Wednesday, 16 November 2011

MENGHARGAI PERSAHABATAN IKHLAS KERANANYA



Rabeah Mohd Ali
WANGIAN CINTAMU TAK PERNAH PADAM

Kamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
Wangian cintamu yang tak pernah padam
Kesudianmu untuk membalas kasihku biarpun sekadar
Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
Terkedu dalam sendu.

Keceriaanmu bersama teman-temanmu
membuatkan aku cemburu
dan aku mahu untuk bersama mereka
menikmati keceriaan hidupmu yang selama
ini mendung dilitupi awan kelabu.

Syukur padaNya
Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
menyerikan taman cinta suci
Biarpun kemarau panjang
Kau tetap bertahan
Menanti hujan turun
Menyegarkan suasana taman cinta tandus.

Wangian cintamu
Duhai sahabatku
dapat kuhidu dari sini
Walaupun kita
berlainan benua.

Ketahuilah sahabatku
Ku di sini menanti
Setiap bulan purnama
Untuk menerima balasan senyumanmu
Pengubat rinduku
Kasih terbalas sudah
Aku amat mensyukurinya
Terima kasih sahabatku
Kerana sudi membalas talisiraturrahim ini
Biarpun berlainan benua
Berkongsi bulan purnama.

Kupandang bulan purnama
Pasti kuterima
Balasan senyumanmu
Setulus kasihmu padaku.

Karya: Rha NS
19 Julai 2011
· · 9 hours ago

    • Athaya Nabila pastilah senyum bunda kan terasa indah dan teduh bersama terangnya sinar bulan purnama,,tak akan bosan nanda memandangnya untuk mencari ketenangan jiwa ,,,
      8 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Senyuman mu apa kurangnya nanda ...bikin bunda nggak tidur malam asyik merinduimu hihihi sebab itulah bunda abadikan senyuman nanda yang manis itu di blog bunda....hihihi...biar dunia tahu bunda menghargai persahabatan kita yang ikhlas keranaNya...
      8 hours ago · · 1
    • Athaya Nabila hehehee bunda bisa aja nih menyanjung orang tapi terima kasih untuk penghargaan itu bunda,,,insyaallah dan semoga ikhlas karenaNYa
      8 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      8 hours ago · · 1
    • Athaya Nabila Amin Ya Rabbal A'lamin
      8 hours ago · · 1


  • (PETIKAN DARIPADA  WALL RABEAH MOHD ALI)
    16 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;