Sunday, 31 July 2011

PANTUN SANG KURIANG

MAT KR:

Tak terasa minggu depan kita berpuasa,
sebulan berpuasa menjelanglah raya;
entah.., kemana agaknya kawan-kawan semua,
ermm.., mengapa sepi tanpa berita.
Yesterday · Like ·

9 people like this.

Rabeah Mohd Ali:

Bukan sepi tanpa berita,
Mat Kr sibuk sekali;
Biar jalankan tugasmu dengan jayanya,
Ku nantikan kabar beritamu di sini.

Belum berpuasa dah fikir raya,
Pastinya baju raya sudahpun dibeli;
Moga tugasmu sentiasa berjaya,
Blogku sudahkah kau layari duhai Mat Kr Yang Dihormati.

Tuesday at 7:01pm · Like · 1 person

Mat Kr sehari suntuk penat bekerja,
mencari rezeki buat belanja;
minta maaf ye bukan sengaja,
esok pasti blog Rabeah akan ku buka.

Tuesday at 7:21pm · Like

Rabeah Mohd Ali:

Rasa hati dah nak merajuk ,
Tapi kutetap pujuk,
Tak apalah asalkan Mat Kr tak merajuk,
Tak perlulah ku susah-susah nak pujuk.

Tuesday at 7:24pm · Like · 1 person

Mat Kr merajuk tu kita tolak ke tepi,
takut tukang pujuk tak ada nanti;
Mohamad Att & Addy Suhadi tunggu apa lagi,
berpantun kita hiburkan hati.

Aaaaabahhhhh..., jawab....jangan tak jawab...
Tuesday at 8:15pm · Like

Rabeah Mohd Ali :

Berpantun bukan sebarang pantun,
Walau pun berhibur mesti ada inti pati,
Hati yang runsing minda akan berfikiran,
Hati terluka pasti terhibur hati.

Tuesday at 8:27pm · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali;

Mat Kr siapa sahabatmu yang berdua tu,
Mungkin mereka tengah mengarang pantun;
Tak apa lah beri peluang kepada mereka itu,
Meraka sedang berfikir rangkap pantun.

Tuesday at 8:30pm · Like · 1 person


Eiya Wati eheheh............alamak aii kena
pantun gek ker abg mat................

23 hours ago · Like · 1 person


Haslie Umar:

Mat Kr tukang pujuk tak ada nanti,
tukang gendang terlalu gundah,
kita berpantun hiburkan hati,
hutang puasa diganti sudah?

23 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Kita berpantun hiburkan hati,
Hutang puasa wajib diganti;
Senyuman Haslie Umar manis sekali,
Terbawa-bawa ke dalam mimpi.

15 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Pandanglah bayi di atas tu,
Nampak sedih mahukan susu;
Mat Kr sampai hatimu,
Dibiarkan dahaga mahukan susu ibu.

15 hours ago · Like · 1 person


Haslie Umar :

Rabeah hutang puasa diganti pula,
seksaan kubur kembali menyepi,
senyuman mat kr menggoda gila,
mengapa senyumanku dibuai mimpi?


14 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:


Senyumanmu dibuai mimpi,
Kebaikan hatimu mengujakan aku,
Seksaan kubur ingin dijauhi,
Agar kita bertiga di Syurga tempat bertemu.

13 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Senyuman Mat Kr menggoda gila,
Ramai yang tergoda dengan senyumannya;
Budi bahasanya manis bagaikan gula,
Buatkan ramai gadis tergila-gilakannya.

13 hours ago · Like


Haslie Umar:

kebaikan di hati nampak di mata,
jelas di mata pahala dihimpun,
nirwana firdausi bersua kita,
pastikah doa diangkat dosa diampun?

13 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Mat Kr ingin kutanya,
Kenapa bayimu di atas dibiarkan lapar,
Belum berpuasa lagi takkan dilatih puasa,
Kejamnya kamu duhai sahabatku Mat Kr.

10 hours ago · Like · 1 person

Mat Kr:

bulan puasa bulan yang mulia,
buat ibadah tambah pahala;
kena bijak Lela oii... bila berbelanja,
menjelang tiba musim raya.

...See More

10 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kejamnya dapat bapa macam tu...
Didik anak kena banyak sabar,
Kesian sungguh nasib budak tu,
Ilmu didik anak kena banyak belajar.

9 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau ku ada kupujuk-pujuk budak tu,
Kupakaikan baju cantik bawanya jalan-jalan,
Jalan-jalan pergi ke zoo negara sampai jemu,l
Pasti ramai peminat yang minta tandatangan.

9 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Bila budak tu dah suka padaku,
Mahu bapa angkatnya Mat Kr dilupakan;
Sukanya hati dapat budak tu,
Hari-hari kusenyum melihat telatahnya yang melucukan.

9 hours ago · Like


Lela Hassan itu sudah semestinya mat..,saye kan
menteri kebajikan dn ekonomi dalam rumahtangga....???

9 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Duhai adikku Lela bagus sungguh prihatinmu,
Menjaga budak yang teraniaya itu,
Akibat perbuatan bapanya yang sudah jemu,
Menjaga anak secomel itu pun dia tak mahu.

9 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Tengok tu...Mat Kr ku,
Ramai peminat yang hendak menjaga budak tu;
Tak percaya kau tunggu,
Sekejap lagi berbaris ingin menjadi keluarga angkat anakmu.

9 hours ago · Like · 1 person


Lela Hassan saya sayang smua mahluk tuhan.....
budaknya pun pandai berdoa....ikhlas doa daknya bah...!!!!!!
kita mnusia blm tauk ikhlas x......


9 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kenapa bapa budak itu hanya membisu,
Apakah kamu sudah menyesal lepaskan anak,
Anak yang comel dan baik budi,
Tapi kau anggapnya macam pontianak.

9 hours ago · Like


Haslie Umar:

anaknya menangis mahukan susu,
terabai di situ tidak berpunya,
kalau bapanya terus membisu,
Rabeah pula jadi ibunya

8 hours ago · Like · 1 person

Haslie Umar:

hari hari anak mat kr mengantuk,
lantaran selalu dicium dipeluk,
memang adat anak merajuk,
bijak bapanya untuk memujuk.

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Ibu angkat bolehlah dipertimbangkan,
Takut bapanya sudah ada yang punya,
Nanti disimbah asid amat menyakitkan,
Tak mampu aku menanggung derita.

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Aku tahu di kelilingnya ramai sudah menunggu,
Yang cantik jelita manis rupawan,
Menjadi ibu kepada anaknya itu,
Kudoakan Mat Kr sekeluarga dalam kebahagiaan.

8 hours ago · Like


Haslie Umar:

gerenti bapanya belum berpunya,
tiada asid tiada bencana,
sempena ramadan bulan mulia,
adakah hati sudah terbuka ?

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong,
Siapalah aku nak dibandingkan dengan Mat Kr yang ramai peminat,
Aku bukanlah wanita penyayang,
Tak mahuku kecewakan hati jejaka tampan bernama Mat.

8 hours ago · Like


Haslie Umar:

RMA: belum cuba belum lah tahu,
hidung mancung bukan ukuran,
kawannya seribu cintanya satu,
sama cantik samalah padan

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Duhai Mat bapa yang pemalu,
Apa nama anakmu ku nak tahu,
Bila dilahirkan di hutan mana,
Kalau kau betul bapa yang amibl tahu.

8 hours ago · Like


Haslie Umar MKR:

kasih anak kasih berjuta,
sayang sayang anak disayang,
kalau begitu bapa berkata,
senang rasanya resah dibuang

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Duhai Haslie ngapa kamu kata begitu,
Yang empunyai diri diam membisu,
Malulah aku tersipu-sipu,
Buat keputusan jangan terburu.


8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Bukan ku tak percaya kepada cinta,
Bila hati dah retak sejuta;
Apalah ada pada cinta,
Cintakan Allah menjadi utama.

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Siapalah aku untuk menolak takdir,
Kalau itu sudah tersurat Lauh Mahfuz Allah,
Kusujud syukur dalam KhasafNya takdir,
Kuserah Qada dan Qadar kepada Allah.

8 hours ago · Like


Mat Kr:

dagang pak malau dagang berlipat,
dagang hamba mengkuang layu;
kalau nak tahu gelaran dan pangkat,
Sang Kuriang nama diberi hutan belantara tempat berguru ... Hehehe....


8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Duhai anak Sang Kuriangku,
Bersyukurlah dikau mendapat bapa penyayang,
Kau didik dengan penuh tegas supaya kau tahu,
Betapa budi menjadikan kau makhluk yang pengasih pengayang.

8 hours ago · Like



Haslie Umar:


duhai beah mengapa malu,
bukan mencuri bukan terburu,
cuba tanya manalah tahu, ada jodoh adalah tu
2 hours ago · Like


Mat Kr:

itulah kebesaran dan keajaiban,
mahluk dunia ciptaan Tuhan;
susah dahulu senang kemudian,
mendapat rahmat rezeki berpanjangan.

2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Duhai Haslie yang baik budi,
Mat Kr bukannya sudi,
Janganlah buat lawak geli hati,
Nanti meranaku sendiri.


about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Mat Kar dah kuanggap rakan pantunku,
Anaknya Sang Kuriang seperti anakku,
Biarlah kita bersahabat ceria selalu,
Hati senang kita bertiga sahabat sentiasa bergurau.

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Biarpun berpantun lawak hati terhibur,
Perangai Sang Kuriang telah menghibur hati,
Bila senang nanti kubawa Sang Kuriang ke hutan lipur,
Berjumpa dengan keluarga asalnya tentu dia suka hati.


about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Senyumanmu Haslie sudah cukup menceriakan sekali,
Mat Kr apa lagi gelak sampai putus urat perutnya,
Bertambah lucu bila Sang Kuriang gelak menampakkan gigi,
Pasti gamat satu dewan bangsawan ketawakan kita bertiga.


about an hour ago · Like · 1 person


Mat Kr:

nampaknya cerita tak habis lagi,
masih lagi isu tengahari tadi;
skrip dan cerita tulisan Haslie,
menjadi kenangan suatu hari nanti.

58 minutes ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Duhai Mat Kr yang baik budi,
Budi bahasamu kuingat sampai mati,
Sudah ke baca blogku pesani,
Merajukku kalau kau tak mahu layari.


47 minutes ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau tak sudi nak baca aku merajuk hati,
Tak mahu berpantun denganmu lagi,
Hatiku telah kau lukai,
Kupinta si Haslie layari blogku nanti.


44 minutes ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Haslie sahabatku sudi ke kau baca blogku itu,
Kalau kau pun tak sudi merajuklah aku,
Kubawa diri kawan setia tak mahu memberi sokongan padaku,
Jangan salahkan aku duhai sahabat-sahabatku.

42 minutes ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Berkawan denganmu bukan ada udang di sebalik mi,
Tapi mahu bertukar-tukar ilmu dan pemikiran,
Kita gurau senda jangan ambil hati,
Apa pun terjadi kita tetap berkawan...kan...kan..kan.?..!


Syafinaz Mohd:

kasihan dengan monyet ya..nya itu minggu depan nak puasa,
macam lemah diak , boleh saya bagi pisang pada dia?

8 hours ago · Like · 1 person

Mat Kr:

Dia pun kena latih puasa juga ye
hehehe....

8 hours ago · Like

EstaZalin Cambiaso: cute eh

8 hours ago · Like

Haslie Umar MKR:

sang kuriang bersama pisang berangan,
asalnya dulu di hutan rimba,

6 hours ago · Like

Haslie Umar MKR:

sang kuriang bersama pisang berangan,
asalnya dulu di hutan rimba,
pantun ini jadi kenangan,
mengubat luka semai gembira

6 hours ago · Like

Haslie Umar Rabeah:

tiada udang dibalik batu,
jujur niatmu semolek pepari,
kau hantarkan blogmu itu,
diizin masa aku layari

6 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

sasterakuduniaku.blogspot.com nama diberi,
Kalau sudi cubalah layari duhai sahabat yang kuhormati;
Kalau boleh berilah pendapatmu duhai Haslie yang baik hati,
Kalau tak sudi takkan ku berkecil hati.

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Mat Kr ku tunggu janji mu,
Janji nak layari blogku;
Kalau tak sudi katakan padaku,
Tidak aku tertunggu-tunggu.

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Pendapat kalian berdua amat kuharapkan,
Dengan pendapat kalian sumber kekuatan,
Untuk aku berkarya tidaklah bersedirian,
Bahagia hidup dapat sahabat saling sefahaman.

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Sebelum Sang Kuriang dilahirkan aku dah menulis,
Minat menulis sudah jadi darah dagingku,
Jiwaku mati kalau tak menulis,
Harap kalian fahamilah aku.

about an hour ago · Like


Haslie Umar:

usah terburu beah temanku,
tak hari ini esok atau lusa,
kami berdua layari blogmu itu,
kita bertiga sudah berkawan

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Aku menulis bukanlah untuk dipuji atau mencipta nama,
Tapi aku menulis adalah keranaNya dan sayang semua CiptaanNya;
Kalau kalian nak tahu isi hatiku hayatilah semua karya yang ada,
Saling memberi pendapat pada karyaku amatlah ku suka.

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Maafkan aku jika aku mendera kalian,
Mendera menbaca karya-karyaku,
Apa nak buat kalian dalam penderaan,
Kalau ingin menjadi sahabat setiaku.

hehehe jangan marah ya sahabatku,
Dah gitu kemahuanku,
Kalau kalian suka terhibur hatiku,
Kalau marah gundah gelanalah aku.

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Cukuplah sampai di sini dulu,
Ada masa kita berpantun lagi,
Pantun kita pantun yang ada ilmu,
Salah dan silap maafkan daku.

about an hour ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Haslie kawanku,
Senyumanmu pun sudah menghiburkan hati,
Aku tunggu pendapat yang bernas darimu,
Tapi kawan kita Mat Kr macam tak sudi nak layari.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011











   

0 comments:

Post a Comment

 
;