Thursday, 23 February 2012

PUISI DOA YANG TERINDAH





    • KAU REDHAI DAN TERIMALAH ROH DAN JASAD KAMI NANTI

      Subhanallah Allahamdulillah Allahu Akhbar
      Betapa kerdilnya aku Ya Allah
      Tersyahduku dalam sendu
      Betapa Kau Maha Pemberi Hidayah pada sesiapa saja yang Kau suka
      Kepada hambaMu yang sentiasa mahu mencari redhaMu dan cintaMu
      Benarlah apa yang dikata
      Allah tidak mengira bermulanya kamu
      Tapi Allah mengira di manakah akhirnya kamu berada

      Moga di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini
      Mulai detik ini dan saat ini hingga ke akhirnya
      Terimalah penghijrahan kami ini dengan segala kebaikan yang kau redhai dan terimalah roh dan jasad kami ini nanti bersama-sama roh-roh hambaMu yang Kau Cintai dan Redhai
      Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Rha NS
      24 Febuari 2012

      Puisi  ini di karang istimewa untuk Rush Cash
    • Puisi puan ni bagi saya DOA YANG TERINDAH.


      (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      24 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;