Tuesday, 27 September 2011

AKU TAK TEGA ADIKKU RUBY TINGGALKAN AKU

AKU TAK TEGA PERPISAHAN BERLAKU DI ANTARA KITA

Sahabatku...
Kata-katamu menikam kalbu menusuk sukma...
Andaikata kau mengucapkan selamat tinggal kepadaku
Mahu aku tak makan tak minum kerana terlalu rindukan
Kemesraan persahabatan kita

Sebelum kau pergi tanpa dugaku
Kupohon sepuluh jari andainya kata-kataku mengguris luka hatimu
Tapi andai kata-katamu mengguris hatiku,  ku maafkan

Aku tak tega perpisahan berlaku di antara kita
Kerna kau sudah kuanggap sahabat dunia akhiratku

Biarpun hatiku terluka kutetap menyayangimu
Tapi kupercaya kau sahabat yang pandai menyusun kata-kata indah
Seindah Taman Bunga seperti gambar yang kau siarkan
Begitulah indahnya persahabatan kita
Dan aku amat menghargainya
Dan syukurku pada Allah atas KurniaanNya
mengurniakan sahabat sepertimu .

Karya Rha NS
27 September 2011
· · 12 hours ago near Kuala Lumpur

  • Ruby Md Ali likes this.
    • Ruby Md Ali awat kak kembar ku..??
      11 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Memujuk sahabatku yang bernama Nurul Ain Lim agar tidak tinggalkanku nanti. Aku juga tak tega adikku ruby tinggalkanku ...nangis air mata darah aku nanti hihihi
      about an hour ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    27 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;