Sunday 19 February 2012

MISTERI ASAL-USUL SILAT - HIBATULLAH YUSOF AL-HAJ




Tengku Shawal Tengku Aziz likes a photo.

  • MISTERI ASAL-USUL SILAT
     ·  ·  · December 12, 2011 at 11:15pm · 
    • You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 19 others like this.
      • Muhammad Harizz Ini pengasas shaolin kan??
        December 12, 2011 at 11:24pm ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Suatu hal yang menarik untuk dibincangkan bersama. Silat adalah seni mempertahankan diri dalam rumpun Melayu. Namun asal-usulnya dianggap misteri. Ada yang menyatakan bahawa yang mula-mula diketahui mengajar seni mempertahankan diri di timur ialah Budi Dharma (beragama Buddha). Asal usul Budi Dharma pun tidak jelas, ada yang menyatakan bahawa dia berasal dari Parsi, berjanggut lebat dan bermata biru. والله اعلم
        December 12, 2011 at 11:25pm ·  ·  3
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Ada pendapat menyatakan bahawa Budi Dharma berbangsa Melayu dan berasal dari Kerajaan Srivijaya. Diharap para pesilat dapat kongsikan maklumat berkenaan asal-usul silat dan sama ada ia ada kaitan dengan Budi Dharma atau tidak.
        December 12, 2011 at 11:33pm · 
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Malah, dikatakan bahawa Budi Dharma kemudiannya pergi ke negara Cina dan membuka Shaolin Monastry, mengajar Kung Fu Shaolin. Dan dikatakan bahawa Shaolin berasal dari perkataan Silat. Semoga mendapat pencerahan.
        December 12, 2011 at 11:37pm ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Budi Dharma kemudian dikatakan ke Jepun lalu membuka Shorinji Monastry, lalu mengajarkan Karate. Dan bahawa Shorinji berasal dari perkataan Serinding. Semoga ada yang dapat menjelaskan duduk perkara.
        December 12, 2011 at 11:40pm ·  ·  1
      • Syed Salleh Alatas Guru guru silat Melayu ada yang menyatakan Ilmu Persilatan berasal dari NAbi Muhammad kepada Siti Fatimah. Juga kepada Saidina Ali (Rasulullah menggelarnya "Pintu kepada Kota Ilmu").... sehingga turun temurun kepada kita hari ini. wallahu a'lam.
        December 12, 2011 at 11:40pm ·  ·  3
      • Minix Kernel adakah sama macam cite lakonan keanu reeve - Little Buddha ?
        December 12, 2011 at 11:41pm ·  ·  2
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Sahabatku Tuan Syed Salleh Alatas. Menarik maklumat itu. Mungkin kita boleh cari maklumat sama ada silat sudah wujud di Nusantara sebelum kedatangan Islam ke sini. Nampaknya silat dan keris lebih rapat hubungannya. والله اعلم
        December 12, 2011 at 11:48pm ·  ·  2
      • Lutfi Ramli mungkin sebelum kedatangan islam, seni mempertahankan diri org melayu tidak dipanggil silat...lagi pun perkataan silat ni berkait rapat dgn bahasa arab yg maksudnya jalan atau pun senjata...
        December 13, 2011 at 12:17am ·  ·  5
      • Johan Hamzah SILAT DAN KERIS ADALAH LAMBANG SENI BUDAYA BANGSA....JATI DIRI TERGAMBAR DALAM PENCAKNYA..KEHALUSAN BUDI TERPANCAR PADA BUNGANYA...MEMBONGKAR MISTERI SAMAKAH DENGAN MELESTARIKANNYA.....???
        December 13, 2011 at 2:29am ·  ·  2
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Tidak sama, Sahabatku TuanJohan Hamzah. Saya amat setuju bila dikatakan bahawa silat adalah lambang seni budaya bangsa. Mungkin tidak salah jika saya berpendapat bahawa silat adalah 'ciptaan' bangsa kita. Keris pun begitu. Apa-apa 'ciptaan' yang baik, sepatutnya dilestarikan oleh bangsa itu. والله اعلم
        December 13, 2011 at 6:42am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Saya juga tertarik dengan kenyataan Tuan Syed Salleh Alatas yang mengaitkan asal-usul silat kepada Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Saya berpendapat bahawa silat adalah seni mempertahankan diri (ilmu perang), sebagaimana juga ilmu memanah, ilmu menunggang kuda, ilmu berenang, ilmu bermain pedang.
        December 13, 2011 at 6:51am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj ‎'Silat' mungkin nama yang diberikan kemudian, iaitu setelah seni ini dianggap budaya rumpun Melayu. Begitu juga istilah 'keris', ia adalah nama yang diberikan kemudian. Saya cenderung berpendapat bahawa nama-nama ini bermula sekitar zaman Merong Maha Wangsa.
        December 13, 2011 at 6:57am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Jurus-jurus, strategi dan teknik ilmu mempertahankan diri, termasuk ilmu-ilmu mistik tentulah sudah ada di Nusantara, sebelum zaman itu. Tidak dinafikan, ada pengaruh-pengaruh dari bangsa dan agama lain di dalam sebahagian dari disiplin seni ini.
        December 13, 2011 at 7:02am ·  ·  1
      • Iron Steel adakah bangsa arab dahulu juga bersilat? bagaimana mereka mempertahankan diri? bangsa arab kini bagaimana pula? mohon kongsi sesiapa yang tahu..
        December 13, 2011 at 7:05am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Izinkan saya catat lagi. Mungkin banyak dari jurus silat adalah berasal dari 'ilham' kurniaan Allah SWT kepada guru-guru silat. Ilham hasil memperhatikan sesuatu pertarungan, atau pergerakan haiwan dsb. Ia sebagaimana 'ilham' untuk membina kapalterbang. والله اعلم
        December 13, 2011 at 7:06am ·  ·  4
      • Iron Steel setuju..sebagai mana pergerakan haiwan itu mempertahankan diri...diadaptasi dgn kebijaksanaan manusia berfikir...
        December 13, 2011 at 7:09am ·  ·  2
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Bagus persoalan itu, Sahabatku Iron Steel. Saya juga tertanya-tanya soal itu. Saya dapati bahawa bangsa Arab mempunyai seni mempertahankan diri yang berbeza. Mereka tidak gunakan keris, tapi gunakan pedang dan panah. Setakat yang saya tahu, bangsa Arab tidak mempunyai jurus-jurus silat seperti yang ada pada bangsa kita.
        December 13, 2011 at 7:09am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Mungkin seni mempertahankan diri yang paling hampir dengan silat Melayu Muslim ialah Kalari Payat. والله اعلم
        December 13, 2011 at 7:11am · 
      • Iron Steel mungkin di asimilasi semasa perjalanan bangsa itu merantau ke negara2 asia..contohnya..pergerakan2 haiwan itu hanya yg terdapat di asia, harimau, ular sawa, bangau, helang dll..betol x uncle?
        December 13, 2011 at 7:12am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Saya setuju, Sahabatku Iron Steel. Jurus-jurus yang ada di sebelah timur (dalam Kung Fu, Silat, Karate dsb) banyak yang serupa dengan pergerakan haiwan kawasan tropika dan khatulistiwa.
        December 13, 2011 at 7:17am ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Mungkin, di zaman berkembangnya Islam di Nusantara, silat sudah wujud sebagaimana pergerakan yang kita lihat sekarang. Menurut catatan saudara saya, Pak Syeikh, di Gunung Ledang ada dua gelanggang silat zaman itu, iaitu Gelanggang Silat Datuk Adi Putra dan Gelanggang Silat Hang Tuah. Nampaknya, silat ada kaitan dengan para pendakwah di zaman itu.
        December 13, 2011 at 7:27am ·  ·  2
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Pada hemat saya juga, apa yang dinamakan silat mungkin tiada kaitan dengan Budi Dharma secara langsung. Cuma, pengaruh mungkin ada. Contohnya penggunaan tembong, tekpi, tenaga dalam (chi) dsb. Ia sudah tiada kaitan secara langsung (direct) kerana silat sudah punya identiti tersendiri. Perhatikan Lian, Sanggit, Tujuh Hari, Kuntau Melayu, Mustika Kwitang dan silat-silat 'tua' lainnya.
        December 13, 2011 at 7:35am ·  ·  2
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Pada hemat saya juga, 'pengisian' silat dengan berbagai doa dan amalan Islam adalah usaha-usaha untuk 'memperkasakan' dan 'memurnikan' silat, agar ia kembali kepada 'jatidiri' yang sebenar dan melestarikannya dalam masyarakat Melayu Muslim Nusantara. والله اعلم
        December 13, 2011 at 7:40am ·  ·  3
      • Said Kasdan minta maaf, tapi illustrasi di atas kalau x silap, japanese wood print memaparkan petapa bangsa ainu di hokaido. ada kaitan x dgn topic bicara ini?
        December 13, 2011 at 12:55pm ·  ·  1
      • Hibatullah Yusof Al-Haj Ia tiada kaitan secara langsung (direct). Sekadar hiasan saja.
        December 13, 2011 at 12:57pm ·  ·  1
      • Said Kasdan oh it's ok thank you.
        December 13, 2011 at 12:58pm ·  ·  2
      • Shazil Malex saya berpendapat : setiap bangsa dikurniakan senjatanya sendiri dan di beri seni seni nya termasuk pertahanan diri . Satu dari pembelajaran dari alam . kedua dari bangsa lain yang di ubah suai ketiga ilham seperti gerakan yang tidak di sengaja kan...yang di kaji ...dan terhasil dari amalan seperti zikir (gerak menepis .... berjalan atas air.....memicit besi ,,,,terbang ....ghaib dsb nya) wallahuallam
        December 31, 2011 at 11:54pm ·  ·  2
      • Zack Alin Bukankah silat datangnye dari Solat (perhatikan pergerakan solat dan olahkan)...betulkan saya kalau saya salah...TQ
        January 9 at 4:38am ·  ·  1
      • Faiz Ikhwan dri segi sebutan,,ianya sangat dekat....!!seperti silat itu berasal dari perkataan solat...!!..jika solat itu menghubungkan diri dengan allah, silat pula menghubungkan pergerakan......!!hanya pendapat...
        5 hours ago ·  ·  1
      • Fakhruddin Ibnu Burhan bodhi darma ni..sekarang menjadi suku domo..di muara takus.kampar suku ini banyak disini mmg banyak pesilat handal
        4 hours ago ·  ·  2
      • Sungai Gemuruh Di ranah minang jg mengenal silat zaman dulu,dimana anak laki2 yg tdr nya di surau ( mesjid ) malam nya belajar silat dulu depan mesjid sebelum tdr..........
        4 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN SATRIA

        Hajat hati nak jadi perwira,
        Tiada kudrat apalah dayaku;
        Namun begitu bersemangat satria,
        Relaku mati demi negaraku.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Keturunan hulubalang Raja Bugis;
        Aku bersyukur berdarah pahlawan,
        Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

        Rupanya aku tidak keseorangan,
        Di luar sana menyokong perjuanganku;
        Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
        Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
        Jasamu mewangi hingga ke mati;
        Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
        Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

        Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
        Bersiap siaga setiap masa;
        Menangani jenayah begitu cermat,
        Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

        Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
        Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
        Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
        Keamanan Malaysia di puncak jaya.

        TLDM tidak kurang hebatnya,
        Berada di laut bersiap siaga;
        Musuh yang datang akan ditentangnya,
        Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

        Pasukan RELA rela berkorban,
        Berkorban masa dan juga tenaga;
        Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
        Demi rakyat dan negara tercinta.

        Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
        Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
        Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
        Semangat perjuangan terus membara.

        PERKASA kusanjung jasamu,
        Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
        Tidak pernah berputus asa di hatimu,
        Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

        PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
        Roh perjuangan tepat dan jelas;
        Semangat membara-bara hidup di hatimu,
        Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

        Seni persilatan melayu amat dikagumi,
        Kepahlawananmu tiada tandingannya;
        Generasi muda minat mempelajari,
        Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

        Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
        Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
        Jutaan rakyat bangkit memberontak,
        Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

        Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
        Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
        Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
        Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

        Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
        Pemimpin Malaysia cintakan negara;
        Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
        Saling berkorban demi negara.

        Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
        Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
        Negara sentiasa terus aman,
        Kedaulatan negara sejak berzaman.

        Pahlawan melayu pantang berundur,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Demi pewaris takkan berudur.
        Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

        Berkibarlah benderaku terus berkibar,
        Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
        Rakyat Malaysia jangan dicabar,
        Roh perjuangan meniti zaman.

        Karya: Rha NSl
        25 Mac 2011
        (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)
        12 minutes ago · 
    • (PETIKAN DARIPADA WALL TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ)
      20 fEBUARI 2012

6 comments:

Prabakaran said...

Silat asalnya dari Bodi Dharma. Ianya ternyata dalam sastera melayu lama.Tetapi beliau bukan berbangsa Melayu. Beliau adalah seorang Tamil yang berasal dari Kangipuram,South India.
Anda boleh semak di wikipedia dan sumber lain.

kaizer@ said...

assalamualaikum . . .setahu saya , memang susah orang yang tahuasal usul silat nak berkongsi cerita , melainkan merekayang ingin tahu itu datang sendiri belajar . . . .asal usul silat adalah tersangat rahsia dan hanya sesetengah orang sahaja yang tahu . . .jika ianya jatuh ketangan orang yang salah@bangsa lain , maka pupus lah bangsa kita , . . . .barang sesiapa yang benar-benar tahu asal usul silat yang sebenar-benarnya maka orang tersebut telah menguasai segala jenis ilmu mempertahankan diri yang terdapat didalam dunia zahir mahupun batin , ianya umpama IBU GERAK sekilas ikan di air kita sudah tahu jantan betina . . . . Dari mana asal nye silat Dan siapakah yang mula-mula bersilat Dan apakah maksud SILAT???mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran tuan-tuan . . . .saya menyusun sepuluh jari dan memohon maaf jika komen yang saya beri ini agak berterabur sedikit . . . .saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan . . .wslm . .

Unknown said...

Asalamualaikum. yg pasti silat satu seni mempertahankan diri yg tak berfungsi apa pun di Tanah Melayu selama beberapa kurun. British bertanggungjawab dgn seme persoalan ni. Yg pasti silat bukan datang dari khalifah2 Islam yg hebat terutama dr Arab mmg jauh skali.. Betul2 seni pertahankan diri baik punya ada kat filipina 'kali', U.S government sibok dok anta askar2 dier berlatih 'kali'. Kenapa? tu memang turun temurun punya dari panglima2 hebat kita. 'Mim' yg hilang yg sering diperkatakan pun akan start dr sana. kita kat sini jangan berangan dan marilah sama2 keluar dari kepompong sejarah palsu.
(baca dengan teliti and do research. no need to reply)

Unknown said...

Ya btul ...saya ada terjumpa seorg di sabah tpi silat gaya itu umpama gaya seribu buluh yg tiada org pelajari... .

Hariman said...

Tapi,selain yang kalian katakan, Silat berasal dari Negeri Indonesia yakni dari Sumatera Barat, Jawa Barat dan Jawa Timur (Pandawa 5

Hg said...

Salam semua.sejarah melayu dan islam telah banyak dihilangkan dan dipalsukan oleh penjajah dan pembenci pembenci islam dan bangsa.jadinya memang sukar untuk mendapatkan bukti yg sohih berhubung dengan asal usulnya silat.hanya melalui pencarian yg sistematik dan bersungguh sungguh barulah mungkin kebenarannya dapat di temui.Ada juga yg mengatakan seni mempertahankan diri yang merangkumi jurus jurus yg lengkap bermula dizaman kegemilangan penakluk dan pemerintah terkenal IskandarZulkarnain.Kemudian ilmu ini tersebar kenusantara melalui tanah minangkabau dibawa oleh keturunannya yg kemudiannya digelar bangsa Melayu.Dinusantara seni ini digelarkan orang sebagai Silek(Silat).keturunan IskandarZulkarnain memerintah Hindi,Turki,Parsi dan kawasan kawasan Asia Tengah ketika itu.Raja Chulan adalah salah seorang dari keturunannya.Bodhi Darma bangsa Melayu berkepercayaan Buddha.mungkin seni bela diri ini dibawa keTimur jauh dan Cina oleh pengembara dan pedagang pada waktu itu.Kemudian seni bela diri ini ubah suai dan ditokok tambah bersesuaian dgn kepercayaan,adat dan keadaan mukabumi sesuatu tempat itu.WALLAHU'alam.

Post a Comment

 
;