Wednesday, 22 February 2012

ANDAINYA AKU PUNYAI ANAK SESOLEHMU




ANDAINYA AKU PUNYAI ANAK SESOLEHMU

Andainya aku punyai anak sesolehmu
Kan kusyukuri pada Allah SWT
Kaulah penyejuk hatiku di kala marahku
Kaulah yang membantuku di kala susahku
Kaulah yang menguruskan ku di kala aku tiada berdaya lagi
Kaulah yang menyuapkan makanan di kala aku lapar seperti mana aku menyuapkan kau lapar di masa bayi
di kala aku nazak kaulah yang membisikan ke telinga kalimah Syurga agar aku lancar menyebutnya
di kala aku ingin disembahyangkan jenazah
kaulah yang mengimani solat jenazah
dan bilamana aku berada di alam akhirat
kaulah yang tidak jemu-jemu mengirimkan doa untukku...
dan doa itu sampai anakku
makanya aku tersenyum kesyukuran padaNya kerana mengurniakan anak sesolehmu!

Karya Rha NS
22 Febuari 2012
 ·  ·  · 7 hours ago
  • 2 people like this.
    • Adriana Riana andai aku punya ank sesoleh mu aku lah insan di dunia ini yang paling bangga mengandungkan kan mu segala didikan yang ibu mu berikan tak pernah kau sia-sia kan
      7 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Andai aku punyai puteri sesolehmu...kan kucarikan calun suami yang soleh...agar dapat melahirkan cucuku yang soleh soleha yang beriman padaNya
      7 hours ago · 
    • Adriana Riana bertuah hati tak terkata andai aku puteri yang kau cinta.....sungguh besar niat mu itu carilah jodoh untuk ku kan ku terima siapa pun dia asal ia tak lupa agama
      7 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Habis tu dengan si dia yang kau cinta bagai mana tu ye dong sayang...hihihi
      3 hours ago · 
    • Adriana Riana puteri mu ini tak nak jadi anak dehaka akan menurut apa yang di kata andai itu boleh bagi bahagia buat ibu tercinta,andai jodoh tak kemana
      3 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Syukur Alhamdulillah..punya puteri sesolehamu dan kau juga boleh menjadi isteri soleha ibu mithali kekasih sejati. Amin.
      3 hours ago · 
    • Adriana Riana diri ini akan mejadi isteri solehah buat si dia yang tersayang benih ku ini hanya untuk dirinya akan ku baja cinta ini dengan kasih dan sayang
      3 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Amin semoga cintamu cintanya bersatu hingga ke Syurga. amin.
      3 hours ago · 
    • Adriana Riana ku harap ia mengerti .........insyaallah doa ibunda sentiasa di hati
      3 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      3 hours ago · 
    • Adriana Riana ya Allah permudah kan lah cinta kami
      2 hours ago · 
PETIKAN DARIPADA GROUP PUISI ILAHI)
22 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;