Thursday, 23 February 2012

SALAM PERSAHABATAN TANPA JEMU



SALAM PERSAHABATAN TANPA JEMU!

Salam persahabatan buat teman fb ku
Moga kehadiran kalian menceriakan gerhana di hatiku
Bergurau senda dalam suasana harmoni itu mahuku
Saling bertukar ilmu dan pandangan menjadi hobiku
Jika tersalah tutur bicaraku maafkan daku
Jangan sekali kecewakan daku
Kerna ku tak mampu mempertahankan walaupun bukan mahuku
Saling berkomunikasi jika ada masamu
Dan jika ku sepi kemungkinan aku ada sebab tertentu
Tak perlu diberitahu
Jika kau bosan dengan kesepianku
Maafkanlah daku bukan sengaja kubegitu
Namun terputus di alam maya kau tetap di hatiku
Yang mana masih berkekalan jangan jemu bersahabat denganku
Kalian semua terlalu istimewa untukku
Terlalu berharga bagaikan permata di hatiku
Moga berkat persahabatan yang diredhaiNya dari kalian untukku
kita semua bersahabat baik di dunia bersahabat juga di Syurgawi
Insya-Allah bahagia di dunia bahagia di akhirat.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Rha NS
23 Febuari 2012
 ·  ·  · 6 hours ago

  • 2 people like this.

    • Adriana Riana boring la hari ini  akak,ceria la sikit
      6 hours ago · 

    • Rabeah Mohd Ali Tengok lah cuaca di luar sana...
      Kalau ceria semua alam
      Aku pun ceria
      Seceria senyummu menawan kalbu

      Jika alam menangis
      Aku turut menangis
      Kerna
      Alam dan aku
      Saling mengerti
      Isi hatinya
      Isi hatiku
      Semuanya
      Atas
      IzinNya
      Syukur Alhamdulillah

      6 hours ago · 

    • Adriana Riana senyuman ku ini penawar sebuah duka,di hati ku menangis teringat sang pungguk yang jauh nun di sana entah kan ingat tah kan lupa aku tak mahu diri kecewa
      6 hours ago · 

    • Rabeah Mohd Ali PASTI HATIMU AKAN PASRAH APA YANG DITAKDIRKAN UNTUKMU!

      Duhai teman kesayanganku...
      Apalah ada dengan kekecewaan di dunia ini sayang....
      Jika hendak di bandingkan dengan kekecewaan di akhirat
      Kekecewaan di dunia masih boleh ditebus mohon pengampunan padaNya dan mulakan hidup baru seperti bayi baru dilahirkan...
      Insya-Allah akan tenang jiwa kita ...setenang air di kali

      Tapi...yang menjadi sesal tak tertebus
      Pabila kekecewaan di akhirat
      Yang takkan dapat ditebus dengan segala kekayaan yang ada
      Atau apa saja yang boleh dijadikan cagaran untuk menebus kekecewaan itu...semuanya sudah terlambat ....

      Justru bandingkanlah!
      Engkau hendak kekecewaan di dunia
      Aau kekecewaan di akhirat

      Pastinya
      Mahu bahagia dunia akhirat bukan?

      Jadi percayalah dengan setiap Ketentuan Allah SWT
      Hati setiap hambaNya adalah dalam genggamanNya
      Jika takdir di Lauh Mahfuz
      Kau dengannya
      Biarpun dihalang semua penghuni bumi
      Dia tetap milikmu

      Tapi jika dia bukan milikmu
      Jangan katakan sejuta kali kau lafazakan cinta
      Dia bukan milikmu

      Justeru ayuh ...
      Bukakan minda baru mu
      Mencari jalan-jalan
      RestuNya RedhaNya
      Tak kira di mana kau berada

      Pasti hatimu akan pasrah
      apa yang ditakdirkan untukmu!

      Karya Rha NS
      23 Febuari 2012

      6 hours ago · 

    • Adriana Riana untuk ke sana aku sentiasa bersedia,kerana aku takk pernah lupa walau sesaat ............setiap ari aku sentiasa bersolat ,membaca Al quran setiap saat. andai hati ku bersatu dengan dunia akhirat bersyukur daku kpada nya aku taat
      5 hours ago · 

    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Moga berkat amalanmu
      Allah balas cintanya untukmu
      Dan Cinta Allah untuk kau dan dia
      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      5 hours ago · 

    • Adriana Riana amin..............
      5 hours ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali Bila purnama merindu
      buat aku juga turut merindu
      entahkan sudi atau pun tidak ku tak tahu
      Hanya Dia Yang Maha Tahu
      moga cintamu kekasih hatiku
      hanya untuk aku
      kerna aku mencintai mu seumur hidupku

      5 hours ago · 

    • Adriana Riana cinta ku pada tuhan dan cinta ku pada sang kekasih tak pernah berbelah bagi
      5 hours ago · 

    • Rabeah Mohd Ali cinta kekasih untuk meraih cintaNya
      cintaNya mengatasi segalaNya
      barulah tenang roh dan jasadmu

      5 hours ago · 

    • Adriana Riana cinta ku pada dia cinta hakiki di alam sana,cinta manusia membawa bahagia
      5 hours ago ·  ·  1
(PETIKAN DARIPADA PUISI ILAHI)
23 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;