BIARPUN KAU TELAH TIADA
by Rabeah Mohd Ali on Sunday, August 21, 2011 at 7:26pm
Rakan seperjuanganku yang telah tiada...
Biarpun ku tak pernah ketemuimu
Karyamu masih segar di hatiku
Kudoakan karya-karya yang kau tinggalkan
Ada nilaian di SisiNya dan
Menjadi bekalan akhiratmu yang berterusan
Moga rohmu tenang di Alam Sana
Biarpun kau telah bergelar aruah
Biarpun suaramu kau bawa bersamamu
Namun karya-karya yang kau tinggalkan
Masih bersuara tanpa jemu-jemu dihayati
Oleh seluruh penghuni bumi
Berehatlah rakan seperjuanganku
Kudoakan penat lelahmu
Allah membalas dengan balasan Syurga
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
(Al-Fatihah Buat Rakan Seperjuangan Penulis Tersohor
Malaysia Allahyarham Azizi Haji Abdullah)
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment