Sunday, 10 June 2012

CINTA PUTRI RIMBA KEPADA INSTITUSI DIRAJA (7)




TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN

PEJUANG BANGSA MELAYU KHAI NOOR

Duhai pejuang bangsaku
Bangsa melayu
Khai Noor
Kau pejuang bangsa melayu
Melayu...melayu...melayu..
Itu yang kau perjuangkan

Raja melayu
Bangsa melayu
Bahasa melayu
Hak melayu

Kau tak suka
Bangsa melayu
Dihina dan
Direndahkan martabatnya

Bangsa melayu mesti
kuat
berani kerana benar
berjiwa pahlawan
bijaksana
beramal
beriman
berbudi bahasa tinggi

Itu mahumu
Itu cita-citamu
Itu yang kau perjuangkan
Pagi petang
Siang dan malam

Dan kau cukup tak suka
Pabila bangsamu cepat
Putus asa
Berdengki hati
Memusuhi sesama sendiri
Pentingkan diri sendiri

Kau mendiamkan diri
Bukan bererti kau kalah
Tapi diammu
Penuh strategi
Penuh azam
Membara-bara
Dan akan
Kau buktikan
Bangsa Melayumu
Akan megah
Berada di puncak jaya
Dalam Redha Ilahi

Itulah cita-citamu
Pada bangsa melayumu
Dan akan kau buktikan nanti!

Sifat kau yang beginilah
Memang patut anak cucu melayu
Menghargaimu dunia akhirat
Dan mendoakanmu
Semasa kau hidup
Mahupun kau telah dijemput Ilahi pulang ke pangkuan-Nya
Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Jun 2012
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KHAI NOOR
PEJUANG BANGSA MELAYU RAKAN SEPERJUANGAN
PUTRI RIMBA NIAGARA MOGA PERJUANGANMU BERJAYA AAMIIN )

MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

Aku anak melayu...
Engkau anak melayu
Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
Beradu kepahlawanan melayu
Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

Engkau janganlah bersandiwara...
Engkau kata engkau anak melayu
Apa bukti engkau sokong melayu?
Ada anak bangsa engkau
Yang engkau bela?
Bilang sama aku?
Mana buktinya?
Aku pantang orang pandai berkata-kata
Tapi tak mahu buktikan!!!!

Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
Engkau yang patut buktikan...
Engkau yang ada kuasa
Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
Dengan kuasa yang engkau ada
Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

Ciss bedebah engkau...!!!
Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
Apa engkau tak rasa bersalah?
Kerna engkau tak rasa bersalah ....
Marilah kita bertarung tenaga....
Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

Ciss anak melayu pantang dicabar!!

Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Mac 2012

AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

"Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
"Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
"Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
"Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
"Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
"Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
"Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
"Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
"Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
"Kenapa engkau kata macam tu?"
"Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
"Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
"Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
"Rakyatlah!"
"Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
"Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
"Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
"Hehehehehe"
"Sukalah tu!"
"Pastilah suka...."
"Kenapa suka?"
"Perjuangan kau sudah tercapai"
"Maksud engkau?"
"Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
"DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

Karya Putri Rimba Niagara
23 Mac 2012

KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU!

Keris lambang kepahlawanan melayu,
Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

Tak akan hilang melayu di dunia,
Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
Diperturunkan hingga ke generasi baru;
Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

Pahlawan melayu sudah terbilang,
Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
Ilmu persilatan tak akan hilang,
Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

Aku bersyukur karena aku MELAYU
Aku redho karena aku MELAYU
Aku gembira karena aku MELAYU
Aku bangga karena aku MELAYU
Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
3 April 2012

SKRIP HANG JEBAT DAN HANG TUAH ERA MODEN

HANG JEBAT :

Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

HANG TUAH :

Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

HANG JEBAT:

Betul ke Tuah.

HANG TUAH :

Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

HANG JEBAT:

Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

HANG TUAH :

Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

HANG TUAH/HANG JEBAT:

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

RAJA:

SAYANG RAKYAT!

Karya: Putri Rimba Niagara
30 Jun 2011

(PETIKAN DARIPADA WALLPUTRI RIMBA NIAGARA)
3 April 2012
 ·  ·  · about an hour ago
  • Werdys Kalbary likes this.
    • Yatim Ahmad ‎'...Putus asa
      Berdengki hati
      Memusuhi sesama sendiri
      Pentingkan diri sendiri..' - inilah mentaliti segelintir Orang Melayu, bermula sifat mereka yang umpama bidalan 'anak kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan', mengambil hati orang, diri sendiri 'makan hati berulam jantung', dan kalau berteliogkah sanggup 'biar putih tulang, jangan berputih mata' tetapi kepada orang lain 'ditimang bagai minyat yang penuh', hingga bila negeri tergadai, barulah mempertahankan diri, tapi nampaknya sudah semacam 'memalu tin kosong'. Tapi apa nak buat, umpama Pak Kaduk, 'menang sorak, kampung tergadai'. Bagaimanapun, kita berharap suara penulis/penyair/seniman dan ahli susastera itu menyedarkan sedikit kekhilafan masyarakat kita, 'sediakan payung sebelum hujan' jangan sampai nanti 'sudah terhantuk baru tengadah'. Puisi Rabeah yang ada saya perlu pelajari
      about an hour ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Duhai saudaraku kita sama-sama belajar dan berbagi ilmu itu yang sebaiknya...tapi percayalah setiap yang baik itu semua dari-Nya
      kita sebagai penyampai ...sampaikan yang terdaya mampu.
      Apapun terima kasih atas komen saudara.
      about an hour ago ·  · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP LUAHKAN HATIMU
SEHINGGA KAU TENANG)
           11 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;