- LEMBUTKAN HATIMU
Ibu makanlah dulu roti canai ni...
Tak nak...ibu tunggu zana kita makan bersama
Nanti dah sejuk tak sedap.....nak tunggu yang sedang dimasak ni lama lagi
Tak pe ibu tunggu...ibu suka makan sama-sama...
Ibu suka gunakan masa yang Allah beri peluang kita bersama....
Ibu nak jadi hamba yang bersyukur.....dikurniakan anak yang sihat...cantik..pandai
cari nafkah....kalau Allah Kurniakan anak yang sakit macam mana? Sebab itu ibu kena Syukur banyak-banyak
Kita tak tahu selepas ini apa yang berlaku pada kita....mana tahu selepas ini ibu sibuk ke...atau meninggal ke...kita tak tahu apa berlaku selapas ini kan! Jadi selagi Allah izinkan kita bersama ...kita gunakan masa sebaiknya....dah lama ibu nak ajar IQRAK ...sibuk aje jawabnya tapi kalau tengok filem Korea berjam-jam ada pulak masa...Ya Allah lembutlah hati anakku ini...berilah kekuatan padaku untuk mentarbiyahkannya...berilah hidayah padanya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
"Amin Ya Rabbal A'Lamin"
Sejuk hati ibu...lembutkan hatimu ye nak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment