Monday 17 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (186) AGONG DAN PERMAISURI KESAYANGAN RAKYAT


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (186)  AGONG DAN PERMAISURI KESAYANGAN RAKYAT

17 Ogos 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan bergambar bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman selepas Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Anda dan 2.3K yang lain
47 Komen
136 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • Peminat Utama
    Agong dan permaisuri prihatin kesayangan rakyat.
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Terima kasih fb istana negara menyerikan petang kami. Daulat Tuanku. 🙏
    • Suka
    • Balas
    • 9m
  • Daulat Tuanku, Gandingan yg mantap YDPA dan PM dibumi malaysia tercinta.
    3
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Daulat tuanku
    Raja dan rakyat berpisah tiada
    Menjunjung kasih tuanku yang di kasihi
    Terbaik YAB tan sri MUHYIDDIN YASSIN PM YANG DI HORMATI
    1
    • Suka
    • Balas
    • 3j
  • Agong dan Permaisuri, TSMY dan isteri semua kesayangan rakyat.
  • DAULAT TUANKU
    Gandingan yg mantap YDPA & PM 🥰🥰
    1
    • Suka
    • Balas
    • 2j
Most Relevant is selected, so some comments may have been filtered out.
Write a comment…
17 Ogos 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan bergambar bersama Anakanda-anakanda Baginda dan Kekanda serta Adinda selepas Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.


Anda dan 4.2K yang lain
107 Komen
201 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

Lihat komen
17 Ogos 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman.
Pada Istiadat hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran kepada 31 penerima. Darjah-Darjah Kebesaran tersebut adalah Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M), Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N), Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M), Pingat Panglima Jasa Negara (P.J.N) dan Pingat Panglima Setia Diraja (P.S.D).
Daulat Tuanku.
Anda dan 3.3K yang lain
63 Komen
219 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Anda dan 3.3K yang lain
63 Komen
219 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

Lihat komen
2.7K
61 Komen
89 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • Daulat Tuanku..
    malam tadi mimpi berjumpa Al-Sultan Abdullah dan permaisurinya..pagi ni trus google tafsir mimpi..katanya akan naik pangkat..kelakar betul..
    Semoga Allah sentiasa melindungi sultan kami..inshaAllah aamiin.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Daulat Tuanku
    Semoga dilindungi Allah dalam urusan pentadbiran agama, bangsa dan negara.
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Dirgahayu Tuanku. Semoga Sejahtera & Aman Damai Malaysia Di Bawah Naungan Tuanku.
    2
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Daulat Tuanku! 🙏🏼
    • Suka


Istana Negara

17 Ogos 2020 - Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2020.
  • RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
    PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG
    KE-16 Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
    Bismillahirahmanirrahim
    Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
    Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
    punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
    Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
    Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
    Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
    Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
    Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
    Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung kasih Tuanku daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembira tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Aslkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayang ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berbipsah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    23 Julai pada 12:25 PAGI
    Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
    Rakan

Imej mungkin mengandungi: ‎1 orang, ‎teks yang berkata '‎" Seri Paduka Baginda menggesa akyat supaya tidak hilang fokus fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin, dan amalan kebiasaan baharu kerana negara masih lagi memerangi ancaman wabak VID-19 COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos, 2020 نكلرا استان www.istananegara.gov.my www. gov.my istana negara IstanaNegaraOfficia‎'‎‎
23 Julai 2019 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyeru rakyat tidak mengambil sikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan dan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 dan menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes-kes baharu yang telah kembali kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu di negara ini sejak lebih seminggu yang lalu.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin, dan amalan kebiasaan baharu kerana negara masih lagi memerangi ancaman wabak ini dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos, 2020.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat tentang kejayaan Kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia serta agensi-agensi berkaitan, khususnya barisan petugas hadapan, mengawal penularan wabak COVID-19 dan usaha-usaha ini tidak bermakna jika negara menghadapi gelombang kedua dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.




Dengan rakyat Tuanku prihatin dengan haiwan juga Tuanku prihatin syukur Alhamdulillah. Moga Zoo Negara mendapat pembelaan sewajarnya agar kemeriahan di Zoo Negara dapat dihidupkan kembali. Zoo Negara harta warisan negara yang mesti dipertahankan sampai bila-bila.
28 Julai 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi makan kepada beruang Panda di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, hari ini.
Dalam lawatan ke Zoo Negara selama 2 jam yang bermula pada kira-kira jam 10.00 pagi, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan pertunjukan haiwan di Show Amphitheatre dan melawat beberapa kawasan pameran.
Seri Paduka Baginda menyeru rakyat Malaysia meluangkan masa melawat pusat-pusat pelancongan dan rekreasi tempatan dengan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan di tempat-tempat tersebut.

Komen

Malaysia Prihatin Rakyat Sejahtera Perpaduan Terbina! Salam Aidiladha dan Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia yang prihatin.


Agong prihatin rakyat bahagia negara sejahtera!
Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam.
Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam.
Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Anda dan 76K yang lain
6.9K Komen
2.5K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen

    • Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
      • Suka
      • Balas
      • 8m
      • Telah disunting
    • Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sememangnya layak dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) atas curahan jasa yang ditaburkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Menjujung kasih Tuanku!

      • Suka
      • Balas
      • 19m
    • Peminat Utama
      Tahniah buat Tan Sri Ketua Pengarah KSM
      • Suka
      • Balas
      • 19m
    • Alhamdulillah. Pengurniaan yang amat dihargai seluruh rakyat jelata!
      2
      • Suka

KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA

Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.

Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"


TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.


JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .

ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'


As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)


WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17  Ogos 2020
WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;