah ilmu perniagaan agar diminati.

Mencurah ilmu perniagaan agar diminati,
Belia Sabah beratur mendaftarkan diri;
Ingin mengubah nasib diri,
Menjadi kebanggaan keluarga yang dicintai.

Pasti belia Sabah berlumba-lumba,
Ingin berjaya di bidang perniagaan;
Berusaha hingga berjaya,
Kejayaanmu disambut dengan kesyukuran.

Kejayaanmu kejayaanku,
Pasti Datuk Jeffry tersenyum bangga;
Berkat idea ku ilhammu,
Kejayaan ditempa berkat segala usaha.

Ku di sini dari jauh mengucapkan tahniah,
Kepada bakal-bakal usahawan juwatan dunia akhirat;
Berusalah hingga berjaya jangan sekali mengalah,
Insya-Allah kalian berjaya kerana rezekimu yang berkat.

Sampai di sini aku berpantun,
Berpantunku demi kasih sayang,
Sayangkan belia Sabah yang berbicara santun,
Kudoakan kejayaan kalian agar cemerlang dan gemilang.

Karya Rha NS
24 Disember 2011
Like · · a few seconds ago near Petaling Jaya

0 comments:

Post a Comment

 
;