YA ALLAH KAU REALITIKAN CITA-CITA SASTRAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
- KEDAMAIAN DUNIA AKAN BERPATUT DALAM SYAIR DAN GURINDAM
'Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............,' KDYMM Maharaja Kutai Mulawarman
Like · · Unfollow Post · Share · See Friendship
Rubianto Tanoto likes this.
Rubianto Tanoto congratulationj with my respect YM Ratu Rimba Niagara
15 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara DUKUNGAN DARIPADA DR RUBIANTO TANATO AMATLAH DINANTIKAN PENUH DOA DARI-NYA AGAR SUDI MEMBERI KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN CITA-CITA SASTRA NUSANTARA INI.
11 minutes ago · Like · 1
Rubianto Tanoto saya secara pribadi sangat mendukung cita cita YM Ratu Rimba Niagara yang mengangkat sejarah Nusantara - hal itu suatu perjuangan yang harus kita dukung - karena hanya sejarahdan budaya yang mampu mengangkat harkat dan martabat bangsa , salam rahayu
9 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah. Tanpa dukungan dan sokongan daripada semua ...siapalah saya ...saya tak mampu merealitikannya sendiriaan ...terlalu tak terdaya...tapi dicoba untuk didayakan selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah swt memberikan kekuatan. Aamiin.
2 minutes ago · Edited · Like · 1
Rubianto Tanoto YM Ratu Rimba Niagara tetap semangat - apapun rintangan harus kita hadapi pantang menyerah - demi sejarah dan budaya
3 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara ALLAHU AKBAR.. makasih Dr Rubianto Tanato...moga Allah swt membalas segala kebaikanmu dan melimpah ruahkan rezekimu dan imanmu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
a few seconds ago · Unlike · 1
YM Ratu Rimba Niagara tetap semangat - apapun rintangan harus kita hadapi pantang menyerah - demi sejarah dan budaya
26 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara ALLAHU AKBAR.. makasih Dr Rubianto Tanato...moga Allah swt membalas segala kebaikanmu dan melimpah ruahkan rezekimu dan imanmu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
23 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM
CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU
Aku bukan ahli sejarah
Tapi aku peminat sejarah
Aku mahu menghargai sejarah
Dengan caraku sendiri
Aku ingin mengolah sejarah
Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
Cara baru untuk mempopularkan sejarah
Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
Agar mereka menghargai
Sejarah moyang mereka
Yang bersusah payah
Memerdekakan negara tercinta
Agar anak cucu dapat menumpang teduh
Dengan aman sejahtera
Tanpa ada permusuhan
Yang akan membuatkan
Negara moyangku dijajah semula
Aku tak mahu sampainya jadi begitu
Makanya
Kurela
Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
Pena untukku menulis
Dengan air mata dan darah
Dan takkan kuhiraukan lagi
Segala penghinaan mereka ke aku
Karena aku berpena bukan
Untuk dipandang mereka
Aku menulis
Demi pandangan dari-Nya
Demi anak cucu rumpun Melayu Nusantara
Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
Karena ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
Sehingga terhenti nafas
Terhentilah pena
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Ogos 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
12 minutes ago · Like · 1
Rubianto Tanoto saya sangat setuju dengan anda YM Ratu Rimba Niagara
8 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Makasih kerana sudi menyetujui apa yang dikaryakan.
Sejujurnya setiap penulisan Dr Rubianto Tanato sarat dengan mesej yang memberi manfaat mereka yang membacanya. Salut 3x ya.
(PETIKAN DARIPADA WALL DR RUBIANTO TANOTO, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN & RATU RIMBA NIAGARA)
14 Zulhijjah 1434H
19 Oktober 2013M
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
10 Zulhijjah 1434H
15 Oktober 2013M
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN, YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, BUNDA RATU NEGARI 1, DR RUBIANTO TANATO, RATU RIMBA NIAGARA & ANDRI BAYUARDI)
14 Zulhijjah 1434H
19 Oktober 2013Ratu Rimba Niagara GEMA GONG PERDAMAIAN DUNIA DI SELURUH DUNIA
Ki Joko Bodho
hari ini hari perdamaian dunia 21 september dan di tandai pemukulan gong perdamaian dunia diberbagai negara didunia anggota gong perdamaina dunia dan kami menyampaikan selamat peradaban baru dunia rahmatan lil alamin (dunia karunia bagi semua makluknya) RM Arjuna Nusantara, pembuat teks peradaban baru dan deklarator peradaban baru.
Unlike · · Follow Post · Share · September 21 at 11:27pm
Seen by 9
You and Kedaton Kraton Wahyu Utama like this.
AKU CINTA PERDAMAIAN AKU CINTA KEDAMAIAN
aku pencinta perdamaian
aku pencinta kedamaian
aku suka damai
aku suka aman damai
aku tak suka kekeruhan
aku tak suka pertelingkahan
aku tak suka pergaduhan
aku tak suka kemarahan
aku tak suka kebencian
aku tak suka peperangan
yang aku suka perdamaian
berkata yang damai-damai saja
berkata lahir dari iman
berkata menyejukkan iman
berkata mengundang Rahmat Kasih dari Ya Rahman
Ya Rahman Ya Rahman Ya Rahman
Ya Rahim Ya Rahim Ya Rahim
Kuatkan iman
Perteguhkan Silaturrahim
Agar Perdamaian ...Kedamaian...
Menjadikan hidup dan matiku
Bisa tenang tika bertemu-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku
Aamiin Ya Rabba A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Zulkaedah 1434H
21 September 2013
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA BUDAYAWAN NUSANTARA YANG CINTAKAN PERDAMAIAN KEDAMAIAN SEDUNIA MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)- GENAP LIMA RATUS TAHUN NENDAKU PERGI KE ALAM BAQA
Genap lima ratus tahun
sejak hari ini
akan kuganti pandangan hidup
pandangan hidup budi pekerti aku sebar di tanah Jawa
Siapa tak mau menerapkan
niscaya ku rusak semua
ku berikan untuk makanan cucu ku
yg galak-ganas dan sejenisnya
Belum lega hati ini
bila belum hancur yg menghalangi !!
By: Purwodhowo Kediri
MOGA TEREALITI KASIH KITA SAMPAI SYURGA AAMIIN
Genap lima ratus tahun nenda ku pergi
akulah cucunya yang menghargai kasih sayangnya
nenda korbankan dirinya untuk kami cucu nusantaranya
nenda sanggup berendam air mata
nenda sanggup dihina
nenda sanggup susah
nenda tidak pedulikan kepentingan sendiri
nenda sanggup menjadikan dirinya lilin
membakar diri sendiri demi kebahagiaan cucu nusantaranya
kata nenda, " duhai cucuku jangan cucu bimbang nenda akan kuat
walaupun nenda tak kuat ...demi pertahankan cinta nenda pada cucu
nenda kena kuat ...nendak mesti semangat bagaikan pahlawan...
nenda rela menyamar pelbagai watak yang baik-baik walaupun
dikeji dan dihina oleh kawan-kawan nenda...
nenda tak kesah asalkan niat nenda Allah tahu ...
niat nenda baik pada semua dan niat nenda baik untuk anak cucu nenda...
bila nenda tiada nanti cucu akan bahagia mendiami dunia ini dengan berbekalkan keazaman yang tinggi untuk mengaman damaikan bumi ini dengan kasih sayang setulus hati karena-Nya
masing-masing tahu akan tanggungjawabnya kepada Tuhan
dan kepada manusia yang dipimpin yang diperintah
sebagai rakyat mesti sentiasa taat setia kepada raja mereka
karena raja mereka adalah Kurniaan Allah swt untuk memimpin
dengan adil lagi saksama penuh kasih sayang.
Semuanya hidup berbudi pekerti tinggi
tiada budaya fitnah menfitnah
hina menghina
kutuk mengutuk
mementingkan diri sendiri
pemurah untuk menderma ke arah kebaikan
walaupun tak mampu berderma memadai sedekahkan senyuman
segala memberi manfaat pada manusia dan alam
akan diberi sokongan/dukungan sehabis daya
segala yang baik-baik di Sisi Allah Taala akan dilakukan dengan ikhlas
segala yang mendatangkan kemurkaan Allah swt akan dijauhkan
barulah bumi ini berkat kerana penghuninya pun berkat
semua rezeki yang diperolehi berkat-berkat belaka
tiada rasuah tiada ambil hak orang lain tiada menipu
semua yang dibuat dengan hati jujur dan ikhlas semata kerana Allah Taala...
Nenda yang kami sayangi sepenuh iman sepenuh jiwa raga kami
biarpun sudah 500 tahun nenda pergi mengadap Ilahi
kami cucu nenda rasakan nenda hidup ada di sisi kami
berkata-kata dengan kami
kata-kata dengan bahasa yang menyejukkan iman kami
kata-kata yang tak pernah membuatkan kami rasa hati kami disakiti
malah kata-kata nenda menaikkan semangat kami untuk terus berjuang
dan berjuang membela agama , bangsa dan tanah air nusantara tercinta
nenda amat pentingkan silaturrahim
bagi nenda silaturrahim membuatkan kita kuat seperti akar tunjang
yang menjalar ke tujuh petala bumi ke tujuh petala langit
begitu hebatnya talisiraturrahim yang nenda dambakan
biar bagaimana kuatnya falsafah talisiraturrahim nenda
nenda tetap juga dikatakan pemutus talisiraturrahim
nenda dikatakan sombong ..bongkak..
ramai yang ingin menjadi rakan nenda ...nenda tak terima
yang sudah jadi rakan nenda ...nenda remove
adakah itu talisiraturrahim yang nenda agungkan?
ALLAHU AKBAR cucuku
simpang malaikat empat puluh empat jika nenda mahu memutuskan silaturrahim
sedangkan nenda berkarya mahu bertalisiraturrahim seramai yang mungkin
jika semua penghuni bumi ini mahu menjadi sahabat nenda akan nenda terima semuanya tanpa terkecuali kerana nenda menulis ingin menyebar dan mendapat kasih sayang semurni hati semurni Syurga...
Cucuku...ketahulilah cucuku
hidup nenda adalah cita-cita dan perjuangan
macam-macam yang nenda hendak capaikan cita-cita sebelum terpejam mata selamanya...makanya laman muka buku nenda adalah medan perjuangan nenda bersastera sastera itulah perjuangan nenda...
nenda berjuang menulis terus menulis bermatian matian
makanya nenda pastikan kawan-kawan fb nenda juga adalah yang berjiwa pejuang juga ...nenda sokong perjuangannya apa yang diperjuangkan dalam hidupnya sebelum mati...begitu juga mereka akan sokong perjuangan nenda. Mereka faham nenda, nenda faham mereka. Jika mereka tak sanggup atas alasan sendiri...nenda tak akan kecil hati...asalkan tiada dendam di hati dan mengatakan nenda pemutus silaturrahim kerana nenda terlalu takut sangat jika dikatakan begitu. Silaturrahim tetap terjaga indah cumanya dia beri peluang kepada nenda mencari pejuang lain sebagai ganti ditempat mereka yang mana mereka sibuk dengan kerjaya mereka. Itulah pengertian yang nenda harapkan daripada mereka. Saling faham memahami saling memaafkan tanpa ada luka di hati. Nenda terlalu takut sakitkan hati mereka ...luka di hati mereka gara-gara tidak memahami ...membuat Allah murka ..sebelum Allah murka lebih baik nenda terus terang dengan mereka walaupun pahit untuk dikatakan tapi demi akhirat dan demi kejayaan mencapai cita-cita cucu tercinta nenda sanggup melafazkan ucapan meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Nenda Ratu Pujangga Cinta 5 Benua kesayangan kami....
terima kasih nenda atas segala pengorbanan nenda
kami terharu dalam syukur
diKurniakan Allah swt
yang rela menjadikan dirinya lilin demi kebahagiaan dunia akhirat semua
kami tahu Syurga itu adalah rahsia Allah swt kepada setiap hamba-Nya
dan kami tahu bukan kerana banyaknya amalan seseorang itu dimasukkan Syurga
jika ditimbang sebiji bola mata dengan 500 amalan manusia
tetap tidak sama dengan nikmat sebiji bola mata yang Allah Kurniakan pada manusia
tapi Syurga itu ditempatkan kepada mereka atas Rahmat Kasih-Nya
Allahu Akbar moga dengan Rahmah Kasih Allah swt kepada nenda atas segala pengorbanan nenda kepada semua yang nenda telah curah jasa baktikan dibalas dengan Syurga dan kita bersama berkumpul di Syurgawi memandang Wajah Allah Azzawajallah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Terima kasih nenda Ratu Pujangga Cinta 5 Benua
semua karya sastra nenda
kami sudah sebar luaskan di seluruh dunia dengan terjemahan pelbagai bahasa
setiap rumah di untukkan khas untuk perpustakaan di ruang tamu,
diberi nama, "PERPUSTAKAAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA"
mereka minat sangat-sangat karya nenda
kanak-kanak lagilah suka dengan cerita-cerita karya nenda
bila siarkan di layar perak atau di kaca TV mereka tak berganjak walaupun seminit
dalam mereka terhibur mereka dapat banyak pengajaran
selepas menonton hasil karya nenda
mereka menjadi seorang anak
yang bertanggungjawab
pada keluarga, agama, bangsa dan ibu pertiwi
itulah yang hendak nenda sampaikan pun
Universiti/universitas nenda dibina dengan hasil keuntungan karya sastra nenda
ramai yang menunggu untuk menjadi pelajar walaupun bahasa penghantarnya dalam Bahasa Melayu. Dengan hasil karya nenda perjuangkan BAHASA MELAYU telah diiktirafkan sebagai BAHASA DUNIA kerana mereka minati karya nenda dan ramai juga yang minat menganuti Agama Islam. Segalanya sudah berhasil nenda dengan berkat usaha nenda bersama kesatria DiRaja Nusantara nenda yang tak pernah arti jemu dan lelah semuanya diperjuangkan karena mahu melihat hasilnya cemerlang di dunia cemerlang juga di Akhirat In Shaa Allah Aamiin.
'KOTA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA' tersergam indah di lima benua, bila hujung minggu di situlah tempat menjadi tumpuan pelancong dalam negeri dan di luar negara berkunjung membawa keluarga masing-masing.
Nenda Ratu Rimba Niagara ...Ratu Pujangga Cinta 5 Benua yang kami sayangi sepenuh iman sepenuh jiwa raga...baru kami faham mengapa nenda berjuta kali mengatakan mahu hadiahkan bulan dan bintang kepada kami... cita-cita nenda yang menjadi kenyataan inilah hadiah yang hendak nenda hadiahkan kepada kami cucu kesayangan nenda. Syukur kami sebanyak-banyak-Nya kepada Tuhan karena doa nenda, doa para kesatria diRaja Nusantara dan semua yang membaca karya nenda dimakbulkan Allah SWT walaupun sudah menjangkau 500 tahun pemergian nenda RATU RIMBA NIAGARA....nendalah pencetus Inspirasi Kami Untuk Mengaman Damaikan Bumi Allah Azzawajallah Dengan Kasih Sayang Semurni Hati Semurni Syurga. Aamiin AAmiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYA NENDA RATU RIMBA NIAGARA
30 Syawal 1434H
6 September 2013M
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA UNTUK ANAK CUCUKU PADA 500 TAHUN YANG AKAN DATANG MOGA TEREALITI KASIH KITA SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
(PETIKAN GALLERI KESATRIA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
19 Zulhujjah 1434H
24 Oktober 2013M - WARKAH UNTUK ADMIN DAN SEMUA AHLI GRUP TENTERA FISABILILLAH
'MAAF ZAHIR BATIN'
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH...
ADMIN GRUP TENTERA FISABILILLAH
KENAPA MASIH TIDAK HADIR DI WALL GRUP TENTERA FISABILILLAH
SAYA MASIH INGAT LAGI
ADMIN GRUP TANYA APA TUJUAN SETIAP AHLI JADI AHLI GRUP INI
KERANA ADMIN TAK SUKA YANG DATANG KE GRUP INI ADALAH PENGINTAI YANG AKAN MEMUSNAHKAN MISI DAN VISI GRUP YANG SUCI MURNI INI
TELAH SAYA JAWAB PERTANYAAN ADMIN SAYA MAHU MENYIARKAN KARYA-KARYA DI SAMPING BERKONGSI ILMU DENGAN TEMAN-TEMAN GRUP DI SINI , KERANA GRUP INI TENTERA FISABILILLAH SAYA MINAT KERANA SAYA BANYAK MENGHASILKAN KARYA-KARYA BERTEMAKAN TENTERA FISABILILLAH...RAMAI YANG LIKE PENGAKUAN SAYA.
HAMPIR DUA TAHUN SAYA MENYERTAI GRUP INI , TAPI SEJAK KEBELAKANGAN INI ADA SUARA-SUARA YANG MENGUTUK , MENGHINA KARYA-KARYA SAYA ...SAYA TAK KISAH JIKA KARYA SAYA BERBENTUK MEMUJI-MUJI DIRI SAYA ANGKAT BAKUL SENDIRI TAPI SAYA BERPUISI MEMUJI KEBESARAN TUHAN DAN MENCERITAKAN TENTANG ALAM BARZAH DAN ALAM ROH. DIKATAKAN SAYA INI MABUK TODILAH, SYAITANLAH ..SAKIT JIWALAH, BAGHALLAH...DAN MACAM-MACAM LAGI YANG SAYA TAK BOLEH DENGAR. ADAKAH INI SIKAP TENTERA FISABILILLAH?
SEPATUTNYA ADMIN DATANG MENDAMAIKAN
INI TIDAK...DIBIARKAN ...PASTI ADMIN SIBUK ...KALAU SIBUK PUN TAK AKAN TAK ADA PEMBANTU ADMIN YANG MEMANTAU SETIAP POST?
KALAU MACAM TU SIA-SIA AJALAH PERJUANGAN ADMIN
ELOK DIBUBARKAN SAJA GRUP INI JIKA TIADA KETUANYA YANG BERTANGGUNGJAWAB....MACAM MANA HENDAK MENJADI TENTERA FISABILILLAH MUSUH BERMAHARAJA LELA DI GRUP INI PUN TAK DAPAT NAK LAWAN....
SAYA KIRA SAYA MASUK GRUP TEMPAT YANG BETUL TAPI RUPANYA TIDAK SEMUANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI TIADA SEMANGAT SETIA KAWAN.
SEPERTI DI ZAMAN RASULULLAH...DI MANA TENTERA FISABILILILAH SEMUANYA KEHAUSAN DAN CEDERA PARAH KETIKA ITU...BILA KAWAN SEBELAHNYA KATA DAHAGA DIA SANGGUP MEMBERI AIR MINUMAN KEPADA KAWANNYA YANG DAHAGA SELEPAS ITU DIA PUN SYAHID DAN YANG DAPAT AIR ITU KETIKA HENDAK MENEGUK SAHABAT SEBELAHNYA KATA DAHAGA...DIBERIKAN SAMPAILAH YANG KE TUJUH ..AKHIRNAY SEMUANYA SYAHID ...SAMPAI AKHIR HAYAT SEMANGAT SETIAKAWAN MEREKA TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...SAMPAI AKHIR HAYAT MEREKA PEMURAH....
SEJUJURNYA SAYA MENGAKU SAYA BUKAN SEORANG TENTERA FISABILILLAH SEPERTI AHLI GRUP DI SINI TAPI KERANA SAYA DIJEMPUT OLEH HAMBA ALLAH MASUK KE GRUP INI TANPA TAHUNYA SAYA....SAYA TERIMA DENGAN IKHLAS...DAN DI MANA-MANA GRUP YANG SAYA DIJEMPUT...IN SHA ALLAH SAYA SIARKAN KARYA SAYA...SELAGI TERDAYA.
PENGALAMAN SAYA MENYIARKAN KARYA DI GRUP...KENA KUTUK DI HINA DAN DITUDUH COPY PHASE CURI KARYA ORANG LAIN SUDAH BIASA...UNTUK TIDAK MEROSAKKAN PEMIKIRAN SAYA ...SAYA TERPAKSA BERUNDUR , SAYA BERUNDUR BUKAN BERARTI SAYA KALAH TAPI SAYA TAK MAHU BERBALAH-BALAH DAN JIKA BERBALAH PASTI RAMAI YANG AKAN MEMUSUHI SAYA. TUJUAN SAYA BERKARYA KERANA SAYA HARGAI BAKAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA SAYA TAPI MENJADI SAKIT HATI PULA YANG MEMBACANYA. SAYA TIDAK HAIRAN JIKA KAFIR LAKNATULLAH MENGHINA KARYA SAYA YANG BERTEMAKAN KETUHANAN INI TENTERA FISABILILLAH MEMANG SAYA TAK BOLEH TERIMA...MAKANYA DENGAN INI SAYA TERPAKSA TINGGALKAN GRUP INI DENGAN RASA REDHA.
SEBELUM SAYA TINGGALKAN GRUP INI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN GRUP YANG SAYA HORMATI DAN SANJUNGI ...HARAP HALALKAN SEGALA ILMU YANG DAPAT SAYA TIMBA DI GRUP INI DAN MAAFKANLAH SEGALA KESALAHAN SAYA ...PERCAYALAH WALAUPUN BERPISAH DI ALAM MAYA INI KITA TETAP SAUDARA SEISLAM SAMPAI MATI...SAMPAI KUBUR...SAMPAI SYURGA ..IN SHAA ALLAH AAMIIN.
KEPADA ADMIN SETELAH KETIADAAN SAYA...MOGA DAPAT MEMANTAU SETIAP POST YANG DISIARKAN DAN MENJADI PENDAMAI JIKA ADA YANG MENGERUHKAN SUASANA SESAMA AHLI.
"SEKIAN WASSALAM MAAF ZAHIR BATIN"
RATU RIMBA NIAGARA
AHLI GRUP TENTERA FISABILILLAH YANG KECEWA
5 Zulkaedah 1434H
11 September 2013M
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA DIRJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
19 Zulhijjah 1434H
24 Oktober 2013M Ratu Rimba Niagara shared Ki Joko Bodho's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Ki Joko Bodho's status.
MERDEKA ATAU HANCUR DITELAN ALAM
By Ki Joko Bodho- WARKAH UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA
'MOYANG BUDAYAWAN PENYAYANG PERDAMAIAN KEDAMAIAN DUNIA'
Warkah Untuk YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...
Bissmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...
bersyukur kepada Allah swt sebanyak-banyak-Nya
dikurniakan seorang hamba-Nya
yang tak jemu memberi dukungan/sokongan
tidak berbelah bahagi kepada Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua, rasa terharu yang amat sangat YM sudi menghargai apa yang dikarangkan . Bukan sekarang YM Kedaton Kraton Wahyu Utama menghargai ratu rimba niagara sejak tiga tahun yang dulu di awal perkenalan di alam maya...walaupun karya-karya ratu rimba niagara disepikan dipinggirkan direndah-rendahkan oleh mereka tapi YM Kedaton Kraton Wahyu Utama tetap juga setia menghargainya dan mengagumi karya-karya yang ditulis ratu rimba niagara. YM selalu menyuntik kata-kata semangat yang tak pernah jemu kepada pujangga ratu rimba agar terus berpujangga, terus dan terus berpujangga tanpa menghiraukan lagi kata-kata yang membuatkan tinta ini bisa terhenti....
bersemangatlah pujangga ratu rimba niagara untuk terus menulis dan menulis tanpa henti tanpa jemu selagi izin-Nya. Tanpa izin-Nya sebaris ayat pun tak bisa ditulis.
Ketika menulis semua perasaan diadunkan
jika boleh satu perkataan tak mahu silap ejaannya
semua ayat hendak dirangkaikan dengan seindah-indahnya
agar semua pembaca membaca dengan puas hati dalam iman
tapi apakan daya sebagai manusia biasa
terdapat juga kekhilafan ejaan , ayat yang tak teratur
andai ejaan dan bahasa tak sama dengan bahasa Indonesia
perbetulkanlah agar rakyat Indonesia dapat membaca dengan senang hati...gembira...ceria dan tenang setenang Air di Kali Syurga In Shaa Allah Aamiin
YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...
dukunganmu tak berbelah bagi dalam dunia sastra yang didambakan ini...membuatkan kuteruja dengan dunia sastra ku sendiri...lagi kutulis ...tulis...tulis...
ide tak henti-henti datang tanpa had
Allahu Akbar Pemurah-Nya Allah padaku
memberi ilham padaku tak pernah Dikecewakan ku...
apabila aku mahu mengarangkan sesuatu topik
dizahirkan apa yang ada di peta minda pemikiranku
peristiwa itu jelas dibayangkan di minda
kuterus tulis penuh teruja
karena bila lambat tulis akan hilang
jika boleh setiap ide yang didatangkan-Nya
aku tak mahu kehilangan walaupun sebaris ayat
ku mesti segera tulis karena itu adalah permata dari Syurga
Allahu Akbar pemurah-Nya Allah padaku
setiap apa yang kubaca
setiap yang tertera di wall fbku
semuanya sumber inspirasiku
ilham yang datang semuanya ilmu
permata-permata Syurga
ilham dari-Nya yang hendak kutulis
lalu kubagikan/kongsikan
pada teman-teman fb, grup dan teman alam mayaku di seluruh dunia...bagaimana aku menulis semahunya ...mereka bacalah semahunya juga...yang kutulis itu semuanya ilham yang diberikan kepadaku oleh Tuhanku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang yang amat berbelas kasihan hamba-Nya yang berusaha untuk mendapatkan ilmu dan dikongsi.dibagikan ilmu kepada semua ....lagi kubagikan/kongsikan karya yang kutulis lagi diberikan tanpa had hingga aku menangis terharu syahdu
Allahu Akbar Maha Pemurah-Nya Allah ...benarlah Allah itu Maha Pemurah Lag Maha Penyayang. Syukur lah aku sebanyak-banyak-Nya ...dunia penulisan yang kuminati sedari kecil...Allah swt perkenankan aku menulis pelbagai tema dan tajuk dengan izin-Nya wal hal aku bukanlah orang yang arif dalam sesuatu tema puisi yang hendak ditulis. Dizahirkan ilham padaku tanpa sedikitpun mengecewakan aku. Allahu Akbar lagi aku bersyukur lagi diberikan ilham tanpa penghujungnya....
Baru kufahami betapa besarnya jika kita bersyukur akan ditambahkan lagi tanpa henti-Nya makanya selagi hayat di kandung badan ku bersyukur apa saja yang diKurniakan kepadaku Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...pujangga ratu rimba niagara doakan moga apa yang YM perjuangkan dalam memartabat semua Budayawan Nusantara demi kedamaian dunia sukses dalam Rahmat Kasih Ilahi. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Moga segala usaha YM Kedaton Kraton Wahyu Utama sekeluarga Di Rahmati di kala hidup dan mangkat dan dikenang oleh anak bangsa sebagai MOYANG BUDAYAWAN PENYAYANG YANG AMBIL PEDULI TENTANG PERDAMAIAN KEDAMAIAN DUNIA KARENA ALLAH TAALA. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
'DUNIA INI CUMA MIMPI AKHIRAT ITULAH REALITI'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSUA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
19 Zulhijjah 1434H
24 Oktober 2013M
0 comments:
Post a Comment